Kiss

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

Kiss

18 Januari 15'

 

"Betul ke kau dah letak jawatan?" Youngji bertanya sejurus selepas pintu dibuka. Aku menggosok perlahan muka dada menggunakan telapak tangan kanan, terkejut bukan kepalang dengan suara nyaringnya tadi. Aduh, Youngji!

Mengangguk lemah, aku mencapai lengan kirinya untuk menjemput beliau masuk ke dalam rumah. Tatkala berpusing, hampir saja kaki ini terlanggar kotak-kotak yang bertimbun di sepanjang ruangan tamu apartment. Aku mengeluh kecil seraya memerhatikan keadaan apartmenku yang telah separuh dikosongkan.

"Kau nak pergi mana ni?" Youngji meletakkan tangannya di atas bahu kananku manakala wajahnya didongakkan bersebelahan dengan pipi kiriku. "Pindah lagi?" soalnya tidak sabar.

Aku menepuk dahi sambil berpaling menghadapnya. "A-ah." Ujarku ringkas.

"Pindah dengan Hanbin?" soalnya teragak-agak.

Dahlah aku baru bangun setelah mengemas sepanjang malam kelmarin, angsa ni datang menanya soalan yang tak boleh blah. Keluhan yang panjang terpacul jua melalui bibirku. Meskipun begitu, walau penat sekalipun, aku tetap perlu menjelaskan kepada Youngji hal yang sebenar. Dialah satu-satunya insan yang mengambil berat tentang diriku. Dalam waktu-waktu seperti ini, aku sangat memerlukan seseorang. Bak kata ayah tempoh hari, ada baiknya aku berumahtangga dan...

Ish, apesal waktu-waktu camni teringatkan Hanbin lagi. Gosh, aku ni memang sengal betul! Se Mina, sampai bila kau nak berhidup macam ni, huh? Kalaulah ada ubat melupuskan memori di dalam dunia ni, kan senang?

"Woi, apsal tak jawab?" Youngji menyiku aku dari tepi lantas tubuhku senget ke arah yang bertentangan. 

"Youngji-ah, maafkan aku tapi aku...sekarang ni, cuma terfikir nak pergi tempat yang jauh dan harap-harap aku dapat lupakan segala-galanya." Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sewaktu mengucapkan kata-kata tersebut kepada Youngji.

***

Mata Youngji tidak terkebil-kebil memandangku. Setelah meluahkan semua yang terbuku di dalam hati, aku berasa sedikit lega. Tangan Youngji yang dirapatkan ke dadanya sebentar tadi jatuh terlerai disisi pehanya. Mulutnya seperti hendak mengatakan sesuatu.

"Se Mina..." ujarnya dengan nada membisik. "Kau ni..." seketika kemudian, dia bangkit dari tempat duduknya dan mengubah posisi ke sebelah aku. Kedua-dua tangannya dilapangkan ke udara lalu mendakap erat tubuhku. Tatkala pipi kami bersentuhan, aku merasai titisan air mata yang mengalir desar menyusuri pipi mulus Youngji. Setiap saat yang berlalu, dakapan Youngji semakin erat sampaikan ada suatu masa tu, nak bernafas pun payah. 

"Youngji-ah, jangan macam ni." Bisikku. "It's ok. As long as aku tak jumpa orang tu lagi, hidup aku akan menjadi lebih baik." Aku menuturkan setiap perkataan dengan penuh berhati-hati. Langsung tidak ada niatku untuk membuatkan Youngji risau akan diriku.

"Ma-Maaf Mina, aku tak tahu-menahu ta-tapi tempoh ha-hari aku sa-salahkan ka-kau pula. Aku me-memang bodoh, Mina-yah!" Tersedu-sedan Youngji membicarakan tiap bait kata-katanya yang penuh dramatik itu manakala aku, membatukan diri sambil melemparkan pandangan jauh ke luar jendela. 

Dari dulu, aku memang suka memendam perasaan. Suka, benci, marah, tak puas hati, geram, etc. Semuanya aku telan sendirian kerana aku tahu, tiada siapa akan memahaminya meskipun ia diluahkan. 

"Tapi, kau nak pergi mana? Kau balik sini lagi tak? Yah, kalau setakat melancong, jom pergi sama-sama! A-Aku boleh ambil cuti!" 

Darah yang mengairi jantungku terasa begitu hangat berada di dalam dakapan Youngji. Entah bila kali terakhir aku merasakan perasaan sebegini, disayangi...dititik beratkan. Agaknya aku terlalu buta dengan cinta berlainan jantina sehinggakan aku lupa akan kepentingan persahabatan. Kasih sayang yang Youngji terapkan ke dalam diriku sangatlah bernilai buatku. 

'Terima kasih, Youngji.' Ujarku di dalam hati. 

"Tak lama, sebulan dua je. Lagipun ayah aku ikut sekali. Dia nak memperkenalkan aku kepada beberapa rakan bisnesnya di luar negara sebelum aku mengambil alih syarikat." Aku cuba berbicara setenang yang mungkin, meskipun di dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.

Hujung hidung Youngji berwarna merah. Bahunya terinjut-injut menahan tangisannya. Matanya berkaca-kaca melihat ke arahku. Serba salah aku jadinya.

"Kau betul nak berhenti jadi doktor? Ta-Tapi kenapa tiba-tiba?" Pegangan tangannya pada kedua-dua belah bahuku dieratkan. Lantas, aku melarikan anak mat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!