Confessions

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

 

Cikgu G.N.A masuk ke dalam kelas dengan wajah yang agak sugul. Tidak suka kerana pelajar cemerlang dan kesayangannya terpaksa berpindah pergi. Meninggalkannya bersama dengan pelajar-pelajar yang langsung tiada minat belajar . Dia meletakkan fail peribadi sekolah milik Jihyun diatas meja sebelum berdiri di hadapan kelas.

  “Baiklah,hari ni saya ada berita buruk untuk diberitahu..Jihyun mari sini..”arah Cikgu G.N.A membuatkan seluruh kelas mula tertanya-tanya dengan apa yang ingin dilakukan guru tersebut. “Ahn Jihyun akan berpindah ke Busan”beritahu Cikgu G.N.A lalu memeluk kasih sayang kepada Jihyun yang sedang menjeling kearah reaksi Sehun.

Pelajar-pelajar mula membuat bising sambil berbisik-bisik.

   “Pergilah….”

   “Ngorat laki laki kat Busan tu and never come backlah”

   “Ada kitaorang kisah…”

Masing-masing mula membuat kecoh. Kai yang tidak tahan lagi menghentakkan kedua belah tapak tanggannya diatas meja lalu bangun. Memberikan rakan-rakan sekelasanya pandangan tajam yang boleh membuatkan sesiapa sahaja tidak tidur lena malamnya.

   “YAH!! KORANG PEKAK KER BODOH ?ADA PULAK SEOSAENGNIM TANYA SIAPA KISAH KAT SINI??!! ..BONGOK!!BODOH!!BINGAI!!”Kai mula mencarut . Keadaan sunyi sepi sehinggalah Sehun tiba-tiba menendang mejanya sehingga jatuh . Dia bangun .

   “AKU KISAH KALAU DIA PINDAH!”jeritnya dan mendekati Jihyun. Tangan gadis itu ditarik keluar kelas. Meninggalkan semua di dalam kelas terpingga-pingga. Jihyun hanya akur,mengikut kemana Sehun membawanya. Pelajar-pelajar kelas lain sempat menjeling kearah mereka yang sedang berjalan laju.

    “Sehun..lepaslah ,sakit bengap!!”arah Jihyun sambil cuba melepaskan diri. Sehun hanya berjalan ke depan sambil menarik kasar tangan Jihyun. Dia melepaskan tangan gadis itu sebaik sahaja mereka sampai di tingkat 3,tingkat dimana pihak sekolah tidak menggunakannya untuk sebarang kelas.

Jihyun memandang kearah Sehun . Lelaki itu memandangnya dengan wajah bengis sebelum mula menengkingnya secara tiba-tiba. “Kenapa kau perlu pindah hah!!? Bukanke omma kau dah sembuh !? “Jihyun terkedu mendengar tengkingan Sehun buat kali pertamanya. Dia memandang ke bawah,memandang kearah lantai. “Omm-omma aku yang nak pindah balik ke Busan ,dia kata dia nak habiskan seluruh umur nya kat  sana”jawab Jihyun dengan nada yang begitu perlahan.

Sehun tersenyum sinis . “Jadi apa masalahnya? Kenapa kau perlu ikut dia?”soal Sehun masih tidak berpuas hati dengan jawapan Jihyun. Jihyun memandang Sehun dengan matanya yang hampir berkaca sepenuhnya .  “Ak-aku min-mintak maaf Sehun tapi..” Jihyun mengeluarkan kotak kecil bewarna biru cair lalu dihulurkan kepada Sehun.

  “Simpan ni ,hadiah dari aku sebagai tanda persah—“belum sempat Jihyun menghabiskan kata-katanya,kotak kecil tersebut diambil dan dibuang ke luar tingkap. Mata Jihyun membulat besar,dia hanya dapat memerhatikan tindakan Sehun dengan mulut yang terbuka luas. Terkejut dengan tindakan Sehun yang langsung tidak memikirkan perasaannya. “You see that,benda kecil tu tak ada makna punlah..benda tu tak akan buatkan aku berhenti rindu kau ! ianya hanya akan buatkan aku makin benci kat ka—“

 SLAPP!!

Sehun memegang pipinya yang ditampar kuat oleh Jihyun. “ Kau tahu tak berapa susahnya aku nak buat rantai tu!!..aku tak tidur malam demi nak hadiahkan kau benda tu..benda yang kita akan pakai untuk selamanya..” marah Jihyun sambil menunjukkan rantai buatannya sendiri. Loket yang tidak separuh dari hati itu ditunjukkan kepada Sehun. Loket love yang telah dipecahkannya kepada 3 supaya jika dia berjumpa dengan 2 orang mereka,kenangan lama dapat diimbas kembali .

Sehun  terdiam,memandang wajah Jihyun yang sudah bermandikan air mata. Sehun cuba memegang bahu Jihyun namun dia tidak mampu. Dia memandang Jihyun dengan perasaan yang bersalah. “Sorry Jihyun,ak-aku cuba tak dapat tahan perasaan aku..ak-aku tak nak kau pergi Jihyun..aku—aku—aku betul-2 betul sayangkan kau Jihyun ..”Luah Sehun dengan beraninya. Jihyun memandang lelaki itu sebelum tersenyum kecil.

  “Aku pun sayangkan kau ,Sehun..”jawab Jihyun sambil mengelap air matanya. Sehun mengelengkan kepalanya,gadis itu telah salah faham dengan makna disebalik luahannya . “Tak Jihyun ,bukan sayang sebagai kawan Jihyun tapi..”Sehun menolak Jihyun ke dinding.

Bibirnya didekatkan ke bibir gadis itu sebelum kedua-duannya bertemu. Mata Jihyun terus membulat sebaik sahaja bibir mereka mula berpaut. Dia dengan segera menolak badan lelaki itu dengan kasar . Memandang Sehun dengan pandangan tidak percaya.

  “Aku suka kau Jihyun! Aku cintakan kau!!..”luah Sehun membuatkan Jihyun terkedu dan terkaku dalam masa yang sama. Jihyun memandang ke sekeliling. Memastikan tiada siapa yang menyaksikan apa yang telah berlaku tadi. “Maaf Sehun,tapi—tapi ak-aku cintakan Jeon Jun—“Tangan Jihyun dipegang Sehun dengan kuat sebelum disandarkan kembali ke dinding dan terus mencium gadis itu. Tidak mahu gadis itu menyebut nama lelaki yang menjadi pesaingnya. DIa benci lelaki kenit yang menjual keropok itu. Apa yang ada pada lelaki itu sehingga membuatkan gadis yang dicintainya menolaknya.

Sehun menutup matanya,tanpa disedari air matanya jatuh mengalir turun . Perit dengan luahan yang dilakukan gadis itu. Jihyun pula tidak dapat bergerak ,tangannya digengam erat oleh Sehun sehingga membuatkan dia tidak lagi dapat menahan. Dia menutup matanya dan membiarkan sahaja dirinya hanyut dalam ciuman lelaki itu.

 

Aku cintakan Jeon Jung Kook dan bukan Oh  Sehun

Jung Kooklah yang telah buatkan aku bersemangat untuk datang ke sekolah setiap hari. Walaupun perangainya begitu kebudak-budakkan tapi dia mampu buatkan aku ceria setiap hari. Dia sentiasa gembirakan aku apabila aku dalam kesedihan. Dia buatkan aku jatuh cinta sekali lagi . Dia buatkan aku sedar zaman persekolahan sebenarnya best..Aku dah jatuh cinta pada dia sejak aku kenal dia buat kali pertama.

Dan Oh sehun

Dia selalu ada bila aku dalam kesusahan

Dia sentiasa ada di sisi aku jika aku memerlukan seseorang

Dia sentiasa tolong aku

Dia sanggup pilih aku dari persahabatannya

Dia ,dia ..

 

 

Sehun menamatkan ciumannya dan memandang Jihyun dengan matanya yang memerah. Dia mengelap air mata yang wujud pada tubir mata Jihyun sebelum mengukirkan senyuman pahit. “Take care then,ak-aku memang bukan untuk kau ,Jeon Jung Kook adalah yang terbaik..goodbye Jihyun-sshi” Ujar Sehun sebelum mengusap kepala Jihyun dengan lembut. Jihyun dapat melihat burit-butir jernih yang mengalir dari mata lelaki itu namun dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Sehun menghadiahkan Jihyun senyuman paling manis yang dia ada sebelum melangkah pergi dengan hati yang hancur berderai. Cinta pertamanya sudah tamat. Dia perlu membiarkan gadis itu membuat pilihan sendiri. Jihyun hanya mampu mengalirkan air mata ,dia menekup separuh wajahnya dan berterusan menangis.

 

 

 

Sesi persekolahan akhirnya tamat,Jihyun berjalan menuruni anak tangga untuk terus pulang ke rumah. Otaknay ligat memikirkan ke mana Sehun menghilang setelah apa yang berlaku pagi tadi. Sebaik sahaja dia masuk ke kelas,Sehun masih tiada di tempatnya sehinggalah tamat waktu persekolahan. Beg lelaki itu terpaksa dibawa pulang oleh rakan-rakannya yang juga tidak tahu ke mana Sehun menghilang.

Jihyun mencari lelaki itu di seluruh kawasan sekolah namun tidak juga ditemui. Peluh sudah mula membasahinya. Sedang dia berjalan,matanya tertangkap pada sesusuk tubuh yang sedang tertonggeng –tonggeng diatas tanah yang ditumbuhi dengan rumput-rumput yang panjang paras lutut.

Dia segera mendekati lelaki tersebut dan mengeluh lega setelah melihat siapakah insan tersebut/. “Sehun?”panggil jihyun perlahan ,Sehun yang sedar namanya dipanggil segera menoleh dan melihat Jihyun sedang memandangnya . Dia segera bangun dan berdiri tegak di hadapan gadis itu. Tangannya yang kotor akibat tanah disembunyikan dibelakang badan,wajahnya juga kelihatan sedikit comot dan kemerahan mungkin kerana panas.

  “Apa yang awak buat?”soal Jihyun hairan. Dia cuba berlagak biasa . Sehun mengelengkan kepalanya dan terus berjalan pergi dengan laju. Jihyun pula masih terpingga-pingga melihat lelaki itu melarikan diri darinya. Dia mengeluh lemah dan memandang keatas. Melihat ke tingkat 3 bangunan.

Dia terdiam. Tingkat tersebut ialah di mana tempat dia dan Sehun berada pagi tadi. Dia memandang kearah tanah dan hatinya mula bergetar. Lelaki itu mencair barang yang telah dibuang jatuh . Jihyun memandang kearah kesan tapak kaki Sehun yang masih terkesan diatas lantai dengan perasaan sayu. Maaf Sehun..

 

 

 

Jihyun memandang kearah jam dinding biliknya. Dia mengetap bibirnya. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam dan Jung Kook menghantar mesej untuk berjumpa dengannya sekarang,pada malam yang sejuk. Jihyun mengangguk kecil setelah mengambil keputusan untuk bertemu lelaki itu.

Dia memakai baju yang berlapis-lapis bagi mengelakkan penyakit selsema yang akan menyerang apda bila-bila masa. Dia meminta izin dari keluarganya dan segera memakai kasut,menuju ke taman permainan berdekatan rumahnya,sebaik sahaja tiba.Dia mengigit bawah bibirnya,taman permainan itu gelap tanpa sebarang cahaya .

Jihyun menarik nafas panjang sebelum dengan perlahan makin mendekati taman permainan  tersebut . Tiada kelibat seseorang pun  di situ membuatkan dirinya mula merasakan ada sesuatu akan terjadi. Sedang dia memanaskan suhu badannya,seseorang menyarungkan jaket sejuk dari belakang membuatkan dia terkejut.

Jihyun menoleh ke belakang dan melihat Jung Kook sedang tersenyum manis. Lelaki itu Nampak lain dengan rambut tidak lagi menutup wajah. Jihyun tertawa kecil melihat lelaki itu. Difikirkan ada orang yang akan menculiknya.

  “Yah!! Aku ingatkan siapalah tadi..kenapa kau suruh aku datang sini malam-malam yang sejuk ni hah?”Jihyun berpeluk tubuh memadang Jung Kook di hadapannya yang kelihatan gementar. Jung Kook tertawa kekok sebelum menghulurkan tangannya kepada Jihyun. Tanpa melengahkan masa,Jihyun menyambutnya dan dia ditarik ke sesuatu tempat.

Mereka berdua berjalan mendekati sebuah pondok yang cantik dihiasi dengan bunga-bungaan dan lampu-lampu yang berkelap-kelip. Jihyun berhenti sebaik sahaja lelaki itu melepaskan tanggannya . Mata Jihyun bersinar-sinar melihat keadaan pondok yang telah berubah rupa menjadi pondok mewah dalam sekelip mata. Dia terasa seperti berada di dalam alam puteri. Tempat yang indah dan cantik.

Jung Kook menjilat bibirnya yang kian kering kerana terlalu gemuruh. Dia memegang kedua-dua belah tangan Jihyun seraya meletakkannya pada dadanya. Membiarkan gadis itu merasa degupan jantungnya yang semakin laju berdegup.

Jihyun memandang lelaki itu dengan pipinya yang semakin merona merah. Tangannya dapat merasakan  degupan jantung lelaki itu. Jung Kook tersenyum sebelum berdehem kecil. Dia memberikan isyarat petikan jari kepada hyung’snya yang telah menunggu di belakangnya. Secara tiba-tiba,Bts muncul,Jin dan Jimin mula memetik gitar manakala yang lain membuat bunyi latar.

 Jung Kook mula menyanyikan lagu yang diciptanya khas untuk Jihyun. Lagu yang bertajuk Miss Right itu didendangkan kepada Jihyun .Bts turut memainkan peranan dengan menyanyikan part masing-masing. Sebaik sahaja lagu tersebut ,lagu kedua pula dimainkan,Beautiful . Jihyun menekup mulutnya yang sudah tidak mampu menahan dari tersenyum luas. Lagu terakhir pula ialah lagu Just One day,menujukan kepada Jihyun supaya setia bersamanya walaupun untuk satu hari.

Jung Kook berhenti menyanyi dengan melutut dihadapan Jihyun sambil menghulur sejambak bunga yang bewarna merah jambu kepada Jihyun. “Do you remember what happens under this pondok?”soal Jung Kook yang cuba berspeaking dengan Bahasa rojaknya. Jihyun terdiam sebelum mengangguk kecil.

Dia situlah di mana,Jung Kook telah berjanji untuk menjadi angelnya selamanya. Untuk melindungi dirinya. Jung Kook tersenyum. “Then,under this pondok..will you be my girlfriend,Ahn Jihyun?”lamar Jung Kook membuatkan Jihyun mengalirkan air matanya. Nampaknya cintanya benar-benar tidak bertepuk sebelah tangan.

Jihyun memandang kearah Bts yang sudah mula bersorak agar dia menerimanya. Jihyun terus melupakan segala perkara yang mungkin penting dan mengangguk . Menerima lamaran lelaki yang dicintainya itu dan secara rasminya menjadi teman wanita kepada Jung Kook.

Jung Kook bingkas bangun apabila Jihyun mengambil bunga dari tangannya. Dia tersenyum riang seraya memeluk gadis itu dengan rasa gembira.  “Ta-tapi Jung Kook,aku akan pindah..”beritahu Jihyun,menolak badan Jung Kook yang sedang mendakapnya. Jung Kook mengeleng,sudah mengetahui perkara itu .

  “Aku tahu dan sebab itulah aku nak kau jadi yeoja aku supaya aku tak perlu risau lagi..I will wait you ,Ahn Ji Hyun..”ujar Jung Kook . Dia mencium dahi gadis itu .

 

 

 

Berita cepat sahaja tersebar ,semua pelajar mula bergosip-gosip tentang hubungan yang dijalinkan Jihyun dan Jung Kook sejak malam semalam. Ditambah lagi dengan bukti kukuh,di mana Jung Kook dan Jihyun datang ke sekolah bersama-sama sambil berpegangan tangan.

Pelajar perempuan menjeling kearah Jihyun ,cemburu dengan gadis yang bagi mereka  langsung tidak menarik itu. Jihyun menundukkan wajahnya,malu dantakut dengan semua pandangan membunuh yang dihantar kepadanya. Jung Kook hanya tersenyum kecil melihat tindakan Jihyun yang tidak selesa berjalan beriringan bersamanya.

  “Buat macam biasa jer..”bisik Jung Kook sambil merapatkan lagi Jihyun kebadannya. Dia meletakkan tangannya pada bahu Jihyun dan dengan bahagianya berjalan melepasi pelajar-pelajar perempuan yang sedang dalam keadaan sedih dan kecewa serta marah dalam masa yang sama.

Jihyun memandang kearah Jung Kook dengan wajah tidak berpuas hati. “Kalau dorang serang aku,kau kena tanggungjawab”tegas Jihyun membuatkan Jung Kook tertawa . “Yes,I will..bukanker aku ni angel kau?”Jung Kook tersenyum dan dengan selambanya dia mencium pipi Jihyun membuatkan pelajar yang melihatnya hampir pengsan .

 

Sehun yang juga mendengar tentang berita tentang hubungan 2 orang insan tersebut hanya mampu melepaskan geram dengan menumbuk dinding di gim . Kai dan Tao memandang satu sama lain sebelum menelan air liur. Bimbang perangai berang Sehun muncul semula setelah sekian lama.

Luhan yang sedang mendengar lagu sambil melakukan senaman hanya menjeling kearah Sehun yang sedang melepaskan kemarahan dengan mencederakan diri sendiri.Dia juga terkejut sebaik mendengar berita tersebut sebaik sahaja dia datang ke sekolah. Hatinya juga perit seperti peritnya hati Sehun ketika ini.

Suho mengeluh lemah sebelum memberhentikan tindakan Sehun yang hanya menyakitkan diri sendiri. Suho memegang tangan kanan Sehun yang digunakan untuk menumbuk dinding itu. Tangan tersebut merah dan terdapat luka –luka kecil . Suho mengeleng ,menyuruh lelaki itu supaya berhenti.

Sehun diam,menarik kasar tangannya dari gengaman ketua tersebut dan menyandang begnya. Dia berlalu keluar dari gim ,meninggalkan hyung’snya yang sedang runsing dengan keadaanya. Kris melabuhkan punggungnya disebelah Suho yang sedang melepaskan keluhan berat. Bimbang betul dengan keadaan Sehun,maknae mereka itu .

  “Apa kita nak buat..perkara ni sepatutnya dah sepatutnya dijangka dari dulu,kan Luhan hyung?”soal Chen sambil menyandarkan badannya pada dinding. Luhan berhenti dari berjogging dengan mesin larian yang ada. Dia mengelap peluhnya sebelum memandang kearah rakan-rakannya .

    “Hyung mesti dah jangka benda macam ni akan berlaku kan? Sebab tulah hyung tak nak Sehun falling in love pada Jihyun?”soal Chanyeol pula. Luhan hanya mendiamkan diri,tak,dia tak pernah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku sebab dia juga menaruh hati pada lelaki itu.

Xiumin membaling topinya pada wajah Luhan yang sedang termenung . “Yah! Kau okay tak?”soal Xiumin ,hairan melihat perangai Luhan yang langsung tidak bercakap sepatah pun. Malah menunjukkan sebarang reaksi pun tidak. Luhan mengambil beg pakaiannya dan berjalan pergi tanpa sebarang kata. Meninggalkan membernya seperti Sehun.

 

Jihyun menekup wajahnya dengan buku apabila telinganya sudah tidak lagi mampu menerima segala bebelan,soalan serta kemarahan yang diberikan kepadanya sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas. Masing-masing seperti menjadi wartawan .

Sehun,Tao dan Kai hanya memandang dari tempat masing-masing. Kasihan pula melihat Jihyun yang dibuli pelajar perempuan yang masih tidak dapat menerima kenyataan. Sehun yang tidak mahu berdiam diri lagi bingkas bangun dan berjalan ke tempat Jihyun yang dikerumuni rakan sekelasnya.

Dengan selambanya,dia menendang segala bontot yang menghalang laluannya untuk berjumpa gadis itu. Tanpa kerelaan hati,mereka semua memberikan laluan kepada Sehun kerana sayang akan bontot mereka. Jihyun memandang kearah Sehun yang kini berada di hadapannya.

Lelaki itu kelihatan dingin,sedinginnya sewaktu mereka berdua pertama kali bertemu. Sehun menjeling kearah rakan sekelasnya yang masih berkerumun di tempat gadis itu. “Dalam kiraan tiga,kalau korang tak beredar jugak,aku sumbat kepala korang dalam tandas satu persatu..”ugut Sehun.

  “Aish, Sehun –sshi,dia sekarang milik Jung Kook ..kenapa awak masih nak protect dia”bentak seorang gadis berambut ikal mayang bewarna keperang-perangan sambil berpeluk tubuh. Rakan-rakannya juga menyokong kata-katanya.

   “Betul tu ,dia tolak awak..tak perlulah nak protect dia bagai”sokong seorang pelajar lelaki berambut cendawan. “Dia tak datangkan keuntungan punlah” makin kuat bantahan rakan-rakan sekelasnya membuatkan Sehun makin hilang sabar. Sudahlah moodnya tidak baik hari itu ditambah lagi dengan perangai rakan-rakan sekelasnya.

Sehun mendengus geram sebelum terus mencengkam kolar baju seorang lelaki berambut mushroom tadi yang betul-betul berdiri di sebelahnya. Lelaki yang berambut mushroom bernama Tae Jun itu menelan air liur sebaik melihat wajah bengis Sehun. Kai dan Tao datang menenangkan keadaan dari bertambah teruk.

  “Dengar sini! Kalau ada yang berani buat dia menangis atau kacau dia sekalipun…berdoalah untuk mati dalam keadaan yang tenang”Amaran keras lagi menakutkan diberikan dari Sehun. Pelajar di dalam kelas 4A itu hanya mampu mendiamkan diri.Tidak berani melawan lelaki dingin yang sedang berang itu.

Jihyun yang sedang tertunduk serba salah dipandangnya dengan pandangan yang tajam sebelum dia berjalan semula ke tempatnya. Tidak mahu mengganggu hak milik orang lain. Dia sudah tewas dalam perlawanan ini.

 

Masa rehat sudah bermula ,Sehun keluar untuk mendapatkan angin segar setelah fokusnya sentiasa terganggu akibat Jihyun yang telah menghancurkan hatinya. Langsung tiada mood untuk berehat bersam-sama rakannya . Dia perlukan masa berseorangan saat ini.

Jihyun juga turut keluar kelas. Dia mengejar Sehun sehingga ke taman sains,. Taman yang cantik dan indah namun tidak pernah dikunjungi sesiapa. “Sehun-sshi!”panggil Jihyun untuk kesepuluh kali sejak dia mengejar lelaki itu dari kelas. Sehun berhenti daripada terus berjalan di kawasan yang dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuhan-tumbuhan hijau yang dapat menyejukkan mata sesiapa yang melihantnya.

Dia memandang Jihyun tanpa sebarang reaksi yang terpampang pada wajahnya yang dingin itu. Perangai asalnya sudah kembali. Jihyun mengesat peluhnya yang mengalir turun sebelum menarik nafas ,mengumpulkan kembali tenaga yang sudah hilang kerana mengejar lelaki itu.

  “Ak-aku mintak maaf”tutur Jihyun seraya membongkokkan badannya 90 darjah. Sehun memandang gadis itu dengan rasa perit yang mendalam di lubuk hatinya . Jihyun memandang Sehun dengan rasa bersalah yang menebal. Dia masih mahu lelaki itu menjadi rakannya namun setelah apa yang dilakukannya ,mampukah lelaki itu berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

  “Jun-Jung Kook confess kat aku semalam malamnya..aku-ak”Jihyun tidak dapat menghabiskan kata-kataya apabila Sehun mencelah. “Kau terima sebab kau  pun cintakan dia sebagai mana dia cintakan kau”sambung Sehun ,masih lagi dengan wajahnya yang tidak berekspresi itu.

Jihyun menundukkan kepalanya,dengan perlahan dia menganggukkan kepalanya . Berlaku jujur pada lelaki itu . Sehun bertepuk tangan dengan kuat membuatkan Jihyun kembali memandangnya dengan rasa hairan. “T.A.H.N.I.A.H”ucap Sehun membuatkan Jihyun makin merasakan dirinya telah mencederakan hati lelaki itu terlalu teruk.

   “Sehun-sshi..”Jihyun memandang lelaki itu dengan rasa bersalah . “Aku ikhlas..tahniah ya?nampaknya kau dah dapat cinta sejati kau..urmm…semoga korang berkekalan…ah,aku nak pergi rehat dulu ,bye..dan take care kat Busan nanti..”ujar Sehun dengan nada suaranya yang bertukar serta menjadi ceria. Dia mencuit hidung mancung Jihyun sebelum berjalan pergi.

Sebaik sahaja dia melepasi gadis itu,butir-butir jernih jatuh dari tubir mata. Dia cuba tersenyum dan melangkah pergi namun dia tidak mampu. Dia memusingkan badannya dan terus memeluk gadis itu dari belakang.

   “Jaga diri kau kat sana…stay happy okay…jangan makan banyak sangat,aku nak jugak tengok kau kurus…”bisik Sehun,menahan air matanya dari terus jatuh. Tidak mahu gadis itu menyedari yang dia sedang menangis. Jihyun ketawa kecil seraya mengangguk. Dengan berat hatinya,Sehun melepaskan pelukannya dan dengan segera berlalu pergi. 

 

 

 

 

 

 

Hi!! it's me,the author..

Hurm ,maaf kalau ia agak terlalu konflik dan banyak drama

Well,saya pun tak sangka cerita ni akan banyak bertukar kepada angst..

huhuhu ,kesian pulak saya pada Sehun yang sanggup bua apa-apa pada Jihyun

 

btw,saya sebenarnya nak tekankan yang part Jihyun kurus akan ada dan just wait..

KOrang rasa korang suka Jihyun dengan siapa ya? Aish,saya pun pening nak buat pilihan..

Sehun?Luhan?Jung Kook? atau Mark
Cinta berapa segikah ni?

Ouh yeah! hope still give me a support walaupun citer ni  banyak merapu ,thanks.. chu~
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!