Apalah Daya Hati~ (Part 18)

Apalah Daya Hati

Kelas pagi di Darul Izzah berjalan seperti biasa. Faris Haikal bersungguh menerangkan tentang ‘fitrah manusiawi’ kepada anak-anak yatim itu, dan pastinya yang paling bersemangat dan bertenaga ialah Aiman. Aiman mula ingin mengajukan soalan kepada Faris Haikal. Dia segera bangun dan berdiri.

“Abang Is, kenapa Allah ciptakan ada lelaki dan ada perempuan? Kenapa tak lelaki je kat dunia ni?”  Soalan Aiman seolah-olah bertanyakan tentang peristiwa Nabi Adam diciptakan sebelum Allah menciptakan Hawa. Dia teringat kisah Nabi Adam ini yang telah diceritakan oleh Faris Haikal kepadanya dahulu. Ia juga sememangnya berkaitan dengan ‘fitrah insan’.

“Em...bagus soalan Aiman...Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan tujuan agar keduanya saling mengenal, menyayangi dan saling membantu. Keduanya mempunyai tugas yang sama, iaitu membina kehidupan meskipun ada perbezaan cara dan etika dalam diri masing-masing. Oleh itu, peranan inilah yang dapat membantu keduanya merealisasikan fungsinya sebagai makhluk di muka bumi ini. Ayah dan ibu contohnya, disebabkan mereka memiliki tanggungjawab berbeza maka setiap keluarga dapat hidup dengan baik. Cuba bayangkan keduanya saling tidak membantu...pasti keluarga tidak akan bahagia...macam keluarga kita sekarang ni, abang Is ada, makcik Limah ada...cuba bayangkan kalau makcik Limah tak ada?”

“Tak ada la masakan yang sedap-sedap....” Aiman segera menjawab.

“Haa....that’s the point...jadi, sebab itulah lelaki dan perempuan diciptakan dan saling tidak boleh terpisah..sebab itulah Nabi Adam meminta pada Allah teman untuk menemaninya ketika di syurga..dan di situlah terciptanya Hawa.....”  Senyuman mula mekar di bibir Aiman. Wajahnya sungguh ceria kerana persoalan ini telah memerangkap Faris Haikal tanpa disedari olehnya.

“Wah...Aiman dah faham sekarang. Dan sebab tu jugaklah abang Is tak boleh hidup tanpa kak Iman....”  Suasana di kelas itu riuh oleh gelak ketawa anak-anak yatim itu. Faris Haikal seakan-akan terkejut kerana dia sememangnya tidak pernah menceritakan tentang Delisha Iman kepada anak-anak yatim itu.

“Shh...diam!! Baiklah...kelas dah tamat...abang Is kena keluar awal, ada hal kena uruskan. Aiman, ikut abang kejap....”  Faris Haikal mula tertanya-tanya. Dia mula menyoal siasat Aiman bagaimana dia boleh mengetahui tentang Delisha Iman.
“Aiman....mana Aiman kenal kak Iman?”  Faris Haikal mula mengajukan soalan kepada Aiman.

“Mana boleh  bagitahu... sebab orang yang cerita tu tak bagi Aiman bongkarkan rahsia ni...”  Aiman hampir terbocor rahsia.

“Siapa cerita kat Aiman? Kalau Aiman tak nak cakap, abang Is terjun lombong. Biar Aiman tak jumpa abang dah sampai bila-bila...”  Faris Haikal cuba berdramatik terhadap adik angkatnya itu.

“Alaa....okay-okay, ermm....abang Amir yang cerita kat Aiman...sebabnya Aiman yang mula-mula tanya kat abang Amir....jadi,terbocorlah rahsia ni....hehe”  Aiman mula jujur dengan abang angkatnya itu.

“Hm...okay la...Aiman boleh masuk kelas semula...”  Faris Haikal mula berfikir, bagaimana caranya untuk meluahkan semula perasaannya terhadap Delisha Iman. Adakah Delisha Iman masih mencintai dirinya atau sudah berpaling mencintai pemuda kacukan ala-ala mat salleh itu. Faris Haikal bingung. Dia akan tetap cuba sedaya upaya mencari idea untuk berada semula dalam hati Delisha Iman. Kerana wanita itulah satu-satunya perempuan yang pernah dia letakkan dalam hati suatu ketika dahulu.

Cinta bukan paksaan...

Ia hadir dari dua perasaan,

Kehadirannya tidak diundang,

Perginya tiada yang merelakan

Kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan....

Begitulah ‘cinta’ Faris Haikal terhadap Delisha Iman. Begitu sukar untuk dia menjaga fitrah insani yang sememangnya wujud dalam dirinya. Memang dia kini ingin menjadikan Delisha Iman untuk menjadi permaisuri hatinya dan merangkap sayap perjuangan kirinya.

Lelaki yang baik ialah lelaki yang suka kan wanita kerana agamanya bukan kerana paras rupa....

Lelaki yang soleh ialah lelaki yang menyintai wanita kerana ingin menjadi tempat untuk wanita itu mendapat pahala ke syurga...

Lelaki yang baik ialah lelaki yang melafazkan cinta dengan akad pernikahan dan mahar ke syurga....

‘Ah, begitu sukar untukku menjadi lelaki itu...usahaku kini mungkin akan menjadi kenyataan, dan mungkin tidak...Allah jua lah sebaik-baik perancang....’ Hati Faris Haikal bermonolog lagi. Beginilah ‘cinta’ yang ingin Faris Haikal kejar untuk mendapatkan dan menjadikan cinta itu suci sesuci dalam debu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....