Apalah Daya Hati~ (Part 32)

Apalah Daya Hati

Makin dikejar, makin ia melarikan diri. Dia tidak berputus asa. Dengan berlari 200km sejam pun dia masih sanggup mengejar perempuan itu. Makin lama, makin hampir. Tudung perempuan itu ingin disentuhnya, tetapi perempuan itu melarikan diri. Dikejar semula. Seperti bermain kejar-kejaran lagaknya. Parah! Penat dan lelah yang dipikul. Bahkan, terasa bagai nak tercabut kaki dibuatnya. Tiba-tiba suasana berubah. Bertukar menjadi padang pasir. Angin yang tadi bertiup tiba-tiba senyap. Dia mula terasa panas. Argh! Bahangnya! Hatinya meronta-ronta meminta bantuan. Malah, tiada siapa yang mendengar. Perempuan yang dikejarnya tadi hilang! Matanya melilau mencari perempuan itu. Mukanya cantik, memakai jubah berwarna hitam. Langsung tiada senyuman yang mengukir di wajah perempuan itu. Tetapi, tetap menawan hatinya. Tiba-tiba seorang lelaki berjubah putih datang menyapanya. Dia kaget! Terkejut kerana bahunya disentuh secara mengejut. Kemudian, lelaki itu bersuara.

“*Maza taf’al ya akhi? Man hiya?”  Lelaki itu bercakap dalam bahasa arab. Dia faham bahasa itu. Tetapi, terasa sukar untuk menjawab soalan lelaki itu dalam bahasa itu juga. Lidahnya kelu.  Dia hanya mendiamkan diri. Lama lelaki itu memandangnya. Kemudian lelaki itu sambung berbicara. Tetapi, kali ini dengan menggunakan bahasa melayu. Sungguh aneh!
“Selamatkan dia!”  Lama-kelamaan lelaki itu hilang dari pandangan. Angin yang sangat kuat meniup mukanya. Bagaikan angin taufan yang datang. Sehingga dia terjatuh rebah ke pasir. Dan.................

“Astaghfirullahal ‘azim........ Ya Allah....”  Faris Haikal terjaga dari tidurnya. Mimpi pada malam itu sungguh pelik. Dia terbayang-bayang wajah perempuan yang berada dalam mimpinya tadi. Tidak tumpah seperti Delisha Iman. Tapi, kenapa dia lari dari aku? Bertambah hairan apabila seorang lelaki menegurnya di padang pasir dengan meninggalkan pesanan yang sangat sukar untuk difahami makna tersiratnya. Lama dia termenung. Dahinya berkerut. Lidahnya masih mengucapkan *istighfar. Adakah mimpi itu datang dari syaitan *laknatullah atau datang dari ilham yang dianugerahkan Ilahi untuknya. Ah, amat payah untuk dirungkaikan. Memang kebiasaannya sebelum tidur dia akan menunaikan solat sunat hajat dan kebetulan malam tadi, terdetik hatinya untuk melaksanakan solat istikharah. Kerana, hatinya dirundung kegelisahan. Apakah mesej yang hendak disampaikan melalui mimpi itu. Aduh! Fikirannya bercelaru. Jam di dinding bilik itu direnung. Tepat pukul 3:30am. Allah.....
Dia bingkas bangun. Menuju ke bilik air. Wudhuk diangkat. Ketenangan perlu dicari. Kenapa wajah Delisha Iman yang dimimpinya? Dan, kenapa lelaki itu berpesan sedemikian rupa? Apa yang berlaku terhadap Delisha Iman? Setahu aku dia baik-baik saja. Ya Rabbi, tenangkanlah diri ini.

*Apa yang engkau buat wahai saudaraku. Siapa dia? (perempuan itu)
*Ucapan istighfar (meminta keampunan dari Ilahi)
*Syaitan yang dilaknat oleh Allah

Pagi ahad itu rutin hariannya seperti biasa. Cuti weekend. Malas hendak berjalan. Biarlah adik-adik Darul Izzah berehat sesekali. Matanya merenung syiling biliknya. Sambil berbaring. Hmm. Mimpi malam tadi masih menghantui fikirannya. Otaknya ligat berfikir. Apa maksud mimpi tu? Persoalan itu masih seperti biasa diulang-ulang tanpa erti. Jawapan tetap tidak bertamu.
Ringtone Tuhan Yang Esa berirama. Matanya berpindah ke skrin handphone nya. Tertera nama Amir Asyraf UIA. Dicapai handphone itu dan segera menekan button answer.

“Assalamu’alaikum, Amir.”  Dia bingkas membetulkan kedudukannya. Bersila sambil bersandar ke dinding.
“Wa’alaikumussalam. Haa...Faris, ni nak tanya. Resume yang Faris hantar hari tu berjaya tak?”
Aduhai, hampir terlupa dengan resume yang dia send beberapa hari lepas untuk sambung bekerja sebagai pegawai hal ehwal Islam di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kuala Lumpur.
“Allah.....Lupa! saya tak check lagi kat email. Em, Kenapa Amir tanya?”
“Sebab saya dah dapat kerja dekat bengkel tu. Kan dekat-dekat dengan Jabatan yang Faris apply. Kalau Faris dapat, senang lah. Best sikit ada kawan time nak lunch.....hehe...”   Gembira mendengar jawapan Amir Asyraf. Faris Haikal terpana. Tak sangka ada sahabat yang setia seperti Amir Asyraf.
“InshaAllah. Nanti saya confirmkan balik lepas check email nanti.”
“Okay. Assalamu’alaikum.”
“Wa’alaikumussalam.....”

Handphonedimatikan. Malas rasanya untuk bangun mengambil komputer ribanya. Bantal kecil itu diletakkan di bahagian belakangnya. Badannya disandarkan. Matanya dipejamkan. Kemudian dibuka semula. Sehingga tiga kali diulang. Hatinya beristighfar lagi. Masih terbayang mimpi semalam. Ya Allah, adakah Delisha Iman tidak bahagia? Adakah masih ada jodoh dengannya? Mungkin ya, mungkin tidak.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....