Apalah Daya Hati~ (Part 24)

Apalah Daya Hati

Busana-busana dan baju-baju di Butik Pengantin itu menarik minat Iskandar Syah untuk dia mendekatinya. Dia membelek-belek baju pengantin berwarna purple cair itu sambil matanya memandang pada Datin Nora.

“Ma, cantik kan kalau Isha pakai ni? Matching la dengan Syah.”  Iskandar Syah tersenyum sambil membelek baju pengantin itu.

“Ofcourse cantik. Cuma, nak ke Isha pakai? Tak jarang ke baju ni? Dia kan pakai tudung...”  Datin Nora seakan-akan memahami hati seorang muslimah bernama Delisha Iman.

“Oh, I forgot. Erm... Tapi dia boleh pakai baju kat dalam. Kita beli inner untuk dia. Yang biasa model pakai tu kan Ma. Mesti cantik Isha Ma...”  Iskandar Syah tersenyum gembira. Semakin rasa kegembiraan terpancar di wajahnya untuk bertunang dengan Delisha Iman dua hari lagi.

“Okay jugak. Beli la...Isha mana? Dia lambat lagi ke? Nanti nak pergi test cincin pulak.”  Datin Nora mengingatkan anaknya itu tentang Delisha Iman yang sedang dalam perjalanan ke KL.

“ Tadi Syah baru je call Isha. Dia on the way. Dalam sejam lagi sampai la.”

“Okay.. Syah dah check in bilik untuk family Isha belum?”  Datin Nora memang prihatin terhadap anak tunggalnya itu. semangnya itulah satu-satunya anak kesayangannya.

“Dah.. pagi tadi. Syah check in kan 2 bilik.”   Iskandar Syah bersungguh menjawab soalan Datin Nora.

“Dua bilik? Kenapa dua?”  Datin Nora memang tidak tahu-menahu tentang bilangan keluarga Delisha Iman. Baginya Delisha Iman seorang anak tunggal.

“Yep. Satu untuk abah dan mak Isha. Dan satu lagi sudah semestinya untuk bakal menantu Ma and adiknya Najiha.”  Iskandar Syah menyentuh dagu Datin Nora. Kemanjaannya terhadap Datin Nora terselah selepas sembuh dari koma beberapa hari yang lepas. Dan kegembiraan itu sudah pasti  kerana lamarannya diterima semula oleh Delisha Iman dan keluarganya.

“Ma tak tahu pulak Isha ada adik. Kenapa Syah tak bagitahu Ma. Waktu Syah bawak Isha datang rumah haritu, kenapa tak bawak sekali adik dia. Boleh jugak Ma kenal.”  Datin Nora berbaur kesal dengan sikap anaknya yang banyak berahsia terhadapnya.

“Bukan tak nak bawak Ma. Time tu adik Isha tak balik dari Korea lagi. Ma nak tahu before I brought Isha to our house to meet you and Papa, when I picked her up at UIA, before she entered the car, she asked me if her friend could come along, but it turned out that her friend had a class at that time. I noticed that her face was anxious at that time. Ma, she looked so cute. Hehe...em, but its quite strange though why she wanted to bring her friend along.”  Muka Iskandar Syah musykil. Keningnya berkerut dan dia mula tersenyum. Teringat ketika itu, wajah Delisha Iman sangat cemas dan risau, kerana takut timbulnya fitnah untuk menaiki kenderaan Iskandar Syah tanpa ada ‘mahram’ dan teman yang boleh dibawa bersama. Dan akhirnya keadaan yang sangat memaksa, Delisha Iman terpaksa akur untuk meneruskan niat ke rumah Dato’ Halim dan Datin Nora.

“Oh, I see. So, what happened after that?”  Datin Nora seakan-akan mula memahami hati Delisha Iman. Baginya, Delisha Iman seorang wanita yang ‘special’ di matanya dan sudah tentu di mata Iskandar Syah juga. Ini kerana dengan sikap dan cara Delisha Iman yang agak ganjil membuatkan dirinya ingin mengetahui apa yang bertandang dan terselit di hati wanita itu. Sungguh berbeza dengan perwatakan Maya, yang selalu menganggunya dan Iskandar Syah setiap hari. Dan paling dia benci dengan Maya ialah sikapnya yang mengada-ngada dan suka menggoda anak kesayangannya itu.

“After that, Isha masuk jugak lah dalam kereta, Ma.”  Iskandar Syah tersenyum meleret. Baju pengantin yang dibeleknya sebentar tadi, dibawa ke kaunter bagi meneruskan pembayaran. Kad kredit dikeluarkan. Dan seusai itu, mereka berlalu menuju ke  kedai emas cincin berlian berdekatan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....