Pilihan

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]

Memperhatikan Hanbin yang berusaha menghadang kamera-kamera daripada para wartawan dengan menggunakan tubuhnya membuatkan hatiku kecut. Sebuah perasaan nostalgia terbit di dalam sanubariku tatkala mengaitkan perbuatannya itu dengan masa lalu. Suatu ketika dahulu, dia pernah melakukan perkara yang sama, iaitu melindungi aku daripada jejak wartawan-wartawan. Harus ku akui, semenjakdaripada saat itu, sepasang mata ini hanya melihat kepada dia seorang. 

"Cukup! Jangan ambil gambar! Berhenti!" Laungan kata-katanya itu seterusnya membangkitkan perasaan pedih dan sayu di segenap ruang jantungku yang berdegup laju.

'Hanbin-yah, kenapa? Kenapa...' 

"Se Mina!" Suara milik Bobby dari arah belakang berjaya meraih perhatianku. Dia masih lagi memegang tanganku, dan aku pula sedang menghadap ke arah Hanbin. 

"Kim Jiwon," tuturku pasrah. Dengan pergerakan yang perlahan, aku memalingkan tubuh agar berhadapan dengan jejaka tersebut. 

"Aku beri kebenaran kepada kau untuk gunakan aku," ujarku. Jauh di dalam lubuk hati, aku sebenarnya mengerti tindakan melulu Bobby itu tadi. Walaupun asbabnya aku tak tahu, namun dia pasti memiliki sebab mengapa dia tidak mahu bergelar anak kepada jutawan Jaesuk. Aku bukanlah seseorang yang suka masuk campur dengan hal orang lain, lagipun, semua ini berpunca daripada aku, oleh itu aku harus bertanggungjawab. 

"Guna ape? Gunakan kau?" Bobby menaikkan kening kiri.

Aku mengganguk kecil sebagai tanda setuju. Bukan mudah untuk aku berkata sedemikian kepada insan yang bergelar anak kepada orang yang aku benci dengan seluruh raga buat suatu tempoh dahulu. Wajah Bobby saja sudah mengingatkan aku kepada ayahnya, seterusnya Shinhye...dan Hanbin. Segala-galanya ibarat bulatan maut yang mencengkam ruang kalbu, menyeksa zahir dan juga batin diri ini.

"Kerana break up dengan aku, aku cakap benda yang bukan-bukan kepada media agar menjatuhkan imej kau. Kau beritahu je dengan media macam tu. Bila sampai masanya mereka datang bertanya, aku akan mengiyakan segala-galanya. Dengan itu, nama baik kau akan pulih...dan semua akan beransur menjadi seperti dahulu." Setiap perkataan yang diucap seakan-akan meniup pergi kerisauan dari dalam hati ini.

Seusai sahaja kata-kataku tadi, pergelangan tanganku dilepaskan oleh Bobby. Buat seketika, fikiranku menjadi kosong, begitu juga dengan hati ini. Pada saat itu, realiti telah membisik seutas jawapan yang tidak mungkin akan aku luahkan kepada sesiapa pun -- aku ingin bertanggungjawab. Kalau sebelum ini aku asyik melarikan diri, sekarang, aku nak...memikul tanggungjawab ini kerana...

'Aku ingin lindungi dia, kerjaya dia, dan cita-citanya.'

"Se Mina, kau tak payah cakap apa-apa. Aku tahu apa nak buat." 

Pabila Bobby berpaling daripadaku, jantung ini seperti diguris oleh duri mawar merah yang telah layu, bukan saja menghasilkan luka, tetapi juga parut yang hakiki.

"Cik Se Mina! Sila jawab soalan kami!"

"Betul ke Cik Se Mina ialah bekas kekasih Bobby?"

"Kamu berdua telah berpisah?"

"Benar ke Bobby ialah anak jutawan Datuk Jaesuk?"

"Adakah Cik Mina menjalinkan hubungan dengan dia kerana latar belakangnya?"

Dalam buku cerita zaman kanak-kanak yang aku baca, semuanya memiliki pengakhiran yang menggembirakan. Namun di alam realiti, happy ending bukanlah semudah lakaran dongeng. Kesedaran itu jugalah yang mengajar aku agar berhenti berharap sebelum pun bertempur dengan takdir. Ini adalah sifat sebenarku. Berundur sebelum berusaha sedaya upaya kerana takut akan kekalahan dan kekecewaan. 

"Semua adalah salah faham. Bobby bukan anak jutawan Datuk Jaesuk." Jelasku ringkas. Pandangan mataku menjurus ke bawah, kecut hatiku untuk bertentang mata dengan para pekerja media. Genggaman erat jari-jemariku sejak tadi dihuni oleh peluh. Entah mengapa ketika itu hatiku terdetik untuk memandang ke arah Hanbin, dan kebetulannya, Hanbin juga sedang melihat ke araku. Mulutnya terngaga dan dahinya berkerut. Hanbin seperti mengetahui apa yang aku akan perkatakan. 

"Kami telah ber..."

*Nada dering telefon bimbit berbunyi*

Kata-kataku tergendala. Tangkai jangtungku bagai hendak tercabut mendengar deringan telefon bimbitku. Tanpa berfikir panjang, ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!