Apalah Daya Hati~ (Part 27)

Apalah Daya Hati

“If you love someone, let them go.. If they return to you, it was meant to be, if they don't, their love was never yours to begin with...”

Pagi yang dingin di Hotel ‘The Palace of The Golden Horses’ itu sangat indah. Kehijauan bumi Ilahi yang cantik dihiasi dengan bunga-bunga berwarna-warni. Terasa segar seusai bertemu dengan Kekasih hati. Solat dhuha pada pagi itu amat menyegarkan. Penghawa dingin yang telah dimatikan sejak dari awal pagi tadi, masih membuatkan Najiha nyenyak tidur dibuai mimpi. Mata Delisha Iman masih jauh menatap jubah berwarna ungu yang sudah tersangkut cantik di almari hotel itu. Masih tidak percaya bahawa pertunangannya dengan Iskandar Syah akan berlangsung pada petang nanti.
‘Hmm.. ada lagi 5 jam untuk aku buat preparation. Bukan nak siap poyo-poyo sangat pun. Tapi, nak persiapkan hati dan perasaan aku nanti. Mana tau, perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Hmm....’
“Along, pukul berapa sekarang?”  Najiha mula duduk bersila sambil menggeliat di atas katil ‘double’ bersebelahan dengan meja mini tepi Delisha Iman.
“Jiha tak Nampak ke jam tu? Punya besar gedabak tu. Rabun ke? Itulah, tidur lambat sangat malam tadi. Kan dah bangun lewat. Dah pukul 9 dah. Pergi mandi cepat!”  Delisha Iman bingkas bangun dan melipat kain telekung dan sejadahnya. Najiha mula mencebik dan bingkas bangun sambil menarik ‘towel’ kecilnya dan dibawa terus ke ‘toilet’.

Delisha Iman mula mengambil iPod nya. Dia segera membelek-belek senarai lagu yang berada di dalam iPod nya  itu. Senarai penyanyi Amir Ukays menjadi pilihannya pada pagi itu. Segera ditekan butang bagi memilih lagu ‘Kau satu-satunya’. Earphone diletakkan kedua-dua belah telinganya. Lagu dimainkan.

Kau Satu-Satunya

Oh siapalah diri ku ini
Tanpa Mu dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi
Kau bagi ku satu-satunya

Pada Mu lah ku meminta
Ku bermanja
Ku rindui ku kasihi
Di hati ku Kau abadi

Dengan sinaran kasih Mu
Kian terancang hidup ku
Tiada lagi keraguan
Kau bagi ku kekuatan
Di mana jua ku berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak diri Mu ku dekati
Diri ku ini ku kenali

Hanya Engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagi Mu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa
Kau bagi diri ku satu-satunya
Ku meminta, ku rindui, ku kasihi
Di hati ku Kau abadi

Lagu ketuhanan yang dinyanyikan oleh Amir Ukays ini memang sangat menusuk ke dalam  jiwa. Liriknya yang sangat memberikan kesan yang amat mendalam, kerana sememangnya ia menjadi satu reality kehidupan kita, di mana manusia semangnya melihat pada luaran. Tetapi, Dia tidak melihat semua itu. Malah, tempat pertama yang dilihatnya ialah hati. Hati kita suci dan ikhlas, itulah yang terbaik. Benarlah sabda junjungan besar Nabi Muhammad saw,
“Sesungguhnya Allah tidak melihat padajasad (bentuk rupa) kalian tetapi Allah melihat pada hati kalian”

Lama hati Delisha Iman berbicara. Matanya mula layu. Sambil melayan lagu-lagu di iPod nya, dan sambil menunggu saat-saat genting itu, dia makin merasakan kerisauan, kegelisahan serta kegundahan. Lagu-lagu yang dimainkan itulah menjadikannya suatu hiburan seketika untuk melupakan dan membuang segala perasaan yang makin membenam di jiwanya. Makin lama, makin dipendam perasaannya. Biarlah connection dia dengan yang Maha Mengetahui sahaja yang mengerti perasaannya ketika ini. Teringat kata-kata Haji Rahman, ketika mengulas mengenai kitab hikam tentang ‘redha Allah’.
“Abah, macam mana kita nak tahu Allah redha dengan kita?”  Delisha Iman mula musykil dengan tazkirah pendek yang diberikan oleh Haji Rahman di antara maghrib dan isyak di rumahnya. Memang menjadi kebiasaan Haji Rahman, Pn Bariah, Najiha dan Delisha Iman sentiasa berjemaah untuk menunaikan solat maghrib dan isyak di rumah. Dan, sementara menunggu waktu isyak itulah Haji Rahman akan menyelitkan sedikit tazkirah buat anak-anaknya.
“Kalau kita nak tahu Allah redha dengan kita, bila mana kita hanya melakukan ketaatan terhadapnya. Itulah pentanda diri kita diredhai. Tambahan pula apabila setiap bisik hati kita menjadi communication di antara kita denganNya. Itulah nikmat yang sangat indah.”
‘Subhanallah.... Alangkah indahnya jika setiap gerak-geri kita menjadi redha Ilahi.’  Detik hati Delisha Iman. Matanya kembali dipejamkan. Sementara menunggu Najiha yang masih berada di dalam toilet. Delisha Iman mula terlelap seusai dimatikan iPod nya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....