10.10

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

10.10

 

12 Disember 14'

“Hurm, Ci-Cik Mi-Mina?”

Getaran bayu lembut bertiup dari hujung rambut hingga ke dahi, merentasi kelopak mataku yang berkedip-kedip, lalu memberusi halus permukaan bibirku. Pada detik itu, setiap degupan jantung yang bergema di sebalik ruang dada ibarat sekuntum bunga merah yang mekar di taman syurgawi. Apa yang merasuk pemikiranku, aku sendiri bingung namun jauh di lubuk hati, aku ingin bergantung kepada seseorang, dan inilah julung kalinya aku berasa begitu terdesak untuk berada di dalam pelukan seseorang.

“Huh?” aku mengeluarkan suara ayu. Tetiba aku terdengar seperti bunyi percikan sesuatu di hadapan wajahku, disusuli bau coklat yang harum semerbak.

‘Adakah ini syurga?’ bisikku sambil tersenyum senget.

“Ok?” aku menyoal tanpa sendiri mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pernyataan itu.

“Ke-Kenapa kau tutup mata?”

TET. TET. TET.

Kelopak mataku terbuka luas. Aku menyaksikan muka Bobby yang tidak ubah seperti rusa masuk kampung; mulutnya terlopong, manakala kepalanya dicondongkan sedikit ke kanan, lalu beralih pula ke kiri, seolah-olah sedang memerhatikan beraneka jenis binatang bersarkas di hadapan mata. Aku mengetap keras bibir. Betapa aku berharap agar ketika ini aku diubah menjadi tikus. Maka dapatlah aku berlari dan bersembunyi di lubang tikus dengan segera. Anak mataku singgah sebentar ke tangan Bobby yang sedang menggenggam sebotol cecair semburan berwarna kuning keemasan.

‘A-Apa benda tu?’ fikirku di dalam hati. Agaknya Bobby perasan akan tenunganku itu, dan tanpa ditanya, dia mengangkat botol tersebut ke udara. “Ini?” dia menggoncang-goncangkan botol itu seraya tersenyum bangga.

“Yang ini perfume kegemaran aku, chocholate flavor.” Jelasnya lalu membuat demo dengan memercikkan perfume tersebut di sekelilingnya. “Ahh, lega.” Matanya dirapatkan sewaktu dia menghidu bau itu dengan penuh kenikmatan di wajahnya. Sebaliknya aku, mula mencium bau badan aku sendiri dengan mengangkat sedikit ketiak aku dan…

‘Ahh, bau telur…’ gerutuku sendirian dan segera memicit hidungku.

“Mana bilik air kau?” soalan jejaka itu hamper saja membuatkan kepala lututku tercabut. Aku berdehem seraya menarik nafas sedalam-dalamnya. Dalam situasi ini, otak aku sedang menggembleng tenaga agar mampu menghasilkan perkataan-perkataan setimpal untuk menebus segala perbuatan bodoh aku tadi.

‘Mwo? Kiss? Am I…really expecting that?’ Lantas, aku meletakkan tangan di sisi pipiku dan mengeluh sambil menggigit bahagian bawah bibir.

“Lead the way. Aku akan tolong basuh rambut kau…yang bau hanyir tu.” Perlahan saja suaranya tetapi kedengaran bagaikan guruh berdentuman di tepi telingaku.

“T-Tak payah! A-Aku boleh…” aku terdiam. Tetiba dada aku terasa panas semacam. Aik, dia kata rambut aku bau hanyir tadi? Gosh. This is humiliating.

“K-Kau bu-buat a-apa ta-tadi, huh?” aku menyoal sambil mengiringkan tubuhku ke sebelah kiri, menarik tanganku daripada pegangannya, dan kemudian merapatkannya ke dada.

‘Selamat kembali ke alam reality, Cik Mina. Macam mana boleh ke situ pula fikiran?’ getusku di dalam hati.

‘Kiss? Hah…banyaklah kau punya kiss. Punyalah memalukan…aduhai!!!’ buah fikiranku semakin rancak bermahkamah sesama sendiri sehinggakan aku sudah tidak peduli dengan pandangan Bobby terhadap aku.

“Fine. Tapi, kau kena bersihkan diri secepat mungkin kerana bila manager aku call je, kau kena ikut aku hadiri press conference, dan beritahu pemberita yang kita hanya berjiran…”

Aku tahu ini bukannya masa untuk berangan-angan, dan aku tahu perasaan yang menuaikan bibit-bibit suka ini tidak semestinya mencerminkan perasaanku yang sebenar, akan tetapi, kata-kata Bobby yang seca

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!