Lapan Jam

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

Lapan Jam

 

07 Disember 14'

"Yah, Se Mina! Your wedding's coverage is no joke!" Youngji, rakan setugas aku datang-datang pejabat terus mengetuk mejaku dengan pen torch-nya. Dah memang dia tahu aku benci bunyi ketukan meja, sengaja pula dia berirama semasa mengetuk. "It's all over the place, even trending in twitter!" Sambungnya sambil melabuhkan punggung di bucu meja.

Aku mengangguk lemah. Jari telunjukku ditudingkan ke atas, sebagai isyarat yang aku tahu, dan aku tak perlu setiap orang di dalam department dekat hospital ni sorang-sorang datang bagi laporan, macamlah aku ni buta huruf tak tahu nak baca sendiri. 

'Meh...' pipiku bersentuhan dengan kaca meja di dalam pejabat. Hembusan nafasku yang berat dan perlahan telah berjaya menghasilkan wap berbentuk bujur di permukaan meja kaca lutsinar itu. Aku melukis bentuk "O" dengan wap tersebut sebelum ia hilang. Kalau nak ikutkan hati, memang sah nak ambik cuti hari ni, tapi kalaulah aku buat camtu, lagilah ibu nak heret aku ke sana sini, buat facial, body, hair treatment segala macam.

'Apa yang kau dah lakukan ni, Mina? Just because of a status...' aku mengeluh, mengeluh, dan mengeluh lagi. Kata-kata ibu sebelum aku halau dia keluar atas alasan nak pergi kerja tiga jam lalu masih segar di dalam mindaku. 

"Mina? Mina nak kerja sehari sebelum wedding? Does that makes any sense to you?" Datin Marie mencekak pinggangnya yang masih fit dan langsing itu, manakala aku, sedang mencuba sedaya upaya untuk menghadam semua yang dikatakan oleh ibu semenjak dia menjejakkan kaki ke dalam apartment aku.

"Ibu, berapa kali Mina nak bagitau yang status tu tipu je lah. It's troll!" Aku menepuk dahi beberapa kali. Kalaulah ini mimpi, GET ME OUTTA HERE! NOW! 

Air muka ibu bertukar warna. Sinaran matanya yang menusuk jantung itu menyebabkan lidah aku jadi kelu untuk berbahasa. Dengusan nafas kasarnya itu ibarat penggera yang menyampaikan amaran merbahaya ke seluruh sistem tubuhku.

'Kenapa tiba-tiba ibu nak sangat aku kahwin ni? Dan lagi, kenapa Datuk Jae Suk beriya-iya nak taja perkahwinan aku? Something is not right.' Persoalan demi persoalan terjana di dalam pemikiranku. Mulalah aku terbayangkan peristiwa yang berlaku setahun lepas.

***

"Ibu, kenapa Shinhye yang kena kahwin dengan Datuk Jae Suk?" Suara teriakan Shinhye itu sebati dengan hentakan pintu yang dibuka secara mengejut dari luar.  Ketika itu, aku sedang menengadah menghadap ke luar jendela master room tempat beradu ibu. "Bukan Shinhye yang buat skandal bu, tapi Mina!" Jarinya dihalakan ke arah aku. Matanya yang kemerah-merahan itu hampir saja membuatkan tangkai jantungku terputus. 

'Skandal?' bisikku dalam hati. Adakah kehadiran aku ke parti yang terletak di Gangnam itu dibahasakan sebagai "skandal"? Serta-merta pandangan mataku beralih ke arah ibu yang tengah mengeringkan rambut ikalnya di hadapan cermin. Raut wajahnya tampak tenang, tidak terusik sedikit pun dengan kata-kata Shinhye itu tadi.

"Datuk kau perlukan sokongan dana untuk kempen pilihanraya yang akan datang ni." Dengan selamba ibu berbicara. Selama ini pun, memang sikap ibu macam tu. Kalau dia masuk berlakon dalam drama, watak dia ialah ibu kepada pelakon lelaki utama, iaitu seorang ibu yang bersikap dingin, sentiasa mengongkong kehidupan anak-anaknya, dan sanggup buat apa saja agar imej mereka tidak tercemar.

"Ap-Apa? S-So Shinhye kena kahwin dengan orang tua tu su-supaya atuk dapat terus-menerus memegang jawatan menteri? Menteri yang menjahanamkan rakyat?" Jeritan daripada Shinhye itu berjaya menyeru abang Lay turut sama hadir di dalam kediaman ibu. 

"Shinhye!" Abang Lay menyentuh bahu kiri Shinhye. "Please. Stop." Suara tegasnya itu sejajar dengan kekuatan pegangan tangannya ke bahu Shinhye. Aku melihat wajah Shinye yang seolah-olah menahan kesakitan akibat perlakuan abang Lay itu. 

Kalau korang nak tahu, inilah keluarga kami. Walaupun dikurniakan dengan pangkat, status, dan kekayaan, namun semua itu ibarat replika istana yang mana di dalamnya, hanya didiami oleh manusia-manusia yang berhati batu, meletakkan pangkat dan status melebihi segala-galanya, sehingga sanggup untuk memperjudikan kebahagiaan anak darah daging sendiri. 

Yang membezakan aku dengan kakak aku ialah sikap. Aku seorang yang menanam sikap realistik di dalam diri. Senantiasa menginginkan win-win situation -- itu aku. Shinhye dengan aku ibarat bumi dengan langit. Shinhye menjunjung sifat idealistik, dia akan berjuang habis-habisan untuk perkara yang dianggap benar. Dipendekkan cerita, aku antara spesis manusia yang menerima apa saja asalkan sesuatu itu mendatangkan faedah buatku. 

"Ke-Kenapa buat Shinhye begini? Kenapa bukan Mina? Semua ni berlaku kerana dia! Dia!" 

***

"Betul ke you nak kahwin ni?" soal Youngji yang masih setia menemaniku meskipun aku tidak sekali pun menyahut soalannya sejak tadi.

"Lambat atau cepat, aku kena kahwin juga..." aku mendongak dan senyum senget menghadapnya.

Youngji menahan tawanya lalu berkata, "Macam kakak you?" 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!