Khianat

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]

Bahang yang seolah-olah menyuluh ke permukaan wajahku telah menghidupkan urat saraf yang sedang koma. Kebetulannya ketika itu, aku terbau perfume coklat yang amat kuat...akan tetapi yang peliknya, ia sungguh menyenangkan. Kalau diberi pilihan, aku ingin kekal begini. Fuh, alangkah baiknya sekiranya semua memori penderitaan yang merundum hidupku mampu dipadamkan...

"Se Mina, kau..."

Pabila hati ini terniat untuk membuka mata, tiba-tiba suatu suara berbicara. 

"Kenapa buat diri kau macam ni? Jeez, bercakap macam ni dengan kau...macamlah aku ni lebih bagus,"

Kim Jiwon. Aku pasti suara itu milik jejaka tersebut – jiran sebelah rumah aku. Semenjak kejadian hari tu, sejujurnya kami tak pernah bersua lagi, dan oleh sebab itu, hatiku bersedia untuk apa jua hakikat. Apa yang berlaku semalam? Bagaimana aku boleh bersama dengannya? Semua persoalan itu biarlah dahulu, sekarang ni, biarpun seketika, aku ingin menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku mendengar kata-kata jejaka ini. Sekurang-kurangnya, dengan ini, biarpun seketika, aku akan berhenti memikirkan perkara yang memilukan.

"Aku benar-benar tak sangka kau suka sangat dengan abang aku sampai macam tu sekali. Macamlah dalam dunia ni dia seorang je lelaki...jeez,"

Itu aku setuju. Memang aku cinta buta dengan Hanbin. SANGAT sukakan dia hinggakan...aku masih menanam hasrat untuk menerimanya semula biarpun setelah apa yang berlaku. Bodoh, kan? 

"Kalaulah aku tak datang semalam, entah-entah si Mino tu dah bawak kau pergi mana-mana hotel dan...ehemmm, aigoo. Where's your manners, Se Mina?!"

Jantungku bagai dijolok-jolok apabila dia menghabiskan ayat penutupnya. Adakah mamat ni sedang risaukan aku? Biar betul...

"Dan aku paling tak percaya kau sanggup menari gangnam style dengan Mino depan khalayak ramai tu! Aduhhh, kalaulah aku tak ada, tak tahu tarian apa lagi..."

"Yah, apa kau cakap? Gangnam style?" Aku membuka mata seluas-luasnya, dan secara automatiknya tubuhku kini berada dalam posisi duduk. Silauan matahari terik yang terpancar menerusi jendela bertentangan denganku benar-benar memeritkan kedua-dua mata ini. Meskipun dalam kekalutan itu, aku dapat menyaksikan wajah Bobby betul-betul berada di hadapanku...dan bau coklat yang menusuk ke hidung. Ah, aku teringat! Itu ialah perfume kegemaran Bobby, dia pernah beritahu dulu.

"Se Mina," Bobby mendekatkan lagi wajahnya, dan hujung hidung kami hampir tersentuh. Tiada perkataan yang mampu menjelaskan perasaan gementarku ketika itu. Fikiranku menjadi kosong, dan bahuku rebah seolah-olah reda dengan situasi yang sangat mengelirukan ini.

Beberapa saat berlalu, aku memerhatikan paparan wajah Bobby yang sedang merenungku. Dengan tidak semena-mena pipiku terasa hangat sekali. Dadaku terasa berat, begitu juga dengan kelopak mataku.

"Orang yang melarikan diri dengan kakak kau setahun yang lalu...ialah Hanbin, bukan?"

Sepatah demi sepatah ayat itu dituturkan, seolah-olah si pembicara risau yang si pendengar tidak akan dapat menangkapnya. Sesaat kemudian, aku terus mengalihkan anak mata ke tepi. Apa lagi yang perlu diperkatakan, aku telah kehilangan daya untuk berfikir. Persoalan seperti, bagaimana dia boleh tahu semua itu tidak mampu memancing perhatianku untuk bertanya lebih lanjut. Mulutku seperti terkunci. Lantaklah apa orang lain nak fikir tentang perhubungan aku, Shinhye dan Hanbin. Apa lagi yang lebih menyakitkan daripada mengetahui hakikat seorang kakak yang dipercayai sebenarnya sedang menjalinkan jalur-jalur cinta dengan kekasih pertama, dan...hakikat itu sebenarnya diketahui oleh ayah dan ibu, tetapi tidak aku. Adakah mereka akan terus menerus merahsiakan seg

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!