Haunted House

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

 

Jihyun memegang hujung baju milik Luhan sambil mengekor  lelaki itu di belakang.Matanya tertutup akibat takut yang amatlah sangat. Makin erat pegangannya pada baju Luhan apabila mendengar jeritan serta hilaian ketawa hantu-hantu tersebut.

Luhan menelan air liurnya sehingga tiada lagi air yang dapat ditelannya. Kedua –dua belah tangannya sudah menggigil dan bertukar suhu menjadi sejuk. Seperti tiada lagi darah yang mengalir.

  “excuse me~~”Luhan dan Jihyun menoleh ke belakang serentak sebelum melihat sesusuk tubuh yang agak besar berpakaian serba hitam dan bermata merah dengan seluruh wajahnya kelihatan pucat seperti pucatnya wajah orang yang telah mati. Luhan dan Jihyun memandang sesama sendiri sebelum lembaga tersebut tersenyum lebar menampakkan gigi-giginya yang keseluruhannya bertaring dan berdarah.

  “Arghhhhh ommamamama!!!!”jerit mereka berdua serentak dan terus berlari pergi sambil dikejar lembaga tersebut dari belakang. “Luhan sunbaenim tunggu !!!”jerit Jihyun apabila Luhan sudah meninggalkannya. Luhan langsung tidak dapat mendengar oleh kerana dia sibuk menyelamatkan nyawanya yang berharga itu.

Jihyun tercunggap-cunggap sambil bersandar di dinding. Lembaga tadi sudah tidak Nampak kelibatnya. Selamatlah dia buat masa ini. Jihyun memandang ke seluruh tempat. Gelap dan sunyi . Kelibat Luhan juga langsung tidak kelihatan.

   “Sunbaenim..mana awak?? Jawablah saya takut ni…Luhan sunbaenim!!”jerit Jihyun sekuat yang boleh. Jihyun sudah mula mengigil ketakutan. Dia bergerak perlahan-lahan , memberanikan dirinya.

 

Sementara di luar rumah hantu,exo sudah ketawa terbahak-bahak mendengar jeritan Jihyun dan Luhan yang bagaikan perempuan sejati. “Aish,lamanya dorang…sepatutnya dorang dah patut jumpa jalan keluar sekarang..”ujar Chanyeol sambil menilik jam tangannya yang berjenama Casio itu.

Sehun menahan rasa gugupnya. Dia ingin masuk ke dalam tapi takut. “Biar aku masuklah..bosanlah,lama sangat tunggu dorang ni” akhirnya Chen membuat keputusan berani dan menerima sorakan sokongan daripada rakan-rakannya yang 200%  setuju.

  “Hun ikut..”Sehun membersihkan bontotnya daripada rumput-rumput yang telah melekat. Chen memandang Sehun dengan wajah ‘kau serius?’

   “Jangan menyesal kalau hantu tu culik kau sebab hensem sangat…dah jom”iChen tersenyum sebelum masuk ke dalam rumah hantu tersebut tanpa perasaan ragu-ragu. Sehun menelan air liurnya sebelum turut mengikuti Chen masuk ke dalam.

 

  “Arggghhhhh!!!! Help me…”Chen memandang hantu di sebelahnya yang sedang buat muka blur . Dengan mekap yang menyeramkan orang gila sahaja yang tidak takut. Chen adalah salah seorang orang gila tersebut. Dia malah terseyum girang sambil bersalaman dengan hantu tersebut. Pek panas yang disimpan di dalam kocek seluar dikeluarkan dan diberikan kepada hantu tersebut dengan penuh rasa sayang seperti ibu.

  “Pakailah ,rumah ni sejuk sangat..nanti selsema…baiklah saya pergi dulu….berusahalah ya..”dengan sopan santunnya Chen meminta diri daripada hantu tersebut. Hantu tersebut hanya mengangguk dan menggaru-garu kepalanya sebelum kembali menyorok.

 

Jihyun menjerit ketakutan . Dia terjatuh terduduk dan terus menakup wajahnya . “Wahhh..omma help me…jihyun nak hidup lagi…omma…”Jihyun menahan dirinya daripada menangis.

Bahunya tiba –tiba dipegang dari belakang dan dia segera menoleh ke belakang. Matanya yang sudah berkaca it uterus bersinar sebaik melihat siapakah Gerangan lelaki tersebut.

 

 

 

 

 

   “Mana Luhan hyung?”Tanya Chen sambil memimpin tangan Jihyun supaya gadis itu tidak melarikan diri daripadanya seperti Sehun . Jihyun menggelengkan kepalanya dan memaut lengan Chen dengan lebih erat. Dinding-dinding di sekelilingnya mengeluarkan bunyi ketukan-ketukan yang kuat sebaik mereka melaluinya. Lampu yang malap juga terbuka dan tertutup.

Chen masih boleh berjalan selamba sambil membebel tentang Sehun yang meninggalkannya seorang diri bersama hantu –hantu tersebut. Sedang dia menjadikan Jihyun mangsa bebelannya,kakinya tersepak sesuatu dan sewaktu dia memandang ke bawah kelihatan sepasang kaki .

  “Sehun!!!   …………. Luhan hyung!!!”matanya membulat besar begitu juga Jihyun sebaik sahaja melihat 2 susuk tubuh yang sedang terbaring di atas lantai dengan mata tertutup.

 

 

Luhan dan Sehun mengeliat kecil sebelum memandang rakan-rakannya yang sedang tersenyum kecil . “Apa?”Tanya mereka berdua serentak sambil menahan malu.

  “Baby Luhan dan Baby Sehun,nak susu panas tak?”Tanya Chen sambil duduk di sebelah Luhan. Mereka semua sekarang berada di rumah Suho .Jihyun hanya menahan mulutnya daripada meletuskan tawa yang besar.

 Luhan dan Sehun masing-masing menutup muka di balik selimut . Cuba menahan malu yang menimpa mereka berdua.

 

Flashback

Sehun berlari dan berlari apabila dia asyik terserempak dengan hantu-hantu yang mengerikan itu. Nak berhenti pun tak boleh oleh kerana aka nada sahaja hantu yang mengejarnya. Betul kata Chen,bahawa dia akan sentiasa dikejar hantu oleh kerana kekacakkannya yang melampau.

 

Sementara Luhan mencari Jihyun dan jalan keluar pada masa yang sama. Dia betul-betul sedang dalam ketakutan oleh kerana terserempak dengan mumia yang tiba-tiba cuba membelitnya tadi.

  “Jihyun,awak kat mana?jawablah…”panggil Luhan dengan suaranya yang serak akibat terlalu banyak menjerit. Sedang dia meraba-raba dinding,suatu cecair yang agak melekit membuatkan dirinya terkaku.

  “Sedap ke pegang usus saya?”Tanya suatu suara yang agak tergelam timbul. Luhan dengan perlahan-lahannya menoleh ke sebelahnya dan melihat tangannya telah memegang usus hantu tersebut. Rambutnya panjang tidak terurus dan matanya merah,urat-urat jelas kelihatan di wajahnya dan terdapat cacing yang keluar dari mulutnya.

  “M-mmmm---maaf cik….arhhhh..jihyun!!!mana kau!!!’terus pecut Luhan melarikan dirinya.

Sedang dia berlari ,dia terserempak dengan sesusuk tubuh tidak dikenali dan yang pastinya wajah lembaga itu tidak dapat dilihat oleh kerana gelap.

  “Omma!!!’jerit mereka serentak sebelum…

Blackout…

 

 

 

 

 

V : saya memohon maaf kerana chapter kali ini agak pendek oleh sebab hantu-hantu lakonan tidak sanggup lagi menakutkan jjejaka-2 pengecut tersebut. Sekian selamat jalan..

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!