Cinta Pertama

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

Cinta Pertama

 

03 Januari 15'

Bersahut-sahutan jeritan di dalam dewan konsert yang mampu mengisi ribuan penonton dari seluruh pelusuk dunia itu. Kiri kanan dan depan belakang aku, semuanya gadis berusia belasan tahun, sedang memegang glowing stick dan menayangkannya di atas bahu sambil menjerit-jerit nama idol kesukaan mereka, di antaranya ialah Bobby.

Selepas meninggalkan Vila Amor, tanpa pulang ke apartment dan menunggu Hanbin menjemput aku seperti yang telah dijanjikannya, aku terus ke konsert iKON. Jujur aku katakan, inilah julung kalinya aku menghadiri konsert artis mahupun idol tempatan. Selain daripada kongkongan ibu, persekitaran aku turut menjadi faktor mengapa aku lebih suka terperuk di dalam rumah untuk menelaah pelajaran. 

Kata-kata akhir ibu sebelum kami berpisah di Vila Amor tadi masih lagi terngiang-ngiang di dalam benakku. Dalam sehari ini saja, aku dirundum pelbagai hakikat yang sungguh kontra dengan pengetahuanku selama ini. Ayah kandung aku dah meninggal...Abang Lay dan juga Shinhye merupakan abang dan kakak tiri aku...

Tidak pernah dalam 25 tahun aku bernafas, aku membayangkan perkara seumpama ini bisa terjadi terhadapku. Adakah mereka juga tahu tentang ini? Dan...hanya aku seorang yang mencari di manakah hilangnya keakraban sesama kami?

"Bobby! Bobby! Bobby I love you! Oppa!!!"

"Oppa, saranghae!!!"

"Oppa Oppa Oppa!"

Entah sudah berapa lama aku mengelamun sendirian, berlatar-belakangkan ribuan penonton fanatik kumpulan iKON yang berjaya meraih populariti mereka di dalam industri muzik baru-baru ini. Kumpulan iKON dianggotai empat ahli, Song Mino sebagai ketua kumpulan, Seungyoon vokalis utama, Jinwoo visual dan...

Pada saat itu, pandangan mataku tiba-tiba terpaut ke arah Bobby yang sedang rapping di atas pentas. Ketika itu juga, wajahnya ditayangkan di dalam skrin besar belakang atas pentas.

Bobby a.k.a Kim Jiwon, atau lebih tepatnya, ialah cucu kepada salah seorang jutawan terkemuka di Korea Selatan, iaitu Datuk Jae Suk. Apabila diingatkan kembali, mereka berdua memang agak seiras, baik dari segi perangai mahupun percakapan.

"Oppa, saranghae!!!"

Teriakan para penonton ditambah pula dengan sistem pembesar suara yang membingitkan telinga itu langsung tidak dapat menandingi dentuman kuat jangtungku yang melanda disebalik dada. Di samping meletakkan telapak tangan di permukaan dada, aku memandang ke skrin besar tersebut. Versi Bobby ketika beraksi di atas pentas terasa begitu jauh sekali denganku...terlalu asing. Mungkin kerana aku telah mengetahui identiti sebenarnya, dan mungkin juga...kerana aku lebih selesa terhadap penampilan dirinya yang mula-mula bertandang di hadapan apartmentku, dengan membawa kotak kek.

Setiap kali Bobby membuka mulut untuk memulakan rapping-nya, reaksi penonton amat memberangsangkan. Semua fangirls di sekelilingku saling berteriakan, sehinggakan ada yang terbatuk-batuk, tetapi masih lagi meneruskan jeritan menggila mereka. Aku hanya mampu tersenyum simpul menyaksikan perlakuan mereka yang tidak ubah seperti ibu mengeran untuk melahirkan anak itu.

Baru seminggu pertemuan aku dengan insan bergelar Bobby, namun kesannya tidak sesingkat waktu yang berlalu. Aku seakan-akan telah mengenalinya buat suatu tempoh yang lama. Dari mana datangnya perasaan ganjil ini, dan bagaimana ia terbit, masih lagi misteri buatku. Seandainya dia ialah cucu tunggal Datuk Jae Suk, bermaksud dia dan Hanbin bukanlah adik-beradik kandung. Adakah Bobby tahu tentang itu? Apa pula reaksinya pabila dia tahu nanti?

Aku cuma mampu berdoa agar kesakitan itu tidak terlalu berat buatnya kerana aku telah merasakannya, dan sehingga ke saat ini, kesakitan itu masih lagi tersirat disebalik setiap urat saraf dalam sistem tubuhku.

Getaran handphone dalam genggamanku telah menyeruku kembali dari alam fantasi. Ada 23 miss call daripada nombor yang tak dikenali. Aku membuka mesej yang dihantar. 

"Ini Hanbin, awak ada kat mana?"

"Kenapa tak jawab call?"

Seusai membaca mesej yang kedua, aku lantas mematikan telefon. Aku mahukan ruang untuk diri sendiri, dan memang itulah yang aku lakukan selama ini. Tanpa kusedari, aku membina batu-bata di sekelilingku, dinding tebal yang tidak terlihat oleh mata kasar. 

"Found you."

Seiring dengan perkataan yang dibisikkan di tepi telingaku, pergelangan tanganku telah dicapai oleh seseorang. Tanpa melihat wajahnya, aku telah diheret keluar oleh jejaka tersebut. Tidak sampai 10 saat, fikiranku secara automatik-nya menjana nama orang tersebut. 

Hanbin.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!