Apalah Daya Hati~ (Part 25)

Apalah Daya Hati

Ia membawa kegembiraan dan kesedihan,
Namun ia masih diam membisu.
Malah, tiada siapa yang betul-betul boleh mempelajari dan mendapati apa yang hidup ini ingin katakan..
Kadang-kadang  ia seperti kita sendiri,
Kadang-kadang seperti orang asing,
Kadang-kadang seperti tangisan,
Kadang-kadang  seperti tawa riang,
Kadang-kadang seperti sungai,
Kadang-kadang seperti dahaga,
Itulah yang kita Nampak...
Ia adalah bunyi lembut dalam keadaan yang senyap.
Hidup ini adalah rahmat dari Tuhan,
Tiada siapa yang pernah menyentuh atau melihatnya,
Ia adalah wangian pengalaman,
Ia adalah angin yang mengharumkan.
Berbicaralah dengan hati,
Dengarlah kata hati,
Pilihlah teman hidup dari dasar lubuk hati,
Andai hati itu sesuci dan sebersih kain putih,
Dunia akan mengatakan apa saja,
Maka pedulikanlah apa yang dunia kata.
Dandanilah dan hiasilah perkara-perkara tersebut pada bulu mata dan
Ciptalah impian-impian yang gemilang.................

Cuaca pagi di hotel ‘The Palace Of The Golden Horses’ itu sangat mendamaikan. Delisha Iman memandang dan merenung pemandangan di luar tingkap. Sungguh indah ciptaan Ilahi. Teringat sabda junjungan besar Rasulullah saw dalam sebuah hadith as-syarif,

Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya : "Fikirkanlah mengenai segala makhluk ALLAH, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat ALLAH, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)." (HR Abu Syeikh)

‘Sungguh! Benarlah kata-kata baginda saw. Segala ciptaan Allah ini merupakan makhlukNya. Sangat rugilah kita andai kita tidak pernah meluangkan masa untuk berfikir mengenai ciptaanNya. Ya Rahmaan....’

Betapa hebatnya manfaat berfikir ini sehingga Rasulullah saw membandingkannya dengan beribadat setahun.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”

(Riwayat ad-Dailani)

“Along! Cantik giler baju ni... tak kan bertunang punya grand macam nak kahwin je...”  Lamunan Delisha Iman terhenti. Najiha membelek-belek baju pengantin yang diberikan oleh Iskandar Syah semalam. Sesekali dia meletakkan baju itu pada ukuran badannya.

“Hm. Along tak pakai baju tu kot waktu majlis pertunangan esok. Along dah sedia jubah ungu tu. Along pakai jubah tu je esok....”  Delisha Iman menunjukkan jubah berwarna ungu yang tersangkut bersama tudung bidang berwarna ungu cair di almari itu pada adiknya. Najiha segera megalihkan pandangannya ke arah jubah yang dimaksudkan kakaknya itu.

“ wah! Rasanya ni lagi lawa. Baju yang Syah ni beli tak sesuai la dengan along. Dah la baju pengantin! Orang bertunang je baru, nak kahwin. Tak sabar sangat la tu.!”  Najiha mencebikkan bibirnya. Meluat dengan cara Iskandar Syah yang terburu-buru itu.

“Biarlah... Mungkin ayah dia yang nak along nampak cantik kot pada majlis pertunangannya. Sebab nak jaga standard sebagai Dato’...”  Delisha Iman melabuhkan punggungnya di atas katil ‘double’ itu. Bilik yang berhawa dingin dan luas itu sangat menyenangkan bagi mata yang melihatnya. Tidak sangka Iskandar Syah menempah bilik yang sangat besar untuknya, yang mana mungkin untuk golongan artis yang layak untuk menempah bilik ini. Sementelah Hotel ini juga pernah menjadi tempat ‘shooting’ bagi filem hindustan yang dilakonkan oleh Amitabh Bachchan, Ajay Devgan dan Aishwarya Rai. Memang sangat cantik Hotel ini.

“Eleh! Jaga standard konon. Ngada-ngada kan orang-orang kaya ni. Ingat kita tak mampu ke nak beli baju macam ni. Erm, tapi bagus jugak ye along kahwin dengan Syah ni. Boleh Jiha mintak macam-macam kat dia. Mesti akan terus dapat kan. Nanti mesti kita akan pindah rumah banglo! Wow!”  Najiha mula dengan angan-angannya. Delisha Iman mula membaringkan badannya di atas tilam yang empuk itu. matanya sedikit mengantuk. Mungkin disebabkan ‘drive’ dari Perak ke KL semalam. Istirehat tidak mencukupi baginya. ‘ Allahu Akbar... tak dapat aku bayangkan esok hari. Bertunang dengan Syah, anak Dato’. Bayangkan kalau buat grand macamne...Hmm...Aku paling tak suka buat majlis grand-grand..membazir! Erghh!!’

Matanya dipejamkan. Dia mula bermonolog sendirian di dalam hatinya. Tiba-tiba rasa keliru, adakah dia mencintai Iskandar Syah sepenuhnya? Mengapa dengan tidak sengaja dia menerima semula lamaran Iskandar Syah?

Seorang Muslimah sejati akan merasa cukup bahagia tanpa kekasih tidak halal di sisinya, kerana yakinnya dia pada janji Allah, serta telah diserahkan hatinya pada Allah untuk diuruskan, kerana ia percaya hanya Allah sahaja sebesar-besar pengharapan yang mampu membawa dirinya kepada insan yang dicintainya itu…..

Siapakah insan yang dicintainya itu? Mengapa dia masih belum bertemu dengannya semula?

Delisha Iman memejamkan matanya. Wajah Faris Haikal kembali bertandang. Rindunya pada pemuda berjiwa pejuang itu kian terasa. Apakah yang akan berlaku sesudah itu? Allah knows everything.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....