3-2-1

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

3-2-1

 

17 Disember 14'

Kesilapan = Pengajaran.

Pertemuan aku dan insan yang bernama Kim Bobby, sehingga ke detik ini, aku masih berharap ianya sekadar mimpi. Kerana pada saat ini, darah yang mengalir di dalam jantungku terasa begitu hangat sekali. Aku bertanya kepada diriku sendiri: adakah ini perasaan sama yang aku rasakan terhadap Hanbin dulu?

"Artis solo? You nak jadi artis solo? For God sake, after everything that you've gone through, you nak give up debut dengan iKON? At this crucial moment?" Manager Jung berulang-alik di ruang antara sofa dengan meja tamu manakala aku dan Bobby sedang duduk bertentangan di atas sofa, yang mana di tengahnya terletak sebuah meja kaca batu marmar berwarna kelabu tua. 

Bobby mencebik bibir. Ekspresi wajahnya masih kekal seperti ketika dia membawa aku masuk ke dalam apartment miliknya. Maka, di sinilah aku berada sekarang, buat pertama kalinya.

"Habis tu? Macam mana dengan kontrak? You nak nullify contract yang kita buat dengan susah payah selama setahun ni?" Wanita berbaju blouse berlengan panjang dipadankan dengan skirt peach plum sehingga ke atas paras lutut itu mematikan langkah di hadapan Bobby yang sejak tadi membatukan diri, menundukkan kepalanya.

"Bobby! Bobby! Please..." wanita itu membengkokkan lututnya dan duduk melutut di tepi Bobby. Aku berasa sungguh familiar dengan scene ini. Ya, memang tak silap lagi, yang aku lihat di hadapanku itu bukannya Manager Jung, tetapi Jung Minri, iaitu ideal girl Bobby. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, perkara itu tidak henti-henti menghantuiku. Tiap kali aku bersua dengan Manager Jung, secara automatik-nya, kepala otak aku telah melabelkan dia sebagai "ideal girl" Bobby. 

"Ingat tak janji you dulu? You nak jadi rapper yang terbaik di Korea Selatan, kan? So, kenapa nak sia-siakan peluang sekarang ni? You ingat senang ke nak survive sebagai solo artist? Banyak saingan..."

Bobby bingkas bangun dari sofa tempat duduknya. Kemudian, kedua-dua tangannya dimasukkannya ke dalam poket seluar. Gelagatnya ketika itu tidak ubah seperti seseorang yang tidak tidur beberapa hari. Lalu terlintas di dalam fikiranku, semenjak artikel mengenai kami berdua diumumkan, popularitinya meningkat secara drastik. Kalau tak silap aku, dalam masa seminggu ni saja, beberapa akhbar majalah, iklan TV, dan produk-produk yang beraneka macam, semuanya berebut-rebut untuk mendapatkan dia sebagai duta.

'Mesti dia penat bekerja seharian...tambahan lagi, teammates dia semuanya menyisihkan dia kerana popularitinya.' getusku dalam hati.

Perasaan bersalah menular ke segenap ruang dadaku. Aku akui, sedikit-sebanyak, perkara yang menimpa Bobby juga ada kaitannya dengan aku. Tapi, apakan dayaku? Seandainya aku tidak mengugut agar Manager Jung memberitahu media mengenai status "kawan" kami berdua, perkahwinan-kerana-status-facebook aku tu akan menjadi mimpi terburuk yang berlaku dalam hidup ini.

"Semua ni berlaku sebab perempuan tu!" Bobby mengajukan jari telunjuknya ke arahku. Manager Jung di sebelah segera mengiringkan badannya agar dapat menyelaraskan pandangannya ke arah aku yang terpinga-pinga ketika ini.

"Kalau bukan kerana dia, semua ni takkan berlaku! Sepatutnya aku tak bersetuju dengan cadangan bodoh daripada dia hari tu! Kawan...lah sangat! Geez." Dia meraup rambutnya sambil mendengus kasar. Aku tidak tahu hendak berkata apa lagi. Kalau dilihat menerusi perspektifnya, memang aku yang salah, dan akulah punca semua skandal ini timbul. 

Semua ini ibarat pengulangan kepada peristiwa yang berlaku terhadap kakak Shinhye. Kerana skandal aku, kakakku yang terpaksa menanggung kesannya. Bila difikirkan semula, salah dan silap itu semuanya berakar-umbi daripada aku. Jawapan untuk episod lepas, ialah...aku. Aku yang bersalah. Sama seperti setahun lepas, kerana sikap pentingkan diri aku itulah yang menyebabkan hubungan kami sekeluarga menjadi semakin renggang...hinggalah ke saat ini.

"Kau dengar sini perempuan! Sekarang kau dah tahu bagaimana keadaan hubungan aku deng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!