What happens to me?

Miss Fat meet her ANGEL { READ }



 

Matahari dah tercacak di atas kepala menandakan tengahhari sudah tiba tetapi Jihyun masih nyenyak tidur di atas katil bak sleeping beauty. Dengan gaya tertonggeng,air liur basi mengalir dari mulutnya yang sedikit terbuka. Fuh,kalau Jungkook Nampak,gerenti dah kena reject.

Sedang nyenyak dibuai alam mimpi tiba-2 satu tendangan hinggap di punggung Jihyun menyebabkan gadis yang tertonggeng itu menjerit sakit. Jihyun mengusap matanya sebelum melihat siapakah gerangan yang berani mengganggunya tidur. Matanya membulat besar menyebabkan taik-taik mata yang berkilo gram di matanya itu jatuh.

Sunmi sedang bercekak pinggang dengan baju t-shirt bewarna merah jambu dan seluar trek sukan.Jihyun menguap malas lalu keluarlah bau yang melegakan hidung. Dia kemudian menampar-nampar pipinya.

   “Apa unnie buat kat sini?”Tanya Jihyun sambil turun katil. Sunmi tersenyum.Dia duduk di atas katil .

   “Dah lupa ke janji temu kita cik adik oii”Jihyun bingung. Janji temu apa pulak dia buat dengan cik sunmi yang cnatik ini.

   “Janji temu apa pula sunmi unnie?”

    “jogging”Jihyun diam sebelum tersengih bak kambing dapat rumput.

    “Lama tau unnie tunggu kat taman…last-2lah unnie jogging sendiri..”rajuk Sunmi membuatkan Jihyun tergelak serba salah.

    “Maaflah..takpe esokkan cuti…kita jogging sama-sama ya”Pujuk Jihyun seperti ibu memujuk anak yang tak dapat makan gula-gula.

 Sun Mi mengeluh lemah. Dia bangun dari duduk dan menolak Jihyun masuk ke dalam bilik air. Menyuruh gadis itu bangun oleh sebab dah tak tahan bau tengik yang dihidunya dari tadi.

 

 

Jihyun mengikut Sun Mi masuk ke dalam sebuah pusat kecantikan . Matanya meliar memandang sekeliling tempat itu. Pelik kenapa banyaik gambar 0rang gemuk dan orang kurus menghiasi dinding-dinding tempat itu.

Sun Mi membisikkan sesuatu kepada wanita bertubuh langsing memakai pakaian seragam tempat itu. Pekerja barangkali.

 

     “Jihyun ,come here”panggil Sun Mi . Jihyun hanya akur dan menuju kearah Sun Mi yang melambai kearahnya. Bukan jauh pun nak lambai bagai dia tak Nampak.

     “Kenalkan dia ChoA…pemilik tempat ni..”Jihyun tersenyum sambil membongkokkan dirinya.

      “Ouh..you Jihyun…you look cute ..”puji ChoA jujur.

Jihyun hanya tersenyum segan.

      “Then,shall we start?”Tanya Cho A kemudiannya ,Jihyun memandang SunMi dan ChoA serentak . Start untuk apa?

 

 

 

 

 

 

Jihyun mengelap mukanya dengan tuala yang dibawanya masuk bersama. Huh,sauna ni betul=betul nak buat dia mati kepanasan. Tinggal lagi 5 minit sebelum dia boleh keluar dari bilik sauna membunuh ini. Hyorin dan Cho A menunggu dengan sabra di luar sambil berbincang apa yang perlu dilakukan untuk menurunkan berat badan.

    “Jihyun…dah limat minit..keluarlah…”panggil ChoA sebelum membukakan pintu untuk Jihyun menyelamatkan diri dari bilik itu. Keluar jer,Jihyun terus terbaring di atas katil yang berdekatan. Panas melampau uh..

    “panasnya kat sana…”Jihyun membebel sendiri.

    “Lagi panas lagi bagus…peluh akan keluar dan berat akan menurun”Ujar Choa sambil memberikan air mineral sejuk kepada Jihyun yang bagai mayat hidup.

    “Lepas ni jom kita buat step seterusnya” (macam London weight management okay ;) )

 

 

2 hari sudah berlalu dan 2 hari minggu itu jugalah dia terpaksa menahan lapar dan bersenam. 2 hari itu juga diisi di Korea weight management milik Choa .

   “Ouh,jadi adik dah jumpa ChoA?”Tanya Hyorin sambil menyuakan roti berinti coklat ke mulutnya. Jihyun hanya mengangguk. Dia mencapai roti kosong dan jam coklat .

Baru sahaja dia ingin menyapu jam coklat,sudunya dirampas dari HYorin. Kakak tirinya itu mengeleng tanda tidak boleh.

    “Nah,minum ni”Hyorin memberi the hijau pekat kepada Jihyun.

    “Tak nak….tak sukalah the hijau…”rungut Jihyun bagai kanak-kanak. Hyorin membuat muka menyampah,

    “Tak nak sudah…”Hyorin mengambil semula air tersebut dan mahu meminumnya sebelum Jihyun merampasnya semula. Air it uterus diminum masuk ke kerongkong dan seterunya  ke perut.

Belum sampai 5 minit,perut Jihyun mula meragam minta sesuatu dilepaskan dari dalam badan. Jihyun terus bangun dan berlari laju ke bilik air. Hyorin hanya tersenyum.

 

 

 

 

 

 

 

2 Bulan sudah berlalu dengan pantas.2 bulan itu dimanfaatkan bagi menurunkan berat badannya. Badannya sudah semakin susut manakala pipinya sudah tidak berapa nak tembam sangat  seperti dahulu.

Jihyun melentokkan kepalanya diatas meja sebaik sahaja lonceng rehat berbunyi. Rakan sekelasnya yang lain pula berpusu-pusu keluar dari kelas bagi mendapatkan udara segar setelah berperah otak pada waktu sebelumnya. Hanya Jihyun sahaja yang masih duduk di dalam kelas tanpa berbuat apa-apa. 

Sehun menyimpan semua buku-bukunya di bawah meja. Tao dan Kai sudah menunggunya di luar kelas. Sehun menjeling kearah Jihyun yang sedang terlantarkan kepala di atas meja. 

   "wei,kari...tahu...korang gi dulu...aku follow nanti"jerit Sehun menyedarkan Kai dan Tao yang sedang rancak berbual di muka pintu. Kai dan Tao membuat muka sbelum berlalu pergi. Sedap sahaja si maknae itu memberi nama merepek kepada mereka. Huh..

Sehun merapati Jihyun yang kelihatan seperti mayat hidup sedang berangan tentang makanan. "Oit,donut..tak pergi recess ker?"tegur Sehun dengan sopannya sambil memberikan Jihyun nama baru. Jihyun mengangkat wajahnya sebelum memandang Sehun dengan pandangan kosong. 

   "Tak ada mood nak makanlah.."Jihyun memberi alasan seraya tangannya menyelak-nyelak buku matematiknya yang tadinya tersimpan kemas di dalam beg. Sehun memandang Jihyun lama sebelum melepaskan keluhan besar. Tangan Jihyun yang sedang menyelak buku itu terhenti sebaik sahaja Sehun memegangnya. 

Jihyun memandang Sehun dengan wajahnya yang tiba-tiba terasa bahang. "Aku tahulah kau diet..tapi,time makan kau kena makan jugak..tak bolehlah ikat perut sangat..nanti sakit,macam mana"ujar Sehun dengan nada yang begitu prihatin seperti dia ialah abang kepada Jihyun. Yaa,abang yang risaukan adiknya. 

Jihyun menelan air liurnya sebelum memandang ke tempat lain. Tangannya yang dipegang Sehun diterik kasar. "Yang sakit aku bukan kau...dahlah,pergilah rehat.."tegas Jihyun . Kata-kata gadis itu ternyata langsung tidak diendahkan apabila Sehun terus menarik tangan Jihyun.

     "Jom .."ujarnya dan terus menarik tangan Jihyun keluar kelas. Nak tak nak,terpaksalah Jihyun mengekorinya. "Sehun lepaslah..aku tak nak..aku tak naklah!!"marah Jihyun. Nasib baik,waktu itu koridor laluan kelas mereka tiada orang,kalau tidak sudah tentu dia tidak berani memarahi putera pujaan ramai gadis sekolahnya itu. Sehun memberhentikan langkahnya begitu juga Jihyun.

      "Afasal kau degil sangat ha!!,,,,orang risaukan kau,kau pulak tak risaukan diri kau...aku tahulah kau terdesak gila nak kurus tapi atleast makanlah sikit!macam mana kau nak dapat energy kalau tak makan!!"tengkingan Sehun membuatkan Jihyun terdiam seribu bahasa. Terasa gerun pula apabila melihat wajah bengang sehun itu. "Listen this,aku cuma tak nak kau sakit.."kali ini,Sehun memperlahankan nada suaranya. Dia merenung wajah Jihyun membuatkan Jihyun tidak selesa.

       "K-kenapa pulak"entah kenapa dalam banyak-banyak soalan,soalan itu juga yang terpancul keluar dari mulut Jihyun. Sehun diam seketika sebelum menjawab.."Sebab aku tak nak orang yang aku sayang jatuh sakit.."perlahan sahaa nada suara Sehun itu. Keadaan menjadi sunyi seketika. Sehun melepaskan tangan Jihyun sebelum memusingkan badannya. Dia memegang jantungnya yang berdegup laju itu begitu juga Jihyun yang merasa pipinya semakin panas. 

     "Aku tak nak paksa just tell you only.."ujar Sehun tanpa berpaling kearah Jihyun di belakangnya. Takut jika gadis itu dapat melihat perubahan warna wajahnya itu. Jihyun diam,dia hanya mampu memandang ke lantai,memandang kaki lelaki di hadapannya itu. Sehun menarik nafas sebelum kedua belah tangannya diselukkan ke dalam kocek dan berlalu pergi.

Jihyun masih kaku di tempatnya. "Tunggu...betul cakap kau..a-aku....."belum sempat Jihyun menghabisakn ayatnya .Badannya tiba-tiba dipeluk dari belakang membuatkan dia terkejut. Sehun yang terhenti langkahnya tadi menoleh dan melihat Jungkook sedang memeluk Jihyun dari belakang. Hatinya tiba-tiba terasa lebur,dia tak suka Jungkook dekat dengan Jhyun kerana baginay Jihyun hanya boleh di sisinya. 

     "Jijijiihyunji...I miss you..."ujar Jungkook dan meleraikan pelukannya. Jihyun hanya tersenyum kecil sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan semula. Sehun sudah pergi.Entah kenapa,dia merasa bersalah terhadap lelaki itu.Jungkook juga mengalihkan pandangannya ke hadapan apabila melihat Jihyun berbuat begitu. Sehun sedang berjalan pergi. JungKook menjeling kearah Jihyun. Gadis itu kelihatn resah dan sayu melihat perginya Sehun. Jungkook menghembuskan nafasnya perlahan sebelum menarik perhatian Jihyun kearahnya.

        "Jijihyun...jom gi makan kat kelas aku.."Jihyun memandang Jungkook sebelum tersenyum mengangguk.
"okay..khaja"balas Jihyun bersemangat. JungKook tersenyum dan menarik Jihyun bersamanya. Menuju ke kelasnya ,hyung'snya sudah lam a menunggu mereka. 'Sehun...jangan cakap kau dah jatuh hati kat Jihyun?huh..nampaknya aku dah tahu kelemahan kau...'


 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!