Sejam

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

Sejam selepas "delete" status...

 

06 Disember 14'

Ada tiga benda dalam dunia ini yang aku tak payah risau.

Pertama, duit.

Daripada kecil sehinggalah setahun yang lepas, aku sentiasa menjalani kehidupan yang mewah. Ibuku merupakan anak bongsu kepada Menteri Ma manakala ayah pula memiliki Syarikat Pembekal Bahan Mentah antara yang terbesar di Korea. Apa yang aku nak, semua aku dapat tanpa berfikir itu ini. Aku mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Abang Lay a.k.a rusa baru berkahwin minggu lepas. Kakak aku bernama Shinhye. Sudah setahun aku tak jumpa batang hidung dia. Kata mak, dia sedang berubat di luar negara tetapi aku dah terlalu muak untuk percaya semua itu.

Kedua, penampilan. 

Dikurniakan wajah dan tubuh yang cantik, tidak hairan kalau aku sentiasa dikelilingi ramai lelaki, sehinggakan yang dah berstatus kahwin pun boleh terjatuh hati. Bermacam-macam jenis lelaki aku dah pernah couple. Yang hansem, yang tak-berapa nak hansem, artis, doktor, wartawan. Hah, wartawan Alex tu salah seorang boyfriend aku! Itu yang dia dok busy pasal status facebook aku yang nak bergelar "puan" esok hari tu. Apa-apapun, dalam banyak-banyak perhubungan, yang mencintai itu selalunya bukan aku. 

Ketiga, kahwin.

Ini adalah realiti kehidupan golongan seperti kami. Jodoh, perkahwinan ditentukan berdasarkan darjat dan status golongan berada. Semenjak terpisah dengan kekasih pertamaku dahulu, aku telah memesan kepada diriku sendiri, melarang hatiku daripada memendam perasaan terhadap sesiapa pun. Kerana orang tu cuma golongan kebanyakan, mak tak bagi aku meneruskan hubungan, malah sejak peristiwa tersebut, dia langsung lesap daripada hidup aku sampailah ke saat ini.

***

Sebelum menekan punat hijau (jawab), bayangan seorang lelaki muncul di hadapan mata minda aku. 

Hanbin.

Aku cintakan dia, sangat-sangat. Mencintai insan itu telah mengajar aku banyak benda yang sedikit-sebanyak telah membentuk personaliti aku pada hari ini.

"Eh-eh! Kenapa tiba-tiba boleh teringatkan dia ni?" Aku mendesis. Telapak tanganku dilekapkan ke atas dahi. "Aku de-deman ke?" Bisikku sendirian. Tanpa mempedulikan deringan telefon yang memeritkan telinga, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke cermin besar yang terletak di hadapan almari. 

"Uhm, ayah?" Telefon telah beralih posisi di sebelah telingaku. Sepanjang masa aku memerhatikan pantulan wajah dan tubuhku yang hanya berbalut dengan towel putih di hadapan cermin. 

Aku memiliki wajah yang diidami ramai orang.

Tubuhku langsing yang menggiurkan ramai jejaka di luar sana.

Tapi, hanya satu, hanya satu yang aku impikan – cinta. Betapa hebatnya nilai cinta itu, sampai sekarang pun...aku masih belum berjaya memperolehnya.

"Anak daddy tengah bersiap nak pergi kerja ke tu?" Suara ayah yang berada di hujung talian menarik aku kembali ke dunia realiti.

'Ah, sekali-sekala bagus juga buat status hot camni. Even ayah yang tak pernah call dalam masa setahun ni pun boleh call.' Bisikku di dalam hati. Sejujur-jujurnya, aku sangat merindui suara ayah. Entah mengapa, pada saat ini, aku bahkan tidak lagi dibelenggu oleh perasaan bersalah, sebaliknya aku merasakan nikmat yang amat sangat. Aku ingat, aku benar-benar ingat bahawa hubungan kami anak-beranak tidak akan sama lagi setelah peristiwa setahun lepas...

"Mina? Mina masih kat situ?" 

Aku berusaha menahan nafas. Sesaat lagi, sesaat lagi, dan lagi. Aku cuma nak dengar suara ayah, dan betapa aku berharap agar masa berhenti biarpun seketika. 

"Ada satu je yang ayah nak cakap dengan Mina." Suara ayah kedengaran semakin kelam. Aku segera menekan butang "speaker" agar dapat mendengar dengan lebih jelas. Saat itu, jiwaku bergelodak ingin tahu.

"Selepas apa yang berlaku dengan kakak Mina, ayah..."

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!