Apalah Daya Hati~ (Part 3)

Apalah Daya Hati

 

Betapa gembiranya hati aku hari ini, dapat jugak aku berjumpa dengan Delisha Iman. Unpredictable! But, I'm extremely happy and feel very very enthusiastic today...

 

‘’Lepasni I akan luahkan segala isi hati I ini pada you...terserah sama ada you nak terima atau tak, yang pasti I sangat-sangat mengharap supaya you sudi terima I ini seadanya...Hopefully!’’ Wajah Iskandar Syah sedikit ceria. Dia bercakap separuh berbisik sambil memegang i-phone yang tertera gambar Delisha Iman yang diambil olehnya secara senyap tanpa pengetahuan Delisha Iman. ‘Manis...Cantik...sweet...beautiful...’  Getus hatinya.

    

Don’t pretend you’re sorry
I know you’re not
You know you’ve got the power
To make me weak inside
And girl, you leave me breathless
But it’s okay
Cause you are my survival
Now hear me say

 

Lagu BSB, drowning dipasang. Matanya kembali tertumpu pada skrin i-phone. Wajah manis Delisha Iman direnung lama. Hatinya mula bermonolog.‘Sejuk mata aku kalau dapat bini macamni...Hmm....Tapi, layak ke aku??? Oh God!’

 Tengah syok-syok layan lagu sambil menatap gambar Delisha Iman...tiba-tiba.......

 

Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance (
ringtone)

 

"Hello,...yep....Oh,I'm sorry Maya, I busy hari ni...I ada hal la.....No,...no...bukan boring....next week la k...no, I've many things to do...yela...ok! bye..."

 

Ah, sibuk je ajak aku keluar, boring betul! Enjoy je keje....Argh!! Stress aku!

 

 

 

****

 

Wajahnya sedikit muram. Sebaik sahaja keluar dari bilik mesyuarat tadi, Faris Haikal seakan buntu. Kali ini dia masih lagi dipilih untuk memegang sebuah amanah. Perlantikannya sebagai pengerusi surau di kolej Aminuddin Baki membuatkan dirinya serba salah. Hendak ditolak, menyebabkan abang-abang senior dan sahabat-sahabatnya terasa hati. Bila sudah menerima, dia pula yang seakan-akan tidak merelakan. Bukan mudah untuk memegang jawatan. Ini adalah amanah. Amanah yang sangat berat apabila tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

“Faris... Amacam? Okay tak ni?”  Syakir memegang bahu Faris Haikal sambil tersenyum meleret. Sahabat sekelasnya itu sangat mengambil berat terhadap dirinya. Faris Haikal balas dengan senyuman segaris.

“InshaAllah okay....”  Jawapan sempoi yang diberikan oleh Faris Haikal menyebabkan Syakir tersenyum dan berasa senang hati. Dia mula meminta diri untuk pulang ke biliknya yang agak berjauhan dengan bilik Faris Haikal.

 

Faris Haikal menutup pintu biliknya perlahan. Buku ‘Fiqh Awlawiyyat’ karya Yusuf Al-Qardhawi itu diletak bersebelahan katilnya. Badannya dibaringkan di atas katil single itu. Mindanya ligat berfikir. Semester ini merupakan semester yang terakhir untuk dapatkan degree. Tapi, masih lagi diberi tanggungjawab seperti ini. Untuk tidak menghampakan ikhwan yang dia kenal dalam jemaah di kampus itu, Faris Haikal bersetuju untuk memikul amanah tersebut.

Lagipun, mungkin dengan cara inilah dia boleh gunakan untuk meluaskan lagi dakwahnya di kampus. Bina ukhwah dengan sahabat-sahabat dan kenalan. Mulakan usroh dengan borak santai. Mudah-mudahan dengan niat suci ini akan berjalan dengan lebih lancar lagi selepas ini. Hatinya terkenang adik-adik dan impiannya di Darul Izzah. Selepas praktikal di MTI nanti, impiannya akan diusahakan bersama adik-adik Darul Izzah. Faris Haikal kembali tersenyum. 

 

 

****

 

Pening.... Hm... Mata Delisha Iman masih lagi tertumpu pada perkataan arab di atas katilnya. I’jaz Fi As-Sunnah tulisan Dr. Abu Laith Khair Abadi yang juga merupakan pensyarah UIA itu ditenung lagi. Satu-satunya subjek yang berkait rapat dengan ilmu sains. Sudahlah zaman sekolah dahulu dia bukan merupakan pelajar sains tulen. Malah, hanya mengambil subjek matematik tambahan di dalam kelas akaun. Itupun terkapai-kapai je. Puas kena bebel dengan abah supaya buat latihan. Huh... Matanya kembali menala ke arah buku tersebut. Agak mencabar subjek ni. Cuma, yang seronoknya ia berkaitan dengan hadith Nabi. Itu yang penting. Hm... Delisha Iman tersenyum simpul. Matanya mengecil. Esok, kena bersungguh untuk jumpa dengan pensyarah. Baru nampak sikit semangat untuk berjaya. Abah pun dah banyak kali pesan supaya selalu jumpa dengan pensyarah. Biar dia nampak kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Mana tau, tiba-tiba dia baik hati nak bagi markah lebih. Who knows....

Buku tadi diletakkan semula di atas meja belajar di bahagian kepala katilnya. Bantal peluk kecil dipegang dan ditepuk-tepuk bagi membuang segala habuk yang melekat pada bantal itu. Kebersihan itu penting. Tambahan pula ianya sebahagian daripada iman. Ya, nama yang indah. Iman.... Delisha Iman tersenyum lagi. Seperti biasa. Sebelum jarum jam sampai pada angka dua belas, matanya perlu ditutup. Kalau terlebih bajet, maka esoknya akan mulalah untuk bermujahadah berpisah dengan katil kesayangannya itu.

 

****

Baru nak enjoy bila menetap di tanah air tercinta ni, mesti ada saja gangguan yang datang. Papa... Please la... Pelik. Usia masih muda bukan untuk bekerja. Masih ada masa untuk rehat-rehat dulu sebelum kaki mula jejak masuk office. Iskandar Syah merehatkan mindanya di atas katil. Serabut dengan bebelan seorang papa yang sangat tidak faham perasaan anaknya. But, Mama always understands me.... Detik hatinya. Matanya merenung syiling biliknya. Mindanya ligat berfikir sesuatu. Hatinya teringat sewaktu di UK beberapa bulan yang lepas. Entah macam mana hatinya teringat pada Delisha Iman. Sedangkan ramai wanita-wanita di UK yang menaruh hati padanya. Tapi, kenapa Delisha Iman juga yang dipilih? Iskandar Syah tersenyum segaris. Baginya, Delisha Iman satu-satunya perempuan yang agak pelik. Ya! Sangat pelik. Dulu, waktu sekolah punyalah kerek. Dalam erti kata lain, dia sangat sombong. Tapi, bukan sombong yang membuatkan orang lain menyampah. Tapi, sombongnya itu menyebabkan semua orang terutamanya kaum adam tercabar untuk mendekatinya. Teringat ayat Shukri dulu sewaktu Delisha Iman menjawab soalan yang diajukan kepadanya. “Serius aku tak sangka kau berani sembang dengan Iman...”  Ramai yang cuba untuk berborak dengan Delisha Iman. Tapi, pada hari itu, aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh layan aku dengan baik. Sebenarnya, itulah strategi untuk bersembang dengan Delisha Iman. Bukanlah penting sangat masa tu. Tapi, soalan yang ditanya masa itu melibatkan cara untuk menunaikan solat dengan betul. Memang bersungguhlah Delisha Iman menerangkan pada aku.

Teeet.. Teeet...

Iskandar Syah tersedar dari lamunan. Telefon bimbitnya berbunyi. Satu mesej diterima.

How’s life my dear? I’m waiting for you at 8pm. Tempat biasa”  

Huh! Maya....  Mata Iskandar Syah tertumpu pada skrin i-phone. Kemudian, dicampakkan i-phone itu di atas katil. Kehidupannya berubah sejak bertemu semula dengan Delisha Iman. Kehidupan wanita itu yang bersederhana dalam segala hal, penampilannya yang sejuk mata dipandang itu membuatkan Iskandar Syah terasa ingin berubah menjadi lebih baik. Dunianya dahulu bersama Maya banyak memberikan kesan buruk dalam hidupnya. Maya terlalu manja dan suka mendesak untuk keluar berhibur bersama. Kadang-kadang timbul muak di hati. Tapi, apakan daya... Nafsu mengatasi segala-galanya. Perasaan untuk berfoya-foya bersama perempuan masih segar di dalam jiwanya. Direnung semula i-phonenya. Keluar sekejap just lepak-lepak dengan member pun best jugak....Ah, sekejap je.... Getus hatinya. 

 

****

 

 

****
 
 
5 bulan berlalu dengan begitu pantas, tanpa sedar memori dahulu kembali menghantui....
 
Dia insan pertama yang bertakhta 
Dia insan pertama yang ku cinta 
Dia pernah membuat ku bahagia 
Dia yang mengajarku 
Tentang erti rindu 

Dia yang dulu pernah ku sanjungi 
Pergi seingga kini tak berganti 
Hilang dari pandangan hidup ini 
Membawa luka pedih tak terperi 

Tiada ku duga 
Permulaan yang jernih 
Menjadi keruh dengan tiba-tiba ....
 
Air mula bergenang di kelopak mata Delisha Iman. Lagu 'Dia' nyanyian Fauziah Latiff ini telah membuatkan dirinya sangat merindukan dan terkenangkan Faris...
 
'Faris Haikal, kenapa kau menghilang dan meninggalkan aku, ketika mana aku sangat memerlukanmu, di situlah engkau tiada.....ya Allah....aku sangat merindukannya, ya Rahman.....ujian inilah yang sangat berat bagiku ya 'Alim.....
macammana keadaan dia sekarang? Ntah2 dah kahwin...ya Allah...kalau betulla dia dah kahwin...hanya Allah saja yang mengerti hati ini...'
 
Tanpa diundang, air mata Delisha Iman mula jatuh menitis di pipinya yang putih kemerah2an itu.
 
"Iman, kau menangis?" Rasyidah mula sedar keadaan sahabatnya itu.
 
"Hmm...xde apalah syidah, aku rindu kat mak aku...dah lama tak jenguk mak kat kampung..." 
 Delisha Iman mula berhelah seperti biasa.
 
"Kau ni,,...aku tau kau tipu aku...mesti sebab lain kan...? pagi tadi kau kan dah 'call' mak kau...lagipun, minggu depan kan dah cuti, cuti la lama mana pun...lagipun dah habis belajar...tunggu hari konvo je...."
Rasyidah cuba memujuk.
 
"Hmm....ye...aku tau......tapi syidah....." 
Suara Delisha Iman bergetaran menahan sebak..
 
"kenapa ni Iman? cuba cerita kat aku, kenapa kau sedih sangat ni?"
 
"Syidah....aku nak cari dia syida,,,aku nak sangat tau keadaan dia sekarang...'ana fi syauqin syadidin ilaih' syida....aku memang tak dapat lupakan dia,syida...." 
Suara Delisha Iman bertambah sebak dan tersekat2 menahan sebak dan kesedihan yang dialami...matanya mula sembap dan bengkak.
 
"Iman...be strong! Aku faham perasaan kau sekarang ni.,. setahun lebih korang tak berhubung,...jangan putus asa dengan takdir Allah....kalau betul kau rindu dan sayang kat dia, doalah untuk dia...."
 
"Setiap waktu syida....aku tak pernah lupa doa untuk dia..."
 
"Iman,.doalah andai ditakdirkan jodoh dengan dia, minta Allah permudahkan dan dekatkan hati dengannya,tapi sekiranya tidak ditakdirkan bersama, berdoalah supaya Allah luputkan segala ingatan kau terhadap dia...supaya kau redha dan tenang dengan takdirNya..sabarlah sayangku Iman....Allah tahu apa yang terbaik buat kita...la tahzan ukhti...."
Rasyidah yang sangat rapat dengan Delisha Iman sudah mula berjinak-jinak dalam menuturkan lughotul jannah itu. Baginya bahasa itu sangat unik dan dia selalu belajar bahasa arab dengan Delisha Iman. Walaupun dia mengambil jurusan yang tiada kaitan dengan arab, tapi bahasa itu wajib dipelajari untuk memahami bahasa Al-Quran. Delisha Iman selalu berpesan padanya bahawasanya Imam As-Syafi’e pernah berkata “Belajar bahasa arab itu adalah wajib ke atas umat Islam”. Bulat mata Rasyidah kehairanan. Mengapa pula boleh menjadi wajib. Bukankah itu merupakan pilihan kita sama ada untuk mempelajarinya ataupun tidak?

“Secara logiknya, mengapa Allah menurunkan al-Quran dalam bahasa arab? Dan Allah mengatakan dalamnya supaya kita berfikir. Dan, menurut Imam As-Syafi’e, mempelajari Al-Quran itu adalah wajib dan fardhu ain. Maka, secara automatiknya mempelajari bahasa arab juga adalah wajib kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab.”

Mendengar jawapan Delisha Iman itu, dia akur dan mula bersungguh untuk mempelajari bahasa syurga itu. Rasyidah tersedar dari lamunan. Matanya memandang ke arah Delisha Iman. Keadaannya  kembali tenang. Rasyidah mendengus perlahan. 

 

"Shukron syida....hmm..syida,aku nak solat dulu ye..."
Delsiha Iman mula akur dengan sahabatnya, dan terus berlalu sambil mengambil tualanya di birai katil....
 
 
bersambung..... 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...<br />
nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!<br />
first tyme jmpe fic mlay..<br />
kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?<br />
dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "<br />
mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)<br />
ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....