Kosong

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

KOSONG

 

13 Disember 14'

Umpama paper cranes yang bertaburan di atas lantai, demikian jugalah perasaan yang bersemi di dalam kalbuku ketika ini. Kalau turutkan hati, memang aku ingin bertanya sejelas-jelasnya dengan manusia bernama Bobby itu. 

'Hoi, tadi kau macam nak kiss aku je, tapi pastu kau sembur perfume coklat kat muka aku, apa kes?' Jikalau aku memiliki keberanian untuk menanyakan soalan tersebut, maka amanlah dunia ini. 

Tatkala aku berpusing ke belakang untuk berhadapan semula dengan Bobby, dia masih lagi berdiri di hadapan tub mandi dan memerhatikan aku dengan penuh kehairanan pada wajahnya.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan membuka bicara, "Aku ada satu soalan untuk kau." Aku tidak berganjak dari tempat aku tadi. "Apa maksud...'jangan menangis' yang kau cakap dekat pintu tadi?" soalku dengan nada yang serius.

Apakah itu merupakan suatu persoalan ataupun jawapan hati, aku masih meragu sehingga ke detik ini. Semata-mata mahu menyelamatkan imej-nya sebagai artis, aku harus menidakkan semua artikel yang menerbitkan berita palsu tentang kami berdua. Dahiku berkerut memikirkan semua sekali. Dia sendiri mengaku dia memang sudah terbiasa diekori para wartawan yang menanti-nantikan berita sensasi tentang dirinya. Kalau diteliti dari segi itu, adakah aku ialah "punca" kepada skandal yang timbul ini? 

Siapa sebenarnya mangsa di sini? Aku, bukan? 

"Ada maksud lain ke lagi? Takkanlah jangan meniru pula. Geez." Bobby menyilangkan tangannya ke dada sambil menjulingkan anak mata ke atas. Memang ajaib aku boleh tengok semua tu memandangkan matanya yang teramatlah sepet itu.

Jawapannya itu sedikit-sebanyak telah menyedarkan aku daripada pulau fantasi bulan madu. Jelaslah kini, aku yang tersalah faham terhadap niatnya itu.

"So, sekarang aku pula yang nak tanya," Bobby menuntun langkah menuju ke arahku, dan hanya mematikan langkahnya di hadapan aku. "Apa maksud kau 'help me' waktu tu?" 

Di saat mata kami berdua berpandangan antara satu sama lain, warasku telah perlahan-lahan menjajahi diriku semula. Sebab aku lemah, oleh itu aku memerlukan seseorang, seperti dalam kejadian dekat pintu tadi. Kerana aku tak sanggup lagi untuk berdepan dengan semua yang berlaku, pemikiranku seolah-olah terkunci untuk apa bentuk jalan penyelesaian sekalipun. 

"Apa yang sedang berlaku ni?" 

Aku terkesima mendengar suara mendayu-dayu kedengaran di tepi telingaku. Dengan pantas, aku sudah berhadapan dengan seorang wanita berbaju kasual berwarna krim coklat. Pelbagai persoalan timbul di dalam benakku. Jari telunjukku dihalakan ke arah wanita bercermin mata tebal tersebut. 

"K-Kau siapa?" soalku. Tenungan mata wanita itu tampak sungguh jernih. Tidak ada perasaan bersalah langsung daripadanya kerana memasuki rumah orang tanpa khabar berita. 

"Dia manager aku, Jung Minri." Bobby tampil ke hadapan memberikan penjelasan. Dalam sesaat itu saja, dia telah menjadi perantaraan kami berdua. 

"Ma-Macam mana kau boleh masuk?" aku menyoal tanpa memberikan perhatian kepada Bobby. "Macam mana kau boleh tahu password apartment aku?" kedua-dua tanganku digenggam dengan erat di luar sisi peha. So what kalau dia ni ialah manager Bobby? or his ideal girl? Itu langsung tidak menjelaskan bagaimana dia boleh masuk ke dalam apartment aku melainkan...

"Aku yang bagitau Minri." Bobby mendekatkan wajah di sebelah pipiku dan berkata dengan nada yang membisik.

Bagaimana mungkin, pada ketika ini, aku diselubungi perasaan khianat? Justeru, siapakah pengkhianatnya? Bobby? Kenapa, kenapa aku berperasaan macam tu? Jawapannya hanya satu, iaitu aku...dah jatuh hati dengan jiran sebelah rumah yang baru bersua denganku beberapa jam yang lalu.

"Maafkan saya, Cik Se Mina. Saya berharap agar Cik Se Mina akan membantu Bobby membersihkan namanya..."

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!