Apalah Daya Hati~ (Part 16)

Apalah Daya Hati

Keadaan di Darul Izzah riuh dan ceria dibuat oleh Amir Asyraf. Seronok Amir Asyraf melayan anak-anak yatim itu. Dia merasakan satu sinar baru mewarnai hidupnya kini. Faris Haikal yang rancak berbual dengan pengetua Darul Izzah membuatkan Amir Asyraf merasakan mereka mungkin akan berada lama di situ.

“Abang Amir,abang Amir....” Aiman bersemangat ingin mengajukan soalan kepada Amir Asyraf.

“Ya Aiman....”  Amir Asyraf ceria melayan telatah anak yatim ini.

“Abang Amir pernah bercinta tak? Ataupun pernah tak abang Amir minat kat seseorang? Cinta tu best tak?” Aiman mula wondering tentang cinta. Dia sudah meningkat remaja dan ingin mengenali cinta dengan lebih mendalam.

Terbayang wajah Delisha Iman dalam lamunannya. Jiwanya sakit akibat cintanya ditolak mentah-mentah. Tapi, dia masih sayangkan wanita itu. Kerana baginya wanita itulah satu-satunya yang dia pernah jumpa seorang yang menjaga prinsip hidupnya dengan begitu tegas. Walaupun Delisha Iman bukanlah cinta pertamanya, namun hakikatnya dialah seorang wanita yang berjaya membuatkan Amir Asyraf  benar-benar tercabar untuk memilikinya.

“Abang pernah rasa cinta. Tapi cinta abang tak terbalas...” Amir Asyraf seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Yeke...kesiannya kat abang... siapa perempuan tu bang? Mesti dia cantik kan? Mesti dia baik kan? Sebab abang baik....”  Aiman mula bersimpati dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang perempuan yang Amir Asyraf maksudkan.

“Yep! Sangat-sangat baik dan sangat-sangat cantik di mata abang. Aiman nak tahu kenapa dia tak balas cinta abang?” Amir Asyraf mula mengajukan soalan kepada Aiman, seolah-olah ingin meluahkan dan berkongsi ‘something’ dengan anak-anak yatim Darul Izzah ini.

“Nak...nak...” Aiman dan kawan-kawannya bersemangat ingin mengetahui cerita selanjutnya.

“Haha....Sebab dia suka kat abang angkat Aiman” Amir Asyraf ketawa sambil matanya memandang Faris Haikal yang leka berbual dengan Pengetua Darul Izzah.

“Abang Is? Dia kenal abang Is jugak ke abang Amir? Macam mana abang boleh suka perempuan yang suka dekat abang Is?” Aiman bertambah keliru.

“Aduhai...nanti Aiman tanya cerita selanjutnya pada abang Is ye?” Amir Asyraf malas hendak bercerita lebih-lebih takut terpesong dari cerita asal. Lagipun, hatinya kini ingin melupakan cintanya yang tidak terbalas itu. Mungkin Delisha Iman sudah menganggapnya sebagai kawan baik sahaja. Sebab itu dia bagaikan tidak memahami perasaan  Amir Asyraf terhadapnya. Amir Asyraf bermonolog sendirian di dalam hatinya.

Cinta itu selalu aktif dan kreatif

Kreatif pada dasarnya memerlukan waktu, usaha dan tenaga

Waktu,usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk meluahkan cinta

akan menghasilkan rasa sayang yang sangat mendalam...

cinta tidak pernah berhenti..

cinta adalah sebuah lingkaran...

yang terus berputar......

Amir Asyraf seolah-olah menjawab persoalan ‘cinta’ yang ditanyakan oleh Aiman kepadanya. Tetapi sayangnya jawapan itu diberikan dalam bentuk puisi dan hanya bermonolog di dalam hati sahaja. Makna cinta itu sendiri amat mendalam. Bak kata lagu Amy Mastura tentang cinta.

Jika ditanya tentang cinta

Macam-macamlah jawapannya

Ada cinta yang bawa ceria

Ada cinta yang sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja

Hilang kawan hilang keluarga

Lebih baik cinta pada yang Esa.....

Faris Haikal sudah mula berdiri dan mula melangkah keluar bersama pengetua Darul Izzah itu. Pengetua Darul Izzah itu menepuk-nepuk bahu Faris Haikal sambil mengukir senyuman di wajahnya, seolah-olah baru mendengar  berita gembira dari Faris Haikal. Wajah Faris Haikal pula seolah-olah dalam dilemma, dan bercampur gembira dan ceria juga di wajahnya yang tampan itu. Mereka berjalan dan mula bersalaman tanda Faris Haikal ingin mengakhiri perbualan mereka. Selang beberapa minit kemudian Faris Haikal berlalu dengan menaiki kereta hondanya untuk membawa Amir Asyraf pulang ke rumahnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....