Apalah Daya Hati~ (Part 20)

Apalah Daya Hati

‘Allah....Kenapa hatiku tak tenang ni....macam mana keadaan Iman sekarang? Apa patut aku buat? Aduhai....Mesej aku dia tak balas....usahkan mesej, call pun tak angkat...Ya Rahman...adakah dia benci kat aku? Allah....hatiku memang tak tenang....Astaghfirullahal ‘aziim.....’

Faris Haikal segera beristighfar. Hatinya bingung memikirkan tentang Delisha Iman. Sememangnya wanita itulah yang biasa memberikan kata-kata semangat padanya ketika dia lemah semangat sewaktu mereka berkawan dahulu. Faris Haikal semakin tidak menentu hatinya. Jarang sekali keadaanya sebegini. Segera dia mencapai handphone nya dan mendail nombor Amir Asyraf. Angin di luar Bandar baru bangi itu meniup dengan lembut, kelihatan langit hitam mewarnai alam. Tiada coretan awan yang menghiasi malam. Deringan panggilan masih di talian.

“Assalamu’alaikum. Hello, Amir...”  Faris Haikal memulakan bicaranya dengan hikmah.

“Wa’alaikumussalaam...Hello...Hm...ada apa?”  Suara Amir Asyraf kedengaran seolah-olah baru tersedar dari lena. Membuatkan Faris Haikal rasa bersalah untuk meneruskan bicaranya.

“Oh, maaf sangat ganggu. Amir tidur ye tadi? Allah...Saya salah time pulak call...tak pelah,.. esok je saya tanya... Assalamu’alaikum...”

Faris Haikal segera mematikan talian. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Memang wajarlah Amir Asyraf  tidur waktu ini. Cuma dirinya saja yang belum melelapkan mata. Keadaan di Darul Izzah itu sunyi sepi. Semuanya lena dibuai mimpi indah. Hati Faris Haikal kian parah. Baru kini dia merasakan kehilangan seseorang yang sangat-sangat dihargai. Ibarat permata yang hilang dalam semak! ‘Allah.....’
Bait-bait sebuah puisi popular meniti di dalam hatinya.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai  seseorang,

Di saat kita sedang kehilangannya...

Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita,

Di saat kita amat memerlukannya....

Hatinya tidak dapat dibendung lagi. Kerinduannya terhadap Delisha Iman makin menjadi-jadi. Segera dibukanya lampu dan terus masuk ke dalam tandas. Dengan masa yang agak lama. Faris Haikal keluar dalam keadaan berwudhuk. Ketenangan hati yang ingin dicari olehnya. Solat hajat dan istikharah didirikan dengan penuh khusyuk. Doa dipanjatkan pada Ilahi. Pemerhati yang sangat memahami isi hatinya. Air mata mula menitis di pipi. Memohon dan mengadu pada yang Empunya hati. Masalah hati, jiwa dan perasaan yang amat sukar baginya untuk diatasi. Makin berdoa makin tenang hatinya. Nama Delisha Iman dititipkan di dalam doanya. Hampir sejam bermunajat. Mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Ar-Rahmaan. Hatinya kembali tenang. Setenang air embun di waktu pagi.

Bingkisan doa buat yang tersayang.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku…
Luputkanlah memori yang menjadi kenangan dari ingatan…
Dan peliharalah kami dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhan kami yang Maha Mengerti…
Berikanlah kami kekuatan…
Menolak bayangan negatif jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agar kami sentiasa tenang…
Walaupun tanpa hidup bersama…
ya Allah.......
Ya Rahman yang tercinta…
Pasrahkanlah kami dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untuk kami…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-hambaMu ini…..

Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku

Di dunia dan di akhirat…

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini…

Jangan Engkau biarkan aku sendirian…

Di dunia ini mahupun di akhirat..

Jangan biarkan diriku daripada terjerumus ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup

Ke jalan yang Engkau redhai

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…..

Ameen Ya Rabbal ‘Aalameen….

Faris haikal mengaminkan doanya. Dia termenung sambil melihat jam di biliknya. Masih ada baki lagi 3 jam untuk dirinya beristirehat setelah penat bekerja. Hatinya kembali tenang. Benarlah Allah telah berfirman di dalam surah ar-ra’du ayat 28

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram.”

Subhanallah........

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....