Apalah Daya Hati~ (Part 26)

Apalah Daya Hati

Sesungguhnya jika rindu itu dirasai rindulah pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Nya. Jika rindu seseorang, moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah. Jangan biarkan rindu itu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Nya.

Faris Haikal menghentikan kereta hondanya di perhentian Karak untuk menunaikan solat zuhur dan asar jama’. Hatinya keliru. Seusai itu, solat sunat istikharah didirikan sebelum meneruskan perjalanannya ke perak. Sudah menjadi kebiasaannya sebelum membuat sebarang keputusan akan melaksanakan solat sunat istikharah terlebih dahulu, agar segala urusan dan keputusan diredhai Allah. Rasulullah saw juga selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya supaya melaksanakan solat ini, supaya setiap urusan diberkati olehNya. Teringat hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Seusai solat, Faris Haikal terus segera menyarungkan kasutnya sambil memegang kunci kereta dan menuju keluar dari surau. Kelihatan Amir Asyraf dari jauh sedang menunggunya di tepi kereta hondanya itu.

“Maaf Amir. Lama tunggu?”  Faris Haikal menegur Amir Asyraf dari belakang. Risau sahabatnya itu menunggunya terlalu lama.

“Eh, takdelah. Saya baru je keluar dari surau jugak tadi, sempat singgah beli air dan roti tadi. Haa...ni untuk Faris...”  Amir Asyraf menghulurkan air kotak dan roti coklat yang dibelinya sebentar tadi.

“Allah...susah-susah je... Terima kasih banyak-banyak la...”  Faris Haikal mula ‘start’ enjin keretanya. Dibuka ‘aircond’ dan membetulkan cermin keretanya. Perjalanan diteruskan. Cd in-team dari tadi masih berputar bagi menghiburkan hati mereka berdua. Volume dibuka sekadarnya sahaja. Lagu ‘Kalimah Cinta’ menjadi perhatian Faris Haikal ketika itu. Dihayati bait-bait lagu itu.

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Hampir tiga jam perjalanan mereka ke Perak. Akhirnya sampai juga mereka ke destinasi. Suasana pada petang di kampung  Jana Sambungan, Kamunting itu sangat ceria. Kelihatan kanak-kanak sedang bermain-main di padang. Ada yang berkejaran, berbasikal dan tidak lupa juga yang sedang bermain bola sepak. Bermacam-macam ragam yang dapat dilihat. 'Hari yang hampir  senja begini masih ramai yang bermain di luar?' Detik hati Faris Haikal.

Faris Haikal meletakkan keretanya di hadapan rumah Delisha Iman. Kelihatan pintu pagar di rumah itu tertutup dan terkunci. Segera Amir Asyraf dan Faris Haikal berpandangan. Faris Haikal cuba memberikan salam.

“Assalamu’alaikum....”  Sambil memberikan salam. Loceng rumah itu ditekannya berkali-kali. Kelihatan seorang makcik bersebelahan rumah Delisha Iman menghampiri mereka.

“Anak berdua ni cari siapa? Nak jumpa Hj Rahman ye?”  Makcik Piah yang merupakan jiran Pn Bariah itu telah  memulakan bicaranya dengan sebuah persoalan. Inilah semangat kejiranan yang terbina di Kampung Jana Sambungan ini. Subhanallah....

“Ya saya. Hj Rahman tak ada di rumah ye?”  Faris Haikal merasa hairan dengan pagar yang terkunci itu.

“Ooo...Hj Rahman dan keluarganya pergi KL. Katanya anaknya si Iman tu nak bertunang. Dengan anak Dato’....”  Makcik Piah bersemangat memberikan informasi yang sangat berguna kepada dua orang jejaka itu.

“Anak Dato’?”  Faris Haikal dan Amir Asyraf sekali lagi berpandangan. Amir Asyraf mula memegang kepalanya.

“Allah! Baru teringat. Delisha kan dah cakap yang dia akan ke KL. Mesej dia haritu saya dah delete. Inbox penuh sangat. Lupa sangat-sangat. Hmm....Jadi, macam mana ni Faris?”  Kelihatan  muka Faris Haikal berbaur kesal. Menyesal tidak memberitahu terlebih dahulu kepada Delisha Iman akan kehadirannya ke Kamunting. Niat asalnya untuk memberikan kejutan yang tidak seberapa itu. Hadiah-hadiah di dalam keretanya itu juga  merupakan  tanda lamaran yang dibuat untuk diberikan kepada Delisha Iman. Tetapi, ini pula hasilnya. Hatinya betul-betul sedih dan kecewa. Kini dia sedar Delisha Iman tidak mencintainya lagi seperti dahulu. Mungkin juga dirinya sudah dilupakan. Mukanya berubah. Amir Asyraf seakan-akan memahami hatinya di saat itu.

“Em, terima kasih makcik atas maklumat ini. Kami mintak diri dulu ye..”  Faris Haikal menundukkan sedikit kepalanya dan badannya tanda menghormati wanita separuh abad itu.

Mereka meneruskan perjalanan. Faris Haikal seakan-akan berasa sangat kecewa. Dia menundukkan kepalanya. Amir Asyraf memandu kereta dengan cermat. Sesekali dia mengerling ke arah Faris Haikal yang sedang bersandar dan memejamkan mata. Penat dan lelahnya memandu kereta ke Perak masih ada baki lagi. Dia kemudian mengeluh perlahan. ‘Allah.....’

Amir Asyraf segera mengalihkan matanya. Dia tahu Faris Haikal sedang bersedih. Kemudian dia melihat Faris Haikal menyeka air mata yang mula bergenang. Faris Haikal seakan-akan tidak mahu menunjukkan kesedihannya itu. Kini hatinya betul-betul kecewa. Hancur harapannya untuk melamar Delisha Iman. Amir Asyraf hanya mendiamkan diri untuk memberi ruang kepada Faris Haikal menenangkan perasaan.

Hidup tidak selalunya indah
Langit tidak selalu cerah
Suram malam tidak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu juga perumpamaan sebuah kehidupan!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....