Luhan's STORY

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

 

 

Luhan duduk menghadap langit malam yang ditemani dengan bintang-bintang bersinar. Dia menyandarkan badannya pada bangku kayu di taman kecil di halaman rumahnya. Satu demi satu kenangan lama mengimbas kembali pada kotak ingatannya.

Dia mengeluarkan sesuatu dari sebuah kotak bewarna biru yang dibawanya keluar bersama. Sebuah buku berkulitkan warna hitam ditatap kesekian lamanya. Sudah lama dia tidak menyentuh album tersebut.

 

 

Muka surat pertama dibuka dan sekeping gambar yang tertampal di atas muka surat pertama menjengah pandangannya. Wajah 3 orang kanak-kanak yang sedang bergambar bersama di sebuah tadika. Luhan tersenyum apabila melihat wajahnya yang sedang ketawa riang apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan mendengki seorang kanak-kanak lelaki.

 

Flashback

Tadika Kids on the Top itu mula membuat bunyi bising apabila masa untuk bermain sudah tiba. Kesemua penuntut tadika tersebut mula mengisi masa yang ada dengan bermain sesama sendiri selepas memerah otak membaca ABC.

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur 6 tahun sedang duduk diam di atas bangku berdekatan taman kecil yang tersedia di tadikanya. Langsung tidak berganjak walaupun sedikit,tangannya pula lincah memusing-musingkan rubic cube bagi menyempadankan kesemua warna.Dia langsung tidak berminat untuk menyertai rakan-rakan setadikannya.

Sedang dia khusyuk bermain,tiba-tiba satu biji bola menyingah di kepalanya menyebabkan dia jatuh ke belakang. Kedengaran bunyi hilaian-hilaian ketawa kanak-kanak nakal yang telah menendang bola tadi.

Luhan mengusap-ngusap kepalanya yang sakit itu . Menjeling kearah si tak guna yang menendang bola tersebut di balik jambulnya yang panjang itu.

  “Yah! Bagi balik bola tu kat aku!!”arah si penendang bola tersebut, Niel sambil tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Luhan yang sedang terduduk di atas lantai yang kotor itu.

Luhan dengan perlahannya bangun dari duduknya. Bola yang telah menyebabkan otaknya berpusing dicapai dan diletakkan ke bawah. Bersedia untuk menendang walaupun ini kali pertama dia menyentuh bola. Dan kini dia sudah bersedia sepenuhnya apabila bola yang bulat itu duduk diam menunggu ditendang. Kaki kananya dihayunkan dan dia menendang bola tersebut sambil mata tertutup.

 

Perlaahan-lahan bola itu bergolek kearah kaki Niel . Niel dan rakan-rakannya memandang bola tersebut sambil tersenyum sinis sebelum mentertawakan tendangan Luhan yang begitu lembik itu. Luhan pula hanya mampu menunduk malu.

  “Sepatutnya tendang bola macam ni!!!!”Niel menendang bola tersebut sekuat hati dan bola itu dengan lajunya terbang kearah Luhan yang sedang berserah untuk jatuh buat kali kedua.

Luhan mendongak apabila bola tadi tidak sampai-sampai kearahnya. Matanya membulat apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan berambut pendek serta bertopi sedang memegang bola tersebut. Setahu dia,budak perempuan itu ialah pelajar baharu dan merupakan setahun lebih muda darinya.

 

  “Bola sepatutnya dimainkan di ..padang”ujar budak perempuan itu sebelum jarum yang dipegangnya dicucuk ke bola itu. Angin keluar dari bola tersebut sehinggalah tiada lagi angina di dalamnya. Bola yang kelihatan seperti lemping itu kemudiannya dibaling kearah Niel yang sedang tercengang.

  “Lain kali,kalau tak pandai tending bola tak payahlah tending…dah jom,ikut saya,team saya tak cukup orang”ujar budak perempuan itu sebelum menarik tangan Luhan yang sedang tergamam.Luhan hanya akur dan mengikut ke mana sahaja dirinya ditarik.

 

   “Markie!! Aku dah jumpa sorang”sorak budak perempuan itu sambil berlari kearah sekumpulan kanak-kanak .Budak lelaki yang dipanggil sebagai Markie itu tersenyum ke telinga sambil menunjukkan ibu jarinya. Luhan memandang budak lelaki itu dengan matanya yang bersinar.

Kenal sangat dia dengan lelaki bernama Mark itu. Guru-guru tadika disitu selalu memuji Mark oleh kerana kepandaiannya dan keramahannya. Dia pun kadang-kadang cemburu dengan Mark oleh kerana Mark selalu diberi perhatian yang penuh dan mendapat kawan yang begitu ramai.

  “Good job!!...jadi Luhan awak masuk team kami sebab team kami tak cukup orang”ujar Mark sambil tersenyum.

   “A—aw—awak kenal nama saya ke?”Soal Luhan sambil memandang Mark dengan matanya yang bersinar-sinar. Gembira kerana budak lelaki yang begitu popular itu mengenalinya yang sangat pendiam dan tidak menonjol itu. Mark mengangguk sambil senyuman masih melekat pada wajahnya yang kacak itu.

   “Kenapa?tak boleh ke?nama awak Xi Luhan kan?”Jihyun memandang Luhan dengan wajah yang naif. Dia juga ingin mengenali budak lelaki yang begitu menarik perhatiannya sejak dia masuk ke tadika itu . Budak lelaki yang selalu mendiamkan diri dan menyembunyikan wajah di balik rambut yang panjang itu.

Luhan mengangguk dengan perlahan . Mark tersenyum. “Jomlah,join kitaorang main galah panjang,awak tahu kan?”Luhan memandang Jihyun dan Mark bersilih ganti sebelum dengan hati yang terbuka bersetuju. Ini adalah kali pertama buatnya diajak untuk bermain bersama.

Mereka mula bermain dengan riang sekali. Luhan pula bersungguh –sungguh untuk menangkan kumpulannya walaupun itu adalah kali pertama dia bermain permainan yang dipanggil galah panjang. Selepas 15 minit,akhirnya masa bermain tamat,mereka semua masuk ke dalam tadika semula untuk mengemas beg dan pulang ke rumah.

 

Luhan mengemas begnya dengan senyuman yang meekat di wajahnya. Ibunya pasti gembira apabila mendapat tahu dia sudah mempunyai rakan. “Hey,Luhan”tegur seseorang. Luhan menoleh dan melihat Mark dan budak perempuan yang menyelamatkannya tadi sedang tersengih.

  “Uh…ya”Luhan tersenyum gugup sambil menyandang beg kecilnya itu. “Nama saya Ahn Jihyun ..”Jihyun akhirnya memperkenalkan dirinya setelah Mark menyuruhnya berbuat demikian. “Saya pula,Prince Mark…wahahaha…”Luhan mengangguk faham,tidak perlu perkenalkan diri,dia sudah tahu.

  “Awak nak join kami main bola sepak petang ni ?”Soal Jihyun ,matanya membulat memandang Luhan yang sedang tertunduk-tunduk malu. Luhan mendiamkan dirinya . “Saya tak pandai main bola..”jujurnya sambil menahan malu. Jihyun dan Mark berpandangan satu sama lain.

   “Aish,lelaki mana boleh tak pandai main…tak  apalah,Prince Mark boleh ajar awak”Mark memandang Jihyun dengan pandangan tajam. Sesedap mulut sahaja rakan karibnya itu memutuskan keputusan sendiri. Memanglah dia pandai,tapi dia pun masih dalam proses belajar tendangan-tendangan superb.

Biji mata Luhan mula bersinar-sinar sebaik mendengar kata-kata harapan daripada Jihyun. Dengan lajunya dia mengangguk setuju. “Bagus! Jumpa kat  Padang _____ petang nji,pukul 1 …bye Luhun!!”Jihyun tersenyum sebelum menarik Mark pergi bersamanya. Mark melambai-lambai kearah Luhan yang sedang tersenyum memandang betapa ganasnya Jihyun menarik kolar baju Mark itu.

 

Luhan tersengih seorang diri sambil menyentuh gambar tersebut. Di bawah gambar tersebut,kelihatan sepatah ayat yang ditulisnya sewaktu kecil.

First time I meet you guys..Anyeonghaseyo Ahn Ji Hyun &Prince Mark. J ^-^

Matanya kemudian beralih ke muka surat ke-2 ,di mana gambar Jihyun  sedang menendang masuk bola ke dalam tiang gol. Dia ingat lagi,gambar ini diambil secara sembunyi olehnya di balik pokok.

 

Luhan turun dari keretanya dan menyuruh pemandu peribadinya supaya pulang ke rumah . Dia berpakaian betul-betul seperti pemain bola sebenar. Dengan baju bola sepak kebangsaan yang dibelinya sejurus sahaja pulang dari tadika,stoking  panjang paras lutut dan kasut bola asli jenama aditas . Topinya dipakai terbalik dan dia terus berlari kearah padang.

Sesampai sahaja dia di sana,kelihatan Jihyun  sedang bersedia untuk menendang bola. Luhan bersembunyi di balik pokok dan telefon pintarnya yang canggih yang disimpan di dalam beg dikeluarkan . Sebaik sahaja Jihyun menendang bola,flash kameranya terus berkelip . Luhan tersenyum apabila dia berjaya menangkap gambar Jihyun dengan sempurna. Selepas menyimpan semula telefonnya,dia terus berlari kearah 2 orang rakan karib itu.

Jihyun yang sedang meraikan kemenangnya mengalahkan Mark terus berhenti sebaik melihat Luhan berlari kearah mereka. “Hey….pemain bola kebangsaan dunia sudah sampai nampaknya”Jihyun tersenyum senget sambil bercekak pinggang. Mark pula hanya mampu menahan tawanya melihat penampilan berprestij milik Luhan itu.

   “Wah semangat betul pemain kita hari ni!”puji Mark sambil bertepuk tangan. Luhan yang begitu naif untuk memahami apa yang dikatakan Jihyun dan Mark hanya tersenyum. Begnya diletakkan di bangku penonton dan dia berdiri tegak di hadapan Jihyun dan Mark. Bersedia untuk menerima latihan penuh.

  “Cehwah,awak Nampak macam Park JiSunglah ,Luhan”Luhan memandang dirinya sebelum mengangguk setuju. Dia betul-betul tidak mengenali siapa Park Ji Sung itu,jadi dia pun bersetuju sahajalah dengan pujian Jihyun itu.

  “Okaylah jom kita main bola…”Sorak Mark sambil mengutip bola yang ditendang masuk gol oleh Jihyun tadi. Luhan mengangguk laju,dia begitu teruja untuk menendang bola. Mereka mula melatih Luhan cara-cara menendang bola dengan betul,. Jihyun yang sudah kepenatan hanya duduk diatas rumput sambil memerhati Luhan dan Mark berlatih.

 

Luhan menghulurkan air 100 plus kepada Jihyun dan Mark yang sedang terbaring diatas padang . “Wah,air..thanks”dengan segera,tin air itu dibuka dan dia meneguk air itu dengan laju sekali. Tidak sampai berapa minit,air itu sudah habis diminumnya.

  “Luhun,awak duduk mana erk?”Tanya Jihyun ,ingin menyiasat tentang rakan barunya itu.  “______” Mark dan Jihyun berpandangan satu sama lain sebelum tertawa kecil. “Rumah kita dekatlah!!bolehlah kita main sama-sama nanti”ujar Mark dengan gembiranya,air tin Jihyun dirampasnya dan dia terus menogak kesemuanya dengan laju sambil rambutnya ditarik oleh Jihyun .

  “Hurm…sudah tentu….baiklah,saya kena balik dulu..”Luhan bangun dari duduk di sebelah Jihyun apabila melihat kereta mewahnya sudah menunggu tidak jauh dari padang. Dia meminta diri dan terus mengendong begnya,menuju ke keretanya dengan jiwa yang ceria.

  “Tunggu!!!...”panggil Jihyun ,dia bingkas bangkit dan berlari anak kearah  Luhan yang baru sahaja ingin menaiki kereta. “Mulai kita kawan ya!..Markie,Jinie dan Lujie!” Ujar Jihyun sambil tersenyum manis. Wajah Luhan mula berubah warna sebaik melihat kecomelan Jihyun yang melampaui batas itu. “Jinie ?Lujie?Markie?”tanyanya yang masih keliru dengan nama-nama tersebut.

   “Yup! Saya Jinie…Mark ialah Markie dan awak Lujie!! Nama special untuk kita bertiga!”beritahu Jihyun . Luhan tersenuyum luas sebelum mengangguk faham. Dia masuk ke dalam kereta dan  terus beredar meninggalkan Jihyun yang melambai-lambai kearahnya. Telefon pintarnya dikeluarkan dari beg dan dia melihat gambar yang diambilnya secara sembunyi.

  “Yun Ho hyung,tolong pergi ke kedai gambar kejap ya..”

  “Baik tuan muda..”akur Yun Ho,pemandu peribadi keluarga jutawan Xi itu. Keretanya terus dipandu laju ke kedai foto berdekatan selepas menerima arahan daripada anak majikannya.

 

Then,our friendship started…Lulu harap ia akan kekal selama-lamanya..

 

Luhan tersenyum pahit sebelum menggelengkan kepalanya. “Tak ia tak kekal si kecil Xi Luhan”ujarnya kepada diri sendiri . Dia memandang kearah langit sebelum membelek semula gambar-gambar yang diambilnya ketika mereka masih bersahabat.

Persahabatan mereka memang sangat rapat,sehingga ada yang menyangka mereka ialah adik-beradik oleh kerana kerapatan mereka yang terlalu rapat itu. Setiap masa,tidak kira di mana sahaj,mereka pasti akan bersama .

 

Pada umur 9 tahun,

Luhan duduk berpelukkan lutut sambil menangis teresak-esak. Mulutnya mengeluarkan cecair melekit bewarna merah. Pipi kirinya juga terasa begitu perit ,lebam akibat tumbukan yang diterimanya begitu kuat. Perutnya pula terasa sneak akibat diterajang berkali-kali. Keperitannya sungguh tak diduga.

Pintu biliknya tiba-tiba dirempuh masuk ,kelihatan Jihyun dan Mark yang sedang tercunggap-cunggap muncul dengan riak wajah risau. Jihyun  terus berlari kearah Luhan dan memeluk rakan karibnya itu dengan erat.

  “Lujie,kau okay tak?”Soalnya kepada Luhan sambil mengusap belakang badan lelaki itu dengan lembut. Luhan cuba menahan air matanya daripada terus mengalir tapi terlalu susah,dia berterusan menangis seperti bayi. Membalas pelukan hangat daripada Jihyun dan kepalanya diletakkan keatas bahu kanan Jihyun.

Mark hanya memerhati Jihyu menenangkan Luhan. Dia duduk bersila di sebelah Luhan . “Betulke kau kena buli dengan senior Lujie?”Tanya Mark apabila rakannya itu sudah mulai tenang. Luhan duduk tertunduk sambil jari-jarinya yang runcing itu bermain sesama sendiri.

  “Ma-mana ada..aku jatuh tangga tu yang jadi macam ni”nafi Luhan tidak mahu rakan-rakannya itu risau . Jihyun memandang Luhan sebelum tanggannya menampar lembut pipi kiri  lelaki itu. Tepat-tepat pada kesan lebam. Luhan mengaduh kesakitan apabila pipinya mulai berdenyut-denyut.

  “Baik kau beritahu aku siapa yang pukul kau sampai teruk macam ni?”Mark mulai hilang sabra dengan sikap penakut Luhan. Dia berpeluk tubuh memandang rakan karibnya yang terlalu baik itu. Nak kata lemah,memang taklah. Luhan pernah membelasah pembuli yang pernah merampas rubic cubenya pada umur 7 tahun,sewaktu mereka baru memasuki sekolah rendah.

   “Seni-or dar—jah –6..”jawab Luhan perlahan apabila melihat muka bengis Mark yang mengerikan itu. Jihyun dan Mark berpandangan sebelum Mark bangun dan keluar dari bilik. Luhan hanya memandang sahaja rakannya itu pergi. Pasti rakannya itu mahu mencari masalah lagi.

   “Markie nak pergi mana Jinie?”Tanya Luhan sambil membiarkan Jihyun menampal plaster pada luka-lukanya. “Buat show ngan geng dia macam biasa”selamba sahaja Jihyun memberi jawapan. Ubat gamat yang diambilnya dari almari Luhan disapu perlahan pada luka-luka yang agak serius. Luhan mengeluh lemah .

  “Korang tak perlulah risau sangat fasal aku..aku okay jer..”beritahu Luhan,dia tidak suka rakan-rakan karibnya itu masuk campur dalam masalahnya. Biarlah dia sahaja menguruskan segala masalahnya sendiri. Dia tidak mahu orang yang dia sayang cedera di sebabkannya.Jihyun menunjal perlahan dahi licin Luhan itu sebelum tersenyum.

  “Hey,rakan kenalah tolong rakan,kau tak ingat ker prinsip kita bertiga…”Luhan hanya tersenyum tawar. Jihyun bangun setelah dia selesai mengubati Luhan,dia memimpin Luhan ke katil . “Kau rehatlah du—“

   “Lulu!! Kawan kamu datang ni…”Jihyun memandang Luhan sebelum menepuk bahu lelaki itu . “Okaylah,aku balik dulu..bye Lujie..”Luhan mengangguk . Jihyun berlalu keluar dari bilik sebelum dia terlanggar bahu seseorang yang sedang berlari. Nasib baik dia tak jatuh akibat larian pecut bak kilat yang dilakukan orang itu. “Ah,maaf…Luhan hyung!!Hunnie datang ni!!” .Jihyun hanya menjungkitkan bahunya sebelum berlalu keluar dari rumah Luhan dan menuju ke tempat Mark dan gengnya melakukan show.

 

Luhan terdiam seketika,gambar dimana dia sedang berpeace seorang diri dengan plaster yang ditampal Jihyun direnung dengan begitu lama. “Sekarang,aku dah tak lemah lagi Jinie.,Markie…Kan bagus kalau korang dapat tengok aku tumpaskan ramai orang..”ujarnya sambil tersenyum senget.

Seketika kemudian,dia teringat betapa teruknya dia membelasah Jihyun dan membuli gadis itu demi Sehun. Luhan mengeluh berat ,kepalanya dipicit –picit. Sedar akan perbuatan bodohnya yang kononnya diaanggap tindakan terbaik dia ketika itu.

 

Luhan menumbuk perut Jihyun dengan agak kuat . Dia berpura-pura tersenyum sinis kearah gadis itu sambil menyuruh rakan-rakannya mencederakan Jihyun. Jihyun memandang tepat kearah Luhan dengan pandangan yang lemah membuatkan Luhan tergamam seketika. Hatinya mulai runtuh melihat pandangan lemah tersebut. Pandangan lama yang dia masih ingat lagi sejak Jihyun mulai menjadi seorang yang lemah pada waktu kecil.

   

Air liur yang tidak dirasa lidah ditelan secara paksa sebelum dia berlagak selamba dan menyuruh rakan-rakannya berhenti. Dia memandang Jihyun yang begitu teruk keadaannya. Lebih teruk berbanding sewaktu dia dibelasah senior darjahanamnya. Adakah ini bermakna dia lebih teruk berbanding senior darjahanamnya itu.

Jihyun kelihatan begitu lemah dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa lagi. Sepatutnya dia yang membantu gadis itu seperti gadis itu membantunya setiap kali dia dibelasah. Luhan tersedar dari lamunannya apabila Xiumin menyentuhnya. Dia menarik nafas lemah sebelum memberi amaran keras kepada Jihyun. Dia pun tidak tahu kenapa dia bertindak begitu.

Dia merasakan inilah satu-satunya cara supaya Jihyun tidak mengingatinya. Seperti apa yang diminta oleh gadis itu sendiri pada suatu ketika dahulu. Ketika persahabatan mereka mulai retak.

Luhan dan exo meninggalkan Jihyun yang terduduk lemah. Ekor mata Luhan menjeling kearah Jihyun yang tertunduk lemah di atas tanah yang kotor itu. Dia betul-betul tidak faham dengan dirinya sendiri.

 

Luhan menekup wajahnya sambil menahan air matanya daripada jatuh .Kesal dengan perbuatannya yang bodoh itu.Dia kemudiannya menyelak muka surat terakhir di buku memorinya. Muka surat yang ditampalnya pada waktu Jihyun masuk ke sekolah.

 

 

Luhan berjalan masuk ke perkarangan sekolah sambil bermain dengan rubic cubenya yang menyimpan seribu satu makna kepadanya . Sedang dia fokus bermain,matanya tertangkap sesusuk tubuh yang sedang berdiri kaku di pintu pagar sekolah.

Jantungnya berdegup laju sebaik melihat wajah tersebut. Diamati perlahan-lahan wajah tersebut sebelum matanya terbutang besar. “Ji—ji—jinie?”ujarnya perlahan. Begitu perlahan supaya tiada yang dapat mendengar. Rubic cubenya terjatuh daripada pegangan.Gadis itu berjalan kearahnya dengan wajah yang agak sugul .

Luhan masih tidak berganjak sehinggalah gadis itu berlalu pergi darinya. Luhan terasa dirinya tidak lagi berada di sekolah. Dia menoleh kearah Jihyun yang semakin jauh darinya. ‘Kau Nampak lain tapi wajah kau tak pernah berubah’bisik hati kecil Luhan.

Rubic cubenya dikutip dan ditatap lama sebelum diciumnya dengan hati yang gembira. Tetapi hati yang gembira itu hanya sekejap sahaja apabila dia teringat akan kisah silamnya yang perit. Jihyun tidak akan pernah mengingatinya sebab itu apa yang diinginkan gadis itu. Luhan mengengam erat rubic cube tersebut .

   “Macam tulah jugak aku..aku tak akan ingat pada kau Jinie”tegasnya sambil tersenyum perit.

 

I thought we will never meet after all what happens but we meet again

Maybe,you truth about our friendhips cannot be destroyed

Because today,I saw you coming back to my life.

You look different but I’m sure my heart will never change

I hope we can be friends like the old time but it’s possible because I don’t want to

Broke my promise to you ,Jinie..

 

*I can promise that my promise to you will last forever but can I hold my feelings towards you

Nan neomu chukahae

Wo Ai Ni

Aieru

SARANGHAEYO  AHN JI  HYUN <3

 

 

Luhan memandang perkataan Saranghaeyo Ahn Ji Hyun begitu lama sebelum wajah Sehun muncul di mindanya. Lelaki itu,lelaki yang juga mempunyai perasaan sama kepada Jihyun. Dia tidak mahu menyakitkan hati rakannya itu,rakan yang sudah diaanggap seperti adik kandungnya sendiri.

Luhan memedang dadannya dan memandang kearah langit malam yang begitu terbentang luas. Bintang-bintang yang bersinaran pada malam itu begitu banyak. Jari telunjuknya diangkat ke atas langit dan dia melukis corak hati sambil melakar nama Jihyun di udara.

Walaupun tidak kelihatan,tetapi dengan hanya nama sahaja,jantungnya sudah berdegup laju. Tangannya yang digunakan untuk melakar di udara tadi tiba-tiba bertukar hangat apabila dia teringat sesuatu. Digemgamnya tangan kanannya itu sambil dirapatkan ke dada. Sungguh hangat tangannya pada malam itu.

Bukunya kemudian dikibas-kibas,satu helaian kain yang terselit di balik buku terus terjatuh keluar. Luhan mengutipnya dan digemgam erat kain tersebut.Dia tersenyum apabila teringat betapa eratnya pegangan Jihyun pada bajunya di rumah hantu itu.

Ya,kain itu sebenarnya daripada baju yang dipakainya pada malam dia dan Jihyun pergi ke rumah. Baju t-shirt putih yang sempat ditukarnya ketika di kafe.

 Luhan memandang Jihyun dengan pandangan pelik. Gadis itu sedang berangannkah? Sebaik sahaja Jihyun sedar,dia tersenyum secara sembunyi apabila melihat wajah malu Jihyun. Sedang dia sibuk menatap wajah Jihyun,tangannya tiba-tiba ditarik secara spontan oleh gadis tersebut.

Dengan secara terkejutnya,Luhan hanya mengikut sahaja Jihyun masuk ke dalam. Sebenarnya kalau dia nak melepaskan diri boleh sahaja,tapi dia tak nak. Dia nak Jihyun memegang tangannya selama yang boleh seperti pada waktu kecil dulu. Pegangan yang dirasakan pegangang yang terhangat di dunia.

Luhan memandang Jihyun memegang tangan kanannya,secara perlahan bibirnya membentuk satu lengkungan. Dia gembira kerana gadis itu memegangnya. Kalaulah dia ada kuasa pasti dia akan memberhentikan masa.

Sedang mereka berjalan masuk dengan berhati-hati,ketukan mengejut menyebabkan Luhan terkejut dan akhirnya mereka berdua menjerit akibat ketakutan.

Skip sewaktu Luhan menanya kepada Jihyun

Luhan memandang Jihyun dengan rasa bimbang. Dia juga dalam keadaan ketakutan. Apabila gadis itu memandangnya dengan pandangan tidak menyangka,hatinya terus hancur lebur. Dia pasti gadis itu menyangka yang dirinya ialah Sehun. Ya Oh Sehun dan bukan Xi Luhan.

Luhan mahu memimpin tangan gadis itu tetapi dia takut gadis itu akan menolak. Dia hanya berlagak dingin dan mereka meneruskan perjalanan . Tiba-tiba dia merasakan seperti angina masuk dari belakang badannya,toleh sahaja kelihatan Jihyun yang ketakutan sedang menggengam bajunya dengan erat.

Luhan hanya tersenyum kecil dan membiarkan. Dia juga masih dalam keadaan takut tetapi diberanikan juga dirinya untuk maju ke hadapan. Dia tahu yang Jihyun memang takut dengan hantu sejak dari kecil,begitu juga dirinya,jadi selalunya pasti Mark yang akan menjadi orang yang paling depan dan Jihyun di tengah manakala dia di belakang .

 

Apabila terpisah dengan Jihyun,Luhan sudah mula gelabah. Dia risau gadis itu akan pengsan apabila berjumpa dengan hantu nanti. Dia berpatah balik dan cuba mencari gadis itu tetapi tidak berjumpa dan akhirnya dia yang berjumpa dengan begitu banyak hantu dan pengsan.

Skip

Sebaik sahaja sedar daripada pengsan dan rakan-rakannya mulai pulang ke rumah. Luhan cepat-cepat membersihkan dirinya. Gunting diambil dan dia duduk di atas katil. Baju t-shirt putihnya yang telah disentuh Jihyun digunting . Dia tersenyum riang sambil menatap helaian baju tersebut. Buku memorinya diambil dan dia menyelitkan helaian baju tersebut pada buku tersebut. “Swet dream Jinie~”ujarnya sebelum masuk tidur .

 

Luhan menongkat dagu sambil memandang helaian baju putih yang dipegangnya pada tangan kiri. “Sehun dan Jinie?..”soalnya sendirian. Terfikir tentang betapa sukarnya Sehun untuk memilih antara rakan-rakannya dengan Jihyun.

 

Luhan memandang kearah Sehun yang sedang memerhatikan Jihyun bermain dengan BTS.Dia juga menoleh kearah Jihyun yang sedang riang bermain dengan 7 orang jejaka Ribena itu. Gadis itu kelihatan begitu senang bersama dengan mereka.

Oleh kerana tidak sanggup lagi memandang Sehun yang sedang cemburu melihat kemesraan Jihyun dan BTS. Luhan akhirnya mengambil keputusan untuk menguji perasaan Sehun. Dia menyuruh rakan-rakannya bangun dan mula merosakkan suasana gembira Jihyun dan BTS.

 Tangannya tiba-tiba menarik rambut Jihyun menyebabkan gadis itu meronta kesakitan yang teramat. Dia cuba memekkan telinga mendengar rontaan gadis itu dan cuba berlagak seperti orang jahat yang mengganggu keamanan dunia. Tanpa dirancang,exo dan bts mula bergaduh sesama sendiri.

Luhan mendekati Jihyun yang bersandar di dinding dengan wajah yang resah. Dia tidak mahu mencederakan gadis itu tetapi sebaik sahaja ekor matanya menangkap pergerakan Sehun menuju kearahnya ,dia tahu rakannya itu pasti akan menyelamatkan Jihyun,sebab itulah dia melepaskan tumbukan dan seperti yang disangka tumbukannya dihalang oleh Sehun.  Dia memandang Sehun dengan wajah yang sinis.

Sewaktu tumbukan Sehun hinggap di pipinya,tahukah betapa peritnya hatinya ketika itu. Dia kini tahu bahawa rakan baiknya itu menyukai Jihyun,bekas rakan karibnya. Dan pada masa yang sama tanpa sesiapa pun yang tahu,dia juga menyukai gadis itu. Bagaimana hatinya tidak  perit sebaik mengetahui semuanya.

 

Luhan tertawa kecil apabila teringat akan peristiwa tersebut. Sejak itu,dia selalu berasa gelisah apabila Sehun kerap kali dekat dengan Jihyun. Dia takut,takut yang Jihyun akan menjadi milik Sehun. Dia pun tidak tahu betapa kekanakkannya dirinya ketika itu.

Segala perkataan yang dituturkan kepada Sehun sebenarnya membawa maksud yang lain seperti ketika dia bertekak yang kononnya dia tidak suka Sehun berkawan dengan Jihyun.

 

Sedang dia mengelamun sendiri,tiba-tiba satu gambar yang terlekat di salah satu helaian buku itu tercabut dan terbang ke mukanya. Luhan mengambil gambar tersebut dan jantungnya berhenti berdegup.

   “Mianeiyo Markie…adakah kau telah maafkan aku ?”Ujarnya perlahan sebelum menyelitkan gambar tersebut di dalam buku. Dia mengeluh lemah sebelum menyimpan kembali buku serta rantai di dalam kotak biru di sebelahnya.

    “Aku akan perbetulkan semuanya suatu hari nanti..aku janji!”

 

 

 

 

 

 

V : Uhuhuhuhuhu..sobz,sobz,sobz//sungguh sedeih mendengar kisah tragis Luhan sunbaenim sebentar tadi..Bagaimana anda,well saya harapanda pun akan emo..juga.. //lap ingus ngan baju Luhan//

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!