1-2-3

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

1-2-3

 

17 Disember 14'

< IDOL RAPPERS BOBBY KIM & SE MINA MENGAKU SEBAGAI KAWAN BAIK >

< “Kami hanya kawan.” – KIM BOBBY >

< PERKAHWINAN SE MINA ADALAH KHABAR ANGIN >

< STATUS FACEBOOK SE MINA HANYALAH GURAUAN SEMATA-MATA >

Aku masih berfikir, di mana salah dan silapnya…Status? Facebook? Wartawan yang bermulut becok? Datuk Jae Suk yang nak mengambil kesempatan ini demi membersihkan namanya? Ibu yang mahu memperbaiki imej keluarga? Atau…aku?

Banyak-banyak jawapan yang terukir, jawapan “aku” itulah yang paling sukar untuk diterima. Dari situ, aku membuat konklusi sendiri, iaitu semua yang berlaku adalah atas ketentuan takdir. Mana ada orang di muka bumi ini yang mampu menterjemahkan takdir; tidak kiralah berapa kali, dan berapa banyak, ataupun betapa sukar, selagi seseorang itu bergelar manusia, dia harus menerima tiap-tiap suratan takdir yang telah termaktub buatnya. Cumanya aku…masih lagi berfikir – kalaulah aku tak bertemu dengan Hanbin, aku takkan jatuh cinta dengannya, aku takkan merasa keperitan pabila dia memilih wang dan meninggalkan aku, seterusnya aku takkan berubah menjadi gadis yang kuat bersosial sehingga terlibat dengan skandal sana sini lantas mengakibatkan tempias terhadap ahli keluargaku. Akhir sekali, kakak Shinhye takkan dipaksa berkahwin dengan Datuk Jae Suk, seterusnya dia tidak akan menghilangkan diri…dan sehingga kini, pasti kami masih lagi bersama meskipun jasad berjauhan kerana jauh di sudut hati, aku masih mahu percaya yang aku, ayah, Shinhye dan juga ibu, ialah satu keluarga yang bukan pada dasar nama sahaja.

“Aku dengar kau request cuti rehat dekat Ketua Jabatan tadi?” Youngji dengan trademark-nya berjalan seperti robot itu menegurku seraya menyandarkan belakangnya ke dinding.

“Uhm, malaslah nak layan banyak sangat soalan daripada senior dan staff hospital. Yang junior pula berabis nak minta aku bagi c Bobby sain autograph...leceh.” Ujarku sambil memuncungkan bibir.

Youngji menaikkan kening belah kirinya. “Betul ke leceh? Ke…kau nak kahwin rahsia dengan Bobby?” soalnya sesaat selepas itu.

Aku turut menjongketkan kening belah kiriku lalu menanggalkan kot putih yang tersarung pada tubuhku. “Haih, kau tak baca news ke?” soalku lalu menuju ke arah tiang penyangkut baju di hujung sebelah kiri bilik tersebut.

“Aku baca.” Selama beberapa saat setelah ayat terakhir diutarakan Youngji, aku langsung tidak mendengar apa-apa lagi daripadanya.

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi di antara kami. Sudah seminggu berlalu sejak perkahwinan aku kononnya hanyalah sekadar khabar angin. Manager Jung telah mengisytiharkan kepada pihak media tentang status aku dan Bobby kepada media masa. Agak kalut juga lepas berita tu diumumkan. Abang Rusa masih honeymoon, tapi dia sempat call juga untuk clarify perkara yang sebenar. Ayah pun sama juga tapi dalam kes ibu, aku pula yang kena call. Tiga hari lepas, ibu telah membuat temu janji aku dengan Datuk Jae Suk, aku sepatutnya berjumpa dengan dia dua hari lepas, tapi tak dapat keluar apartment, ramai sangat wartawan ber-camping dekat luar pintu.

“Se Mina, mungkin kau tak perasan, tapi aku…kenal kau malah lebih mendalam daripada kau kenal diri kau sendiri.” Kata-kata daripada Youngji itu serta-merta membuatkan kepalaku berpusing 360 darjah menghadapnya.

Mimik mukanya sangatlah serius sampaikan aku sendiri berasa kurang selesa diperhatikan sebegitu olehnya. “Waktu first-first aku tanya kau pasal Bobby dulu, kau tak kenal pun siapa dia tu sampailah aku brief sikit. Then, tetiba korang announce yang korang just kawan? That’s obviously…a lie.”

Pagi itu, aku dan Youngji saling berpandangan selama beberapa minit lamanya tanpa sesiapapun daripada kami berkata-kata selepas itu. ‘Maafkan aku, Youngji kerana terpaksa menyembunyikan hal sebenar daripada kau.’ Baru episode lepas aku cakap tak nak tipu dah, tapi tak sampai halfway episode ni, aku dah tipu balik. Sampai bila aku nak menipu ni?

***

Menggigil satu badan apabila tiga orang jejaka rupawan bertandang di hadapan apartment sepuluh minit selepas aku berbaringan malas di atas katil.

“Hi, saya Seungyoon.”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!