New Beginning .. UPDATE

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

Mineral yang dibeli tadi diteguk Mark sedikit demi sedikit. Dia bersandar pada mesin air sambil memerhatikan sekumpulan gadis yang sedang rancak berbual. Segaris senyuman tipis terukir pada wajahnya. 

    "Hyung.."panggil seseorang menyedarkan Mark dari lamunannya.

Pantas kepalanya berpaling kearah si pemanggil. Young Jae dan Bam Bam yanh sedang menatang sedulang makanan beregerak mendekatinya. "Mari makan..kat sana.."ajak Bam Bam dengan gembiranya.

Sudah tidak sabar untuk mengisi kekosongan pada perutnya . Ditariknya lengan Mark supaya mengikutnya ke tempat dimana rakan-rakannya yang lain sudah menunggu.Mark hanya mengekor memandangkan kakinya juga sudah lenguh berdiri.

Sampai sahaja di meja rakan-rakannya,dia segera melabuhkan punggung di sebelah rakan karibnya ,JackSon yang sedang meratah ayam goreng .Hanya dia sahaja yang tidak bertemankan makanan. Air mineral sahaja yang menjadi pengisi perut kosongnya. 

Bukan kerana tiada duit tetapi dia yang tiada selera. Dia lebih sibuk memerhatikan seseorang yang telah kembali.

    "Tak makan ,hyung?"Young Jae mengesat kekotoran pada mulutnya seraya memandang tepat kearah Mark. 

Mark hanya diam membisu. Dia mengerling sekilas kearah Jihyun yang tidak berapa jauh darinya sebelum berpaling semula kearah Young Jae. "Jae,kelas kau ada pelajar baharu tak?"soal Mark tertanya-tanya.

Dengan laju Young Jae mengangguk ,mengiakan persoalan Mark itu. Mulutnya sedang sibuk mengunyah marshmallow coklat YuGyeom. "Ada,ada..nama dia Jihyun...."celah Bam Bam teruja. Anak jati Thailand ini sememangnya sentiasa teruja dalam semua perkara. Hidupnya sentiasa sahaja dipenuhi dengan aura positif.

Jack Son serta merta berhenti meratah ayam gorengnya.Dia berpaling menghadap kearah Mark yang sudah tersenyum tipis. Disikunya pinggang rakannya itu. "Diake orangnya?"soal Jackson meminta kepastian. 

    "Ya.."

 

 

Sehelai borang diserahkan Young Jae kepada Jihyun yang sedang sibuk mengemas barang-barang sebelum pulang ke rumah.Borang tersebut disambut Jihyun dengan penuh tanda tanya. Tertera tajuk besar pada atas kertas tersebut.

    "Pendaftaran Koko?"seperti tidak faham,Jihyun memandang Young Jae meminta penjelasan. 

Lelaki itu tersenyum lebar sebelum mengangguk laju. "Ye,awak kena pilih kelab,rumah sukan dan unit ..."terang Young Jae dengan gayanya yang bagai seorang guru sedang mengajar anak murid. 

    "Kalau awak ada masa,petang ni..awak boleh pergi tengok kelab apa yang ada.."sambung Young Jae lagi. 

     "Ouh..okay..terima kasih.."

 

 

Bola keranjang yang bergolek laju diatas lantai pantas ditahan oleh Mark yang baru selesai menukar pakaian sukannya. Dia tersengih memandang Jack Son dan Bam Bam yang sedang tolak -menolak untuk menerima bola darinya. 

    "Sedia.."pekiknya sebelum membaling bola tersebut kearah kedua -dua orang rakannya itu. 

Bola keranjang tersebut berpusing laju di udara menuju kearah Jack Son dan Bam Bam  yang masih mengadakan sesi tolak menolak .Belum sempat bola tersebut mengena pada salah seorang antara mereka,tangan Jin Young terlebih dahulu menangkap bola tersebut lalu terus menjaringkan gol.

    "GOLL!"Sorak Jin Young bangga membuatkan Jackson dan Bam Bam tercengang sesama sendiri. 

Dipandangnya Jin Young yang sedang gembira meraikan kemenangan dengan pandangan tajam . "Kau!"jerit mereka berdua serentak sebelum masing-masing mengangkat kaki mengejar Jin Young yang sudah terlebih dahulu melarikan diri. 

Mark yang melihat sekadar ketawa .Rakan -rakannya ini memang tidak tahu membesar. Hilang terus segala masalahnya melihat tingkah laku rakan -rakannya. Inilah penawar buatnya. 

    "Hyung sekalian,dahlah!jom training!nanti couch marah!!"pekik Young Jae dengan suara lembutnya . 

Dia mendekati Mark yang masih ketawa sakan ditengah padang. "Hyung,jom streching."ajak Yugyeom seraya melentok-lentokkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan. Mark hanya mengangguk sebelum mengikut serta rakannya itu melakukan rengangan badan.

 

 

Kaki Jihyun melangkah perlahan tanpa hala tuju. Dia memandang sekeliling padang yang sedang digunakan oleh atlet-atlet sekolah. Dari tempatnya yang tidak berapa jauh dari padang ,dia dapat lihat dengan jelas beberapa orang pelajar sedang sibuk menyediakan peralatan sukan.

Sedang dia sibuk memerhati atlet-atlet di padang,suatu kebisingan menjengah ke gegendang telinganya. Kepalanya pantas dipaling kearah punca kebisingan tersebut sebelum matanya membulat memandang seorang lelaki yang sedang meluncur laju dengan skateboardnya.

    "Ketepi!!"jerit lelaki tersebut.

Jihyun pula sudah tergamam ,kakinya bagai berat untuk beralih. Terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya.

 BAMMMMNN

    "Auhhh.."aduh lelaki itu yang kini sudah terbaring diatas mangsa langgarannya. Sebaik sahaja bertentang mata dengan Jihyun,segera dia bangun dari baringnya diatas badan gadis itu.

     "Maaf..maaf.Awak tak apa -apa?"soal lelaki itu cemas apabila melihat Jihyun langsubg tidak bergerak. Gadis itu hanya terbaring diatas tanah dengan mata yang membutang besar. 

Mati terkejut ke?

     "Jae Bun hyung?okay tak??"Young Jae dan yang lain terus bergegas sebaik mendengar jeritan Jae Bum.

Jae Bum memandang rakan-rakannya yang sedang berlari cemas kearahnya. Dia menjeling kearah Young Jae yang merupakan punca kepada segalanya. Kalaulah Young Jae tidak menolaknya sudah tentu perlanggaran tidak berlaku.

    "Okay apa!?kau tengok perempuan ni.."maeag Jaebum seraya memukul kuat lengan Young Jae.

    "Auh..eh,Jihyun "

Young Jae segera melutut memandang kearah Jihyun yang masih tergamam diatas tanah. Badan gadis itu digoncang lembut oleh Young Jae. Cuba menyedarkan gadis itu namun tetap tiada jawapan. 

   "Jihyun...jihyun.."panggil Young jae berkali -kali namun hanya sia -sia. 

Mark yang baru tiba memandang kearah sesusuk tubuh yang masih terlantar diatas tanah sebelum jantungnya terhenti seketika. Segera ditolak rakan-rakannya yang lain ke tepi bagi nemberinya lalu. Dia melutut di sebelah Young Jae lalu segera menampar-nampar lembut wajah  gadis itu.

   "Jihyun..jihyun..kau dengar tak..ini aku!"panggil Mark dengan penuh kerisauan. 

Terkebil -kebil mata Jihyun memandang wajah di hadapannya. Dahinya berkerut sebaik pandangannya mula jelas sepenubnya. Wajah seorang lelaki yang amat dikenalinya itu dipandang lama sebelum kepalanya tiba-tiba berdenyut kuat.

    "Mar..."

Gelap...

 

 

Sejuk.  Jihyun perlahan-lahan membuka matanya sambil tangannya meraba kedahi sebelum menyentuh sehelai tuala basah. Matanya meliar memandang kesekeliling.

Kosong. Hanya kelihatan dua buah katil bersampulkan kain putih disebelahnya. Sebuah almari putih turut terletak di penjuru bilik. Selain dari itu,kosong. Dinding juga dicat dengan warna putih. 

Jihyun perlahan-lahan bangun dari baringnya. Tuala basah yang telah ditekapkan kedahinya itu diletak ke tepi. Kepalanya yang sakit itu sudah semakin reda. Dia membisu seketika sambil memandang kearah kasut hitam sekolahnya yang diletak kemas diatas lantai bersebelahan kaki katil. 

Cuba mengingati apa yang telah berlaku. Namun apa yang mampu diingatnya hanya wajah orang yang telah melanggarnya sahaja. Selain daripada itu,dia tidak tahu.

    "Dah sedar?"soal satu suara dari muka pintu bilik. 

Pantas Jihyun mendongak memandang kearah si pemilik suara tersebut sebelum tergamam dengan apa yang dilihatnya. Seorang lelaki lengkap berpakaian sukan sedang tersenyum tipis memandangnya sambil memegang sebotol air mineral.

Lelaki itu kemudiannya mendekati Jihyun sebelum melabuhkan punggung diatas katil bersebelahan dengannya. Dihulurkan air mineral tersebut kepada Jihyun . 

    "Minumlah.."ujar lelaki itu sambil tersenyun lembut. 

Dibukakan penutup botol mineral tersebut sebelum diberikan kepada Jihyun yang masih terkedu diatas katil. Jihyun memandang mineral yang dihulurkan kepadanya sebelum berpaling semula kearah lelaki dihadapannya. 

   "Mark?"

Lelaki itu hanya mendiamkan diri apabila gadis itu memanggil namanya. Dia menarik tangan Jihyun lalu meletakkan mineral tersebut pada tangan gadis itu. Satu keluhan kemudian dilepaskan sebelum dia bingkas bangun dari duduknya.

Wajah Jihyun dikerlingnya sekilas sebelum mencorak langkah ke arah pintu. 

    "Selama ni,kat sini rupanya kau.."tutur Jihyun tersekat-sekat. 

Butir-butir jernih perlahan-lahan jatuh dari tubir matanya yabg sudah mula bergelinangan dengan air mata. Mineral ditangan digengam kuat sehingga menumpahkan separuh dari airnya keluar.

Langkah Mark terhenti serta merta. Bibir bawahnya diketap . Kepalanya tidak sanggup untuk berpaling memandang gadis itu lagi. Tidak sanggup melihat tangisan gadis itu.

Jihyun mengesat air matanya yang mula mengalir deras. Mineral tersebut dijatuhkan keatas lantai. Mulutnya terketar-ketar ingin meluahkan segala yang telah tersimpan didalam hatinya. 

    "Kau..kau kawan yang teruk!..Kau hilangkan diri tanpa cakap apa-apa..Bertahun aku cari kau !tapi semua sia-sia....Kau tahu tak apa yang aku hadapi selama ini!kau sepatutnya ada waktu tu..tapi ka..kau.."

Jihyun menakup mulutnya yang sudah tidak mampu mengatakan apa-apa lagi. Dia turun dari katil lalu memakai kasutnya .Mark yang masih tercegat didekatinya . 

    "Kau tak nak jumpa aku lagi ke?selama ini?.."

Tangan sejuk Mark dipegang Jihyun lama sebelum dilepaskan semula. "Baiklah.."melihatkan Mark yang seperti tiada kata yang ingin diubgkapkan,Jihyun pantas berlalu pergi .

Air matanya semakin lama semakin mengalir laju bagau tidak tahu berhenti. Keluar sahaja dari bilik rawatan,dirinya bertembung dengan beberapa orang lelaki yang sedang berpura-pura sedang berbual. Pantas dia mengesat air matanya sebelum berlari pergi.

Sementara itu,Mark pula masih dalam keadaan patungnya. Dia memandang kosong kearah lantai .

 

 

Luhan menyandarkan badannya pada sofa rumahnya . Dia memandang kearah kipas siling yang sedang berpusing dengan laju . Mulutnya dikemam lama sebelum tangannya diselukkan kedalam seluar treksuitnya lalu mengeluarkan sepucuk surat. 

Direnung lama surat tersebut .Alamat yang tercatit pada kertas putih itu dipandang .

Perluke aku pergi?Perluke?Tapi macam mana kalau Jihyun tak terima kunjungan aku?Apa kata gadis itu?Ah,macam mana pulaj dengan Auntie Cae Rin?Mesti dia pelik macam mana aku bileh dapat alamat die?Kejap,..Zhou Mi hyung..

Luhan terdiam . Jari jemarinya dimainkan antara satu sama lain sebelum segaris senyuman terukir pada wajahnya.

 

 

Jung Kook dan Sehun bertembung antara satu sama lain di suatu laluan koridor. Mata mereka berdua bertentangan untuk suatu masa yang agak lama namun langsung tiada seorang antara mereka yang ingin memulakan sebarang kata.

Untuk 5 minit lamanya ,mereka berdua sekadar berpandangan antara satu sama lain. Kai dan Jimin yang menjadi peneman kedua sahabat itu sekadar menjongket bahu .

"Yah!. Korang berdua ni buat sinetron indon ke a---"

Tidak sempat Kai ingin menyedarkan kedua insan tersebut ,Jung Kook terlebih dahulu mengangkat kakinya . Berlalu melepasi Sehun yang masih statik di tempatnya.

Sehun menarik nafas panjang sebelum berpaling memandang Jung Kook yang sudah berada beberapa langkah ke hadapan..

"Yah Biskut!!"panggil Sehun dengan cukup kuat membuatkan lelaki itu terhenti.

Jung Kook dengan perlahan menoleh ke belakangnya semula sebelum tanpa amaran segumpal penumbuk mengena tepat pada pipi kirinya . Seluruh koridor terus bertukar sunyi.

Setelah sekian lama kedua lelaki ini menjadi mayat hidup ,akhirnya Sehun menunjukkan taringnya kembali.

"Aku benci kau.."luah Sehun dan hanya menerima wajah selamba tanpa perasaam dari Jung kOok.

Darah mengalir keluar dari bibir Jung Kook namun lelaki itu sekadar buat dek sahaja. Dia memandang Sehun untuk seketika .

"Kenapa ?. Sebab Ji Hyun tak terima kau sebagai kekasih dia?.."

Sehun tersentak. Bagai dihempap hatinya dengan batu yang seberat gajah. Dia mengangkat penumbuknya ke udara sekali lagi . Bersedia untuk melepaskannya sekali lagi namun terhenti tepat beberapa cm lagi dari wajah Jung Kook.

Penumbuknya dileraikan dan Sehun mengundur ke belakang sedikit.

"Aku akan cari dia dan bawa dia kembali.. Dan mulai dari itu ,kau.. Jauhkan diri dari dia.."tutur Sehun penuh serius.

Wajah dinginnya yang sering digeruni itu kembali menghias.

"... Kita tengoklah siapa yang berhak.."balas Jung Kook acuh tak acuh sebelum kembali berpaling kearah yang ingin ditujunya.

Dengan pantas ,dia melangkah pergi. Meninggalkan Sehun terdiam di tempatnya.

 

Hujung minggu muncul jua,Luhan sudah bersedia dengan barang -barangnya. Tiket kereta api sudah berada di dalam pegangan eratnya.

Dengan penuh tekad ,dia berdiri keseorangan di stesen kereta api yang menuju ke Busan itu. Telefon pintarnya sudah dihidupkan ke mod senyap.

Tidak endah dengan panggilan yang diterimanya dari rakan-rakannya terutama Sehun.

"Aku akan cari kau ,Jihyun-ah"

 

Buku yang baru dibaca beberapa helai itu ditutup Jihyun kembali apabila matanya menangkap sesusuk tubuh yang menghampirinya. Pantas dia bangun dari tempatnya dan mengemas segala barangnya.

"Sampai bila kau nak lari dari aku.. Kita berjiran sekarang.. Macam dulu.."pekik Mark membuatkan Jihyun yang sudah jauh berhenti.

Jihyun memeluk erat buku yang berada dalam dakapannya itu. Dia berpaling kearah Mark.

"Jangan berani nak sebut tentang kisah dulu! .. Aku dah tak ingat tentang itu!!"balas Jihyun .

Mark menurunkan hoodie dari menutup kepalanya. Dia menghela berat sebelum dengan perlahan menghampiri Jihyun.

Sebaik berada di hadapan gadis itu ,Mark memandang tepat kearah Jihyun itu dengan pandangan yang penuh tulus. Dia merenung lama gadis itu.

"Aku rindu kau.. Setiap masa .. Setiap tempat .. Aku rindu kau ,Jinnie-ah"

Mendengar sahaja panggilan itu dari mulut Mark ,Jihyun terus terkedu.

"Jangan sembunyikannya. Aku tahu kau rindu aku juga.. Sangat ,kan?"

Dengan penuh yakin ,Mark mengajukan soalan itu kepada Jihyun . Gadis itu memandang tidak percaya .

Setelah begitu lama ,sikap terlebih yakin lelaki itu masih tak berubah. Masih sama.

Mark mendepakan tangannya dengan luas ,bersedia untuk memeluk gadis itu . Namun ,tanggapannya jelas salah apabila pukulan buku yang diterimanya.

"Yah!! Kau masih nak main dengan aku.. Yah!! Kau ta... Bla.. Bla.. Bla..."Jihyun berterusan membebel segala isi hatinya sambil tangannya tidak henti -henti memukul Mark dengan buku nya tadi.

Mark yang dipukul hanya menerima segalanya dengan rela . Tawa mereka berdua kedengaran kuat di seluruh taman rekreasi perumahan mereka.

Bagaikan dua orang kanak -kanak yang sedang bertelengkar dengan riang di dini hari.

 

 

Kedatangan Luhan disambut mesra oleh Zhou Mi. Segera dijemputnya lelaki itu masuk kedalam rumah teresnya itu.

Luhan duduk diatas sofa di ruang tamu sambil menunggu Zhou mI menyiapkan minuman buatnya. Bagus juga memandangkan dia memang sudha begitu haus . Perjalanan yang cukup panjang membuatkan badannya terasa nak terbelah dua.

"Ini,minumlah.. Air bujang sahaja"pelawa Zhou Mi seraya duduk di hadapan Luhan.

Segelas minuman Sunquick dihidangkan kepada Luhan. Tanpa sebarang komen,Luhan terus sahaja menogak minuman tersebut dengan laju. Manis tak manis ,yang penting tekaknya sejuk.

Zhou Mi hanya tersenyum menggeleng. Dia berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya pada kepala sofa.

"Nampaknya kau memang masih tak boleh lupakan diakan.."

Luhan terhenti. Gelas tadi diletak kembali ,dia memandang Zhou Mi yang turut memandangnya.

Tanpa sedar Luhan tersenyum kecil.

 

Sejak petang tadi ,Jihyun langsung tak kering gusi ketawa mendengar segala lawak jenaka yang diceritakan oleh Mark. Mereka berdua berjalan di sekitar bandar Busan sehingga ke penghujung petang.

"Jomlah masuk sekali ,jumpa omma"ajak Jihyun kepada Mark yang berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya.

Mark sekadar menggeleng kecil sambil mengusap lembut kepala Jihyun.

"Tak mengapa. Lain kali sahaja . Lagipun , aku selalu jumpa Auntie Chaerin .."balas Mark sambil mengerling kearah rumah dihadapannya.

Jihyun hanya mampu mengangguk kecil. Baru sahaja dia ingin menyambung perbualan,pintu rumah kedengaran dibuka dari dalam dan Puan Chae Rin muncul dengan kot sejuknya.

"Eh, Mark.. Kamu pun ada.. Baguslah kalau kamu ada sekali ,mari masuk.. Ada orang istimewa yang tengah tunggu kamu berdua kat dalam"beritahu Puan Chae Rin sebelum kembali semula masuk kedalam rumahnya.

Meninggalkan kedua orang anak muda itu berpandangan antara satu sama lain.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!