Apalah Daya Hati~ (Part 29)

Apalah Daya Hati

“...Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dalam cinta dan lebih besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki...”

Malam hari pertunangannya itu masih berbaki apabila disambung pula untuk meraikan di banglo milik Dato’ Halim. Walaupun dalam keletihan, Hj Rahman dan Pn Bariah masih bersungguh melayan Dato’ Halim dan Datin Nora bagi menghormati mereka. Delisha Iman dan Najiha hanya mampu mendiamkan diri. ‘Fuh! Penat. Mata aku ni dah rasa macam monyet bergayut je. Hmm.’ Mata Delisha Iman semakin kelat. Fikirannya melencong entah ke mana. Tidak ada sedikit pun perbualan Dato’ Halim dan Hj Rahman yang diendahkannya. Iskandar Syah pula hilang entah ke mana. Dari tadi tukar baju tak turun-turun. Tidur mungkin. Hmm.
“Rahman, saya ingat nak letak satu syarat pada Isha. Saya  nak dia tidur di rumah saya selama sebulan. Tujuannya ialah untuk dia menyesuaikan diri dia dalam keadaan rumah ni nanti bila dah kahwin dengan Syah.”   Mata yang layu sejak dari tadi terus terbeliak dibuatnya. Delisha Iman memandang muka Najiha. What? Kena duduk rumah ni selama sebulan? Habislah. Haila. Parah-parah.
“Oh, tentang ni saya rasa Dato’ kena bincang dengan tuan punya badan. inshaAllah, saya tak halang. Mungkin Iman boleh berdikari dan belajar erti kehidupan baru di rumah ni nanti.”  Hj Rahman seolah-olah memberikan keizinan untuk Delisha Iman menetap lama di situ. Ibarat nak gugur jantung Delisha Iman dibuatnya. Pn Bariah seakan tidak setuju dengan syarat itu, tetapi didiamkan saja memandangkan Hj Rahman terlebih dahulu bertindak. “Baiklah, kami minta diri dulu lah. Esok inshaAllah nak pulang ke Kamunting. Banyak urusan tertangguh di sana.”  Hj Rahman melemparkan senyuman. Pn Bariah, Najiha dan Delisha Iman turut serta mengikut rentak Hj Rahman ke pintu. Salam dihulurkan. Senyuman dihadiahkan.

Parah! Ibarat mati tercekik dibuatnya. Hati Delisha Iman dirundung kegelisahan yang tidak diundang. Baginya syarat Dato’ Halim itu sangat melampau. Memang menguji kesabaran sungguh! Sudah lah buat  majlis pertunangan grandiose. Minta pula menetap selama sebulan dirumahnya hanya untuk menyesuaikan diri hidup di rumah banglo itu apabila sudah berumahtangga nanti? Memang aneh!
“Ah, susah betul la Dato’ Halim tu. Along ingat nak je putuskan balik pertunangan ni. Meluat pulak rasanya dengan pakcik tu!”  Baran juga kalau hari-hari ingin menguji kesabarannya. Najiha mengangguk-anggukan kepala tanda setuju dengan kakaknya itu.
“Tau tak pe! Jiha lagi terkejut waktu dia cakap camtu. Dia ingat along ni orang kampung sangat ke sampai tak biasa nak hidup dengan golongan kaya macam dorang? Hmm...Along sabar je la ye. Duduk je rumah dia tu, tunjukkan yang along pun advance jugak.”
“Huh! Yela... Memang pun. Along ingat nak ajar Dato’ Halim tu. Biar along bawak semua cd-cd ceramah dengan lagu-lagu nasyid. Guna speaker besar kat rumah dia tu, pasang kat rumah dia. Baru dia tau!”  Delisha Iman mula membuat plan baru. Baginya tidak mengapa untuk menetap selama sebulan di rumah Dato’ Halim. Kerana, mungkin inilah peluangnya untuk menarik mereka kepada konsep kehidupan Islam yang sebenar. Yes, Yakin dan pasti! inshaAllah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....