Pasrah

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

Pasrah

18 Januari 15'

 

Manik-manik hujan yang menitis di permukaan wajah menerapkan rasa dingin dan hangat, ditemani pula dada yang berkocak-kocak dari masa ke masa tatkala paparan wajah Shinhye dan Hanbin bersilih-ganti di dalam ruang pemikiranku. Seiring langkah yang pantas, aku merapatkan kedua-dua tangan di sisi. 

'Sekarang kau nak buat ape? Jumpa Hanbin? Jumpa ibu kau? Lepas tu, apa pula? Carik keluar jantung mereka sebab menipu kau?'

Aku menyandarkan tubuh ke kusyen kereta setelah menutup rapat pintu kereta. Soalan-soalan yang tersaji di dalam minda membuatkan hatiku berbelah bagi untuk meneruskan perjalanan. Ingin ke mana aku sebenarnya? Kepada Hanbin? Ataupun kembali ke rumah untuk berhadapan dengan ibu? Pokoknya, hakikat yang baru aku ketahui setelah 10 tahun bukanlah sesuatu yang membanggakan tetapi...

"Se Mina."

Pada saat namaku itu disebut, kelopak mataku terbuka dengan sendirinya. Aku menoleh ke tepi jendela kereta. Nafasku seolah-olah tersekat; seluruh otot di dalam tubuh badanku mengecut.

"Keluar. Sekarang."

Di hadapan jejaka yang seorang ini, aku benar-benar ingin kelihatan cool. Biar satu dunia menyaksikan keaiban, kebodohan, skandal-skandal aku, tetapi aku berdoa semahu-mahunya agar jejaka ini tidak mengetahui itu semua.

Menjunjung hati yang berat, aku turutkan arahan daripadanya. Setelah menutup pintu kereta di belakang, aku memalingkan tubuh berhadapan dengannya. Kepalaku menjurus ke bawah.

"Shinhye...di mana dia berada sekarang ini?" soalku tanpa melihat ke wajah Hanbin. Genggaman tanganku erat. Di samping itu, wajah Shinhye muncul di dalam ruang mindaku. Lantas, aku menelan liur menahan onak duri ranjau yang mematikan segala saraf di dalam jantungku.

"Dia dah tiada." Ringkas dan padat jawapan yang ku dengar daripada jejaka yang seakan-akan tidak terusik sedikitpun dengan soalan pedas itu. Aku mendongakkan dagu sambil menetapkan pandangan mataku ke arahnya. Masih menjadi persoalan bagaimana dia boleh datang ke mari dan berkelakuan seperti sekarang. Aku dapat mengagak mungkin juga Bobby ataupun Manager Jung yang menelefonnya namun...jawapannya secara tidak langsung membuktikan segala misteri dan persoalan yang terbuku mengenai perhubungan di antara dia dan Shinhye.

Aku buntu. Perasaanku berbaur. Bagaimana mungkin ada manusia sebegini di dalam dunia ini? Bukankah dia sepatutnya merasa malu terhadap dirinya kerana telah menipuku bulat-bulat selama ini? Tidakkah dia seharusnya berasa kekok berada di hadapanku, lebih-lebih lagi setelah aku mengetahui hubungannya dengan Shinhye?

Semua ini tidak adil. Malahan, aku tidak mampu untuk melepaskan kemarahan yang membeku di dalam sanubari. Kerana Shinhye...telah pergi. Perasaan khianat ini akan ku bawa sehingga ke kubur. Dia telah tiada, kepada siapakah soalan-soalan yang terjana di dalam fikiran ini harus ditujukan? Seperti berlari dalam bulatan, akhirnya, yang merana itu ialah diri aku sendiri.

"Satu-satunya tujuan aku hidup sekarang ini...ialah untuk menuntut bela...atas kematian Shinhye..." 

Aku tergamam setelah mendengar barisan kata-kata Hanbin itu tadi. Saluran pernafasanku seperti dihembap oleh batu yang berat, sesaat kemudian, aku menekup mulutku dan menggigit bahagian bawah bibir. Buat beberapa saat berikutnya, pandanganku seperti dikaburi oleh sesuatu. Tiba-tiba aku berasa loya tatkala memikirkan logik di sebalik pernyataan tersebut.

"Dalang kepada segala-galanya ialah..."

"Stop!" Aku mencelah seraya mengangkat kedua-dua tangan. "Kau ingat...dalam situasi sekarang ni, aku kisah dengan semua tu?" Setiap gerak-geri Hanbin aku perhatikan. Warna mukanya berubah serta-merta. Matanya membesar melihatku. Tanpa memberikannya peluang untuk berkata-kata, aku menyambung, "Tahu tak sekarang ni...kau tengah berhadapan dengan aku, orang yang telah kau tipu selama 10 tahun?!" Lalu, aku menjegilkan mata sambil menghalakan jari telunjuk di hadapan wajahnya yang ketika itu tidak ubah seperti terkena renjatan elektrik. 

"Se Mina!" Jeritnya seraya melangkah setapak mendekatiku.

Aku segera mengeleng-gelengkan kepala dan merenung jauh ke dalam anak matanya. "Don't you ever speak my name like that!" Balasku sesaat berikutnya. "Kau...dan Shinhye ialah pengkhianat! And, for God sake, kau expect aku akan menitiskan air mata sebab dia dah tiada? Habis tu selama ini yang korang tipu aku, memperbodohkan aku dan..." nafasku tersekat. Aku segera meletakkan telapak tangan kanan ke dada sambil memejam erat kedua-dua mata. "Kalaupun Shinhye masih hidup, aku yang akan bunuh dia dulu!"

Seiring dengan kata-kataku itu, aku membuka luas mata demi menyaksikan reaksi wajah Hanbin. Mulutnya terlopong, pandangan matanya ibarat laser yang menusuk jauh ke dalam kalbuku. Sehingga ke saat ini, aku masih lagi mencari klu yang Hanbin tidak mungkin ialah buah hati Shinhye, dan Shinhye masih lagi berada di luar sana, bersama-sama orang yang dicintainya tetapi bukannya Hanbin.

Mengapa harus begini?

Apa yang telah berlaku terhadap kami bertiga?

Paparan wajah Hanbin ketika itu mengiyakan segala-gala kemungkinan yang menggegarkan kepercayaanku selama ini. Sekelip mata

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!