Rahsia

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

RAHSIA

 

03 Januari 15'

Dari jauh, anak mataku tertancap ke arah seorang wanita yang berpakaian dress merah berbentuk duyung. Keluhan berat nafas yang dibebaskan daripada mulutnya itu seolah-olah membisik di tepi telingaku.

"Anggun." Gumamku seraya mengerling keadaan sekeliling. Sesungguhnya, vila keluarga kami tidak mampu menandingi keluasan ruang tamu ini. Aku menelan liur membayangkan betapa kayanya pemilik vila yang bernama Datuk Jae Suk. 

'Ibu...' bisik hati kecilku seraya memakukan pandangan ke arah wanita tadi. Sungguh, aku hanya mampu berdoa agar adanya peleraian di antara aku dan ibu setelah bertemu dengan Datuk Jae Suk pada hari ini.

"Sejak bila lagi Mina kenal dengan Bobby tu?" Ibu menyoalku sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas sofa buatan Itali dalam Vila milik Datuk Jae Suk, juga dikenali dengan gelaran glamour, Villa Amor.

Dahiku berkerut, lantas aku menoleh ke arah ibu di samping meletakkan tas tangan di atas peha. "Ibu, let's talk when Datuk is here." aku bersuara sesaat selepas menarik nafas yang dalam. Ibu merenungku dengan sinar pandangan yang aku tafsirkan sebagai mencurigai tiap-tiap bait ucapanku kepadanya.

"Se Mina!" Suara ibu bak penyanyi suprano yang tetiba melonjak naik. Bahuku turut terikut menginjut ke atas akibat lontaran suaranya yang agak luar biasa itu.

"Ibu tak peduli! Mina kena jauhkan diri daripada dia! Kalau tak...kalau tak..."

Aku dah lali dengan situasi seperti ini. Dari dulu sampailah ke sekarang, apa sahaja yang aku buat pasti akan kelihatan tidak kena dalam kaca pandangan ibu.

Mina jangan buat ini...

Mina kena dengar...

Mina harus...Mina mesti...Mina tak boleh...Mina dilarang...

Sehingga ke detik ini, aku sebenarnya masih lagi menaruh harapan, agar ibu...setidak-tidak pun sekali, dan dalam sekali itu, beliau bisa membebaskan aku daripada sangkar buatannya yang teramatlah menakutkan. Sesungguhnya, sempadan itu jugalah yang telah menjauhkan jarak hati kami berdua.

"Kalau Mina tak jauhkan diri, ibu akan lakukan benda sama macam yang ibu buat dengan Hanbin?" Perlahan saja suaraku berbicara. Sesungguhnya tujuan aku datang ialah untuk bersuai-kenal dan meleraikan salah faham berkenaan skandal aku dengan Datuk Jae Suk. Selain daripada itu, aku langsung tak ada niat nak bincang, lebih-lebih lagi dengan insan di hadapanku ini.

Raut wajah ibu berubah 360 darjah. Kulit mukanya dipelopori warna darah. Pada ketika ini, aku yakin hatinya sedang membuak-buak marah. Kalaulah dulu, pasti aku dah terkencing dalam seluar. 

"Madam is right!" 

Suara lantang beserta aura yang menaikkan bulu romaku itu berkumandang di segenap ruangan tamu yang luas dan mewah itu. Dengan pergerakan yang kaku, aku mengiringkan bahuku ke arah punca suara tersebut. Seorang lelaki tua berpakaian sweater kelabu coklat, berjalan dengan penuh gaya merentasi lantai marmar yang berkilat lagi menghasilkan bunyi menggegarkan jantung setiap kali tapak kakinya melangkah. 

Datuk Jae Suk, bangsawan yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat jelata Korea Selatan. Sebut saja namanya, pancaran pertama yang terbit di dalam minda ialah -- money is power. Sesiapa saja yang mendapat sokongan daripadanya, pasti akan bakal menyandang jawatan yang tinggi dalam kabinet menteri-menteri.

"Setahun lepas, ibu kau menggugut aku..."

Kata-kata Datuk Jae Suk tergantung pabila ibu secara pantas meluru ke arahnya. "Datuk!" Serunya, diikuti dengan gelengan kepala yang kuat. 

"Ahh, aku dah tak peduli! Korang berdua ni...memang sengaja nak cari nahas dengan keturunan aku!" Wajah Datuk Jae Suk merah merona. Aku masih lagi memahatkan pandangan ke atas ibu yang ketika ini sedang membelakangkan aku. Apa agaknya yang dimaksudkan Datuk Jae Suk dengan "ugut" tadi? 

"Apa lagi yang kamu berdua nak?" Lelaki tua itu mengangkat tongkat silvernya sedikit ke atas lalu menghentak kuat lantai marmar tersebut. Terpinga-pinga aku menyaksikan perbuatannya yang tidak dapat tercapai dek akal.

Sesaat kemudian, ibu menempatkan tangan kanannya di atas bahu kiri si lelaki tua, lantaran itu, lelaki itu menoleh ke arahnya dengan wajah yang bengis. Kemudiannya, mereka berdua seolah-olah berbisik sesama sendiri, dan aku langsung tidak mendengar apa-

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!