Dilemma

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]Khianat[/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2]

 

"So, Kim Bobby dan Kim Jiwon ialah orang yang sama?" Youngji menaikkan kening belah kanannya sambil melemparkan pandangan sinis ke arahku. Jelingan yang amat kukenali itu membuatkan hati ini bergetar menantikan ayat-ayat susulannya.

 

"Datuk Jae Suk ialah ayah Bobby?" soalnya lagi ditemani kerutan di atas dahinya.

 

Sungguh, aku buntu. Gara-gara hari tu, semua benda terkeluar daripada mulut aku yang takde insurans ni. Tak sampai 24 jam, liputan media semakin meluas, bagaikan virus.

 

"Kim Bobby...ialah anak Jutawan Korea Selatan...Kim Jaesuk!"

 

Aku mengeleng-gelengkan kepala tatkala bayangan tempoh hari menjelma di dalam minda.

 

"Bukan ke kau beritahu hari tu yang Bobby ialah adik Hanbin? Adakah itu bermaksud...Datuk Jae Suk tu pun ayah dia juga?" Suara Youngji tenggelam timbul ekoran daripada bunyi bising hon kereta di luar rumah. Inilah antara sebabnya kenapa aku lebih suka tinggal apartment, pencemaran bunyi taklah serius sangat.

 

"Diorang tu bukan adik beradik kandung..." jelasku disudahi anggukan yang lemah. "Aish! Macam manalah aku boleh terlepas cakap benda tu kat orang?! Bodoh!" Seruku kemudian. Aku mengetap keras bibir sambil memejamkan mata. Bayangan wajah Bobby terbit di hadapan mataku. Aku mengeluh lagi. Sampai bila-bila pun dia takkan maafkan aku, dan aku...tak yakin yang aku mampu untuk mengucapkan perkataan 'minta maaf' dengan dia setelah apa yang berlaku di antara kami berdua.

 

"Heol, jadi kau memang dah lama tahu pasal ni? Yah!" Jeritan Youngji di sebelah telingaku sungguh memeritkan sehingga aku dengan penuh keterpaksaan menjarakan kepala daripadanya.

 

"Sakitlah..." rintihku perlahan, langsung tidak sepadan dengan ketidakselesaan yang kualami sebentar tadi. Tiba-tiba, dadaku memanas semacam. Dahlah hari ni first day period. Mood aku memang akan jadi tak stabil setiap kali tempoh ni tiba. 

 

"Leceh ah. Aku nak baliklah..." ujarku sambil menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Mood aku berangin sangat time period ni. Perut memulas tak ikut masa, rasa nak muntah pun ada. Selalunya waktu-waktu camni, aku lebih suka berada di rumah. Gara-gara skandal Kim Bobby sebagai anak kandung Datuk Jae Suk, aku tak sanggup balik apartment. Tak larat aku kalau terserempak dengan Bobby tetiba. Hari tu dia dahlah panggil aku 'pengkhianat', seram sejuk pabila difikir semula.

 

"Yah, Se Mina! Sejak akhir-akhir ni...aku rasa kau macam tak betul sikit. Are you sure you're fine by yourself?" Kata-kata Youngji ibarat menuang minyak ke api. Tekak aku terasa macam disumbat oleh sesuatu. Susah benar hendak mengeluarkan kata-kata. 

 

"Beberapa hari lepas, kau sibuk nak pindah rumah...konon nak mulakan kehidupan baru lah, nak lupakan kenangan yang pahit...tapi, tetiba sekarang ni, kau datang nak berlindung gara-gara wartawan berkampung dekat apartment kau. Wei! Kau bukan tengah tunggu tarikh nak berlepas ke luar negara ke? Dan bukan kau sekarang ni tengah menetap dengan ayah kau?" Soalan bertubi-tubi dilancarkan daripada mulut sinis Youngji, dan yang teruknya, aku takleh nak balas apa-apa kerana semua yang diperkatakannya itu benar-benar belaka.

 

"Semua ni...berpunca daripada aku. Takkanlah aku...nak pergi begitu je?" Setelah sekian lama membisu, aku bersuara akhirnya. Tambahan lagi, hubungan aku dengan ayah sekarang ni bukanlah di tahap yang menyenangkan. Aku masih tak boleh hadam pasal diorang menipu aku berkenaan perhubungan di antara Shinhye dan Hanbin selama ini. Kononnya nak lindungi aku daripada sakit hati, tapi agak-agaklah...aku bukannya budak lagi. 

 

"Aku curious dengan apa yang akan Datuk Jae Suk buat. Dah 20 tahun lebih dia menyembunyikan kelahiran Bobby dengan media...ini memang skandal terbesar era ni!" 

 

***

 

Menuntun hati yang berat, aku kuatkan juga semangat tuk pulang ke apartment. Walaupun nyata aku tak boleh nak buat apa-apa, tapi...sekurang-kurangnya aku perlu memastikan keadaan Bobby. Terpisah dengan keluarga sebenar sejak kecil, malah kelahirannya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai, termasuklah saudara-mara, pasti perkara ini kurang menyenangkan buat Bobby. Aku tak sangka akhirnya, orang yang membongkarkan rahsia ini ialah diri aku sendiri.

 

Seiring dengan langkahku, perasaan tidak enak mulai bersarang di dalam hati.

 

"Se Mina," suara yang garau kedengaran begitu dekat dengan aku. Jantungku seperti berhenti mengepam darah di saat pergelangan tanganku disentap oleh seseorang dari belakang. Sebelum sempat aku hendak menjerit, mulutku ditutup oleh telapak tangan seseorang. 

 

"Apa ni? Si-Siapa?" fikirku di dalam hati. 

 

Belakangku yang bersentuhan dengan dada orang tersebut memberikan aku hint bahawa jantina orang tersebut lelaki. Dadanya bidang itu menyebarkan kehangatan yang menyenangkan pada diri ini. Aish, apa yang aku sedang fikirkan ni? Ke situ pula...

 

Semua ni salah period.

 

Tanpa berfikir panjang, aku memberanikan diri untuk menyangah pegangan jejaka tersebut dengan menggigit tangannya sekuat hatiku. Sesaat, dua saat...dia tak menjerit pun. 

 

"Arggghhh!" jeritku seketika kemudian. Rupa-rupanya tangan yang aku gigit tu ialah milik badan sendiri. 

 

"Aishhh!" seruku lagi. Dengan segera, jejaka itu melepaskan pegangan terhadap diriku. Dan aku, dirundum perasaan yang amat memilukan. Nak tunjuk berani tapi kena batang hidung sendiri...semua ni salah period.

 

Tidak lama selepas itu, aku mendengar tawa kecil dari arah kiriku, iaitu tempat jejaka bertopi itu berdiri. Mataku membulat tatkala terpandang wajahnya.

 

"Omo!" Jari telunjukku diajukan ke wajah jejaka tersebut. "Song

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!