Move

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

 

Chae Rin tersenyum sebaik sahaja Mr Ahn,Jihyun serta keluarga bekas suaminya menjengah pandangannya . “Omma! “panggil Jihyun riang dan terus memeluk ibunya dengan gembira sekali . Chae Rin juga tersenyum lalu membalas pelukan anak kandungnya dengan penuh kasih sayang.

  “Nah,minumlah dulu Chae Rin,doktor kata awak kena minum air sejurus sahaja sedar..”ujar Mr Ahn sambil menghulurkan secawan air mineral kepada bekas isterinya dengan berhati-hati. Chae Rin menerimanya dan dengan perlahan meminum air tersebut. Tiada masalah lagi untuknya menelan apa-apaa masuk ke perut. Semuanya akan diproses dengan baik walaupun hanya dengan menggunakan satu buah pinggang sahaja.

  Mereka semua berbual-bual kosong dengan hati masing-masing dalam keadaan tenang setelah satu masalah akhirnya telah dapat diselesaikan. Jihyun bangun dari duduknya di sebelah Chae Rind an meminta diri untuk keluar sebentar. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor seseorang.

 Tut..tut…tut… tiada jawapan. Jihyun mencuba banyak kali namun tetap tidak dijawab. Adakah lelaki itu sedang sibuk? Sejak dari pagi tadi,sejak ibunya dimasukkan ke wad bedah,Sehun tidak memunculkan diri. Kata mahu menemaninya namun masih tidak muncul-muncul juga. Penderma yang mendermakan buah pinggang juga tidak ditemui walaupun sudah banyak kali dia meminta agar berjumpa dengan insan tersebut.

Jihyun mengeluh lemah,berputus asa untuk menelefon lelaki itu. Dia menilik jam di tangannya ,jam 4 petang. Ke mana lelaki itu pergi? . Jihyun menghantar mesej kepada Sehun . Dia tersenyum sebelum masuk kembali ke dalam bilik wad yang menempatkan ibunya.

 

From: Donut
TO : Penjual Suhun

Omma dah selamat dibedah. Thanks pada kau Sehun . ^^..

Banyak kali aku call tak dapat juga. Kalau kau baca mesej ni,please reply..

See you at school… ^o^

 

 

 

 

Jihyun resah apabila sudah hampir 3 hari Sehun tidak hadir ke sekolah. Tanya kepada Tao dan Kai,mamat tersebut hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Luhan pula,well dia tak berani ingin bertanya kepada lelaki itu namun menurut yang lain Luhanlah yang paling rapat diantara semua.

Jihyun berjalan mendekati Luhan yang sedang mengemas buku-buku di dalam loker. “Anyeonghaseyo ,Luhan sunbaenim”sapa Jihyun sopan sambil membongkokkan badannya 90 darjah. Luhan mengunci lokernya sebelum memandang kearah Jihyun yang sedang tersenyum kearahnya. Dia menahan wajahnya dari memerah dan berlagak selamba dan dingin seperti biasa.

  “Ya?”soalnya sambil menyandarkan sisi kanannya pada loker. Jihyun menarik nafas panjang .Menghilangkan rasa gementar dan takut dalam diri. “Sunbaenim tahu tak kenapa Sehun tak datang hari ni ngan hari yang lepas ?”soal Jihyun sambil memberi pandangan harapan kepada LUhan. Lelaki itu diam sebelum menjawab. “Tak,saya tak tahu…saya call dia ,dia tak angkat..”jawab Luhan yang juga musykil mengapa maknae itu tidak hadir ke sekolah malah datang melepak bersamanya pun  tidak.

Jihyun mengeluh lemah,sudah menjangkakan hal tersebut. “Macam mana dengan rumah? Dia tak ada kat rumah ke?”soal Jihyun yang masih tidak berputus asa. Luhan mengeleng. “Dah pergi dah pun tap---“
 

   “Luhan oppa!!!”panggil beberapa suara gedik . Kelihatan Naeun dan gengnya berlari terkedek-kedek mendekati Luhan dengan Jihyun. Eunji dan Naeun berebut memeluk lengan Luhan sebelum menolak Jihyun supaya pergi.

  “Oppa~ dah lama tak bual ngan oppa tau..jom lepak kat cafeteria”ajak Eunji dengan manjanya . Dia sempat menjeling kearah Jihyun yang sedang buat muka menyampah. Luhan memandang kearah Eunji sebelum bertukar pada Jihyun yang sedang memandang tajam kearah Naeun dan Eunji yang amsing-masing sedang buat muka.

   “Maaf,aku tak minat..bye..”ujar Luhan sebelum menarik kasar tangannya dan menolak Eunji sehingga gadis itu hilang imbangan dan hampir jatuh. Luhan tersenyum kearah Jihyun sebelum berjalan pergi. Dia berhenti apabila teringat sesuatu. “Oh ya,dan lagi satu jangan berani korang,gadis-gadis bottom grill..jangan berani korang nak kacau Jihyun,arraso..tu pun kalau korang tak nak rambut korang tersekat kat lubang jamban lagi…bye..chu”ujar Luhan lembut sebelum berjalan pergi.

Jihyun yang mendengar tersenyum ketelinga sambil menjongketkan keningnya memandang TopGirl yang sedang kepanasan. “ Korang dengar apa yang Luhan oppa cakap ? nak aku replay..”ujar JIhyun separuh menyindir. Eunji mendengus geram .

  “Oppa!! It’s Topp Girls not Bottom Grill”teriak Naeun kepada Luhan yang hampir menghilang. Dia memandang Jihyun dengan matanya yang begitu tajam. “Kau!...siap kau…”Naeun memberi amaran tegas sebelum berjalan pergi bersama dengan gengnya. Jihyun tertawa kecil . “Best tak rambut korang yang bak model iklan rejoice kena sekat kat lubang jamban…macam sunway lagoon tak?”Sengaja Jihyun menguatkan suaranya supaya orang sekeliling mendengar.

Eunji mencembungkan pipinya apabila mendengar kata-kata Jihyun yang menyakitkan itu ditambah lagi dengan bisikan-bisikan pelajar-pelajar yang berada di koridor tersebut. Dia dan gengnya hanya mampu menahan rasa marah dan berlalu pergi. Jihyun hanya tersenyum .

 

 

Jung Kook bersorak riang keseorangan di dalam portnya sebaik mendengar Sehun tidak hadir ke sekolah. BTs hanya memerhati dengan rasa hairan. “Kau afasal hah!?”soal Suga sambil menyumbat satu lagi lollipop 60 sennya kedalam mulut. Lelaki itu memang tidak tahu kehebatan rasa sakit gigi.

  “Hyung!!penjual mee Suhun tak datang hari ni!! Dah tiga hari woo~~”sorak Jung Kook smabil berjoget-joget bersama V yang secara tidak langsung menyertainya. “Ouhh..so the afasal tak ambil peluang ni gi bual ngan Jihyun sepanjang hari ?”soal Jin ,menyelak majalah wanita yang sempat dibawa lari dari rumah ibunya minggu lepas.

 Jung Kook berhenti menari dan terdiam. Mengusap –ngusap dagu runcingnya sebelum mengeleng. “Tak nak !!biar Jihyun yang cari aku !! dia mesti rindu aku punyalah..”ujar Jung kook dengan senyuman luas Nampak gigi terukir di wajahnya yang comel itu. Jimin tiba-tiba ketawa terbahak-bahak mendengar kata –kata Jung Kook.

  “Jihyun nak cari kau? Hahahahadia cai Sehun adalah..kau tahu tak dia Tanya semua cikgu ngan exo kenapa Sehun tak datang sekolah 3 hari ni? “Jung Kook terdiam mendengar kata-kata Jimin yang sememangnya tahu semua benda di dalam sekolah. “ A’ahlah,tadi aku terdengar dia sibuk paksa Koko ngan Tauge (Kai and Tao) suruh call Sehun…”Sehun mengalihkan pandangannya kearah J-hope yang sekali lagi memberikan informasi menyakitkan kepadanya.

V memandang Jung Kook yang sedang mendiamkan diri. Dia melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajah Jung Kook . “Oiiii…are you still in earth?...kau kat mana??...roger,roger,agent 007 adakah anda mendengar? Roger..”V mula menunjukkan bakat lakonannya. Dia berlari ke belakang kelas kosong tersebut an bersembunyi di belakang meja berhabuk. Terus cuba berkomunikasi dengan Jung Kook.

  “Roger,roger, agent 007 sila jawab…sila bertahan..saya akan menghantar bantuan..sila bertahan…”ujar V sambil berlakon seperti sedang berperang dengan musuh . V bergolek diats lantai yang kosong dan bersembunyi di belakang meja  yang lain pula. Dia memberi isyarat mata kearah Jimin.

  “Roger,agent Jimin,agent 007 perlukan bantuan !”ujar V cemas. Jimin yang dapat menangkap maksud V segera mengangguk. “Roger,roger,Jimin here …baiklah saya akan menghantar agent J-hope dan rap mon ke lokasi..”Jawab Jimin dalam keadaan yang begitu cemas. J-hope dan Rap Mon yang duduk bersebelahan Jimin memandang satu sama lain sebelum masing-masing ditendang Jimin turun dari meja.

  “Agent j-hope dan agent rap mont..korea selatan sekarang mengharapkan kamu berdua untuk menyelamtkan Agent 007 ,cepat,helikopter akan datang kejap lagi..”ujar JImin dengan berduka citanya. J-hope dan Rap Mon segera bangun dan memberi takbir hormat sebelum terbang ke lokasi .Jung Kook yang masih berdiri kaku dijatuhkan baring keatas riba Rap Mon sebelum dadanya ditepuk kuat J-hope.

PAPPPP!!!

AARGGGHHHH!!!!

Jung Kook menendang perut J-hope akibat kesakitan melampau. Dia mula menyinga apabila terdapat kemerahan pada dadanya. V dan Jimin bergegas mendapatkan Jung Kook dan memeluk lelaki kenit itu. Bersyukur. “agent 007 kamu selamat…”ujar V terharu sambil mengelap air mata yang tidak wujud.

Jung Kook terdiam memandang hyung’snya dengan wajah naif sebelum kembali berbaring pada riba  Rap mon dan terbatuk-batuk. “Jung KOOK!!”Jerit agent-agent sekalian. “Ma—maafkan saya kerana tidak ..uhuk..uhuk..dapat berjuang lagii..uhuhuhukk…selamat tinggal..uhuhukk..”dengan perlahan dan drmatiknya Jung Kook mula menutup matanya . V dan Jimin meraung keesedihan sambl merayu-rayu supaya maknae itu bangun semula ..

 

  “Apa korang buat?”soal satu suara membuatkan keadaa yang kecoh atas  pemergian palsu Jung Kook berubah krik krik ..Jihyun mendekati BTS dan berpeluk tubuh memandang BTS yang sedang duduk diatas lantai dengan wajah sayu. Jung Kook bingkas bangun dan duduk.

V menjeling sebelum menolak kepala Jung Kook supaya kembali berbaring. “Kau dah mati mana boleh hidup!”tegasnya . Jihyun mengeleng-gelengkan kepalanya sebelum duduk bersila berhadapan dengan BTS.

  “Yo!!”Suga cuba menukarkan suasana krik krik cengkering kepada suasana meriah. “Dah lama kau tak lepak ngan kitaorang..”ujar Jin sambil menyembunyikan majalah wanita di belakang bajunya. Jihyun hanya tersenyum lemah sambil mengangguk. “Sorry..”ujar Jihyun perlahan.

  “Takper kitaorang okay jer Cuma Jung Kook ni jer yan—“Jung kook segera membaling kasutnya ke mulut J-hope membuatkan J-hope terjatuh bergolek diatas lantai sambil mengerang kesakitan pada mulutnya . Jung Kook menjelirkan lidahnya sambil menyarung semula kasutnya dan melabuhkan punggung di sebelah Jihyun.

   “Jung Kook kenapa? Rindu aku?”soal Jihyun sambil tersenyum senget memandang Jung kook di sebelahnya. Jung Kook mengangguk laju sebelum melentokkan kepalanya pada bahu Jihyun . Sengaja ingin bermanja . “A’ah..kau tak rindu aku ker?”soal Jung Kook dengan nada yang manja. BTS yang meluat buat-buat tidak dengar.

   “Tak”jawab Jihyun membuatkan Jung Kook mencebik. “Yelah tu..”ujar Jung Kook dan terus menumpangkan kepalanya pada bahu Jihyun. “Eiiyuh..pleaselah tukar hormone kau jadi lelaki balik Kookie…gelilah sengal”ujar Jimin sambil menarik tangan Jung Kook,supaya lealki itu berhenti bermanja dengan Jihyun .

 Jung Kook akhirnya duduk tegak . “Kau ada plan petang ni? Jom jalan-jalan ngan kitaorang.”ajak Rap Mon. Jihyun diam sebelum mengelengkan kepalanya. “sorry,hari ni aku ada hal sikit..hari lainlah eh..”ujar JIHyun sambil tersenyum,serba salah apabila melihat wajah sugul Bts. Jin hanya mengangguk. “Okay then,tapi nanti kalau kau ada masa kita gi jalan-2 ke lepak ker..kay..”Jihyun mengangguk . Jung Kook hanya mendiamkan diri.

 

 

Sehun keluar dari 7 Eleven yang berdekatan dengan hospitalnya. Sepatutnya sudah lama dia boleh pulang kerumah namun disebabkan keluarganya yang  begitu risau ,tidak habis-habis suruh doktor memastikan dan memeriksa dirinya sudah sihat sepenuhnya. Dia menogak air mineral yang dibelinya dengan perlahan. Bubur segera yang sudah dituang air panas kedalam diletakkan diatas meja bulat yang disediakan di luar 7eleven. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

Bersedia untuk menjamu selera. Hari ini,kakaknya dan ibunya datang lewat oleh kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Nak makan makanan hospital tiada selera,jadi 7 elevenlah yang menjadi pilihan utamanya. Dengan lajunya bubur yang masih berwap dan panas itu disuakan ke mulutnya. Nikmat walaupun hanya bubur ayam.

 

Jihyun berjalan keluar dari hospital dan menuju ke 7 eleven. Ingin mendapatkan sedikit alas perut untuknya yang tidak makan dari pagi. Dia berjalan laju ,masuk ke dalam kedai tersebut dan memilih beberapa makanan ringan. Jihyun terus keluar sebaik membeli apa yang diinginkan. Dia berjalan melepasi seorang lelaki yang sedang khusyuk menikmati makanan di luar . Langkahnya terhenti apabila dia dapat menangkap sisi wajah lelaki itu.

Dia menoleh dan matanya membulat memandang Sehun yang sedang menogak air mineral. “Sehun-sshi!”panggil Jihyun membuatkan Sehun yang mendengarnya tersedak. Sehun memandang kearah Jihyun yang berlari mendapatkannya. Dia bangun dan mahu berjalan pergi namun ditahan Jihyun. “Mana kau pergi?kenapa dah lama tak sekolah and apa kau buat kat sini?”soal Jihyun bertalu-talu.

Sehun mengezip jaket sejuknya bagi menyembunyikan baju pesakit yang dipakainya. “Ak-u jaga orang sa—sakit..sajer jer jalan-jalan sini tetiba perut lapar aku makanlah”tipu Sehun sambil cuba menyembunyikan rasa gementarnya. Jihyun mengangguk . Dia memandang seluar hijau cair yang dipakai Sehun sebelum ketawa. “Kau taka da taste fashionlah..”komen Jihyun sambil menekan-nekan perutnya.

  “Suk-suka atilah..sibuklah kau ni..omma kau camner dah sihat lum?”soal Sehun mengubah topic. Takut gadis itu mengesan bahawa seluar itu merupakan milik hospital. Jihyun mengangguk. “Dah ,thanks pada orang yang dermakan and kau..”ujar Jihyun sambil senyuman tidak lekang dari wajahnya sejak ibunya selamat dibedah. Sehun hanya tersenyum. “Sama-sama..’’

   “Bila kau nak sekolah,.kau jaga siapa? Siapa yang sakit?”soal Jihyun  bertubi-tubi.Sehun menggaru-garu lehernya . “Esok kut…tengoklah dulu..aku jaga sedara aku..di-dia sakit teruk..”jawab Sehun . Dengan senangnya Jihyun mempercayai kata-kata lelaki itu. “Then,bye Sehun-sshi..jumpa esok kat sekolah kay..”ujar Jihyun sebelum berlalu pergi. Sehun melambai kearah gadis itu. Gembira melihat gadis itu yang kini bersemangat seperti dahulu.

 

 

Sehun kembali bersekolah seperti biasa dan diserang dengan beribu banyak soalan dari rakan-rakannya . Semua jawapan yang diberikannya semuanya tipu-tipu berlaka. Langsung tiada kejujuran darinya. Lebih baik dia menipu dari menimbulkan rasa gelisah rakan-rakannya yang risau akan keadaannya nanti.

Jihyun juga turut gembira dengan kehadiran Sehun seperti biasa ke sekolah. Luhan yang sentiasa di sisi Sehun hairan melihat rakan karibnya yang kini tidak makanan-makanan lain selain bubur dan air.. bila ditanya katanya tunggu lagi  beberapa hari untuk mood makannya tiba. Dia yang  langsung tidak tahu apa-apa hanya mengangguk.

  “Nak tak?”pelawa JIhyun lalu menghulurkan sebekal donut kepada Sehun,Kai dan Tao yang sedang rancak berbual. Lonceng rehat sudah berdering namun mereka berempat masih lembab seperti siput untuk keluar dari kelas. Kai dan Tao tanpa banyak Tanya mengambil donut yang berperisa coklat. Kai yang mahu mengambil donut berperisa vanilla strawbei yang hanya ada dua ditepis Jihyun.

  “Nonono…kau amik coklat..sesuai dengan kau”tanpa sebarang rasa bersalah,Jihyun menyumbat donut coklat kedalam mulut Kai sebelum sempat lelaki itu berkata sesuatu. “Abis tu untuk sapa?”soal Tao yang turut tertarik dengan donut strawberi dan vanilla itu. Nampak cantik dan menyelerakan.

  “Sehun ..”balas Jihyun pendek sebelum tersenyum. Sehun ingin mengambilnya namun doktor pesan padanya supaya tidak ambil makanan manis untuk beberapa ketika . “Ah,..o—okU” Sehun mengambil donut tersebut dan mengigitnya lalu menelan dengan perlahan. Dia tersenyum apabila rasa strawberry serta vanilla tersebut bercampur adu di dalam mulutnya. Jihyun tersenyum girang melihat telatah Tao dan Kai yang cuba merasa sedikit donut milik SehunDia mengambil bekal kosong yang turut dibawa bersama ke sekolah. Mengetepikan 6 donut coklat dan 1 donut strawberry vanilla. Yang lebihnya dihulurkan kepada Sehun.

   “Aku nak gi sesuatu tempat jap..yang ni..kau bagi kat Exo sunbaenim..bye..”ujar Jihyun sebelum berlari pergi dengan gembiranya. Menuju ke tempat BTS. Sehun memegang pinganggnya sebaik sahaja donut tersebut habis dikunyah. Kai dan Tao mencebik. Tidak puas dengan satu donut. Mereka berlari keluar kelas dank e cafeteria. Ingin merayu kepada hyung’s mereka supaya menderma donut-donut tersebut untuk mereka.

Sehun hanya tersenyum. Dia bangun dan memandang ke tempat Jihyun. “I love you Ahn Jihyun”ujarnyaa seorang diri sebelum berjalan ke cafeteria.

 

 

Chae Rin melabuhkan punggungnya di sebelah Mr Ahn yang sedang menonton tv bersama Hyorin dan Jihyun. Mrs Lee berada di dapur ,menyediakan sedikit makanan untuk mereka mengunyah malam itu. Buat masa ini,Chae Rin menumpang di dalam rumah bekas suaminya.

  “Tonton apa?”soal Chae Rin sambil tersenyum. “Transformers..”Balas Hyorin sambil mengunyah-ngunyah gula getahnya. Mr Ahn memandang Chae Rin dengan wajah yang bimbang. “Kenapa tak baring jer? Tak sakit lagi ker?”soal Mr Ahn. Chae Rin mengeleng sambil tersenyum lemah.

  “Tak ada apa-apalah.,..Sebenarnya Daniel..saya..saya..saya nak pulang ke kampong halaman saya,Busan”beritahu Chae Rin .Mr Ahn dengan lajunya mengeleng. “tak boleh.siapa nak jaga awak kat sana nanti? Kat sini kan bagus..kelengkapan hospital pun lebih bagus..” ujar Mr Ahn. Jihyun memandang ibu kandungnya sebelum mendekati wanita itu dan memeluknya.

   “Janganlah omma..tinggal ngan kami..Jihyun nak jaga omma” ujar Jihyun sayu. Chae Rin menolak lembut badan Jihyun ,membelai wajah Jihyun dengan kasih sayang. “Omma nak mati kat kampong halaman omma.Busan.tempat omma ngan appa kamu jumpa…janganlah risau Zhou Mi ada untuk jaga omma…kawan-kawan omma kat sana pun ramai..jangan risau kay..”pujuk Chae Rin tenang.

Mr Ahn diam. Tidak dapat menghalang keputusan bekas isterinya. Jihyun terdiam. Memandang wajah ibu kandungnya sebelum membuat keputusan mengejut. “Jihyun ikut ya ,omma” Hyorin dan Mr Ahn memandang Jihyun dengan pandangan tidak percaya. “Tak—“

   “Jihyun nak ikut jugak!! Jihyun nak jaga omma sampai bila-bila..pleaselah appa,unnie”rayu Jihyun kepada keluarganya. Chae Rin hanya mendiamkan diri.Turut mengharapkan bekas suaminya akan membenarkan. “Okay then” Jihyun tersenyum. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!