Facebook

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter
LAYOUT CODED © LUSCKAIRI

Takdir dan Masa bakal menentukan segala-galanya...

FACEBOOK

Hmph, boleh naik gila kalau aku duk seharian depan laptop ni, membaca komen-komen serta status makhluk Tuhan dekat facebook ni.

 

'Oh Se Mina, kenapalah hidup kau twisted sangat ni? Grrr.'

 

Genggaman tanganku dihayunkan ke dahi dan mengetuk atas kepalaku bertubi-tubi. Tanpa disangka, tetiba kata-kata seseorang tu terngiang-ngiang di dalam mindaku.

 

'Benda yang aku nak lindungi, kau tahu ke apa dia?'

 

Aku melangut dagu dan mula berfikir: Ah-ah, apa dia benda yang dia nak lindungi huh? Uhm, populariti? Atau...kerjaya artisnya? Kalau tidak pun...hati seseorang, adakah ...Minji? Ah, tidak. Minji sudah memiliki kekasih, sebab tu tempoh hari pada birthday Bobby, dia melakukan perkara itu terhadapku.

 

Bobby ialah insan yang paling jujur pernah aku temui selepas Youngji. Sejak dari awal lagi, dia sudah memberitahuku tentang crush dia terhadap Minji. Agaknya itulah yang membuatkan aku tertarik dengannya – kerana aku...tidak mungkin akan sejujur itu. Isi hatiku yang sebenar, siapakah yang pernah mendengarnya? Rasa-rasanya hanya Youngji seorang.

 

Oleh itu, ketika dia menjelaskan tindakannya mencium aku sewaktu dia mabuk hari tu, yang mana ia disebabkan Minji, walaupun berasa kecewa, tetapi entah mengapa, aku mampu memaafkannya.

 

'Se Mina, kau dah gila ke apa? Boleh tak jangan lagi fikir pasal tuh? Kau tak puas lagi kena maki dengan orang kan? Tahu tak...seluruh rakyat Korea Selatan sekarang ni tengah sibuk memaki hamun kau di mana-mana juga mereka berada?'

 

Pabila realiti menyerbu ke ruang pemikiran, haba panas bersemadi di sebalik dada, dan tubuhku turut ikut rebah tak bermaya ke tepi katil. Bertemankan lengan, aku berbaring longlai sambil melontarkan pandangan jauh ke luar jendela...menghitung hari untuk meninggalkan tempat ini. Setelah apa yang berlaku, aku fikir itulah keputusan yang terbaik.

 

Tiga minggu telah berlalu semenjak kejadian di luar apartment tersebut. Perbualan hari itu diakhiri pertanyaan daripada Bobby, kemudian aku diheret meninggalkan tempat tersebut oleh seseorang dari belakang. Sehingga kini, bayangan yang mana jarak di antara aku dan dua insan,  iaitu Hanbin dan Bobby semakin menjauh tatkala aku dibawa pergi dari situ masih lagi terpahat segar di dalam ingatan ini.

 

"Apa ni? Siapa awak? Kenapa heret aku ke sini?" soalku sambil membetulkan rambutku yang berterbangan ditiup angin di atas bangunan apartment. Wajah jejaka yang dilitupi separuh oleh kain hitam itu aku perhatikan betul-betul. Hatiku bergelodak ingin mengetahui tujuannya mengheretku ke sini di dalam kekalutan itu tadi.

 

Jejaka tersebut membuka penutup mukanya dengan selamba. Mataku membulat pabila wajahnya terdedah. Otot-ototku yang tegang sebentar tadi menjadi renggang semula. Buat seketika, hanya bunyi angin bayu bertiup sahaja yang kedengaran.

 

"Hanbin hyung bagi signal dengan aku agar bawa kau pergi, dan seterusnya Bobby..."

 

Patutlah mereka berdua tak buat apa-apa waktu aku kena heret tadi. Rupa-rupanya ini adalah perbuatan mereka. Dan aku, boleh pula tak perasan semua ni? Ah. Mungkin waktu exchange-signal tu berlaku aku tengah bercakap dengan telefon, dengan dalang semua yang berlaku – Datuk Jaesuk.

 

"Kali terakhir aku lihat Bobby memancarkan wajah macam tadi tu...ialah empat tahun lepas, ketika dia mula-mula diterima masuk menjadi trainee ke agensi." Tona bicara Mino mencerminkan diri aku setiap kali sesi meluahkan perasaan aku terhadap Youngji tentang Shinhye...dan Hanbin. 

 

"Yang lain aku tak tahu dan tak berminat nak ambil tahu tapi aku harap kau akan jadi lebih kuat lepas ni. Media play merupakan sesuatu yang amat menakutkan. Tambahan pula, kau akan berhadapan dengan orang kuat negara ni, Datuk Jaesuk. 

 

'Mino, kau dah salah faham tentang segala-galanya,' – betapa aku ingin menyampaikan kata-kata itu kepadanya, bahawa aku dan Bobby bukanlah kekasih, dan tiada perpisahan pun yang berlaku di antara kami. Aku juga tidak mendekati dia kerana latar belakangnya. Kalaulah aku memiliki keberanian dan hak untuk berkata sedemikian, aku akan. Tetapi, bukan sekarang, bukan juga di masa hadapan kerana aku telah menggadaikan hak itu kepada Datuk Jaesuk demi untuk melindungi orang-orang yang aku kasihi. 

 

***

 

Setiap artikel dan komen-komen yang tertera di muka laptop membuatkan aku merasa loya, geram kerana semuanya adalah palsu tetapi aku hanya mampu menyimpan, mengunci segala-galanya di dalam hati ibarat si bisu yang sebatang kara. 

 

'Idol Rapper terkenal Kim Bobby memutuskan hubungan dengan Se Mina yang dahulunya mengaku sebagai kawan'

 

'Kim Bobby atau Kim Jiwon – yang mana satu pilihan Se Mina?'

 

'Hubungan terjalin berlandaskan kekayaan, apakah natijahnya?'

 

'Se Mina gagal menyakinkan Kim Bobby agar terus bersamanya'

 

'Datuk Jaesuk: Kim Bobby ialah Jiwon, waris tunggal keturunan Kim'

 

Sekilas pandang akan salah satu headline yang terpapar online hari ini, tangkai jantungku bagai terputus. Tanganku terketar-ketar di saat menekan tajuk tersebut.

 

'Demi memastikan Jiwon berhidup di dalam suasana keluarga yang tidak terancam, saya membuat keputusan yang selama-lamanya akan meninggalkan kesan di dalam hati anak ini, iaitu dengan menyembunyikan identitinya. Walaupun berita ini disalurkan tanpa perancangan, tetapi saya tidak akan menidakkan identiti Jiwon sebagai anak tunggal saya, juga pewaris kepada emperor yang dibina dengan bertungkus lumus selama ini.'

 

Kalau artikel ini sahih, bermaksud Bobby...ah, tidak! Kim Jiwon officially ialah anak jutawan Korea. Pastinya selepas ini, takdir kami berdua akan berubah sepenuhnya.

 

*telefon bimbit berdering*

 

Khayalanku terhenti serta merta pabila deringan telefon bimbit mengersing di dinding telingaku. 

 

"Hello," ujarku.

 

"Mi...na k-ke?"

 

Itu suara milik ayah. Perasaanku berbunga seketika namun pada saat yang seterusnya ia dikelami oleh peristiwa penipuannya selama ini. Wajahku kembali monyok, dan aku hilang minat untuk terus bersuara.

 

"Hurm," sahutku bersahaja. Hujung jari runcingku bermain dengan fabrik tilam yang lembut, langsung tidak berminat untuk mendengar kata-kata seterusnya.

 

"Mi-Mina apa k-khabar?"

 

Keliling dadaku merasa sempit bagai dijerut oleh tali. Perasaan bersalah menyelubungi jiwa kalbuku. Entah sejak bila, suara ayah kedengaran begini serak. Adakah dia sedang menangis? Adakah dia sakit? Bagaimana dengan ibu? Adakah dia bersama dengan ibu?

 

Dengan itu, berderet-deret persoalan terjana di dalam otak ini. Mujurlah kemalangan mobil ibu tempoh hari tidak begitu serius, dan beliau telah dikeluarkan daripada wad selepas 24 jam tempoh pemerhatian. Ternyata semua itu berpunca daripada Datuk Jaesuk yang begitu teruja untuk memperlihatkan kesan daripada perbuatan kurang warasku menghebohkan identiti anak rahsianya itu.

 

"Mina dah mesej agar jangan call atau cuba nak cari Mina." Aku cuba menyuarakan sesuatu dengan suara lantang. 

 

"Mina bukan budak kecil lagi. Mina tahu apa nak buat. Oleh itu Mina minta sangat-sangat agar mak dan ayah...jangan call Mina lagi. Bila tiba masanya nanti, Mina sendiri yang akan menghubungi..."

 

"Aku...yang arahkan mereka untuk call." 

 

Suara yang berbeza kedengaran daripada hujung talian. Aku tersentak. Mataku membulat. Aku terpinga-pinga dengan situasi yang tidak dijangka ini. Siapakah orang itu? Kenapa dia...

 

"Kau siapa? Mana ayah aku? Jangan berani apa-apakan mereka, kalau tidak aku..."

 

"Baik, kalau kau nak lihat dengan mata kau sendiri keadaan mereka, datang ke alamat ini dalam masa sejam. Kalau tidak, aku pun takkan jamin keselamatan mereka."

 

"A-Apa? Yah! Kau manusia tak berotak! Kalau kau nak sesuatu, jumpa aku terus! Buat apa libatkan orang tua aku?!" Aku memekik dengan telefon bimbit diposisikan di hadapan mulutku.

 

"Semuanya terletak di tangan kau, Se Mina..."

 

"Mina-yah! Mina!"

 

Suara ayah yang bergema melalui pembesar suara telefon sebelum ia dipadamkan bagai halilintar yang menusuk tajam ke ruang jantungku. Pedih sekali. 

 

***

 

"Alamat ni...betul ke?" Seiring dengan langkahku, hati ini semakin berasa goyah. Aku menuntun setiap langkah dengan perasaan yang berat dan curiga. Kenapa kah orang tu nak berjumpa dekat kawasan hutan macam ni?

 

Satu saat...

 

Dua saat...

 

Tiga saat...

 

Ini tak boleh jadi ni. Dekat tempat macam ni, pokok-pokok tinggi menggunung, dan jalan simen yang berlumut, silap haribulan, kalau aku mati kena bunuh pun, tiada siapa akan jumpa mayat aku. Ini bukan tentang tengok banyak movie atau drama ok, tetapi tempat ini benar-benar menaikkan bulu romaku. 

 

Tanpa membuang masa, aku mengeluarkan telefon bimbitku dan membuka laman Facebook. Dekat page, aku menulis status baru. 

 

"Hello everyone, Mina here. Aku sekarang ni dekat $!#$#@%@$^#$&, kalau aku tak berjaya dihubungi selepas ini, sila pergi ke alamat ini. Minta maaf semua atas segala-galanya yang berlaku. Minta ampun dari hujung rambut ke kaki. Kepada budi sesiapa yang tak berbalas, aku akan balas pada kelahiran yang seterusnya. Terima kasih."

 

Ah, lantaklah dengan status ala-ala 'suicide note' ni. Yang penting, aku dah tinggalkan bukti untuk polis memulakan siasatan seandainya aku hilang ataupun....perkara lebih teruk daripada itu berlaku. 

 

Disulami perasaan yang berbaur, aku terus menanam setapak demi setapak ke hadapan, menyusuri jalan berbatu-bata yang berwarna-warni ini. Walaupun tepi-tepian jalan tersebut diselaputi lumut namun kalau dilihat semula, sebenarnya ia kelihatan agak kreatif dan melahirkan suasana yang kreatif. Bayu petang yang bertiup menyejukkan luar dan dalam tubuhku. Perlahan-lahan, aku mendongak ke arah sekeliling. 

 

'Wah, cantiknya...'

 

Kalau tadi aku disirami perasaan janggal dan seram gitu, sekarang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!