Apalah Daya Hati~ (Part 12)

Apalah Daya Hati

Seronok dan bersemangat Amir Asyraf dapat bermesra dengan anak-anak yatim di Darul Izzah. Setelah diajak beberapa kali oleh Faris Haikal, akhirnya Amir Asyraf akur juga untuk menziarahi anak-anak yatim tersebut. Mereka berdua kemudian meneruskan perjalanan setelah menziarahi anak-anak yatim di sana dan terus menuju ke destinasi untuk menghantar Amir Asyraf ke rumahnya.

“Best jugak budak-budak kat situ…sporting, mesra…bijak-bijak pulak tu…malu saya…diorang lebih celik ilmu agama dari saya….celik aqidah mereka…aduhh, banyak yang perlu saya belajar dari mereka dan Faris….”  Amir Asyraf berbaur kesal kerana tidak berkesempatan menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam.

“Takpe Amir…sekurang-kurangnya kita ada semangat untuk menuntut ilmu dan mempunyai sifat inkuiri dalam diri dengan lebih tinggi…itu sudah cukup baik….”  Tambah Faris Haikal.

“Betul…erm,tapi saya hairanlah dengan budak tu,..apa nama dia tadi…Aiman,…haaa…dia cakap tentang ulul albab kat saya….apa tu ulul albab,…yang saya tahu, ahmad albab je…hehehe”  Amir Asyraf mula berjenaka.

“Owh,…ulul albab ni bermaksud orang yang berakal…Ulul Albab adalah merujuk kepada maksud ayat al Quran dari surah ali Imran ayat 190-191, terdapat dua kata kunci yang penting iaitu ‘ulul albab’ dari sudut celik aqeedah dan tujuan beramal dengan konsep ulul albab ini adalah untuk membebaskan diri kita dari azab api neraka di akhirat nanti. Maka, muslim yang sentiasa berfikir akan ciptaan Allah SWT adalah merupakan mukmin yang berakal. Dia rapat dengan Penciptanya iaitu Khaliq kita, Allah SWT…”  Dengan penuh bersemangat Faris Haikal bercerita tentang ulul albab kepada Amir Asyraf yang sungguh bersemangat mendengar ‘explanation’ Faris Haikal.

“Oooooo….jadi bermakna orang yang berakal adalah orang yang sentiasa memikirkan segala ciptaan Allah di bumi ini….?”  Amir Asyraf mula untuk memahami.

“Yep! Bukan saja di bumi, malah seluruh alam….Ahli ‘Ulul albab’ ini hendaklah yang sentiasa berfikir untuk   menambah-baikkan kualiti hidup ummah.Mukmin celik aqeedah, seperi Anas Ibn Malik, yang menolak kontrak dari khalifah yang zalim,dan mukmin yang celik komputer untuk mempromosikan IT Tayyibah ‘input’ dan ‘output’nya….begitulah cirri-ciri ahli ulul albab…”  Faris Haikal mula berfikir dengan lebih mendalam tentang ‘ulul albab’ ini. Memang sangat bagus bagi mukmin yang mempunyai ciri-ciri ulul albab tersebut. Mudahlah ia menjadi mukmin professional.

“ Yes!! Saya dah faham…..thanks a lot ya Faris,..nanti bolehlah saya selalu ziarah budak-budak tu…ajaklah saya bila nak ke sana ye….”  Amir Asyraf mula bersemangat untuk menambah ilmu baru.

“Sudah semestinya saya akan ajak….inshaAllah…”  Faris Haikal mula menghentikan keretanya di stesen minyak petronas berdekatan untuk mengisi minyak.

“Rm40 ye nombor 2…” Faris Haikal segera membayar duit, dan  Amir Asyraf mengisi minyak kereta Faris Haikal di luar sana. Selepas selesai membayar, Faris Haikal pergi ke ruang air mineral untuk dipilih bagi menghilangkan dahaga, tiba-tiba dia terdengar satu suara wanita yang pernah dia kenal di ruang berkenaan.

“Jiha…dahla tu, duit along tak cukup nanti…kita datang sini bukan nak mencekik…”  Delisha Iman mula membebel dengan sikap adiknya yang sedang mengambil makanan ringan begitu banyak di ruang berkenaan.

“Eleh along ni…kedekut betul…”  Najiha mula mencebik.

“Ishk! Susah betul nak faham la dia ni….” Delisha Iman mula geram dengan sikap adiknya itu.

Sesampainya di ruang kaunter bayaran, Faris Haikal segera melihat muka Delisha Iman dari jarak dekat dan………….

‘Allah!! Aku dah agak….suara dia memang aku kenal sangat! Alhamdulillah…akhirnya bertemu jua!”

“Iman!”  Faris Haikal tanpa sempat memberi salam tanda terkejutnya dengan kehadiran gadis yang sudah lama dia nantikan itu.

“Faris??!”  Delisha Iman seakan-akan melihat hantu. Bagaikan tidak percaya, pemuda idamannya kini muncul di hadapan matanya. Doanya terkabul jua. Dalam hatinya ucapan hamdalah berulang kali tanda bersyukur atas pertemuan ini.

“Iman apa khabar? Is ada call Iman tempoh hari…tapi, tak dapat…Iman tukar nombor ye?”  Faris Haikal cuba mendapatkan penjelasan dari Delisha Iman.

“Err,…aah…erm,…Maaf…err…”  Delisha Iman seolah-olah kelu lidahnya. Tak dapat dia menerangkan situasinya ketika itu.

“Eh,…Abang Faris?” Najiha baru perasan setelah kusyuk memilih makanan dan minuman sejak dari tadi.

“ Najiha…Jiha sihat? Bila balik Malaysia?”  Faris Haikal mula meng’interview’ Najiha sambil mereka semua keluar dari kedai petronas tersebut.

“Dah dua minggu dah kat Malaysia…best belajar kat sana…”  Najiha bersemangat cerita tentang pengalamannya di Korea.

“Iman, kenal kan Amir Asyraf? “ Faris Haikal memegang bahu Amir Asyraf sambil menyoal Delisha Iman.

“Owh, kenal…kawan Iman kat kampus dulu….” Delisha Iman seakan tidak percaya perkenalan Faris Haikal dan Amir Asyraf. ‘Ah, sungguh kecil dunia ini!’ Hatinya bermonolog.

“Delisha apa khabar? Lama tak sakat awak….hehe…”  Amir Asyraf mula dengan sifatnya yang selamba itu.

“Saya sihat je…alhamdulillah…saya datang KL sebab nak ziarah kawan saya sakit…”  Delisha Iman merasakan kurang enak bersembang di ruang petronas tersebut. Dia bagaikan ingin cepat-cepat beredar dari situ.

“Owh, siapa kawan Iman? Rasyidah ke?”  Faris Haikal mula dengan sifat inkuirinya itu.

“ Bukan…hmm,…maaf Iman kena cepat,…kami pergi dulu ye, assalamu’alaikum….”  Delisha Iman seolah-olah ingin berahsia daripada Faris Haikal. Mungkin belum masanya lagi untuk dia tahu.

“Baiklah…wa’alaikumussalaam….”  Faris Haikal memberi ruang untuk Delisha Iman dan Najiha berlalu. Dia tahu bahawasanya Delisha Iman memang sedang merahsiakan sesuatu darinya. Mungkin bukan harini, tapi esok lusa pasti akan dapat tahu juga. Pasti!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....