Apalah Daya Hati~ (Part 22)

Apalah Daya Hati

Sejak usia yang mentah
Aku telah melangkah
Mengenali... hidup yang getir...

Pada tingkat dewasa
Aku lebih tercabar
Kehidupan dalam penitian
Onak duri datang silih berganti...

Aku tak pernah menyerah
Walau badai yang melimpah
Ku aturi tiap langkah dengan gagah
Keringat ku yang mengalir
Perjuangan tak berakhir

Sehinggalah ke hujung titian
Garis yang menamatkan
Perjalanan...

Tangis dalam senyumku tiada insan yang tahu
Tiada insan yang bakal mengerti
Jalanan ku tidak seindah mimpi..

Tangis dalam senyum ku tiada insan yang tahu
Bahagia... deritaku...
Sebatang kara......

Lagu ‘Titian Sebatang Kara’ yang dimainkan oleh Delisha Iman di dalam kereta kancilnya itu telah membuatkan dirinya sebak. Bait-bait lagu ini banyak mengisahkan kisah seorang perempuan yang hidup dengan pelbagai dugaan datang menerjah. Dalam sedang khusyuk memandu sambil mendengar lagu-lagu Fauziah Latiff, Najiha menegur kakaknya itu.

“Along.....Betul ke along nak bertunang balik dengan Syah tu? Eeeiii...dia tu macam.....”  Najiha berhenti dari meneruskan ayatnya.

“Macam apa?”  Delisha Iman bersungguh ingin mengetahui ayat adiknya itu.

“Macam terlalu sosial la along.... Lagipun, mana nak campak abang Is?”  Najiha mula menyoal kakaknya.

“Hm...entahla, itu la along tengah fikir ni. Tapi yang pasti, along balik nanti along nak buat solat istikharah dulu, baru bincang dengan mak dan abah. Ok tak idea along?” Delisha Iman beriya memberitahu adiknya tentang perancangannya itu.

“Okey bangat dong!”  Najiha meniru gaya Marshanda dalam drama indon yang biasa dia layan pada setiap petang di televisyen.

Angin di malam hari di Kamunting itu sungguh dingin. Bibir Delisha Iman kebiruan setelah selesai berwudhuk. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Pn.Bariah, Haji Rahman dan Najiha sedang lena dibuai mimpi. Suasana kampung waktu-waktu begini memang sangat sunyi dan sepi. Terkadang takut juga untuk Delisha Iman ‘qiamullail’ . Tapi, iman lah penguat di kala ini.

Solat istikharah didirikan. Seusai itu, Delisha Iman mengangkat tangannya dan berdoa. Pertemuan, jodoh dan maut semestinya menjadi urusanNya. Dan kita hanya mampu berdoa, kerana doa itulah senjata bagi orang mukmin.

Ya Allah,

Ya Fattah...

Ya ‘Alim...

Dengan lafaz bismillahirrahmaanirrahim aku mulakan. Dengan selawat dan salam aku sertakan. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang dhaif lagi hina di sisiMu Tuhan. Segala urusan dalam kehidupanku akan ku serahkan segalanya padaMu, agar ia menjadi rahmat dan mendapat keberkatan dariMu Tuhan. Kini, ku pasrah. Ku akur. Ku redha dengan segala ketentuanMu Tuhan. Andai telah ditakdirkan dia jodohku. Kau tenangkanlah hati ini dan redhailah hubungan kami ya Rahman. Ameen ya Rabbal ‘aalameen....

Delisha Iman mula bermonolog

Terkadang diri ini terfikir

Mampukah aku menjadi seperti Saidatina Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fi sabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Saidatina Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Saidatina Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.

Tabahkah jiwaku,
Setabah ummi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah

Delisha Iman memejamkan matanya. Pilu. Pedih rasa hati apabila terbayang wajah Faris Haikal. Mengapa wajahnya yang bertandang tatkala dia memejamkan mata? Bukankah pemuda itu sudah melupakannya? Teringat sewaktu terserempak di petronas tempoh hari. Sangat hampa apabila Faris Haikal tidak mahu bersungguh-sungguh menghalangnya dari beredar. Ini terbukti bahawa Faris Haikal mungkin dah ada pengganti yang lebih baik darinya. ‘Ergh! Kenapa aku boleh fikir macamtu? Aduhai......tunggu je lah apa yang akan terjadi esok hari dan seterusnya....tomorrow may not be....’

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....