Apalah Daya Hati~ (Part 23)

Apalah Daya Hati

Suasana di Bandar Baru Bangi itu agak sibuk. Jalan menghala ke UKM sesak dipenuhi kereta-kereta pensyarah dan pelajar-pelajar. Perjalanan di situ menjadi sedikit terganggu. Faris Haikal seakan-akan endah tak endah dengan situasi di situ. Fikirannya melayang seketika. Lampu isyarat bercahaya merah. Lagu ‘Kerana Cinta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan In-Team feat Mestica berkumandang di radio IKIM. Faris Haikal khusyuk menghayati bait-bait lagu itu.

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang di idamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta…oh cinta…oh cinta…oh cinta…
Kerana cinta

Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan......

Lampu isyarat bertukar hijau. Kereta Honda milik Faris Haikal dipandu laju. Risau Amir Asyraf menunggunya terlalu lama. Bak kata orang, ‘Penantian satu penyeksaaan’.
Amir Asyraf melihat dari jauh kereta Honda milik Faris Haikal. Dia segera menyarungkan kasutnya dan bergerak menuju ke arah kereta itu. Pintu kereta dibuka. Salam dihulurkan.

“Assalamu’alaikum...”  Amir Asyraf memulakan bicara.

“Wa’alaikumussalam....Lama tunggu? Maaf, jalan ‘jam’ tadi...”  Faris Haikal merasa bersalah atas kelewatan selama 20 minit dari masa asal yang telah dijanjikan.

“Oh, tak de lah...saya pun terlewat bangun tadi. Sarapan pun tak sempat ni. Ingat nak makan sikit tapi dah nampak kereta Faris dari jauh. Cepat-cepat keluar...”  Amir Asyraf beriya menerangkan keadaannya sebelum Faris Haikal tiba di kawasan rumahnya itu.

“Okay,...hmm, macammana? Dah dapat berita dari Iman?”  Faris Haikal mula menukar topic perbincangan.

“Yes! Alhamdulillah...Delisha balas mesej saya. Dia cakap, dia dah balik perak. Baru je 2,3 hari lepas. Dan dia ada cakap yang dia akan datang semula KL Cuma belum pasti tarikh dan hari....”  Amir Asyraf bersemangat ingin menolong Faris Haikal untuk menyatukan Delisha Iman dan Faris Haikal. Dia seakan-akan merasa bahagia sekiranya dapat menyatukan mereka berdua. Kerana dia banyak tahu kisah Delisha Iman  daripada Rasyidah. Rasyidah banyak menceritakan tentang Delisha Iman yang dalam kesedihan kerana ditinggalkan oleh ‘cinta pertama’ nya. Kini Amir Asyraf yakin ‘cinta pertama’ yang Rasyidah maksudkan dulu ialah Faris Haikal!

“Alhamdulillah... kenapa susah sangat dia nak balas mesej saya? Mesej Amir dia balas pulak. Saya rasa dia masih marah kat saya. Saya tak de niat langsung nak mainkan perasaan dia...”  Kereta Honda itu terus dipecut. Anak-anak yatim Darul Izzah sedang menanti mereka berdua untuk membuat latihan nasyid bagi sambutan hari guru akan datang. “Saya bertekad akan meminta maaf pada Iman. Saya yakin dia mesti marahkan saya lagi. Dan saya tahu, dia masih simpan nombor saya, sebab tu dia tak balas mesej saya. Hm...”  Suara Faris Haikal berbaur kesal. Amir asyraf hanya mengangguk-anggukkan kepala.

“Jadi, apa Faris nak buat sekarang?”  Amir Asyraf memulakan persoalan. Dia melihat reaksi muka Faris Haikal yang agak kelat. Mungkin  sedang berfikir sesuatu.

“Saya akan ke rumah Iman. Saya akan jumpa dia di sana dan terus-terang padanya. Dan mungkin akan terus melamar dia di sana. Apa pandangan Amir?”  Faris Haikal kini bersungguh untuk meneruskan niat di hatinya yang sudah lama terpendam. Amir Asyraf hanya mengiyakan persoalan Faris Haikal sebentar tadi.

“Saya hanya sokong mana yang terbaik. inshaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar...”  Amir Asyraf hanya mampu berdoa. Jauh di sudut hatinya sedikit kecewa kerana mungkin Delisha Iman akan menjadi milik orang. Dan orang itu yang pasti bukan dirinya.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya.
Cinta kudus antara ibu dan anaknya.
Ada cinta yang setia.
Ada cinta kasih antara teruna dan dara.
Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingannya.
Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan
Cinta dikatakan hampir tidak memilih usia.
Ia juga tidak mengira rona dan bangsa.
Tidak ada miskin dan kaya dalam catatan kamus cinta.
Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Dan, kini cinta yang zahir adalah di antara Faris Haikal dan Delisha Iman! ‘Aku yakin mereka pasti akan bahagia bersama.’ Amir Asyraf termenung memandang permandangan ke luar menerusi tingkap kereta Honda milik Faris Haikal.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....