For U

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

 

Jihyun membelai wajah Chae Rin dengan lembut sekali. Balik sahaja sekolah dia terus bergegas ke hospital bagi menjaga ibunya . Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi di sebelah ibunya. “Omma,Jihyun minta maaf sebab pernah benci omma selama ini…Jihyun memang anak paling tak guna …”suaranya bergetar menahan rasa sebak di dalam hati apabila memikirkan dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya itu lagi.

Pintu bilik wad tersebut tiba-tiba dikuak dari luar dan kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam sekolah yang sama dengan Jihyun masuk. Jihyun menoleh dan dia hampir terjatuh dari kerusi apabila melihat kehadiran Sehun tanpa diduga.Perlahan-lahan,Sehun mendekati Jihyun sebelum duduk atas kerusi bersebelahan dengan gadis itu.

   “Ap-apa kau buat kat sini?”soal Jihyun masih lagi terperanjat dengan ketibaan Sehun yang tidak diberikan kad jemputan pun. Sehun memandang Jihyun dengan wajahnya yang tenang. “ Jadi peneman seorang gadis yang sedang dalam kesedihan keran ibunya terlantar sakit..”balas Sehun . Segala-galanya sudah dia tahu .Jihyun tersenyum pahit sebelum memandang semula wajah ChaeRin.

Keadaan menjadi sunyi tanpa sesiapa pun yang bersuara. “Aku memang anak tak guna…aku tak pernah ambil tahu fasal ibu kandung sendiri..”Jihyun bersuara ,memecahkan suasana sunyi. Sehun menjeling kearah Jihyun yang sedang menahan air mata dari jatuh berguguran sambil segaris senyuman kecil terukir di wajah . “Setiap manusia lakukan kesilapan Jihyun-sshi..aku pun tak pernah hargai keluarga sebelum ni sampailah satu kejadian menimpa aku dan barulah aku hargai dorang..”ujar Sehun sambil mengimbau kenangannya lepasnya sewaktu kemalangan di jalan raya kerana menengking ibunya sendiri.

   “At least,kau masih lagi ada dorang ..keluarga kau masih sempurna..”ujar Jihyun . Tangannya tidak berhenti daripada membelai wajah mulus ibunya. Sehun menarik nafas dalam sebelum menoleh kearah gadis itu. “Jadi sekarang ni kau nak putus asa untuk jadikan keluarga kau sempurna?”soal Sehun membuatkan Jihyun menoleh kearahnya. “Apa maksud kau?”

   “Kau ,anak dia..kau patut usaha cari penawar bagi penyakit dia..nangis setiap hari bukan cara terbaik nak buat dia bangun Jihyun…Duduk sini dan melayan rasa sedih kau tu tak akan buat dia sembuh….pasti ada jalannya ..”Jihyun diam mendengar kata-kata Sehun. Butir-butir jernih terjun dari tubir matanya. Dia memandang lelaki itu sebelum memeluknya. Kata-kata lelaki itu memang betul sebetulnya. Dia tidak patut mengharapkan doktor sahaja ,dia juga perlu cari ikhtiar untuk ibunya.

   “Terima kasih Sehun…betul cakap kau…”ujar Jihyun dalam dakapan Sehun. Sehun hanya tersenyum dan membelai rambut gadis itu. “Aku pun akan tolong kau Jihyun..aku akan tolong kau tapi…” Jihyun melepaskan pelukannya dan memandang Sehun yang masih tersenyum nipis itu. Sehun mengangkat tangan kanannya sebelum mengengam tangannya dan mengeluarkan jari kelengkengnya .

   “Janji ngan aku yang kau akan sentiasa ada di sisi aku dan akan sentiasa gembira tak kira apa pun yang berlaku..”sambung Sehun sambil menyuruh gadis itu menyetujui janji-janjinya. Jihyun memandang lelaki itu ,hatinya tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Dia diam untuk beberapa ketika sebelum menyambut tangan Sehun dan membuat perjanjian.

 

 

 

Jam menunjukkan pukul 12 malam dan dia baru pulang ke rumah. Masuk sahaja ke rumah,keluarganya terus menyerbunya dan melepaskan begitu banyak soalan sehingga otaknya mula krem . “Omma,appa..nuna kasiklah Sehun duduk dulu…”pinta Sehun lemah lalu menyimpan kasutnya ke dalam rak kasut. Dia masuk ke ruang tamu dan duduk bersandar diatas sofa yang bewarna putih itu.

Sun Mi duduk di sebelah adiknya dan menepuk peha lelaki itu. “Cepat jawab,kau gi mana sampai malam buta baru balik” Sehun menjeling kakaknya. “Malam tak buta okay…Sehun ada hal..”beritahu Sehun sambil menguap,mengantuk. Mrs Oh ,insan yang paling risau menarik telinga Sehun membuatkan anak jantannya itu mengaduh kesakitan .

   “Omma Tanya Luhan ,dia kata dia tak tahu..hal apa yang kamu buat hah!?”marah Mrs Oh,risau gila dengan anaknya yang tidak pulang-pulang dari pagi pergi sekolah. Sehun mengusap-ngusap telingannya yang merah sebelum mengeluh lemah. “Ibu kawan Sehun sakit,orang gi lawatlah..”balas Sehun sambil memandang ayahnya yang sedang bercekak pinggang.

  “Lawat sampai malam..bagusnya..”ujar Mr Oh yang dapat menghidu penipuan anak lelakinya dengan mudah. “ Fine!..Sehun pergi cari penderma buah pinggang untuk ibu kawan Hun..”akhirnya Sehun mengalah apabila Sun Mi asyik menepuk kasr badannya. Sun Mi memandang adiknya dengan rasa curiga. “Pelik..kau ni bukan suka tolong orang,asal kau tolong lak kali ni..”Sehun memandang kakaknya ,air liur ditelan sebab rasa gugup.

   “AH~~ ngantuknya,orang gi tidur dulu…”ujar Sehun ,melarikan diri dari keluarganya yang begitu bijak dalam menghidu segala penipuannya. Dia berlari menaiki anak tangga dan terus ke biliknya di tingkat 2. Masuk,kunci dan terus tidur .

 

 

 

 

 

 

 

BAB 33 :

 

Zhou Mi mengeluarkan beberapa helai kertas dari beg bimbit hitamnya lalu dihulurkan kepada Mr Ahn . Jihyun menjeling kearah kertas-kertas tersebut dengan hati yang berdebar. Menunggu keputusan yang bakal diterima sebentar lagi. Zhou Mi menarik nafas sedalam yang boleh.

  “Cuma tu jer yang dapat saya peroleh buat masa ni,tapi pengesahan untuk menderma masih belum saya peroleh lagi. Masih perlu menunggu lagi,…”terang Zhou Mi kepada Mr Ahn dan Jihyun . “Jadi kita tunggulah sampai salah seorang dari dorang setuju untuk derma salah satu buah pinggang dorang” ujar Jihyun sambil tersenyum,sekurang-kurangnya salah satu penyakit ibunya akan selesai. Zhou Mi mengeleng.

   “Pembedahan perlu dilakukan segera ,buah pinggang Chae Rin semakin teruk.. Pagi tadi,Chae Rin sedar dan dia muntah ..”Jihyun dan ayahnya berpandangan satu sama lain. “Omma dah bangun,kenapa saya tak diberitahu?”Jihyun bingkas bangun,ingin melawat ibunya malam itu juga.Mr Ahn memegang tangan anaknya dan menyuruh duduk. “Biarkanlah omma tidur dulu…biar dia rehat”tenang sahaja nada suara Mr ahn kepada anaknya .

Jihyun kembali duduk. “tak boleh ker tangguh sedikit masa,saya akan cuba usahakan untuk cari penderma lain?”soal Mr Ahn dan menerima gelengan laju dari Zhou Mi. “Maaf,tak boleh..pihak hospital dah buat pemeriksaan lanjut dan keadaa buah pinggang Chae Rin tidak dapat digunakan lagi,ia mungkin boleh membawa maut..”terang Zhou Mi . Jihyun mendiamkan dirinya.

 

 

Sehun memandang Jihyun yang duduk membantu diatas bangku tepi padang sekolah. Dia berhenti dari bermain bola sepak bersama rakan sekelas dan mendekati Jihyun. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu. “Afasal tak sukan?kata nak kurus?”soal Sehun dalam nada usikan. Jihyun hanya mendiamkan diri,langsung tidak mengendahkan kehadiran Sehun di sebelahnya.

Dia memandang bola yang ditendang sana sini oleh pelajar lelaki kelasnya tanpa sebarang perasaan. Sehun menjeling kearah Jihyun sebelum menyiku gadis itu . “Kau okay tak?”soal Sehun . Jihyun memandang Sehun sebelum menjongketkan bahunya. “Entahlah …”balasnya pendek.

   “Hey,citerlah…”ujar Sehun seperti tahu bahawa gadis itu mempunyai masalah. Jihyun diam seketika sebelum melepaskan keluhan berat. “Omma kena dibedah cepat masalahnya satu penderma pun kitaorang tak jumpa lagi..”Jihyun bermain dengan jari-jejarinya sambil memandang ke rumput yang menghijau. Sehun turut mendiamkan diri.

    “Nampaknya tak sempatlah aku nak berbakti pada omma aku..aku-aku..memang tak guna..”Jihyun bingkas bangun sebelum berlari pergi. Tidak mahu lelaki itu melihat sisinya yang lemah itu. Sehun terpingga-pingga melihat Jihyun berlari pergi. Dia hanya memandang tanpa mengejar. Dia terdiam sebelum tersenyum kecil.

 

 

Jung Kook yang baru lepas larikan diri dari Cikgu Sukjin bersandar di tepi dinding. Dia mengelap peluhnya yang menghiasi dahi licinnya menggunakan lengan baju sekolah. Sedag dia tercunggap-cunggap ,kedengaran bunyi derapan kaki menghampirinya. Semakin laju ,laju dan laju sehinggakan buatkan dia etrkedu dan terkaku dalam masa yang sama.

Kakinya yang sepatutnya menyelamatkan dirinya seperti digam ketat di atas lantai. Dia hanya mampu menelan air liur dan menunggu ketibaab hukuman. Matanya terpejam dan badannya dibongkokkan,bersedia untuk mengaku kesilapannya. Sebaik sahaja bunyi derpan kaki untuk berhenti di hadapannya,dengan cepat dan ligatnya dia meminta keampunan .

   “Yah!”kepalanya diketuk di belakang . Jung kook yang kenal akan suara tersebut terus mendongak dan bangun dari bongkok. Melihat Jihyun dengan mata yang kemerah-merahan. “Apa salah kau hah?”soal Jihyun sambil tersenyum senget memandang wajah lelaki itu. Jung Kook masih diam. “Kau nangis ker? Kenapa? Kau kena pukul ker? Buli?”soal Jung Kook bertubi-tubi. Jihyun mengeleng sebelum ketawa kekok.

   “aku jatuh tangga tadi..yang kau ni,asal tak  masuk kelas?”soal Jihyun sambil bercekak pinggang memandang Jung kook yang sedang mencebik bibir. “suka hati akulah…aku amik angin..sajer ,release tension sebab selesaikan soalan math tadi..”Jihyun mengetuk kepala lelaki itu .

    “Kau lari dari Suk Jin seonsaengnim kan? Aku Nampak dia tadi,kejap lagi sampailah sini” ujar Jihyun sambil berpeluk tubuh. Lelaki it uterus pucat sebaik mendengar nama guru kesayangannya disebut. Dengan pantas,dia menarik tangan gadis itu dan berlari bersama Jihyun. Tidak fasal-fasal melibatkan gadis itu dalam masalahnya. Well,Jihyun juga boleh dikira ponteng sebab lari dari masa sukan.

Jihyun dan Jung Kook bersembunyi di dalam bilik komputer. Jung Kook terhendap-hendap di balik pintu dan kelihatan Cikgu Sukjin sedang berjalan sambil memegang rotan . Jung Kook melepaskan keluhan lega sebaik sahaja cikgu tersebut membelok kearah berlainan. Jihyun duduk diatas kerusi berhadapan komputer dan menarik nafas panjang. Penat kerani berlari pecut bersama jung Kook.

Jung Kook turut melabuhkan punggungnya di sebelah Jihyun. “Ish,tak fasal-fasal aku terlibat sama dalam masalah kau..”rungut Jihyun sambil menjeling tajam kearah Jung Kook yang sedang menganga mulut,memasukkan udara dingin ke dalam mulut. Jung kook hanya tersengih. “Well,kau pun ponteng kelas gak..2 darab 5 jer..”ujar Jung Kook sambil berpeluk tubuh. Jihyun mengembungkan pipinya .

   “2 darab 5,25…”jawab Jihyun ,sengaja menjawab soalan matematik lelaki itu. Jung kook mendiamkan dirinya,jarinya mengira-ngira daraban tersebut sebelum mengangguk kecil. Kagum dengan kepandaian JIhyun dalam bab mengira.

    “Kau sorang jer ke yang ponteng?”soal Jihyun membuatkan Jung Kook tertawa. “Hyung’s aku nak duduk kat kelas? Tolonglah…dorang duduk seminit kat dalam kelas pun dah panas bontot..V,Jimin ngan Jhope hyung terpisah ngan aku waktu kitaorang kena kejar ngan Suk Jin seonsaengnim .. Jin,Rap Mon ngan Suga hyung rasanya dah tunggu kat port kut,melantak makan jajan”teka Jung Kook . Perkara yang menjadi rutin mereka setiap hari. Bergosip,ngunyah-ngunyah dan bermain.

Jihyun mengeleng-gelengkan kepalanya. Nasiblah dia tidak terpengaruh dengan dorang semua kalau tak habis  reputasi pembelajarannya yang sentiasa cemerlang itu. “Yelah,kitaorang tak bijak and rajin cam kau..”ujar Jung Kook merendah diri apabila melihat Jihyun mengeleng-gelengkan kepala. “Tahu pun.”Jung Kook hanya membuat pekak mendengar Jihyun memuji diri sendiri.

  “Dah-dah-dah..cukup ya cik adik oii,berhenti puji diri sendiri sebab cik abang ni tak nak dengar pun”Jung Kook meletakkan jari telunjukknya diatas mulut Jihyun. Jihyun membuka mulutnya sebelum ingin mengigit jari lelaki itu namun sempat dielak Jung Kook. Jung Kook memandang JIhyun yang sedang menjilat bibir .”Yah! kau ni monster apa ?nak makan manusia?tahulah aku ni manis dan lembut untuk dimakan,kalau lapar pun  janganlah makan aku..aku belum kahwin lagi tau..”Jung kook membelai jari telunjuknya yang hampir menjadi arwah dengan penuh kasih sayang. Jihyun hanya membuat muka menyampah.

    “Apasal buat muka camtu? Aku tahulah kau jeles sebab aku ni menggoda sampai buatkan gadis-gadis kat luar sana nak makan aku…dahlah,tak yah jeles sangat..aku tak layan pun dorang tu…”Jung Kook mengusap kepala Jihyun seperti anak kucing membuatkan gadis itu makin geli dan menyampah melihat kegedikan lelaki tersebut. “kau,sebelum aku makan kau baik kau diam” tegas Jihyun dengan wajahnya yang mengerikan. Jung Kook tersenyum senget ,berhenti daripada memuji-muji dirinya .

 Masing-masing berada dalam keadaan senyap,mucus-mukus dalam mulut Jung Kook mula membuat hal kerana tuannya tidak mahu berkata sepatah pun. “Ka-kau ada apa-apa dengan Sehun ker?”soal Jung Kook membuatkan Jihyun yang sedang bermain dengan papan kekunci komputer berhenti dan menoleh kearahnya. Jihyun menjongketkan keningnya,hairan mengapa Jung Kook bertanya sedemikian. “ Aku ngan dia kawan..I guess,why?”jawab Jihyun. Memberikan jawapan yang jujur dan tulus bagi soalan lelaki itu. Jung Kook diam,dia memandang pantulan wajahnya dari skrin komputer yang hitam itu.

   “Ka-kau suka dia tak?”soal Jung Kook lagi. Masih tidak puas hati dengan jawapan ringkas dan baik JIhyun itu. Jihyun memandang Jung Kook yang sedang kelihatan agak serius. Dia juga memandang kearah pantulan wajahnya di skrin komputer sebelum tersenyum kecil. “suka….”Jung Kook segera berpaling kearah Jihyun yang sedang tersenyum itu. “Aku suka dia sebagai kawan tak lebih..”sambung Jihyun lagi sambil senyumannya makin luas apabila melihat kemendungan yang berlaku pada wajah Jung Kook.

   “ouh”Jung Kook dapat melepaskan keluhan lega apabila mendengar jawapan daripada Jihyun itu. Betul tu,dia patut berfikir positif,tak mungkin Jihyun akan suka pada Sehun yang bongkak lagi dingin dan pandai itu. -_- … Jung Kook menelan air liurnya sebelum otaknya mula mengira-ngira kelebihan yang ada pada jutawan penjual mee itu.

Sehun ,pandai, aktif sukan ,rajin ,kaya dan kacak sedangkan dia ,bodoh, malas ,miskin dan lebih kacak dari Sehun. Jung Kook tersenyum apabila terfikir akan satu-satunya kelebihan yang ada pada dirinya,kacak. K.A.C.A.K. Dia memandang wajahnya pada skrin dan mula menguruskan rambut-rambutnya sambil meneliti setiap perincian pada wajahnya itu.

Jihyun yang memerhatikannya dari tadi membuat muka. “Kau tak kacaklah,tak payah poyo sangat nak perasan macam tu..”komen Jihyun sambil mengetuk kepala Jung Kook. Lelaki itu memuncungkan bibirnya sambil memandang Jihyun. Jihyun bingkas bangun . “Aku nak balik padang ,nanti cikgu papan telur marah  plak “ujar Jihyun merujuk kepada Cikgu Jung Kook,guru jasmaninya yang mempunyai otot-otot tegap seperti telur.

  “Antara aku ngan Sehun mana paling hensem ?”soal Jung Kook apabila Jihyun mahu melangkah keluar . Jihyun terdiam,berfikir tentang kedua-dua wajah lelaki itu sebelum menjawab tanpa sebarang tapisan. “Sehun…”Jihyun tersenyum sebelum melangkah pergi meninggalkan Jung Kook yang sedang berada dalam keadaan yang membara dengan komen yang baginya tidak sahih dari Jihyun.

 

 

 

Hari berganti hari , Jihyun serta keluarganya masih tidak dapat menjumpai mana-mana penderma buah pinggang yang sanggup menderma kepadanya. Satu Bandar Seoul telah dijelajahnya namun masih tidak ketemu. Jihyun duduk menyendiri di sudut cafeteria . Dia kelihatan seperti mayat hidup yang sedang memikirkan hari kematiannya yang akan datang.Langsung tidak berminat untuk berehat dengan EXO mahupun BTS lagipun BTS dikhabarkan menjadi tahanan manja oleh Cikgu Sukjin serta Cikgun Jaesuk yang begitu penyayang itu.

 

Luhan yang baru melabuhkan punggung di sebelah Xiumin setelah mendapatkan makanan terpandang akan kelibat Jihyun yang sedang duduk membatu seorang diri tanpa teman. Dipandangnya rakan-rakannya satu persatu,Kai,Tao dan Sehun masih tidak kelihatan. Dia mengigit bibir bawahnya sebelum bingkas bangun . “Guys,jap agi aku datang balik”ujar Luhan kepada rakan-rakannya yang sedang gelojoh menghabiskan makanan masing-masing.

Luhan tersenyum sambil di tangannya dipegang sekotak susu strawberi miliknya. Ingin diberikan kepada gadis itu. Dia makin mendekati JIhyun sebelum langkahnya terberhenti secara automatic apabila menyedari kehadiran Sehun yang menyapa Jihyun dengan ramahnya. Dia terkaku di tempatnya sambil matanya tidak lekang dari memerhatikan Jihyun dan Sehun yang tidak berapa jauh darinya.

    “Jihyun-sshi,rehat ngan kitaorang jom”ajak Sehun sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan dengan Jihyun . Gadis itu memandang Sehun dengan mata pandanya sebelum mengeleng. “Aku taka da mood”jawab Jihyun malas . Sehun terdiam,dia menggaru-garu leher belakangnya.

    “Kau ada  masalah ker? Citerlah kat aku.Fasal omma kau ker?”soal Sehun yang dapat mengenal pasti punca Jihyun yang kelihatan tidak bermaya itu. Jihyun memandang Sehun dengan matanya yang begitu layu itu sebelum mengangguk. Bagus juga jika  ada orang yang dapat berkongsi masalah dengannya. Dia pun tidak tahu kenapa dalam banyak –banyak orang,Sehunlah yang dia paling selesa untuk berkongsi masalah keluarganya.

Sehun mengangguk perlahan. “Omma aku kena bedah esok ,tap-tapi kitaorang masih tak dapat cari  penderma lagi..kenapa susah sangat…”Jihyun menekup wajahnya. Pening dengan masalah yang dihadapinya . Sehun masih lagi mendiamkan diri. Dia membelai lembut rambut gadis itu sebelum segaris senyuman menghiasi wajahnya. “Aku lupa nak beritahu kau Jihyun,sebenarnya aku dah jumpa dah pun penderma yang akan derma buah pinggang pada ibu kau..”Jihyun mengangkat wajahnya,memandang Sehun dengan matanya yang membulat dan bercahaya.

   “Really? Siapa ??”soal JIhyun kembali bersemangat. Sehun tertawa kecil. “Dia lelaki ,tapi masalahnya dia Cuma boleh derma satu jer..sorry..”ujar Sehun dengan nada nya yang semakin merundum. Jihyun mengeleng ,tersenyum girang . Dia terus memeluk Sehun kerana terlalu gembira dan terharu dengan usaha yang dilakukan lelaki itu.

   “Thanks Sehun-sshi,kaulah sahabat aku yang terbaik kat dunia”Jihyun tersenyum sambil memeluk erat badan lelaki itu. Sehun hanya tersenyum. “Nanti aku call penderma itu and suruh dia gi hospital.. “ujar Sehun sambil mencuit lembut hidung gadis itu. Jihyun mengangguk. Dia tidak habis-habis berterima kasih kepada lelaki itu. “Sama-sama Jihyun.”

 

Jung Kook yang baru masuk ke cafeteria setelah diberi khidmat bebelan percuma dari guru-guru penyanyang terkedu melihat Jihyun dan Sehun yang berpelukan. Dia hanya mampu memerhati dengan perasaan yang bercampur aduk. Dia terdiam sebelum berlalu pergi. Luhan pula hanya tersenyum pahit sebelum melangkah pergi semula ke rakan-rakannya 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!