0.01

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

0.01

 

27 Disember 14'

Segala-galanya yang diperkatakan Hanbin, aku mengiyakan semuanya. Tetiba perasaan yang dahulu timbul semula, sekaligus memancari harapan baharu agar aku dapat berbahagia bersama orang tercinta.

Nan-Nanti! Apa yang aku merepek ni? Orang yang tercinta? Bukan dalam episod-episod yang lepas aku dah isytihar nak lupakan dia ke? Ini bukan aku, totally not me. Aku dah bertekad untuk melupakannya, dan aku akan terus mencuba.

Pandangan mataku berpusat ke jari manis milik Hanbin semenjak dia melabuhkan punggung di hadapan sofa apartmentku. Setahun lepas, sebelum Shinhye berkahwin, dia beritahu yang Hanbin bakal berkahwin dan menyuruh agar aku melupakannya. Justeru, di manakah cincin perkahwinannya? Takkanlah dia tanggalkan? Atau, adakah mungkin dia masih membujang sehingga kini?

"Se Mina," mendatar sahaja suaranya memanggil namaku. Terdapat "feel" yang berbeza melalui sebutannya yang kedengaran terlalu formal buat kami berdua. "Dah lama saya tak baca tentang awak dekat paper, tapi sejak akhir-akhir ni, awak sering menjadi topik perbualan...di mana jua..." 

Aku menelan liurku, keringat yang membasahi telapak tanganku membuatkan aku menjadi tidak senang duduk. Adakah selama ini Hanbin selalu membaca papers berkenaan diriku? Kalau begitu mengapa tidak sekalipun dia membalas mesejku di dalam facebook sejak bertahun lamanya? Ke mana dia menghilang setelah berpisah denganku? Dan wang yang diserahkan oleh ibu kepadanya agar meninggalkanku, adakah ianya benar? 

Aku ingin bertanya selanjutnya namun pada ketika ini, bak orang bisu, aku hanya menundukkan wajah dan langsung tidak berani untuk bertentang mata dengannya. Pokoknya, aku tak tahu bagaimana hendak memberikan reaksi. Segalanya berlaku terlalu cepat, aku tak mampu...hendak berhadapan dengan Hanbin macam ni, sama sekali tidak, lebih-lebih lagi selepas skandal aku dan adik lelakinya, Bobby, tengah hot dekat Korea Selatan sekarang ini.

"Kim Jiwon adik tiri saya. Dia ialah insan kedua yang paling bernilai dalam hidup saya..." nada suaranya berubah serak, perasaan ingin tahu yang membanjiri ruang benakku secara automatik-nya membuatkan wajahku terangkat sedikit demi melihatnya. 

Pada masa yang sama, aku terdengar bunyi seperti seseorang sedang membuka pintu apartment aku dari luar. Lantaran itu, aku lekas berdiri dari sofa dan berjalan menuju ke pintu. 

"Ka-Kau buat apa di sini?" Lancar sahaja soalan itu terpacul daripada bibir. Penampilan Bobby ketika itu tidak ubah seperti ketika aku mula-mula bertemu dengannya seminggu lepas. Rambutnya tidak lagi terpacak bagai terkena renjatan elektrik tetapi menjurus ke bawah. Bajunya tidaklah se-fancy yang sebelum ini, blink-blink dan high class gitu, sebaliknya dia hanya mengenakan baju T- putih dan denim jeans longgar. 

"Abang aku kat sini kan?" Pertanyaannya itu membuatkan aku rasa seperti soalan aku tadi tidak penting. Kegeraman dalam hati aku dan bertukar menjadi garam-garam yang membuatkan darah aku mendidih ke tahap maximum. Selepas dia panggil aku "jahanam", berani pula dia menjejakkan kaki ke apartment aku...

Hurm, dasar orang tak sedar diri! 

"Aku datang bukan nak jumpa kau, tapi abang aku! Dah tu, tepi!" Walaupun apartment aku ni tak sebesar mana, tapi ada jugalah ruang untuk dia mengelak daripada bertembung bahu dengan aku, tapi ini, TIDAK. Dengan selamba dia meluru "straight" ke hadapan, dan sengaja melanggari bahu kananku sewaktu melimpasiku. 

'Sabar jelah Mina. Dia tu adik tiri Hanbin..Eh-Ehh? So what if dia adik kepada Hanbin? Ade aku kisah?" aku bersoal-jawab sendirian di dalam hati.

"Status dekat facebook awak tu, betul ke?" 

Sedang aku hanyut di dalam alam khayalan yang aku cipta dalam masa yang singkat itu, tanpa diduga aku mendengar suara milik Hanbin berdengung di tepi telingaku. Saat itu juga aku membatu. Perlahan-lahan aku berpusing ke belakang. Wajah Hanbin aku tenung dengan penuh perhatian. Jantungku berdegup tanpa kiraan masa yang normal.

Aku menganggukkan kepala, seraya itu, anak mataku beralih arah ke Bobby di sebelah Hanbin, yang juga sedang memerhatikan aku dengan wajah terkejut

Ego yang terbenam dalam diriku tidak mungkin akan berkata tidak. Maruah diriku tercabar dengan persoalan yang tidak kedengaran seperti satu soalan pun. Menerusi media masa, telah dimaklumkan bahawa status aku itu hanyalah troll, tetapi di hadapan Hanbin, bagaimana mungkin aku berkata ianya troll?

Setelah bertahun lamanya tidak bersua dengannya, dan setelah dia meninggalkan pesan kepadaku agar melupakannya, setidak-tidaknya aku ingin menampilkan diriku yang baru dan menarik daripada dulu agar...agar...dia merasa menyesal atas perbuatannya dahulu. Tetapi kalau aku jawab troll, sudah tentu dia akan ingat yang aku ni ialah perempuan murahan, saja-saja menulis status begitu dalam facebook, dan layak untuk dipijak-pijak ibarat ramput di tepi jalan.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!