Help??
Miss Fat meet her ANGEL { READ }Jung Kook memandang pelik majalah yang diramaps dari Ji Hyun. Dia mengerutkan dahinya sebelum ketawa berdekak.
"Kau nak kuruskan badan???wakakakahh...betulke ni???"Jungkook duduk dihadapan Ji Hyun dan menekan perutnya yang sakit akibat ketawa.
Ji Hyun mencebik geram.
"Yelah.."jawab Ji Hyun tanpa senyuman. Jungkook diam. Dia merenung wajah Ji Hyun .
"Serius?"tanya Jung Kook sambil memandang Ji Hyun macam ni.
'ahhhh lagi sekali dia buat muka comel..aku hempap dia sampai penyek..lenyap dari dunia..'bisik hati Ji Hyun yang dah tak tahan dengan kecomelan waja Jungkook.
"Kek..kenapa..awak nak..tolong ke??"tanya Ji Hyun tergagap-gagap. Okay,apa yang dia cakap ni..lain yang nak dikata lain pula yang keluar.
Jung Kook diam dan menongkat dagu.
"Erh..hurm..tolong kau...."Ji Hyun memberi pandangan kesian. Alang-alang dah terlepas cakap apa salahnya amik peluang.
Jung Kook mengusap-ngusap dagunya.
"Nak tolong jadi couch kau ke...boleh..."Ji Hyun seperti nampak cahaya tetapi semuanay kembali gelap apabila Jungkook menyambung ayatnya semula.
"Boleh blah...wakahkakah..tengok dari keadaan kau,memang mustahillah beb..cari couch lain jelah...aku ni couch berprestij..."Jung Kook bangun dan menepuk bahu Ji Hyun yang semakin merendah sebelum berlari ke hyungsnya sambil ketawa.
Ji Hyun melentokkan kepala diatas meja sambil menghembus nafas lemah. Dia tidak perasan yang seseorang sedang memerhati dari jauh .
Someone POV.
Aku masuk ke dalam library dan seperti biasa penuh dengan pelajar yang tidur dan buat revision. Aku pergi ke rak buku untuk mencari buku rujukan . Sedang aku memilih,tiba-tiba,kedengaran suara orang ketawa mengekek.
Jungkook sedang ketawa dan dihadapannya ialah Ji Hyun .
'Dorang serius kapel ke?'Aku mencuri lihat dan dengar perbualan dorang tapi tak cukup jelas oleh kerana jarak yang terlalu jauh.
Yang pasti,tengok-tengok je. Ji Hyun tunduk kepala dan Jungkook tepuk bahu JI hyun sebelum blah ,pergi kat geng dia. Clash ke?...entah aku pun tak tahu.
Aku tengok kat Ji Hyun balik,dia tengah buat muka yang ntah tak tahu nak gambar camne.
Kesian pulak tengok keadaan dia. Eh,apa aku fikir ni..stop..aku tak akan jatuh cinta' again'...
End pov
Hyorin memandang Ji Hyun dengan dahi yang berkerut .
"Apasal tak makan? Diet?"tanya Hyorin separuh menyindir .
Ji Hyun diam . Dia mengambil air oren jusnya dan meneguknya selaju yang mungkin. Dia bangun dari kerusi makan dan berlalu naik ke tingkat atas. Hyorin hanya tercengang melihat Ji Hyun.
"Yah!!kalau omma ngan appa balik lepastu tanya kenapa kau makin kurus,aku tak nak tanggung!!"jerit Hyorin. Ji Hyun menoleh dan mengangguk sebelum terus masuk ke bilik.
Hyorin menggaru kepalanya yang terasa gatal. Dia mengelap mulutnya sebelum bangun dan berlari ke bilik Ji Hyun. Entah kenapa dia terasa ingin mengambil berat tentang Ji Hyun.
"Hyunnie~"panggil Hyorin lembut dan masuk ke dalam bilik. Kelihatan Ji Hyun sedang bermain dengan rubic cubenya.
Hyorin duduk di atas katil. Bersebelahan dengan adik tirinya.
"Kenapa?ada masalah ke?citer ajelah"tanya Hyorin,kekal dengan nada suara yang kasar.
Ji Hyun menjeling dan menolak Hyorin ke tepi.
"Sejak bila kau amik berat fasal aku ha!...pergilah~"halau Ji Hyun .
Hyorin mengigit bibir bawahnya.Menahan amarahnya yang semakin membuak.
"Ok fine!..orang nak tolong,kau tak nak..huh"Hyorin bangun dari katil dan berjalan keluar. Ji hyun menghembus nafas lemah. Dia menekup wajahnya dengan bantal.
"Minta tolong dia?...memang tak lah...nanti dia ketawakan aku adalah..tak nak.."ujar Ji Hyun sendirian.
Hyorin yang menyorok di luar bilik tersenyum sendirian. Ouh,sebab tulah kau tak nak makan heh,gemuk..
Comments