Change of Everyone Life

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

Beg sekolah disandang pada bahu .Jihyun membetulkan sekali lagi rambutnya sebelum menguntum senyuman . Ini adalah hari pertamanya berada di Busan High School sejak perpindahannya 4 hari lepas. 

Dia menelan air liur sebelum melangkah ke dalam bangunan sekolah. Keadaan di laman utama sekolah kosong tanpa kelibat sebarang pelajar. Hanya kelihatan seorang mak cik pembersih yang sedang mengemop lantai yang menjengah pandangannya tatkala masuk kedalam.

Mungkin kerana sesi pembelajaran telah bermula . Tanpa melengahkan masa lagi,Jihyun segera mencorak langkahnya menuju kearah pejabat yang berada di tingkat dua berpandukan dengan peta yang terpampang pada papan notis. 

Sampai sahaja disana,Jihyun disapa oleh seorang lelaki yang berpakaian kemeja hijau lembut. Kemas sahaja penampilan lelaki itu,rambutnya turut disisir rapi ke tepi. "Kamu Ahn Ji Hyun ke?pelajar dari Seoul tu?"soal lelaki itu sambil tersenyun lembut. 

Segera Jihyun mengangguk. Sempat dia mengerling kearah tanda nama lelaki itu yang terletak tepat diatas kocek kemeja tersebut. Jung Yong Hwa.Cantik nama?

   "Baiklah ini kelas awak..4-1.."beritahu Yong Hwa seraya menghulurkan fail peribadi kepada gadis itu. Fail yang diperlukan untuk diberi kepada si guru kelas. 

Jihyun pantas menerimanya. "Err..tapi saya tak tahu ke--"belum sempat Jihyun menghabiskan kata-katanya,Yong Hwa pantas memotong. 

    "Jangan risau..saya dah panggil ketua kelas awak untuk tunjukkan segalanya pada awak.."seperti peramal masa hadapan,Yong Hwa sudah menyediakan segalanya. Sebab itulah dia dikenali sebagai kerani terbaik disekolah itu . 

Jihyun terdiam.Tidak sampai beberapa minit,seorang pelajar lelaki tiba -tiba datang mencelah. "Sayalah orangnya..hye.."Seorang lelaki yang segak berpakaian seragam sekolah tersenyum lebar memandang kearah Jihyun.

   "Selamat berkenalan,saya Young Jae?awak?"soal lelaki bernama Young Jae itu dengan ramah. Senyuman masih melekar pada wajahnya. 

Tangan dihulurkan kepada Jihyun untuk berjabat tangan. Jihyun hanya membisu ,tangan lelaki itu tidak disambutnya. Entah kenapa.dia pun tidak tahu. Mungkin masih berasa malu. 

Dalam fikiran lelaki ini pasti sudah berfikir banyak perkara buruk tentangnya.Lihat sahaja bentuk badannya ,pasti kecoh satu sekolah nanti. Jihyun tidak semena-mena merasa rendah diri. Belum apa -apa,dia sudah terasa dirinya sungguh kecil disitu.

Melihatkan cara Jihyun yang enggan menerima salam perkenalannya,Young jae segera menarik semula tangannya. "Awak malu ke?.Ouh,takpe-takpe,mari saya tunjukkan kelas awak..eh,kelas kita.."tutur Young Jae dengan teruja.

Dia berlalu keluar dari pejabat setelah meminta izin dari Yong Hwa. Jihyun hanya memerhati. Sopan sungguh ketua kelasnya.Baik. Tidak mahu ditinggalkan,Jihyun segera mengikut jejak langkah Young Jae . 

Mereka berdua melalui banyak deretan kelas. Kepala Jihyun pula sudah tertunduk memandang lantai. Risau orang lain akan memandang jelik kearahnya. Akhirnya,mereka berdua tiba dihadapan sebuah kelas yang tertutup rapat pintu kelasnya. 

    "Mari."ajak Young Jae seraya membuka luas pintu kelasnya itu. Memberi laluan yang besar untuk gadis itu masuk.

Buka sahaja pintu,kedengaran bunyi tunggang langgang kelas bagai dalam zoo. Dengan kertas -kertas bertaburan diatas lantai,contengan diatas papan putih,meja berselerak dan kerusi-kerusi tunggang terbalik diatas lantai,kelas itu langsung tidak menyamai dengan nama kelas pertamanya. 

Jihyun bagai tergamam seketika,jelas berbeza dengan kelasnya dahulu. Ini kelaske?Young Jae berlalu kehadapan kelas sebelum menendang punggung-punggung pelajar yang sedang menconteng diatas papan putih. Dengan kasar,dia menghalau rakan-rakan sekelasnya itu .

    "Attention!!ketua korang yang kacak ni nak bercakap!!sila diam!!"jerit Young Jae dengan high pitch yang sungguh mengkagumkan.

Mungkin inilah sebabnya dia dilantik menjadi ketua kelas. Dengan suaranya yang lantang itu,senang sahaja untuk mengawal monyet-monyet didalam kelasnya itu.

   "Harini kita ada seorang rakan baharu...silakan awak .."Jihyun yang masih berada diluar kelas teragak -agak untuk masuk ke dalam. 

Dia takut.Semua pasang mata di dalam kelas sudah tertumpu kearah muka pintu. Menunggu ketibaannya . "Mari"pelawa Young Jae lagi .

Setelaha memgumpul seluruh semangat yang ada,Jihyun akhirnya perlahan-lahan melangkah masuk kedalam. Telinganya sudah sedia mendengar kesemua bisikan yang akan menimpanya.

   "Uwaaahhh~~~~comelnya"sorak satu suara tiba-tiba sebaik Jihyun masuk kedalam kelas. Seorang gadis berambut panjang tersenyum lebar sambil merenung kearah Jihyun. 

Seluruh kelas mula riuh ,masing-masing memberi komen positif terhadap rakan baharu mereka. Tiada seorang pun yang melontarkan kata-kata kesat atau negatif. Ternyata segala tanggapan Jihyun meleset sama sekali.

   "Wah..nak peluk,nak peluk"gurau satu suara di balik kebisingan yang berlaku. 

Jihyun memandang seluruh kelasnya yang tersemyum lebar. Terpancar di setiah wajah mereka akan keterujaan bertemu dengannya. "Selamat berkenalan !saya Ahn Ji Hyun!"Jihyun memperkenalkan diri dengan penuh rasa semangat.

 

 

Awan yang sedang berarak perlahan diatas langit direnung kosong oleh Jung Kook. Setiah awan baru yang tercipta dikiranya. Tiada kerja mungkin. Kebisingan yang berlaku didalam kelasnya langsung tidak diendahkan. 

Dia berterusan menongkat dagu merenung kearah langit. Bosan..bosan..bosan. Jimin yang sedang sibuk bermain bola dengan rakan -rakannya yang lain mengerling kearah Jung Kook yang dari tadi tidak berganjak. 

Satu keluhan lemah dilepaskan. Sejak ketiadaan Jihyun,rakannya itu bagai mayat hidup yang sudah mati . Makan tak selera,mandi tak basah dan tidur tak lena. Pelik.

   "Apa yang kau renungkan sejak tadi tu?nak hujan ke?hujan emas?"ujar Jimin ,cuba membuat lawak. 

Dia mengambil tempat di hadapab rakannya itu. Jung Kook sekadar menjeling ,dia kembali merenung awan dilangit. Kehadiran Jimin langsung tidak menarik minatnya.

   "Kau ni kenapa ,Jung Kook?relakslah ,tak akan fasal dia pergi,jiwa kau pun nak pergi juga.."Jimin mula bertukar serius.

Dia jelas tidak suka akan keadaan rakan karibnya itu sekarang. TIada jawapan yang diberikan oleh Jung kook. Lelaki itu berterusan mendiamkan diri. 

Jimin mendengus kasar. Bercakap dengan Jung Kook sama sahaja seperti bercakap dengan pokok layu depan rumahnya .Tiada guna!. Jimin bingkas bangun dan berlalu pergi.

Menyertai semula rakan-rakannya yang lain bermain. Biarlah si Jung Kook itu ingin buat apa. Sudah penat dia memberi nasihat dan cuba memujuk namun tetap tiada gunanya. 

Rakannya itu sudah berubah ..

 

 

     "Wah,jadi awak ni budak Seoullah~"tutur Krystal teruja . Dia memang sudah lama inhin berhijrah ke Seoul,pusat bandar Korea Selatan itu namun tidak juga mendapat peluang. 

Ji Hyun sekadar mengangguk perlahan. Dia kini dikelilingi oleh hanpir keseluruh rakan sekelasnya. Masing-masing berebut-rebut untuk berkenalannya dengannya. Ini memang suatu keajaiban betul!.

   "Patutlah cute semacam,budak Seoul rupanya"puji satu suara. Jihyun mendongak dan kelihatan seorang lelaki berwajah unik sedang merenung kearahnya. 

     "Ouh,habis budak Busan tak cutelah!"bentak satu suara dalam nada bergurau. Lelaki berwajah unik tadi sekadar tersengih senget.

Jihyun tersenyum.Mereka semua berbual-bual mesra bagai sudah lama berkenalan. Sememangnya Jihyun langsung tidak terasa aneh disisi rakan -rakan baharunya itu. Kesemua mereka menerimanya dengan penuh mesra dan teruja. 

Sememangnya aku tak salah buat keputusan..

 

 

Tempat duduk Jihyun yang sudah lama kosong itu direnung Sehun dengan pandangan kosong. Hari-harinya kini bagai tiada kecerian langsung. Tiada lagi wajah bengang comel Jihyun untuk ditatapnya. Gadis itu sudah pergi jauh..

Sehun menakup wajahnya. Dalam otaknya,dia sudah menyumpah -nyumpah diri sendiri kerana menghilangkan surat berharga yang sepatutnya boleh menjadi kunci kepada perjumpaan semula dia dengan gadis itu.

Bodoh.Sekarang ini,dia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sudah tiada jalan lagi. Tidak akanlah dia nak datang ke Busan tu dan cari seluruh tempat.Gila ker!

Kai dan Tao yang baru pulang dari kafeteria memandang kearah Sehun yang sedang bertafakur seorang diri di dalam kelas. Sedang orang lain sibuk berebut makanan di kafeteria,rakannya itu pula lebih sibuk berlapar perut didalam kelas.

Mereka berdua mendekati Sehun yang dari tadi menakup muka. Dicuitnya bahu bidang rakannya itu. "Tak makan?"soal Kai prihatin sambil menghirup nescafenya dengan laju. 

Sehun mendongak memandang rakan-rakannya itu sebelum mengeleng perlahan.Dia tidak lapar.Eh,bukan tidak lapar tetapi tiada selera. 

    "Lagi berapa minit recess habis?"tanya Sehun seraya mengemas barang-barangnya yang bertaburan diatas meja. "15 minit,asal?"

Tabpa menjawab persoalan Tao iti,Sehun bingkas bangun dan berlalu keluar dari kelas. Meninggalkan kedua -dua rakannya itu terpingga-pingga melihat pemergiannya. 

    "Kau nak gi mana?!"

    "Library."balas Sehun pendek sebelum berlari pecut menuju ke perpustakaan sekolahnya. Masih sempat untuk dia membaca buku sebelun pembelajaran seterusnya bermula.

 Tao dan Kai berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mengeluh lemah. Rakannya itu sudah menjadi si kacak nerd lagi.

 

 

Susu kocak yang dibelikan Krystal dihirup Jihyun dengan gembira. Dia dan rakan-rakan baharunya kini sedang berwhat didalam kafeteria sekolah. Tidak begitu berbeza dengan di sekolah lepasnya,disini juga pelajar berebut-rebut untuk mendapatkan makanan. Riuh macam pasar ikan.

Krystal menogak mineralnya dengan laju. Dia sudah lapar tetapi makanan tetap tidak kunjung jua. 

    "Makanan sampai!"beritahu Luna sambil bersorak gembira tatkala kelibat Amber semakin menghampiri. 

Sedulang penuh makanan diletakkan diatas meja  oleh Amber. Gadis berambut pendek bagai lelaki itu tersenyum lebar kearah Jihyun. "Makanlah apa-apa aje,Jihyun.Hari ini kitaorang belanja!".

Krystal dan Luna sekadar mengangguk laju sambil tangan -tangan mereka sudah mencapai makanan -makanan yang ada. Perut sudah lapar,apalagi ,seranglah!. Jihyun sekadar memandang kesemua makanan tersebut. Tiada yang tidak menggemukkan. 

Roti cheese bakar,coklat mouse,kek red velvet dan aiskrim!.Kebanyakkannya semua makanan ringan. Mereka makan semua ini ke?!Luna yanh sedang mengunyah bebola daging berhenti mengunyah. 

   "Tak makan ke ,Jihyun?.Janganlah malu.Makan ajer"pelawa Luna dengan baiknya. Satu lagi bebola daging diaumbat kedalam mulutnya walaupun mulutnya itu sudah penuh dengan makanan. Gelojoh!.

Jihyun sekadar menggeleng. "Tak..tak apa,saya dah kenyang.."susu kocak yang sudah paras separuh itu ditayangkan kepada rakan -rakannya. Krystal mengerut dahi,tidak berpuas hati dengan alasan gadis itu. 

   "Eh jangan merepeklah!Tak akan kenyang kot minum susu je!"bentak Krystal tidak percaya. Dia yang sudah minum 2 botol susu kocak dan sebotol mineral pun masih tidak kenyang lagi.

Ketiga-tiga gadis itu memandang Jihyun dengan pandangan tidak percaya. Sekeping wafle coklat diambil Krystal lalu dihulurkan kepada Jihyun. "Makan ini,ia tak menggemukkan pun..Setakat wafle..".Krystal menguntum senyuman manisnya. Dia faham apa yang sebenarnya difikirkan rakan baharunya itu.

Jihyun hanya mampu membisu malu. Walupun masih enggan untuk menerimanya,tangannya tetap menyambut huluran tersebut. "Terima kasih.."ujar Jihyun pendek.Ketiga-tiga gadis tersebut berpandangan sesama sendiri sebelum tertawa kecil.

   "Awak mesti rasa rendah diri kan sebab keadaan awak sekarang?Janganlah risau,kat sini..semua orang sama sahaja"ujar Amber ,memberi semangat kepada gadis itu. Ya,segala yang dituturnya itu adalah kenyataan. Di sekolahnya ini,tidak kira apalah saiz mereka pun,layanan adalah sama rata. 

Jihyun memandang Amber dengan mata yang membutang besar. Telinganya salah dengar ke?

   "Awal ingat awak sorang je ker comel.Ada yang lebih lebih comel dari awak tau..Saya pun pernah comel dulu..hahaha"Krustal tertawa bangga sambil menyuap sesudu kek kedalam mulutnya. 

    "Aw..awak pernah..ta,tapi mac.."

    "Saya boleh jadi kurus?"

Terangguk -angguk kepala Jihyun ,mengiakan kata-kata Krystal tersebut.

    "Kami boleh tolong.."

 

 

----~~~----

Baiklah saya tahu saya dah lama tak update citer ini..Disini saya ingin memohon ampun dan maaf...sila baca update seterusnya utk tahu... tupun,kalau anda masih nak baca lagilah.. T^T

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!