Apalah Daya Hati~ (Part 17)

Apalah Daya Hati

Tangan Iskandar Syah mula bergerak-gerak. Kakinya mula menunjukkan pergerakan yang pasif. Mata Delisha Iman memandang tepat ke arah Iskandar Syah yang masih terbaring di atas katil itu. Hatinya penuh mengharap agar Iskandar Syah sedar dan segera pulih kerana sudah lama juga dia berada di KL. Najiha hanya melihat dari jauh. Dato’ Halim dan Datin Nora baru saja keluar untuk ‘lunch’ di hotel 5 bintang.

Najiha mula berasa lapar. Sedangkan Delisha Iman seorang yang agak sukar untuk merasa lapar. Mungkin kerana doa Nabi Muhammad saw ketika berhadapan dengan makanan yang sering diamalkan oleh Delisha Iman telah membuatkan rezekinya yang masuk ke dalam perutnya diberkati dan sukar untuknya merasa lapar. “Allahummaj’alha ni’matan masykurotan tashilu biha ni’matal jannah”

“Ya Allah, jadikanlah makanan ini nikmat yang disyukuri dan sampaikanlah ia sehingga menjadi nikmat syurgawi...”

Najiha masih memandang tepat ke wajah kakaknya itu. Mungkin dalam hatinya terselit perasaan marah dan geram dengan kakaknya kerana masih setia menunggu Iskandar Syah di HKL ini. Walaupun disakiti dan dihina oleh Maya dan Dato’ Halim, Delisha Iman masih setia berada di Hospital ini hanya semata-mata ingin menebus kesalahannya terhadap Iskandar Syah.

“Along, Jiha nak makan la...lapar ni....”  Najiha seakan-akan separa berbisik di telinga Delisha Iman.

“Ok..pergilah makan...” Jawapan ringkas yang keluar dari mulut Delisha Iman seolah-olah malas hendak berbicara buat masa ini. Najiha dengan muka geram bercampur marah terus keluar dari hospital itu.

Keadaan Iskandar Syah memberikan harapan kepada Delisha Iman. Tangannya bergerak-gerak lagi. Mulutnya seolah-olah ingin meluahkan sesuatu. Delisha Iman segera berdiri dan mendekatkan telinganya hampir ke bibir Iskandar Syah. Mulutnya terkumat-kamit. Berkerut-kerut dahi Delisha Iman ingin memastikan perkataan apa yang keluar dari mulut Iskandar syah. Semakin dia teliti semakin jelas butirannya.

“Isha.....Isha.....”  Air jernih bergenang di kelopak mata Delisha Iman. Namanya yang keluar dari mulut Iskandar Syah dalam keadaan Iskandar Syah separa sedar membuatkan dirinya sungguh terharu dan serba salah melihat keadaan pemuda itu.Hatinya keliru,buntu, bagaimana seorang lelaki sepertinya masih setia mencintai dirinya yang hanya seorang perempuan biasa yang sederhana, tidak pandai bergaya, malahan tidak secantik dan seseksi Maya. Fikirannya melayang seketika dan kembali memandang wajah Iskandar Syah yang masih terbaring di atas katil. Dia segera menekan ‘button’ di tepi katil isyarat untuk memanggil doctor Ridzuan supaya dapat melihat keadaan Iskandar Syah yang hampir sedar.

Selang beberapa minit kemudian kelihatan doctor Ridzuan segera masuk ke dalam bilik berkenaan dan memberi isyarat pada Delisha Iman agar keluar seketika. Pintu ditutup. Jantung Delisha Iman berdegup kencang di samping mengharapkan Iskandar Syah kembali sedar dan pulih dengan segera. Teringat serangkap puisi tentang realiti kehidupan kini.

Biar pahit itu pergi agar manis datang mengisi,

Biar kecewa itu berlalu agar gembira datang bertamu,

Biar gelisah itu lenyap jangan sesekali semangat lenyap,

Biar derita muncul menyapa agar kekuatan diri dapat dijana....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....