Let the Truth ...

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

 

Sehun memasang kembali topi keledar pada kepalanya. Dia memandang kembali kediaman milik Luhan sebelum naik keatas motorsikalnya dengan penuh tanda tanya. 

  "Oh.. Luhan sudah pergi Busan.. Baru pagi ni dia bertolak.."beritahu Puan Xi sewaktu Sehun ,kawan karib anak bujangnya itu datang berkunjung. 

  "Busan ?... Buat apa ya autie?"

  "Entahlah ,katanya ada hal mustahak.."

Motor yang ditunggang laju diberhentikan serta merta di bahu jalan. Sehun membuka topi keledarnya. Dahinya berkerut seribu mengingat semula perbualan-perbualannya yang lepas. 

   "Busan ?"

   "Ya , auntie akan bawa Jihyun tinggal bersama auntie di Busan .. Tapi ,kamu jangan risau,nanti auntie akan kirimkan alamatnya buat kamu melawat Jihyun kelak"

Sehun diam membisu . 

   "Tak mungkin hyung pergi jumpa Ji Hyun kan?.." 

   "Hyung! Ada nampak sampul surat warna putih tak tadi?"soal Sehun kepada Luhan yang nampak cemas apabila dia tiba -tiba menyergah masuk. 

Luhan dengan pantas menyembunyikan tangannya ke belakang . Lelaku itu kelihatan gelisah dan cemas tak tentu fasal namun Sehun sekadar membiarkan sahaja. 

   "Tak!.. Tak nampak"

   "Tak mungkin..Luhan hyung tak pernah ambil peduli fasal Jihyun pun... Jadi kenapa dia nak cari perempuan tu.."

 

 

   "Siapa yang nak jumpa kami tu Omm--"

Jihyun berhenti melangkah sebaik tiba di ruang tamu. Matanya membutang besar sebaik melihat seorang insan yang cukup dikenali berdiri di sebelah meja kopi. 

   "Luhan sunbaenim.."

Mark yang terkocoh-kocoh ke ruang tamu turut tersentak melihat gerangan yang menjadi tetamu Jihyun itu. 

Setelah sekian lama , wajah insan cuba dilupakan itu akhirnya muncul kembali. 

Mark terundur kebelakang akibat terlalu terkejut. Matanya tidak kurang sama dengan Jihyun ,membutang besar memandang Luhan bagaikan lelaki itu adalah hantu yang datang menganggunya. 

 Keadaan sunyi sepi. 

Luhan yang tidak menduga kehadiran Mark di situ turut dalam dilemanya. Walaupun sudah bertahun tidak bertemu namun wajah bekas kawan karibnya itu masih tak berubah .

    "Kenapa sunbae ke sini?"soal Jihyun meluahkan soalan utamanya. 

Dia ingin memgangkat kaki untuk mendekati lelaki itu namun dengan pantas dihalang oleh Mark. Tangan Jihyun pantas dicapai Mark dan menarik gadis itu menjauhi Luhan . 

    "Macam mana kau boleh kenal Jihyun semula?. Aku dah beri amaran supaya kau jauhkan diri dari dia bukan?.."soal Mark dengan kasar. .

Luhan diam tidak menjawab. 

Mark memegang erat pergelang tangan Jihyun tanpa ada niat untuk melepaskannya. Dia berterusan merenung wajah Luhan yang sudah lama tidak dilihatnya itu. 

    "Aku dah cuba tapi dia yang kembali.."balas Luhan akhirnya setelah lama mendiamkan diri. 

Jihyun yang berada di dalam kekonfiusan memandang kedua orang lelaki itu dengan dahi yang berkerut. 

Apa yang dia terlepas. 

 

 

"Aku akan jaga dia di sini jadi kau boleh pulang"ujar Mark memberi kata putus.

Luhan yang duduk di buaian luar rumah memandang Mark yang berdiri di hadapannya . Bingkas dia bangun dan berdiri menghadap lelaki itu.

"Tak , kali aku tak akan beralah"bantah Luhan dengan penuh tegas.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Langsung tiada kata yang mampu ungkapkan keadaan mereka berdua sekarang.

"Jangan nak me--"

"Aku tak merepek Mark .. Aku serius.. Sejak dulu lagi"

Mark memandang Luhan yang kekal dengan wajah seriusnya. Mereka berdua diam untuk masa yang lama .

"Kau sedar kan yang Jihyun tak akan ingat kau walau berapa banyak pun kau cub--"

"Dan kau sedar kau yang tinggalkan Jihyun dahulu"pintas Luhan sekali lagi membuatkan Mark hilang kata.

Mark mengepal penumbuknya dengan erat. Dia memandang ke tempat lain. Dia tidak nafikannya yang dia memang bersalah atas hal itu tetapi ...

"Aku tak kisah jika dia tak ingat akan aku lagi atau apa.. Cuma aku nak beritahu kau , ada orang yang lebih menyayangi Jihyun lebih dari kita sayang dia.. "

Mata Mark membulat luas. Terkejut dengan kata-kata tak terduga lelaki itu.

"Dan aku yakin orang itu boleh jaga Jihyun dengan lebih baik.. Daripada kita berdua"

 

Album yang mengandungi pelbagai kenangan lepas milik Luhan itu diselak satu persatu oleh Jihyun . Kepalanya terus terasa berdenyut bagai setiap enjin di dalam fikirannya sedang mengingati apa yang telah berlaku.

Dia memandang Luhan yang duduk berhadapan dengannya. Masih tidak percaya bahawa lelaki itu pernah menjadi rakan karibnya sewaktu kecil.

Rakan karib yang telah dia lupakan.

"Tapi kenapa sunbae tak pernah ceritanya pada saya?"soal Jihyun masih tidak faham. Jika benar mereka berdua bersahabat ,kenapa Luhan melayannya begitu teruk. Kenapa Luhan buat dia rasa yang lelaki itu benci akannya.

Luhan menarik nafas panjang. Sempat dia mengerling kearah Mark yang turut berada sama.

"Sebab awak yang mintanya ,Jihyun"

"Saya mintanya?"

"Susah untuk saya ceritakan tapi ... Sayalah penyebabnya Auntie Chaerin dan ayah awak berpisah..." kata -kata yang mengejutkan keluar dari mulut Luhan.

Jihyun terkedu di tempatnya. Album yang berada di pegangannya jatuh keats lantai.

"Ap..apa .. Apa maksud sunbae?"

"Luhan dah k--"

Mark yang cuba membantu Luhan menerangkan segalanya dihalang oleh Luhan serta merta.

"Saya dah ketahui tentang peenyakit Auntie Chae Rin lebih awal tetapi saya tak beritahu awak dan Mark tentangnya. Saya rahsiakannya kerana tak mahu awak bimbang ... Dan sebab kebodohan saya jugalah , ayah awak salah faham dan menganggap Doktor Zhoumi ialah kekasih gelap Auntie Chae rin" Luhan menarik nafas panjangnya seraya memandang terpat kearah Jihyun yang nampak kelu .

"Sebab itu jugalah awak dan Mark bergaduh dengan dan segalanya jadi kelam kabut membuatkan kemalangan berlaku dimana Mark telah jatuh tangga.. "

 

Jihyun tersentak. Dia memandang Mark yang hanya mengangguk kecil. Mengiakan segala kisah sinetron Luhan itu.

"Awak marah sangat dan awak sendiri yang minta supaya awak tak ingat apa -apa tentang saya.. "

Album it ditutup kuat . Jihyun memandang Luhan dengan wajah yang serius. "Jadi ,macam mana saya boleh hilang ingatan .. "

"Kemalangan.. Awak lari dari saya dan awak dilanggar kereta.. Lepas dari insiden itu, saya jadi takut dan.. "

Flashback

Mark yang masih berbalut dengan balutan pada kepala serta tangannya terus sahaja menyerang Luhan yang menunggu dengan diam di sisi Jihyun yang terlantar di katil sakit. Lelaki lemah itu ditolaknya sehingga jatuh keatas lantai.

"Apa kau buat lagi kat sini!?. Berambuslah sial!!"halau Mark . Wajahnya merah dan matanya berair .

Luhan tersentak diatas lantai. Dia memandang Mark yang kelihatan sungguh menakutkan. Bagaikan binatang buas yang bila -bila masa sahaja akan menerkamnya.

"Aku menyesal kenal kau!. Aku menyesal jadikan kau kawan aku!!!. Blahlah sial!!"halau Mark dan cuba untuk menendang Luhan namun dia tidak sanggup.

Akhirnya dia hanya menarik Luhan bangun dan menolak lelaki itu ke pintu bilik. Dia sudahpun mengalirkan air mata .

Luhan yang tidak mampu berkata apa -apa hanya mampu mengangkat kakinya keluar dari bilik wad. Kata -kata yang keluar dari mulut Mark itu benar -benar menghiris hatinya.

"Selamat tinggal kawan"

 

Keadaan sunyi sepi apabila Luhan dan Mark sudah diarah Jihyun untuk pulang. Gadis itu memerlukan masa untuk memikirkan segalanya dengan lebih rasional.

Jihyun bersandar pada sofa dan dia memandang siling ruanh tamu itu seorang diri.

 

Mark menghirup lattenya seorang diri di sebuah kafe berdekatan kawasan perumahannya. Dia termenung seorang diri memandang ke luar kafe .

Melihat orang lalu lalang tanpa rasa jemu.

" ada orang yang lebih menyayangi Jihyun lebih dari kita sayang dia.. "

Kata -kata Luhan tadi masih terngiang -ngiang di fikirannya. Dia meletakkan minumannya itu diatas meja sebelum mengeluh berat.

"Aku yang tinggalkan dia dan sekarang aku..."

Mark bangun dan menyarung semula hoodie ke kepalanya sebelum dia terhenti. Luhan berdiri di hadapannya dengan wajah serius.

 

Jung Kook duduk bersila seorang diri di ruang tamu. Dia langsung tidak buat apa selain menatap kaca tv yang gelap kerana tidak dibuka itu. Macam orang bodoh pun ada juga.

Jin yang baru selesai melantak di dapur berhenti untuk ke biliknya sebaik melihat rakannya itu tercenguk di hadapan tv . Dengan diam ,dia menghampiri lelaki itu dan duduk bersila di sisi Jung Kook.

"Sudahlah tu Kookie .. Dah lama dah jIhyun pergi. Move on lah"pujuk Jin membuatkan si maknae itu memandangnya.

Lama dia memandang Jin sebelum dia berdehem kecil dan tersenyum tawar. "Aku dah ngantuk. Tidur dulu hyung"ujarnya dan terus beredar.

Meninggalkan Jin seorang diri.

 

Tali kasut itu dibetulkan dan Jihyun keluar dari rumahnya . Langkahnya terhenti sebaik bertembung dengan Mark dalam perjalanannya ke sekolah.

Dia memandang lelaki itu yabg seperti biasa segak dan kemas. Mark memandang lama Jihyun sebelum tangannya diangkat memberi tabik.

"Pagi ,Jinnie"sapanya dengan mesra. Jihyun yang mendengar terus tertawa kecil dan menghampiri lelaki itu.

Lupakan yang lama dan mulakan yang baru..

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!