Salahkah

Puan Facebook
Please Subscribe to read the full chapter

Salahkah

 

11 Januari 15'

Ada sebuah lagu ni, aku suka sangat. Sayang sekali ia dalam bahasa yang aku tak faham. Beberapa kali aku cuba surf online demi mencari translation liriknya tapi sia-sia sahaja kerana tajuknya aku tak faham. Pabila direnungkan semula, aku berfikir, begitulah jua cinta, yang mana banyak benda yang kita tak faham, tak mampu hendak menjana alasan yang munasabah tetapi ajaibnya, jawapan itu seolah-olah ada di dalam hati kita. Bak kata "teori hati" yang selama-lamanya hanya diketahui oleh diri sendiri namun langsung tidak mampu untuk menterjemahkannya kepada bahasa umum yang difahami oleh semua orang.

"So, kau dengan Hanbin...nak start-over lah ni?" Youngji di hadapanku menyilangkan kakinya seraya menyelak helaian majalah di ribanya. 

Sebagai ganti kepalaku yang tidak mampu hendak mengangguk dengan yakinnya, keningku saja yang terangkat ke atas.

Aku memerhatikan gelagat Youngji yang ketika itu menyelak helaian majalah dengan ligatnya. Aku tahu, bukannya dia baca pun, saja nak bagi nampak sibuk.

"Sebab tu ke kau memohon buat master dekat luar negara?" soalnya sambil menjentik jari telunjuknya di atas muka majalah.

"Tak." Ujarku dengan pantas. "Itu kerana Bob..." aku lantas memicit peha agar tidak tersasul nama Bobby, dan seperti yang aku jangkakan, Youngji menaikkan mukanya dan bertentang mata denganku. Reaksi wajahnya ketika itu terlalu sukar untuk aku tafsir. Dalam pada itu, pandangan matanya mengingatkan aku kepada seseorang...iaitu kakakku, Shinhye. Pada malam sebelum dia sepatutnya berkahwin dengan Datuk Jae Suk, pada saat dia hendak memberitahuku mengenai Hanbin yang bakal berkahwin, paparan itu telah melekat di dalam benakku sehinggalah ke saat ini.

"Aku tak faham betul dengan kau ni, Mina." Kata Youngji, bucu bibir kanannya terangkat sedikit ke atas, mempamerkan reaksi yang seperti sedang mentertawakan aku. "Kau nak start-over dengan Hanbin, tapi pada masa yang sama, kau nak ke luar negara kerana Bobby." Jelas sekali Youngji dapat mengagak orang yang hendak aku perkatakan tadi ialah Bobby. Dia memang cerkap dalam hal-hal seperti ini. 

"Kau tau tak Bobby datang cari aku pagi tadi?" 

Terdapat dentuman yang kuat mengenai tepat ke jantungku tatkala Youngji berkata demikian. Hatiku terkial-kial hendak menanya dengan lebih lanjut namun...

"Dia tanya aku, betul ke aku yang saja-saja tulis status troll tu dekat facebook kau. Menurutnya lagi, kau yang beritahu dia macam tu." 

Aku terpana mendengar ulasan kata Youngji. Anak mataku segera beralih arah, tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Youngji. Sambil mengetap bibir keras, aku berusaha hendak mereka alasan yang baru kepada Youngji...

...aku sebenarnya, pada detik ini, masih lagi memilih untuk menipu. Macam dah jadi tabiat pula...penipuan dilapisi oleh penipuan yang baru, seterusnya, dan seterusnya...

"Kenapa kau tipu?" Youngji menyoal tanpa teragak-agak. Aku mengerling sekilas ke arahnya, dia masih lagi memerhatikan gelagatku. Sinaran dalam anak matanya itu membuatkan hatiku kecut serta-merta. 

"Se Mina, sebelum kau berfikir: 'salahkah aku menipu?', aku rasa kau patut tanya diri kau dulu soalan ni: 'apa yang harus aku lakukan untuk memperbetulkan keadaan?'." Pedas sungguh kata-katanya. Ia seolah-olah menyerap semua tenaga di dalam badanku. Bahuku rebah, pandangan mataku menjunam ke bawah.

"Se Mina yang aku kenal bukan seorang yang pengecut..." Youngji meneruskan kata-katanya, dan mataku perlahan-lahan melihat semula ke arahnya.

"Se Mina yang aku kenal ialah seorang yang berkeyakinan..." anak mataku kini berada selaras dengan pandangan mata Youngji. Aku mengetap bibir keras, cuba menghadam butiran kata-katanya yang berbaur kebenaran dan realiti itu.

"Se Mina yang aku kenal bukan seorang penipu. Kalau status tu troll, kau sepatutnya mengaku dan menjelaskan perkara yang sebenar. Biarpun satu dunia orang ketawakan kau, sekurang-kurangnya...kau dapat berhidup tanpa beban penipuan yang bersarang di dalam hati. Then, kau tipu dekat Bobby yang status tu aku tulis, pastu ugut dia agar beritahu media yang korang sebenarnya kawan. Lepas ni apa lagi yang kau nak tipu dengan kitaorang? Pasal kau nak pergi luar negara buat master tu betul ke tidak aku sendiri tak berani nak percaya...entah-entah kau nak kahwin lari macam kakak kau!" Dengusan nafas Youngji selepas perkataan terakhirnya itu kedengar amatlah berat dalam telingaku. Sekalipun aku ingin menyangah kata-katanya bahawa semua itu berkaitan dengan Datuk Jae Suk yang mahu membersihkan nama baiknya dengan menaja perkahwinanku dan atas desakan ibu agar aku berkahwin dan dapat mengembalikan semula maruah keluarga sejak Shinhye kahwin lari setahun lepas, namun...namun, tidak ada satupun alasan itu yang 100% dapat memberikan aku jaminan bahawa menipu adalah betul.

"Kau jadi begini kerana jejaka bernama Hanbin tu, tetapi hanya dengan satu ciuman daripadanya, kau lupa segala-galany

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
21/07: Completed!!! Yayyy

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 23: BEST !!!!!!!!!!
taeliaa
#2
okok i come back to let you know something, lepas baca cerita ni kan i cant look at hanbin and bobby the same way anymore xD bila nampak diorang je mesti "oh ni yg kejam tu" "oh ni yg curang tu" so this story is such a big impact to me xD
Didie_BTS #3
Chapter 23: ade sequel!!!!!! hurk!!! nk nk!!!!
Sehunie237
#4
Chapter 23: OK.firstly this ff is very jjang.But,ade cara penyampaian author yg buat saya jadi gile bela!! So maybe author boleh terangkan saya chapter yg last skali ni n it was a really sweet ending.fighting
hyemipark
#5
Chapter 23: Ai dh x sabo ni >< setiap hari tertunggu2 ceh
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!
Didie_BTS #6
Chapter 22: so sweett authornim!!!!!! boleh bayang lahhhhh!!!! arghhhh!!!! keep fighting authornim!! citer ni daebakk!! saya harap authornim boleh buat banyak lagi fanfic yg menarik!!
Mrs_Sacak #7
Chapter 22: EH UH PARENTS MINA CAMNE URM OK IM CRYING RIGHT NOW. UH................. (( SPEECHLESS )) KENAPA...SWEET SNGT NI AKO MALANG KO SI BAYUNG (( hah? )) NGGGG THANKYOUUUU AUTHORR SRIOUSLY NI SWEET GILA SAMPAI SAYA GUNA CAPSNAADFGHJKL

maaflah. over-feeling xD TYYYTT
TAK SABAR TUNGGGU SAMBUNGANNNN . KEEP ME UPDATED ;D
hyemipark
#8
Chapter 22: Ooooyemmjiiii why this ff so coo. I like it so so so muchhh
Uishh x sabo nk tunggu kesinambungan
Kyaaa can't waitt ><
FIGHTING!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 22: uwaaaaaaaa whaaattttt haaapppppeeeennnn... curious nyaaaa T.T
Happy ending. I like!
SJblueBB
#10
Chapter 22: Aiyaaaa.... chincha daebak!!!!!!!!! Hahahaha I like it!!!!