Lima Jam

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

Lima Jam

 

07 Disember 14'

"Are you crazy?" 

Itulah persoalan pertama yang dituturkan oleh ibu, Datin Marie, sejurus selepas pintu apartmentku dibuka. Bait perkataan yang tersembur melalui bibir tebalnya itu sedikitpun tidak menyerupai ayat-ayat lazim daripada seorang ibu yang sudah hampir setahun tidak bersua dengan anak perempuannya.

'Are you crazy...' ulangku dalam hati. Aku menelan liur pahit dan menggenggam erat kedua-dua tangan di sisi.

'Nasib kau lah Mina, dapat ibu camni...' 

'Mina, apa yang kau expect? Kau ingat dia akan datang semata-mata nak tanya khabar? Dream on, girl...' aku bersoal jawab sendirian.

Walaupun perkara ini tidak hanya berlaku sekali dua, tetapi perasaan terkilan tetap terbit tanpa mengenal masa dan tempat. Inilah hakikat keluarga kami yang ternyata amat berbeda dengan lensa mata orang luar – imej ialah segala-galanya, dan ibu juga tidak terkecuali. 

"Talk to me!"

Datin Marie mengimbas sekali lalu ke seluruh penjuru apartment aku dan memaparkan reaksi yang kurang senang. Barangkali inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah yang tidak classy berbanding dengan vila tempat tinggal kami itu. Anak matanya kembali mendarat ke arahku. Dia mengambil satu langkah ke hadapan lalu memegang pergelangan tanganku.

"Mina-yah, kenapa diam? Kalau ya pun, kalau tidak pun, jawablah! Aish."

Aku memerhatikan saja dia menyinsing lengan blouse-nya yang berwarna maroon terang itu. 

"Mina dah delete post kat facebook tu. Ibu datang nak tanya pasal tu lagi ke?" Aku menggaru-garu kulit kepala yang tidak gatal.

Imej merupakan perkara yang terutama dalam kamus hidup ibu. Bahkan dia sanggup mempertaruhkan kebahagiaan kakak Shinhye demi menjaga imej dan statusnya. Sampai bila-bila pun, ibu tidak akan berubah, dan sampai ke akhir hayat sekalipun, keluarga kami akan kekal begini -- penuh dengan kepura-puraan. Buat seketika aku meragu, adakah kehidupan kami selama ini hanyalah sekadar untuk "show" sahaja?

Datin Marie menjegilkan anak matanya menghadap aku. Kalau bukan kerana status hot kat facebook aku, makanya, dia takkan datang ke sini selama-lamanya. What a day. Aku membelok ke arah dapur, menuntun hasrat di hati untuk menyediakan minuman buat ibu. Kalaupun hubungan kami tidak serapat dahulu, namun dia tetap ibuku. Dan syurga tetap berada di bawah tapak kaki ibu. 

"Ibu nak jumpa dengan bakal suami Mina."

Dia mengekoriku sehingga ke ruang dapur. Nada suaranya berubah lembut dari tadi. Nian di hati untuk menjelaskan segala-galanya lebur begitu sahaja pabila aku melihat sendiri betapa "terseksa"-nya keadaan dia sekarang ni. Maklumlah, mesti datin-datin yang lain tengah lontar soalan-soalan "pedas" kat dia. Saling menjatuhkan antara satu sama lain -- itu merupakan norma dalam kalangan keluarga elit, bangsawan. Skandal ialah perkara yang amat ditakuti oleh ibu. Skandal jugalah yang telah mengakibatkan dia dimaki-hamun oleh masyarakat umum kerana tergamak mengahwinkan anak sendiri kepada datuk yang tua kerepot semata-mata untuk mendapatkan syer perlaburan daripada jutawan berusia itu.

"It's just a prank okay?" Akhirnya aku mula bersuara sambil membelakangkan ibu.

Jari-jemariku sedang memegang sudu untuk mengacau adunan teh hijau kegemaran ibu yang tersimpan rapi di dalam kabinet dapur. Aku beli teh tu sewaktu berpindah ke sini tiga bulan yang lepas. Sejak tinggal sendiri ni barulah aku sedar rupa-rupanya semua benda kegemaran ibu mahal-mahal belaka. Nasib baik kerja aku doktor, gaji 4-5 ribu sebulan, masih mampu untuk menampung perbelanjaan dapur sekiranya ibu ingin tinggal sehari dua di apartment ini. Jujur, aku ingatkan langsung tidak berpeluang lagi membancuh teh buat ibu, sehingga status facebook aku meledak sampai dia sendiri datang berkunjung ke sini. Dah hampir setahun kot kami tak bersua, tapi dia datang-datang je, terus tanya pasal kahwin. 

Soalan-soalan seperti, "Mina sihat tak?" , "Mina, kerja macam mana? Ok?"...

Aku menggeleng-gelengkan kepala agar semua drama yang singgah ke dalam pemikiranku tadi segera lupus. Rutin harian yang normal, semua ahli keluarga berkumpul dan breakfast sebelum bertolak ke kerja, bergurau-senda sewaktu menonton program kekeluargaan mahupun drama korea...Adakah aku dipanggil tamak seandainya sekarang ini, aku mula mendambakan kehidupan sebegitu?

"Tak-Takpe. Kalau Mina betul nak kahwin, then go for it! Tapi...dengan satu syarat." 

'Haih, aku bercakap dengan tunggul ke tadi? Ke ibu yang tak faham english?' rungutku dalam hati. Cawan teh itu aku letak semula ke atas meja dapur. Kedua-dua tanganku disilangkan ke dada. Setiap gerak geri ibu aku perhatikan dengan penuh teliti. Aku cuba mencari klu jawapan daripada wajahnya yang semakin relaks berbanding tadi.

"Mina dah delete post kat facebook tu. Dan semua tu..."

"It's fine, dear. Listen," Ibu mempercepatkan langkah menuju ke sebelah kananku. "Ibu janji ibu akan buat majlis perkahwinan yang grand buat Mina, okay?" Ada sinar di dalam matanya yang tidak mampu diluah melalui perkataan. Aku kehilangan kata-kata buat seketika. Dia betul ke tak dengar apa yang aku cakap tad

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!