Kebenaran

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

Kebenaran

 

11 Januari 15'

"What do you want?" soal Bobby sambil berdiri tegak di hadapan pintu apartmen. Jiwaku meronta untuk bertanya bermacam-macam soalan kepadanya namun pada saat anak mata kami bertembung, fikiranku menjadi kosong ibarat kertas putih.

"Tak nak cakap sudah..." 

"Tung-"

"Ouch!" 

Tanpa berfikir panjang, aku meletakkan tanganku di antara ruang pintu yang masih terbuka lantas mengakibatkan ia tersepit ketika Bobby hendak menutup pintu tersebut. Kesakitan itu langsung tidak tertanding dengan kepedihan yang melanda seluruh jiwa dan ragaku di saat ini. 

Sejak Hanbin meninggalkan apartmentku 10 minit tadi, insan pertama yang terbit di dalam mindaku ialah Bobby. Aku memerlukan kepastian daripada Bobby. Siapakah dia arwah isteri Hanbin...Bobby pasti tahu serba sedikit mengenainya.

"Yah! Kau-Kau-" 

Tanpa berlengah aku dengan pantasnya menyisipkan tubuhku ke ruang pintu yang tersisa dan kini berposisi seinci daripada tubuh Bobby di sebalik pintu tersebut. Buat beberapa saat, anak mata kami berpautan, dan aku mulai disirami kerisauan seandainya dia mendengari degupan jantungku yang semakin kencang. Pada masa yang sama, aku teringatkan insiden tadi, yang mana Hanbin memelukku dan aku terlihat perkataan yang disulam pada bahagian kolar baju t-shirtnya.

Bagaimana aku bisa melupakan sulaman perkataan itu? Malah...akulah yang mencadangkan kepada Shinhye agar berbuat demikian, termasuklah rekaan dan bentuk perkataan itu, semua aku yang pilihkan untuknya. Namun, persoalan yang terbesar di sini ialah: mengapa baju itu dipakai oleh Hanbin? 

Mengapa baju yang seharusnya ditujukan buat kekasih Shinhye bersarung pada tubuh Hanbin? Kalau ikutkan logik, hanya ada satu jawapan. Dan kalaulah logik itu kebenaran, maka aku...

"Se Mina, kau nak timbulkan skandal apa lagi ni? Abang aku tak dapat berikan kau kepuasan ke? So, kau datang exactly lepas dia beredar? Huh?" 

Fikiranku ketika itu amatlah berserabut. Aku hanya mampu mengetap keras bibirku agar air mataku tidak jatuh terjurai seperti tempoh hari. Bagaimana mungkin aku bisa menitiskan air mata di hadapan jejaka yang sama buat kedua kalinya? 

Dengan Hanbin aku tak pernah, inikan adik angkat dia. Malahan, ibu dan Datuk Jae Suk telah memberikan amaran kepadaku agar menjauhkan diri daripada Jiwon a.k.a Bobby. Aku telah berjanji dengan mereka, dan aku...memang berniat untuk meninggalkan Korea atas tujuan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi, tapi mengapa? Mengapa setiap kali aku dilanda permasalahan, insan ini yang muncul di hadapanku? Kenapa harus dia yang berada di sisiku pada saat sukar seperti hari ini?

"Ka-Kau..." jari telunjuk Bobby tergetar-getar diajukan ke arahku. Ketika itu, aku hanya mampu berdoa agar hatinya akan menjadi lembut sebelum aku bertanyakan apa-apa kepadanya. Aku memerlukan dia. Tidak kiralah dia Bobby mahupun Jiwon, aku memerlukan dia disisiku.

"Bobby-yah, aku nak tanya sesuatu dengan kau. Tolonglah jawab kerana aku benar-benar...ingin tahu..."

Bobby memegang kedua-dua bahuku lalu menolak tubuhku sehingga bertembung dengan dinding bersebelahan dengan pintu. Rintihanku langsung tidak diendahkannya. Pegangan tangannya pada pahuku semakin erat, sungguh erat sehingga menyempitkan saluran pernafasanku.

"Aku nak tahu siapa dia isteri Hanbin yang dulu...atau..."

Dengan laju aku mengeluarkan gambar Shinhye yang aku ambil daripada album sebelum meninggalkan rumah tadi. Beberapa saat kemudian, aku menayangkan gambar tersebut di depan mukanya. Setiap saat, aku mencuba meneliti reaksi wajahnya, namun aku langsung tidak mendapat mentafsir apa-apa sedangkan selama ini, aku memang cekap dalam hal-hal sebegini. 

"Adakah dia...ni iste-isteri..." terketar-ketar suaraku hendak menyebut perkataan "isteri". Tidak pernah terlintas di dalam pemikiranku bahawa Shinhye dan Hanbin...sudah tentu tidak! Aku cuma mahukan kepastian, itu sahaja. Boleh jadi t-shirt itu ialah t-shirt biasa yang dijual. Mungkin ia cuma suatu kebetulan.

Suatu kebetulan...

"Apa sebenarnya tujuan kau nak suruh aku tengok gambar ni dan kemudiannya bertanyakan soalan itu kepada aku?" Bobby masih tidak berganjak daripada posisinya, sebaliknya dia menebarkan kedua-dua tangannya di sebelah-menyebelah tubuhku. "Dan satu lagi, kau tahu tak sekarang ni pukul berapa?" 

Kata-kata Bobby yang berbaur sindiran itu langsung tidak memberikan sebarang kesan kepadaku, malah, ketika itu, yang memenuhi ruang benakku hanyala

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!