20 Minit
Puan Facebook20 minit selepas update...
05 Disember 14'
Cuba renung-renungkan: apakah bezanya menjalani rutin yang sama setiap hari dengan konsep kitar semula?
Namun...
...biarpun konsep itu disamaertikan, perkara yang berlalu akan tetap digelar sejarah—kerana masa tidak berundur. Ia tidak mengasihi waktu yang telah lepas apatah lagi miliki perasaan malah emosi yang melemahkan.
***
"Good morning!" Seruku sekuat hati apabila penggera telefon bimbit mulai memainkan lagu kegemaranku, iaitu 'Mirai-e'.
Seseorang pernah berkata: Hargai masa sama seperti kita mencintai diri sendiri. Kata-kata azimat itu sebenarnya dekat sekali dengan realiti, dan aku bertekad untuk mengamalkan ia sampai bila-bila, sehingga dia kembali.
"Ahh, indahnya dunia ini!" Sambil menjentik buih-buih yang terbentuk di atas permukaan air, tanganku yang sebelah pula berehat di sisi tub mandi. "Aman damai," lalu, aku merapatkan mata dan membenamkan muka di dalam air.
This is how I starts my day.
Telah masuk bulan ketiga aku tinggal dalam apartment yang sederhana besar ni. Walaupun dibeli melalui pinjaman bank, tetapi aku sanggup. Ianya seratus kali lebih baik daripada terus-menerus mengharapkan bantuan papa dan mama. Sudah tentu mereka mampu mendapatkan tempat yang berkali ganda lebih mewah daripada ini namun aku bertekad, no more parent's money – aku nak berdikari pada masa yang sama, menikmati kebebasan yang aku idam-idamkan selama ini.
Keluar saja dari bilik mandi, aku terdengar bermacam-macam deringan dari dalam bilik tidur. Kening kiriku terjongket ke atas. "Emergency ke?" Fikirku. Tanpa berlengah, aku terus berlari menuju ke bilik; entah-entah panggilan kecemasan dari hospital. Dahlah aku kerja shift malam semalam, harap bukanlah masalah yang besar.
Disirami perasaan gusar, tanganku pantas mencapai handphone di meja tepi katil. Fuh-yoh! 18 miss call?
Aku tergaman sendirian. "Mama? dan...abang Lay? Apsal dorang miss call ni?" Sedang aku berteka-teki di dalam hati, tiba-tiba aku perasan akan notifications facebook yang tertera di atas smartphone miliku itu.
Bagai nak terkeluar bebola mata ini apabila ternampak status facebook aku 20 minit lepas bukan sahaja mendapat habuan "like" yang melimpah-limpah, malah komennya...
"Minaaa! Kau nak kawen dah? Tahniah2! Dgn sape tue?"
"......ni troll ke ape?"
"Apesal status ko single...tetibe nk bergelar puan pula?"
"Insyaallah, kalau sempat abang Kai datang rumah. Tahniah ye dik."
"SELAMAT PENGANTIN BAHARU!"
"Alah...baru nak berkenalan...kawen plak d
Comments