I'm your ANGEL

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

Jihyun melirikkan pandangannya kearah Sehun yang sedang leka berbual dengan Kai dan Tao. Bibir bawahnya yang nipis itu digigit lembut. Perasaan serba salah menyelebungi dirinya. Dia betul-2 tak faham kenapa dia berasa sebegitu .

  ‘Apa yang aku nak buat ni?minta maaf ke?...ni semua fasal jungkutie tu..kalau tak gerenti aku rehat dengan dia..’terdetik di hati kecil Jihyun. Matanya tidak lepas memandang kearah Sehun yang tak berapa jauh dari tempat duduknya. Dia diam seketika sebelum kisah silam menyelubunginya. Kepalannya bergerak ke kanan dank e kiri sebaik teringat akan masa itu.

   ‘No!!!...aku tak boleh rapat dengan dia…’Jihyun kemudian menuka arah matanya kearah 2 orang lelaki di samping Sehun. Kai dan Tao. Kerja gila untuk lebih dekat dengan mamat kacak itu. Macam  mana kalau dia kena belasah lagi. Fuh..kenapa lah hidup ni kejam sangat.

Sedang Jihyun terawang-awangan dengan fikiran masa hadapannya,Sehun secara sembunyi menjeling kearah Jihyun dengan ekor matanya. Dia mengeluh lemah,sayang sebagai kawan atau apa? Dia pun tak pasti. Yang pastinya ialah dia akan mencari jawapannya. ..

 

 

Jihyun mengemas –ngemas buku-bukunya dengan pantas sekali. Dia ingin cepat pulang dan merehatkan badannya yang sudah keletihan itu. Siap sahaja ,begnya itu terus digendong dan dia terus berjalan keluar dari kelas melalui pintu belakang seperti selalu. Keluar sahaja kelas,dirinya dikejutkan dengan kehadiran para tentera BTS yang secara rasminya menjadi rakannya . Perasmian itu telah dilakukan secara mengejut sewaktu rehat,ya,sewaktu dia memilih Jungkook daripada Sehun.

   “Jihyun!!!”sapaan mesra  daripada BTS menjengah gegendang telinga Jihyun . Hanya senyuman senget yang mampu diberikan kepada ketujuh-tujuh jejaka sentimental itu. “Nak balik ke?”pertanyaan yang agak bodoh terpancul keluar dari mulut lelaki berambut oren keemasan atau nama glamornya V .

   “Yelah…”balas Jihyun dan memulakan langkah. “Hyorin mana?balik ngan hyorin ke?”Tanya Rap Mon sambil matanya meliar mencari kelibat gadis pujaannya itu. Tapia pa yang menjengah pandangannya hanya gadis-gadis yang mengilai mereka.

   “Aku balik jalan kaki…hyorin ada kerja”ujar Jihyun sambil menolak-nolak kepala kecil Jungkook yang asyik ingin menyandar di bahuku. Gedik pulak mamat comel sorang ni. Sepanjang  koridor itu,peminat-2 BTS tidak melepaskan peluang memberikan jelingan maut terhadap Jihyun apabila melihat  dia berjalan bersama oppa’s gilaan mereka.

 

   “La yeke?siannya Jihyun?nak kitaorang temankan ?”Tanya J-hope kononnya prihatin sedangkan di dalam otaknya sudah setting nak makan kat rumah Jihyun. Huh,betapa bijaknya mamat yang suka melompat-lompat ini.

   “No thanks..aku boleh balik sendiri..okaylah.. bye”Jihyun tersenyum kearah BTS sebelum berlari meninggalkan ketujuh-tujuh rakannya.Bukan sebab tak nak berjalan dengan mereka tapi sebab tak nak kumpul lebih banyak musuh. Cukuplah musuh nya pada zaman dahulu kala.

 

Jihyun berjalan sambil menyepak-nyepak batu kecil di sepanjang jalan. Bosan ,tiada rakan untuk diajak berbual . Jihyun memandang sekelilingnya,semuanya berteman apabila balik sedangkan dia sentiasa keseorangan.Sepanjang berjalan,Jihyun hanya membebel sendirian tentang dirinya seperti berat badannya,sekolahnya dan keluarga. Tanpa pengetahuannya,ada orang yang mengekornya dari belakang sambil tersenyum memandangnya dari belakang.

Jihyun berhenti berjalan secara tiba-tiba menyebabkan orang yang mengekornya secara sembunyi itu turut terhenti. Dia memandang kearah kanan ,kelihatan taman yang sememangnya tempat orang ramai berrekreaksi. Jihyun tersenyum sebelum langkahnya menuju ke  arah taman itu. Dia mengambil tempat di salah sebuah pondok yang cantik dibina di situ. Angin sepoi-sepoi Bahasa menenangkan lagi keadaan .

Sedang Jihyun leka menghirup udara segar ,bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Menyedarkan bahunya dicuit,kepalanya secara automatic menoleh ke belakang dan melihat Jungkook sedang berdiri tegak sambil membuat V pose. 

                                                 

Mata Jihyun hampir tercabut keluar apabila melihat kehadiran tanpa sangkaan daripada jejaka itu. “A-apa kau buat kat s-sini?”Tanya Jihyun sambil matanya tidak lepas memandang Jungkook yang sudah melabuhkan punggung dengan selamat di sebelahnya. “sebab aku tinggal sinilah..”balas Jungkook selamba badak sambil memerhatikan sekumpulan lelaki bermain bola keranjang tidak jauh dari tempat mereka. Kanak-kanak yang bermain taman langsung tidak dipandang.

   “Aku tahulah”jawab Jihyun lalu memalingkan wajahnya kehadapan semula. “Kenapa kau pindah sini ek?”Tanya Jungkook memecahkan suasana kekok diantara mereka. Jihyun memandang ke bawah. Kakinya tidak reti diam sebaliknya asyik bergerak. “Aku gaduh..”balas Jihyun perlahan.

Jungkook menoleh kearah Jihyun yang sedang memandang ke bawah. “Really? Why?”wow,Jungkook terus berspeaking. “Aku difitnah…”balas Jihyun memberitahu perkara yang sebenarnya. Jungkook terdiam. Lidahnya kelu.

   “Aku ada sebab kenapa aku jadi macam apa yang aku sekarang tapi aku tak tahu yang dengan apa yang aku buat ni akan buatkan aku makin dibenci…aku Cuma nak hidup macam orang lain…ada kawan..masuk sekolah sekarang ni,dah lebih 5 kali aku tukar sekolah tahun ni,setiap sekolah jugak..I never has any friends..all of them is my enemies…”satu butir air mata jatuh tatkala dia menutup matanya. Betapa peritnya dia menghadapinya tanpa ‘dia’. JungKook ingin memeluk gadis itu tapi dia merasa takut gadis itu akan menolaknya.

   “makin lama,segala sindiran,fitnah dan pembulian buatkan aku jadi semakin kuat…aku dah kebal dengan apa yang mereka buat pada aku…aku dah tak tunduk pada dorang semua……tapi semua ni bukan macam drama,orang baik akan selalu menang sebaliknya orang jahat akan terus buatkan hidup orang baik sengsara…aku pun tak faham kenapa..apa yang bagusnya buli orang yang macam aku ni..apa dorang ingat aku ni binatang”Makin lama,tangisan Jihyun semakin dapat didengari dengan jelas oleh Jungkook di sebelahnya.

   “A-ku…a-ku ..rindukan….”Badan Jihyun dipusingkan ke tepi dan badannya dipeluk Jungkook seeratnya. Jihyun terkaku. “hear this…no matter what happens to you…don’t worry …aku akan sentiasa di sisi kau…because starting now..I will be your ANGEL”Jantung Jihyun berdegup laju . Degupan laju yang lain daripada yang lain. Adakah perasaan ni kembali semula. Adakah dia akan lupakan ‘dia’?

Jungkook membelai-belai rambut Jihyun yang panjang itu sambil tanggannya tidak lepas dari memeluk gadis itu. Sekarang dia tahu segala sengsara yang dialami gadis itu. Jadi,dia sudah mengambil keputusan…

 

 

 

Jihyun ketawa memandang pergaduhan bodoh antara J-hope dan Jimin. Mereka sekarang berada di kantin. Meja merekalah yang paling riuh sekali. BTS tidak habis-habis membuat Jihyun ketawa. Ya,mereka ingin membuatkan Jihyun tahu apa ertinya kawan dan bagaiman perasaan mempunyai kawan.

   “Hahahaha…dahlah korang ni macam budak-budaklah…”Jihyun menarik-narik tangan J-hope supaya duduk . “Tak nak…jimin ni ha!!! :P….”J-hope berlagak seperti kanak-kanak Ribena yang perlukan perhatian sambil membuat muka comel dengan eye smilenya. Jihyun hanya tertawa kecil. 

                                            

“Yah!! Mana ada…jihyun kita tak salahlah…”Jimin mempertahankan dirinya sambil menghentak-hentakkan kaki . Dia membuat wajah comel yang dia ada sambil pura-pura menangis.

                                         

Bukan sahaja BTS mentertawakan mereka malah seluruh pelajar yang berada di kantin turut ketawa berdekah melihat J-hope dan Jimin yang mula bergaduh ala-ala perang kedua. V turut serta apabila 4d nya tiba-tiba sahaja menyerang.

Exo yang berada di sudut kantin hanya berlagak dingin melihat perangai kebudak-budakkan Bts. “Tchh..tak macho langsung beb”ujar Kris sambil menghirup air oren jusnya. Yang lain hanya mengangguk.

Sehun langsung tidak memperdulikan lawak bodoh memalukan diri BTS itu ,dia lebih berminat melihat reaksi Jihyun yang asyik tertawa itu. Perasaan cemburu terbit di dalam dirinya secara tiba-tiba.

Luhan yang duduk di sebelahnya memandang kearah tempat Sehun melihat. Keningnya terangkat apabila mendapati Sehun sedang memandang kearah seorang gadis gemuk. …….... Luhan terdiam seketika sebelum dia mula mengingati siapakah gadis gemuk hodoh dan pendek itu. Ya,dia ialah gadis yang pernah mereka belasah pada suatu ketika dahulu.

   “Yah!apa yang kau tenungkan tu ha!?”sergah Luhan membuatkan ahli yang lain mengalihkan pandangan mereka kearah Sehun dan Luhan. HunHan cp. Sehun tersedak air liur apabila Luhan tiba-tiba menyergahnya sambil pinggangnya dicucuk dari tepi.

   “Apa?”tanyanya tidak mengerti. Luhan tersenyum sinis sebelum bangun dan menyuruh yang lain turut bangun. Hanya Sehun tidak bergerak. Tidak faham apa yang ingin Luhan dan hyung’snya yang lain ingin lakukan/ Sebenarnya,ahli exo yang lain turut tak tahu mengapa mereka disuruh berdiri dan mengikut Luhan.

   “Jom..ikut aku..”ajak Luhan mengetuai yang lain menuju kearah Jihyun yang sedang bergembira dengan BTS . Exo hanya mengekor tetapi kemudian mereka akhirnya mengerti.

 

   “Yo!bro..”sapaan sopan lagi bertemadun diberikan daripada Luhan  kepada BTS. Rap Mon bangun dari duduknya dan bertemu mata dengan Luhan. Langsung tiada perasaan gerun di dalam dirinya apabila berhadapan dengan 11 orang lelaki yang hebat bergaduh itu.

   “Ya,cik Luhan…ops…maksud saya encik luhan yang cantik lagi menarik”sengaja Rap Mon ingin menyakitkan hati lelaki bermata ‘deer’ itu. Jihyun hanya diam . Luhan menahan rasa geramnya ,pandangannya beralih kearah Jihyun yang sedang duduk diam sambil memandang ke bawah. Senyuman sinis terukir di wajahnya yang kacak itu.

   “Well well well..tak sangka adik-adik bangtans dah besar..look what I see now…you already has a girl in your group huh…”Luhan bertepuk tangan diiringi dengan gelak tawa daripada ahlinya yang lain. “But….malangnya …”Luhan mendekati Jihyun dan mengusap-ngusap kepala Jihyun.

    “Korang tak tahu macam mana nak pilih perempuan…haish..I feel symphatize for you guys..”Luhan mengeleng-geleng kepalanya sambil membuat muka simpati olok-oloknya.Usapan Luhan semakin laju membuatkan Jihyun mengadu kesakitan. Jungkook yang berada di sebelah Jihyun berdiri dan memegang tangan Luhan membuatkan senior itu terhenti .

    “Don’t you dare to touch my girl!!”tegas JungKook sambil matanya tepat memandang kearah bebola mata Luhan yang bersinar itu. Terdetik hatinya bagaimana Jihyun menghadapi segala pembulian pada masa dahulu.

 Luhan menarik tangannya semula dan memandang tajam kearah Jungkook. Keadaan sunyi seketika. “Tch..tch.,..why so silent…?are you guys doing drama here…”Chanyeol memulakan jenaka  bodohnya sambil tersenyum menampakkan baris giginya. Dia dan ahlinya yang lain sudah betul-2 faham tujuan Luhan datang ke sini. Hanya untuk membuli gadis itu.

    “Apa yang korang nak sebenarnya?....jeleske sebab semua pelajar perempuan tumpukan pada kitaorang?”Jin yang dari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara.

    “Ani~..we just want to play with this girl”rambut Jihyun tiba-tiba direntap oleh Luhan membuatkan Jihyun tertarik ke belakang dan jatuh dari kerusi. Satu kantin bergegar dengan gelak tawa pelajar kecuali BTS yang mula geram.

   “YAH!!! I SAID DON’T TOUCH MY GIRL!!!”

GEDEBUKKK!!! Luhan tersungkur sebaik menerima tumbukan padu daripada juniornya.Wajah Jungkook kemerahan begitu juga telinganya. Jungkook menjilat bibirnya sebelum memulakan pergaduhan. Jihyun pula masih terduduk di atas lantai menyaksikan segalanya.

 Dia bangun dan cuba menghentikan pergaduhan tapi apa yang diterima hanyaalah tolakan daripada BTS yang tidak mahu dia tercedera.

    “Yah!!!berhentilah!!! berhenti!!!!”Jihyun menolak Luhan daripada berterusan menumbuk Luhan. Luhan tersenyum sinis sebelum sekali lagi menarik rambut JIhyun  dan menyandarkan gadis itu ke dinding.

    “let me test something on you..”bisik Luhan dan ingin melepaskan tumbukan kearah Jihyun sebelum pipinya yang ditumbuk kuat dari tepi. Exo dan BTS terbehenti apabila melihat Sehun sendiri menumbuk hyung kesayangannya. Nafas Sehun turun naik  memandang Luhan yang tersungkur di lantai.

Semua di situ sudah menyangka bahawa Luhan akan memarahi Sehun tapi mereka salah apabila Luhan sebaliknya ketawa . “Yah!! Sehunnie…are you insane?”Tanya Luhan dan bangun dari lantai.

Dia menjeling kearah Jihyun yang tersandar di dinding. “With this girl?seriously?”Sehun terkedu. Luhan tersenyum sinis sebelum membalas semula tumbukan Sehun.

Sehun mengelap darah yang keluar dari mulutnya. Dia memandang kearah Luhan. “I’m not!!”nafinya .Dia memandang kearah Jihyunn yang turut memandang kearahnya. Mata mereka bertemu dan Sehun dengan cepat mengalihkan pandangannya.

   “Apa yang dorang cakapkan?”Tanya V kepada Baekhyun di sebelahnya. Baekhyun mengangkat bahu tanda tidak tahu.

   “Entah………wait kita musuh mana boleh cakap”Baekhyun menjeling kearah V sebelum mereka berdua menjarakkan diri sambil menjelirkan lidah masing-masing.

Luhan mengeluh lemah . “Don’t you ever thinks of it Sehun or you will never be a part of us….”Ujar Luhan memberi arahan tegas. Ahli exo semua tercengang apabila mendengar amaran daripada Luhan.

    “APA YANG BERLAKU KAT SINI…AYOYOYOYOYOYO…APA NI!!GADUH LAGI !!! MASUK BILIK DISIPLIN SEKARANG!!!!!”jerit Cikgu Sukjin yang tiba-tiba muncul dengan rotan kesayangannya itu. BTS dan EXO hanya mendengus kasar.

Jungkook memandang Sehun yang seperti memikirkan sesuatu. Tangan Jihyun bingkas ditarik . “Jom..bilik disiplin!!”sorak JungKook . Jihyun hanya tersenyum senget dan mengikuti BTS menuju ke bilik disiplin.

Exo memandang Luhan yang sudah berjalan pergi meninggalkan mereka. Mereka kemudian memandang Sehun.

   “Hunnie…dah cepat…”panggil Suho dan berjalan pergi bersama yang lain. Sehun menarik nafas dalam sebelum berjalan membontoti hyung’snya

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!