Apalah Daya Hati~ (Part 19)

Apalah Daya Hati

Ku tutup mataku kerana mungkin ku kan terlihat wajahmu,

Ku diamkan mulutku kerana mungkin ku kan terdengar suaramu,

Namun, aku tidak dapat menutup hatiku kerana ianya hanya untukmu.....

Iskandar Syah bermonolog sambil memandang tepat ke wajah Delisha Iman. Delisha Iman sibuk meletakkan makanan dan ubat-ubatan di atas meja mini di hadapan Iskandar Syah. Berkat doa ma’thur yang dibaca oleh Delisha Iman, Iskandar Syah mula sedar dari ‘koma’nya.

“Isha....”  Iskandar Syah mula bersuara. Dia memandang wajah lembut Delisha Iman. Wajah inilah yang membuatkan dirinya jadi ‘gila’ dan  tidak menentu  kehidupannya.

“Ya... Syah makan ubat dulu ye... baru boleh makan breakfast ni... Isha kena ikut apa doctor Ridzuan pesan tadi....”  Delisha Iman menyambung bicara yang telah dimulakan oleh Iskandar Syah sebentar tadi. Dia seolah-olah ingin menukar topic perbualan Iskandar Syah yang belum dimulakan lagi. Dia dapat merasakan apa yang ingin Iskandar Syah bualkan. Tidak lain, mesti mengenai mesej dan call yang tidak terjawab tempoh hari.

“Hm... Syah sayangkan Isha sangat-sangat...”  Tidak semena-mena Delisha Iman terpaku seketika. Wajahnya berubah. Bagaikan petir dan kilat sabung-menyabung. Bagaikan hujan turun dari langit. Terkadang ibarat filem Hindustan yang dimainkan oleh Aamir Khan, Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Saif Ali Khan. Walaubagaimanapun, Delisha Iman tetap membuat muka tiada perasaan. Dia seakan-akan malas hendak bicara soal hati dan perasaan. Baginya itu semua tidak meningkatkan iman. Malahan, membuatkan dirinya leka dan lalai dari mengingati Allah.

“Oh, ye.... mak kirim salam... Mak cakap kalau Syah dah sedar cepat-cepat call mak bagitau...Isha betul-betul terlupa...Ya Allah! Syah makan la dulu... Isha nak call mak sekejap...”
Taktik Delisha Iman Berjaya setelah melihat Iskandar Syah membetulkan kedudukannya untuk menjamu sarapan pagi di HKL itu. Delisha Iman segera keluar dari bilik itu. Kerusi sofa di luar bilik itu menjadi pilihannya untuk menumpang seketika di situ. Dia termenung sejenak. Hatinya berkata-kata sendirian.

Ya Rahmaan....

Kenapa aku masih diuji dengan cinta manusia...

Alangkah indahnya jika aku bercinta denganMu...

Seperti cinta Rabi’atul Adawiyyah terhadapMu...

Sungguh! Aku semangnya tidak layak untuk sampai ke tahap itu...

Ya Raheem....

Hatinya terus bermonolog....

Cinta teman hanya seketika...

Cinta ibu bapa sepanjang hayat....

Cinta Ilahi kekal abadi...

Bercintalah dengan Kekasih yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

kepadaNyalah pusat segala keindahan dan kecintaan....

seperti dalam lafaz Bismillahirrahmaanirrahiim......

Delisha Iman tekad untuk menjauhi ‘cinta manusia’ yang melalaikan jiwanya. Yang telah menyebabkan dirinya sangat jauh dari Penciptanya. Yang sememangnya berhak dicintai lebih dari segalanya. ‘Ergh! Jauhkanlah cinta manusia ini daripadaku ya Allah...ianya sangat hina apabila dilontarkan ke jalan yang salah! Ia tidak halal lagi untukku....’  Delisha Iman berbicara dengan imannya. Dia seolah-olah sedang berdiskusi dengan hatinya agar menjauhi fitnah cinta manusiawi itu.

Fitrah cinta....

Cinta yang datang bertandang di lubuk hati itu fitrah...

Namun, apabila ia disusuli oleh tindak-tanduk yang tidak diredhai , ia akan bertukar menjadi fitnah...

Allah SWT  menciptakan fitrah ini dengan mensyari’atkan perkahwinan...

Dengan itu untuk apa menikmati cinta sebelum berkahwin?

Bimbang ia menjadi tawar dan hambar...

Hilang barokah....hilang kemanisan....

Air jernih menitis lagi di pipi Delisha Iman. Sungguh sukar untuk menepis cinta manusia yang sememangnya menjadi impian remaja kini. Usianya kini sememangnya usia remaja yang dahagakan cinta. Tetapi, adakah cinta ini yang dicari? Hati, iman dan perasaannya lebih mengerti.....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....