Busan

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

Telefon pintar milik Mark terjatuh dari pegangan.Dia masih lagi dalam keadaan terkejut dengan khabar yang baru didengarinya.BamBam dan Jackson yang sedang melepak di sudut pejabat Mark berpandangan sesama sendiri.Pasti ada berita gempar yang membuatkan lelaki cina itu terkejut.

  "Kenapa Mark?"soal Jackson seraya bangun dari baringnya diatas sofa empuk yang sedia ada di pejabat rakan karibnya itu. Mark mencangkung,mengutip telefon pintarnya sebelum memandang kearah Jackson.

 "I will meet her soon.." jawab Mark membuatkan Jackson hanya terangguk kecil.Bambam yang masih duduk diatas sofa hanya menggaru-garukan kepalanya.

 "Hyung nak jumpa siapa?"Mark dan Jackson hanya mendiamkan diri.Membuatkan lelaki anak kelahiran Thailand itu mencebik.

 

 

Jihyun memandang kearah keluarganya,air matanya diseka lalu dengan hati yang berat dia meminta diri untuk pergi. Dia masuk ke dalam perut kereta milik Chae Rin. Ibu kandungnya hanya tersenyum sebelum turut masuk ke dalam kereta. Tali pinggang dipakai dan memandu keluar dari kawasan perumahan itu. Menuju ke Busan .

Sepanjang perjalanan,Jihyun langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia hanya memandang ke luar tingkap. Memerhatikan Bandar Seoul buat kali terakhir . Chae Rin yang memandu menjeling ke belakang. Melihat anaknya yang sedang mengelamun.

 “Jihyun,are you okay?”soal Chaerin ,tidak sedap hati ingin membawa anaknya itu ikut bersamanya. Jihyu langsung tidak menoleh. Dia hanya mengangguk. Menandakan bahawa dia dalam keadaan okay . Chae Rin menghembuskan nafas lemah.

 “Jihyun,omma dah berjumpa dengan penderma organ omma…”ujar Chae Rin setelah berfikir beberapa kali . Jihyun tidak memberikan sebarang reaksi. Cuma hatinya sahaja memberontak ingin mengetahui siapakah insan budiman tersebut.

 

“Dia sebaya kamu ,,”

 

“Nama dia Oh Sehun”

 

Gegendang telinga Jihyun terasa seperti berdesing sebaik sahaja nama tersebut disebut ibunya. Jantungnya terasa seperti berhenti berdegup dan darahnya juga terasa berhenti mengalir. Dengan mata yang membutang,dia memandang kearah ibunya yang duduk di kerusi pemandu.

 

“Oh Sehun…?”

 

 

 

Sehun tertawa berdekak-dekak. Komik Lawak Kampus edisi istemewa yang baru dibelinya itu begitu melucukan sehingga tekaknya terasa sakit kerana tidak berhenti-henti ketawa.Segala masalahnya tiba-tiba hilang .

  “Apa yang lucu sangat sampai berkembur aku punya cadar katil!”sergah Luhan dengan wajah bengis. Baru beberapa minit dia keluar untuk menyediakan secawan air untuk tetamu kerapnya itu,katil bersaiz queen yang disampul dengan cadar plain bewarna hijau lembut sudah berselerak. Bantal-bantal yang sepatutnya disusun rapid an tegak di hujung katil sudah senget.

Sehun tersenyum senget sebelum segera berlari keluar dari bilik hyung-nya. Gila tak lari,pasti dia akan diheret masuk kedalam tab mandi yang dipenuhi dengan air panas m,endidih jika dia tidak pantas bertindak.

Luhan menjerit kegeraman .Air tembikai yang masih segar itu diletak diatas meja solek dan dengan segera dia mengemas katilnya. Tidak suka dia melihat keadaan katilnya yang sebegitu teruk. Habis mengemas,matanya terpadang sepucuk surat yang berada di hujung katil.

 

Dia membongkok lalu  tangannya mencapai surat tersebut.

 

Daripada : Chaerin

Kepada : OH Sehun

 

 “Chaerin..auntie chaerin?”bisik Luhan sendirian. Pelik bagaimana ibu Jihyun boleh mengenali Sehun. Jarinya dengan tiba-tiba membuka sampul tersebut lalu menarik sehelai kertas dan sekeping tiket kapal terbang ke Busan. ‘Busan? Bukanke jihyun pindah sini?’ satu lagi persoalan yang tiada jawapan muncul di fikirannya.

 

 Alamat :

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx,Busan

 

Ini dia alamat auntie macam yang Sehun minta hari itu. Oh,ya,ada juga tiket flight untuk kamu..terimalah sebagai tanda terima kasih untuk apa yang Sehun lakukan demi Jihyun dan juga auntie..Kalau kamu ada masalah bila sampai Busan nanti call ajer auntie…kamu dah ada no fon autie kan?

 

Okay itu jer,jumpa nanti ya..

 

Luhan terdiam. Dia mengengam tiket penerbangan dan surat tersebut dengan erat.

 

 “Hyung!...wow!cepatnya kemas..hehehe…erhhh,btw,hyung ada nampak tak surat waktu kemas tadi?”soal Sehun sambil menjengokkan mukanya di muka pintu . Taut untuk masuk ke dalam bilik lelaki yang  mungkin masih marah kepadanya.

 

Luhan menoleh kearah Sehun dengan wajah yang penuh makna . Dia mendiamkan diri sebelum segera mengeleng. “Ta..tak..dahlah,hyung nak mandi ni..keluar sana”halau Luhan sebelum menutup pintu biliknya . Dia menyandarkan badannya pada pintu ,tiket dan surat dikeluarkan daripada poket seluar treksuitnya. Maaf Sehun..

 

 

 

 

 

Jihyun masuk ke dalam rumah banglo milik ibunya sambil mengheret 2 bagasi miliknya. Masuk sahaja ke dalam rumah tersebut,kehadirannya disambut mesra oleh 2 orang pembantu rumah . Seorang wanita dan seorang lagi lelaki yang barangkali 3 tahun lebih tua daripadanya.

 

“Mari biar saya angkatkan” ujar lelaki itu seraya membawakan bagasi Jihyun . Dia tersenyum manis kearah anak majikannya. Jihyun pula hanya memandang tanpa perasaan. Dia langsung tidak mendengar apa yang dikatakan lelaki itu tadi. Fikirannya kosong .

“Min Hyuk, tolong tunjukkan bilik anak saya ya…”pinta Chae Rin sebelum melangkah masuk menuju ke dapur. Min Hyuk mengangguk ,dengan hati yang senang,dia berjalan mendahului Jihyun. Jihyun dengan lemah hanya mengikut. Bagus juga jika dia dapat tidur sekejap sebelum mandi. Sejak dari Seoul lagi,matanya tidak dapat ditutup oleh kerana wajah Sehun asyik muncul pada fikirannya.

 

Min Hyuk berhenti dihadapan sebuah bilik ,pada bpintu bilik tersebut,tergantung satu tanda yang tertera nama Jihyun di situ. “Ini dia bilik awak..well,masuklah”tombol pintu bilik dipulas lalu pintu tersebut terbuka luas memberi laluan untuk masuk ke dalamnya.

 

Jihyun masuk ke dalam dengan wajah yang berseri. Katil serta segala keperluan lengkap ada pada bilik itu. Tiada yang tidak lengkap Cuma satu sahaja,kenapa dindingnya bewarna merah jambu. PINK!.

 

 “Pink ?”MinHyuk tertawa kecil. Dia tahu gadis itu tidak berapa minat dengan warna lembut itu kerana majikannya sudah memberitahunya. “Maaflah ya fasal warna bilik ni,puan marah benar bila dia tengok bilik ni warna pink sepuluh tahun lepas..tapi nak buat  macam mana kan,hyung saya salah beli warna cat,dia tu ada soundtrouble sikit..hahaha”

 

 “Sepuluh tahun lepas?”

 

 “Ya,puan dah memang sediakan bilik ni untuk cik,hari-hari dia masuk bilik ni untuk check adakah semuanya dijaga rapi..Dia kata bila dia masuk bilik ni,dia rasa macam cik ada dekat dengan dia”

 

Jihyun terdiam. Segaris senyuman terukir di bibirnya yang lembab . “tak apalah,thanks ya..”

 

 “Baiklah,saya minta diri dululah ya..kalau ada apa-apa ,jerit sahaja..”Min Hyuk berlalu keluar dari bilik. Dia segera berjalan menuju ke dapur. Membantu ibunya menyediakan makan malam.

Jihyun terbaring diatas katil. Dia mengeluarkan seutas rantai yang dibuat khas olehnya . Satu untuknya,dan 2 untuk mereka berdua. Makin lama dia merenung rantai tersebut,makin berdegup jantungnya. Yang pasti,dia tidak tahu untuk siapakah jantungnya itu berdegup.

 

Oh Sehun…kau tipu aku …

 

 

 

 

 

 

Yo!Yo! ,I’m here..

Sorry for the really late update…Ada terlalu banyak problem banyak berlaku dan buat masa sekarang hanya saya sahaja yang akan mengupdate citer oleh sebab itu saya really hauskan idea…wuhuhuhu…

Maaf dan tolong jangan lupa akan citer ni… :/

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!