Apalah Daya Hati~ (Part 13)

Apalah Daya Hati

Kelihatan wajah Datin Nora agak kerisauan dengan keadaan anaknya Iskandar Syah. Dato’ Halim duduk di kerusi sofa luar bilik kecemasan dengan muka yang tiada reaksi. Adakah dia turut sama risau atau sebaliknya ? hanya Allah saja yang tahu. Delisha Iman dan Najiha melihat situasi itu dari jauh dengan hati yang penuh debaran. Seminit kemudian, seorang doktor lelaki keluar dari bilik kecemasan tersebut. Nampak dia sedang menuju ke arah Datin Nora dan Dato’ Halim.

"Anak Datin masih koma. Saya tak boleh nak bagi kepastian bila dia boleh sedar .. yang pasti, kondisinya sangat lemah…mengikut keadaannya, dia accident akibat kesan dari alkohol yang ada dalam badannya…terlalu banyak, dan dia hilang kawalan ketika memandu…saya juga mendapati anak Datin mengalami kekacauan jiwa, mungkin dia kehilangan orang yang sangat dia cintai…saya cuma nak mintak Datin bawakan orang yang anak Datin sayang dalam hidup dia selain Datin dan Dato’,..mungkin ini dapat membantu untuk dia cepat sedar…harapnya begitulah…"  Dengan lancar doktor Ridzuan menjelaskan tentang keadaan Iskandar Syah di hadapan Dato’ Halim dan Datin Nora.

"Ah, memang betul menyusahkan kalau nak bawak perempuan tu… !"  Dato’ Halim masih meluat dengan Delisha Iman. Tambah-tambah anaknya itu accident disebabkan Delisha Iman juga.

"Biarlah…apa yang penting anak kita sedar…kita gunakan je lah perempuan tu…"  Datin Nora seolah-olah hendak memujuk Dato’ Halim supaya menerima kedatangan Delisha Iman.

Delisha Iman mula berjalan menuju Datin Nora dan Dato’ Halim. Mereka memandang Delisha Iman dari jauh. Jubah hitam yang dikenakan oleh Delisha Iman sungguh padan dengan tudung bidang berwarna purple gelap itu. Semakin lama semakin hampir.

"Assalamu’alaikum datin, dato’…"  Delisha Iman memulakan bicara.

"Kenapa lambat ?!"  Tanpa menjawab salam, suara Dato’ halim bergetar di luar bilik kecemasan Hospital Kuala Lumpur itu. Nurse yang sedang menjalankan tugas sekilas terpandang mereka yang sedang berdrama di halaman tersebut.  "kau tau tak dia koma teruk disebabkan kau !"  Dato’ Halim tak pernah puas menghina dan memarahi Delisha Iman. Riak wajah Delisha Iman berubah, mukanya merah padam menahan malu, tambah-tambah dimarahi sebegitu rupa di hadapan adiknya Najiha.

"Maafkan saya. Saya bertolak lewat dari rumah. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih dari Perak ke KL…" Delisha Iman tidak mahu mengalah, dia tetap ingin mempertahankan dirinya.

"Peduli apa ! Ah, meluat nak cakap dengan kau ni !"  Dato’ Halim terus meninggalkan mereka di situ tanpa rasa bersalah.

"Sudahlah Isha… you pergi  masuk tengok keadaan Syah…"  Datin Nora seakan-akan cuba memujuk hati Delisha Iman.

"Baik datin…."  Delisha Iman akur dengan perintah datin Nora.

Dibukanya pintu perlahan-lahan… melihat keadaan Iskandar Syah memang sangat kritikal.. oksigen mask itu, dan SPO2 itu membuatkan hati Delisha Iman makin gementar.

‘Ya Allah…’  Dia duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil Iskandar Syah. Hatinya teringat dengan bait-bait yang  dinyanyikan oleh kumpulan nice, 'sesekali diuji.'

Apa jua bala bencana singgah menerpa

Menguji jauh mananya sabar kita

Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian

Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan

Terasa hidup terlalu payah

Berbagai persoalan menerjah

Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa

Kerana ada rahmat disebaliknya

Yang tidak kita ketahui

Dalam hidup ini

Teruslah berdoa

Pada Allah

Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian

Menguji tahap keimanan dijiwa....

Delisha Iman mengeluarkan kitab majmuk syarif dari ‘handbag’nya. Dia membuka ayat seribu dinar yang biasa diamalkan seusai solat fardhu. Selepas membaca surah al-Fatihah, dia mula membuka doa kanzul ‘arasy untuk dibaca. Setelah itu, disambung pula dengan doa ‘akasyah. Diniatkan di dalam hati dan berdoa supaya Iskandar Syah sembuh dan pulih serta sedar seperti biasa. Dia memandang keadaan Iskandar Syah lagi, hatinya pilu dan rasa bersalah terhadap Iskandar Syah. Bukan dia sengaja tidak membalas mesej dan menjawab panggilan Iskandar Syah, tapi, dia merasakan dirinya ingin mendekati Pencipta dan mungkin dia tidak pernah mencintai pemuda yang kaya dan bergaya ini. ‘Allah…..’  hatinya bermonolog lagi…Asma Allah tidak pernah lekang dari mulutnya dan hatinya…

‘Hasbi Rabbi jallallah….cukuplah Allah bagiku….mafi Qalbi ghairullah….tiada yang lain dalam hatiku melainkan Allah….’

Setelah itu, terdengar azan berkumandang. Menandakan telah masuk waktu maghrib. Di ufuk langit kelihatan sakit mengeluarkan warna merah ke’oren-oren’an. Delisha Iman segera berlalu dari situ, ingin mengadap Ilahi. Solat diawal waktu baginya sangat penting atas sebab dosa yang banyak dilakukan tanpa sedar atau tidak. Cukuplah dengan merasakan diri hina ketika mengadapNya, merasa malu dengan dosa-dosa yang dilakukan. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk mendapat rahmat dariNya. Takut juga amalan-amalan yang sedikit ini ditapis di langit pertama tidak diterima ketika juru audit iaitu Malaikat Hafazhah meneliti adakah amalan itu bercampur dengan maksiat yang dibuat, maka ianya akan tertolak…na’uzubillah….

Wudhu' diambil dengan penuh semangat, telekung disarungkan dan takbir diangkat dengan penuh kekhusyukan.....Allahu Akbar....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....