Kekonflitan keluarga Ahn

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

Keesokkannya,Jihyun memaksa juga dirinya untuk bersekolah walaupun rasa letih dan mengantuk masih menyelubungi diri. Dia berjalan beriringan dengan kakaknya masuk ke dalam perkarangan sekolah. Hyorin menyiku adik nya itu. “Kau okay tak? Dah macam mayat hidup dah unnie tengok?”Tanya Hyorin selaku kakak tiri yang mithali.

Jihyun menguap beberapa kali sebelum memberikan isyarat okay kepada kakaknya. Oh ya,untuk pengetahuan semua,satu sekolah kini sudah tersebar tentang berita bahawa Hyorin,si queenka sekolah merupakan kakak tiri kepada Jihyun,si teddy bear sekolah.

Sistar iaitu rakan-rakan Hyorin yang sedang menunggu ketua mereka segera mendapatkan kedua-dua adik beradik tersebut. Bora tersenyum manis kearah Jihyun yang kerap kali menguap malas.

  “Anyeong Hyorin ,Jihyun”tegur Bora sambil berhigh-five dengan Hyorin,rakan karibnya seumur hidup. Dia mengalihkan pandangannya kearah Jihyun yang betul-betul Nampak macam zombie.

   “Uh,Jihyun awak okay tak?tak sihat ke?unnie ada Panadol..nak?”Tanya So You yang juga sedar akan keadaan nak mati Jihyun itu. Jihyun mengelengkan kepalanya tanda tidak perlu sebelum dia meminta diri untuk berlalu ke kelas.

   “Saya okay…saya pergi kelas dulu ya..bye..”Dengan pergerakan yang agak lembab dan lemah gemalai,Jihyun berlalu pergi sambil mulutnya tidak tahu tertutup. Sentiasa sahaja terbuka luas dan mengeluarkan bau busuk . Menguap senang kata.

 

 

Sehun memegang kepala katilnya seerat semungkin. Kakinya menendang-nendang minta dilepas. Sun Mi selaku kakak yang bertanggungjawab menjadikan adiknya seorang yang berguna tetap tidak putus asa. Ditariknya kedua-dua belah kaki Sehun yang panjang itu sekuat yang mungkin. Menggunakan seluruh tenaga wanita yang dia ada.

Kalau tidak dipaksanya si Sehun itu,memang tidaklah si adiknya itu mahu turun katil. Malah keluar bilik pun masih tidak pasti. “Oh Sehun! Bangunlah…pergi sekolah….kamu nak lambat ke?nak kena denda ngan cikgu?..bangunlah wahai adikku yang baik lagi hensem”

   “Hun nak cutilah hari ni..penat”akhirnya Sehun membuka mulutnya setelah dia merasakan kakinya hampir tercabut oleh kerana kekuatan kakaknya menarik kakinya.Sun Mi melepaskan kedua-dua belah kaki adiknya sebelum bercekak pinggang.

   “Jangan nak mengada-ngadalah…kamu nak appa marah ke?nak nuna bagitahu sekarang..cepatlah bangun atau akak betul-betul panggil appa”ugut Sun Mi . Dia tahu yang adiknya itu takut kepada ayah mereka terutama sekali jika papanya tiada mood. Dia pun tidak tahu kenapa dalam ramai-ramai orang yang lebih garang,adiknya lebih menganggap ayah mereka yang penyanyang dan baik hati itu sebagai orang yang perlu ditakuti.

Sehun mengigit bibir bawahnya sebelum mengalah. Dia duduk tegak di atas katil sambil memandang kakaknya yang sedang tersenyum . “Keluarlah..orang nak mandi!..kenapa?nuna nak mandikan Hun ke ?keluarlah”arah Sehun yang masih lai dalam keadaan mamai. Sun Mi tersengih sebelum keluar daripada bilik bujang yang bersepah tersebut. Kasihan pembantu rumahnya yang terpaksa mengemas bilik adiknya yang tongkang pecah itu setiap hari.

 

 

Kelas berjalan seperti biasa. Jihyun langsung tidak dapat menangkap segala yang diajar oleh gurunya. Dia lebih gembira berada di alam sendiri. Pedulilah fasal apa yang diajar oleh gurunya. Kai dan Tao pula bermain dengan girangnya di alam mimpi mereka. Buku teks menjadi penyelamat mereka. Menutup perbuatan  mereka itu daripada disedari daripada guru. Sehun pula sibuk bermain masak-masak. Bagi menghilangkan rasa mengantuknya yang menebal,lebih baik dia bermain masak-masak. Sekurang-kurangnya dia tidak tidur seperti rakan-rakannya. Pemadam 60 sennya yang berjenama Faber Castle itu dipotong-potong menjadi dadu –dadu kecil menggunakan pisau lipat yang diseludupnya masuk ke sekolah pada setiap hari.

Pisau lipat itu sentiasa menjadi senjata untuk keselamatan dirinya sekiranya dia diculik ataupun diragut.Pelajar yang lain juga langsung tidak memberikan perhatian terhadap apa yang diajar atau lebih dipanggil sebagai dibebel oleh cikgu Haha seorang diri. Suaranya yang seperti kanak-kanak 10 tahun itu membuatkan pelajar-pelajar di dalam kelas teringin menendang guru tersebut .

Sedang Cikgu Haha syok sendiri membebel seorang diri. Pintu kelasnya diketuk dari luar,kelihatan seorang pelajar perempuan berpakaian pengawas sedang berdiri tegak di luar. “Ya,ada apa hajat tuan ke mari”Tanya Cikgu Haha . Pengawas tersebut atau nama yang tertera pada tag namanya,Ji Yeon masuk ke dalam kelas sebelum memanggil nama Jihyun.

  “Jihyun ,sila ke pejabat sekolah..sekarang..”Jiyeon menyampaikan pesanan yang diterimanya daripada Cikgu Jaesuk sewaktu dia selesai menyetak segala kertas yang diperlukan rakan-rakan sekelasnya. Jihyun yang sedang mengelamun segera berdiri apabila namanya dipanggil. Sehun menoleh kearah Jihyun yang segera keluar kelas.

 

 

Jung Kook yang sedang main sembunyi-sembunyi dengan Cikgu kesayangannya ,Cikgu Suk Jin ternampak Jihyun yang sedang berjalan menuju ke tingkat 3 bangunan A. Bangunan baru yang menempatkan segala jenis pejabat,makmal dan macam –macam lagi,tidak termasuk kelas-kelas.

Jung Kook mencari kelibat Cikgu Sukjin di serata tempat dari dalam tong sampah sebelum dia keluar dan terus berlari selaju kilat menuju ke bangunan A. Menuju ke pejabat sekolah seperti Jihyun.

Jihyun dengan rasa berdebarnya masuk ke dalam pejabat tersebut setiba sahaja dia di sana. Perlahan-lahan pintu berkaca itu ditolak dan dia masuk ke dalam. Senyap. Cuma ada beberapa guru yang sedang menyelesaikan masalah sendiri dan 3 orang kerani sekolah yang sedang sibuk menyusun fail-fail pelajar.

  “Ouh,awak Jihyun kan?”Tanya seorang lelaki berkaca mata. Dia tersenyum memandang Jihyun. Jihyun mengangguk perlahan. “Ya,kenapa saya dipanggil ke sini ya Cikgu”Tanya Jihyun perlahan. Lelaki itu hanya tersenyum. “Saya bukan cikgu..Cuma kerani jer,panggil jer Ryeo wook..mari ,ada orang sedang tunggu awak di bilik  penolong kanan..”beritahu Ryeo Wook sambil berjalan mendahului Jihyun,menuju ke bilik penolong kanan.

Pintu bilik penolong kanan tersebut dibuka oleh Rye Wook setelah dia mengetuk beberapa kali. “ Masuklah..”Ryeo Wook tersenyum lalu memberi laluan kearah Jihyun untuk masuk. Dengan jantung yang berdegup laju ,Jihyun melangkah masuk ke dalam .Jantungnya berhenti berdegup sebaik melihat ibu kandungnya serta lelaki yang merampas ibunya sedang duduk di atas kerusi sambil tersenyum manis kearahnya.

   “Ah~ Jadi Ahn Jihyun ,sila duduk dahulu”arah cikgu penolong kanan atau namanya ialah Mr Chang Min. Ji Hyun hanya akur,tidak mahu melakukan sebarang tindakan tidak sopan di hadapan gurunya. Dia hanya duduk berhadapan dengan ibu kandungnya,Mrs Ahn dan lelaki yang dibencinya itu.

Cikgu Chang Min bangun dan di tangannya ,satu fail biru setia dipegang. Dia duduk di sebelah Jihyun,dan fail tadi diserahkan kepada Mrs Ahn. “Fail apa tu seonsaengnim?”bisikJihyun perlahan kepada Cikgu Chang Min sambil menjeling kearah Mrs Ahn yang sibuk meneliti isi kandungan fail tersebut.

  “Fail peribadi kamulah..bukanke kamu akan pindah sekolah?”Jihyun tergamam. Dia memandang ibu kandungnya yang telah tamat membaca segala yang perlu .

   “Ya Jihyun,kamu akan pindah sekolah dan duduk dengan omma kat Busan..”beritahu Mrs Ahn dengan nada teruja. Teruja yang amat sangat apabila mengenangkan betapa bahagianya hidupnya dapat bersama tinggal dengan anak kandungnya setelah bertahun lamanya .

Jung Kook yang curi-curi dengar di luar terasa dia terkena serangan jantung apabila mendapat tahu bahawa Jihyun akan berpindah ke Busan. Bagaimana dia akan bertemu dengan gadis itu lagi.

  “Apa kamu buat kat sini Jung Kook?”Tanya Ryeo Wook yang begitu kenal dengan pelajar lelaki tersebut. Almaklumlah,mereka tinggal berjiran,tidak mungkinlah dia tak kenal dengan budak lelaki yang sering kunjung ke rumahnya untuk mengisi perut yang kelaparan. Jung Kook yang sedang melekat di pintu segera berdiri tegak menghadap Ryeo wook.

  “Eh,tak ada apa-apalah hyung....erm,btw..siapa dalam bilik cikgu Chang Min?”Soal Jung Kook yang begitu ingin tahu . Siapaka gerangan yang ingin membawa lari rakannya itu. Ryeo Wook berfikir sejenak sebelum menjawab.

   “Ermm..hah,nama dia Mrs Ahn ,ibu kepada Ahn Ji Hyun..lelaki sorang lagi tu hyung tak tahulah pulak namanya..sebab dia tak perkenalkan diri pun tadi..”beritahu Ryeo Wook jujur sambil membetulkan kaca matanya. Jung Kook diam sebelum matanya membulat teringatkan sesuatu.

   “Thanks hyung..,,saya pergi dulu kay,…bye..”Jung Kook terus berlari keluar dari pejabat sekolah tersebut dan berlari menuju ke kelaas 3A iaitu kelas Sehun .

 

Jihyun  mulai bengang dengan tindakan ibu kandungannya itu. Dia bingkas bangun dan ingin meminta diri tetapi ditahan Mrs Ahn. “Ji Hyun duduk!”arah Mrs Ahn tegas. Dia tidak mahu bersikap lembut lagi jika anaknya itu berterusan tidak mahu menghormatinya.

   “Ambil beg kamu dan ikut omma”Jihyun mengetap bibirnya. Menahan rasa marahnya yang begitu membuak-buak. Tiada lagi  rasa sayang akan ibu kandungnya sendiri. Wanita yang telah meninggalkan anak sendiri demi lelaki lain tidak layak digelar ibu mahupun disayangi oleh anaknya sendiri.

 Jihyun hanya diam. Dia keluar dari bilik tersebut dan dengan automatiknya,air matanya mulai jatuh dari tubir mata. Adakah dia masih menyanyangi ibunya yang begitu kejam itu. Meninggalkannya berseorang terpingga-pingga tanpa kasih sayang seorang ibu? Dia pun tidak pasti.

 

 Sehun memandang kearah Jung Kook yang sedang mengendap-ngendap di luar kelasnya. Dia membuat muka meluat melihat wajah lelaki itu. Buku notanya dicapai dan dia menulis sesuatu di atas buku tersebut. Dia membuat bunyi bersiul untuk menarik perhatian Jung Kook sebelum buku nota tersebut dihalakan kearah  Jung Kook.

   Jual keropok kat tempat lainlah

Jung Kook mencerlungkan matanya kearah Sehun sebaik sahaja membaca ayat yang amat baik daripada Sehun.

   “Woi…aku nak jumpa kau..”bisik Jung Kook dengan suara yang agak mendatar supaya Cikgu Haha tidak menyedari kehadirannya di situ. Sehun menaikkan kening kanannya,langsung tidak mendengar apa yang ingin diberitahu Jung Kook.

Jung Kook menepuk dahinya sebelum dia terfikirkan sesuatu. Dia mula membuat isyarat satu persatu . Kedua-dua jari telunjuknya ditunjukkan dan mempertemukan kedua-duanya bagi membawa masuk jumpa. Sehun menggaru-garu kepalanya tanda tidak faham.

  “Cium ?”soalnya separuh berbisik. Jung Kook yang kuat pendegarannya segera menggeleng.

Kemudian dia membuat tanda isyarat bersalaman dan high –five juga bagi membawa maksud ‘jumpa’ Yelah,kalau berjumpa bukankah,mereka akan bersalaman dan berhigh-five sesama member?. Sehun yang agak lemah dalam permainan meneka masih lagi dalam keadaan bingung yang amat sangat.

Pelbagai isyarat mudah ditunjukkan Jungkook namun oleh kerana otak Sehun yang lambat berfungsi itu,mereka masih lagi belum berjumpa sehinggalah akhirnya Sehun putus asa. Dia mengendahkan Jung Kook yang bermati-matian memberi isyarat.

 

Jihyun yang dalam keadaan huru-hara itu memandang Jung Kook yang sedang terjengah-jengah di luar kelasnya. Dia ingin menegur namun dengan keadaannya yang agak serabai pada masa itu,dia buat keputusan untuk membiarkan sahaja si mamat itu dalam misinya sendiri. Matanya yang merah itu dikelip banyak kali sebelum dia mengetuk pintu dan masuk ke dalam kelas.

Wajahnya ditundukkan dan dia segera berlalu ke tempatnya. Buku-bukunya dikemas masuk ke dalam beg  dan dia menyandang beg sekolahnya. Bersedia untuk pulang dan menyelesaikan masalah keluarganya yang sudah bertahun lamanya itu. Cikgu Haha berhenti mengajar dan memerhatikan Jihyun mengemas segala barang di atas meja.

   “Awak nak pergi mana Jihyun?”Tanya Cikgu Haha lalu mendekati pelajarnya itu. Sehun juga menumpukan perhatiannya kearah Jihyun. Perasaan bimbang menyelubungi dirinya. Sudahlah gadis itu dipanggil ke pejabat sekolah. Balik sahaja ke kelas,tiba-tiba terus mengemas meja. Mana tak risaunya .

   “Saya perlu balik..ada masalah sikit seonsaengnim..minta diri dulu ya ..”dengan hormatnya Jihyun meminta izin untuk pulang. Cikgu Haha hanya mengangguk memberi izin kepada pelajarnya itu untuk pulang. Mungkin ada masalah yang perlu diselesaikan. Jihyun hanya tersenyum nipis sebelum keluar kelas.

Keluar sahaja,Jung Kook sudah tercegat di luar kelas. Menunggunya untuk memberi jawapan mengapa dia perlu balik. Jihyun mengeluh lemah sebelum tersenyum kecil. “Kau nak gi mana? Ngan bawak beg bagai..kenapa?”Tanya Jung Kook sambil berjalan beriringan dengan Jihyun.

Jihyun pula hanya mendiamkan diri. Langsung tidak terfikir  untuk memberi jawapan atau menerangkan segalanya kepada lelaki itu. Hal keluarganya lebih baik dia dan keluarganya sahaja yang tahu. Jung Kook memukul lengan Jihyun perlahan apabila gadis itu langsung tidak mengendahkannnya.

  “Jihyun –sshi kau dengar ke tak?apa dah jadi sebenarnya?kenapa kau perlu pindah? Kenapa omma kau datang sini?”Tanya Jung Kook bertubi-tubi. Jihyun segera menghentikan langkahnya . Dia menoleh kearah Jung Kook dengan riak wajah pelik. Bagaimana lelaki itu tahu yang ibu kandungnya telah datang dan bagaimana juga lelaki itu tahu yang dia perlu pindah?

   “Kau curi dengar ker?”soal Jihyun.Dia pasti lelaki itu telah mencuri dengar perbualannya di bilik Cikgu Donghae. Aish,lelaki itu memang tidak ada kerja lain agaknya.

Jung Kook tersengih kekok sebelum memandang ke tempat lain. Jihyun mengetap giginya sehingga menimbulkan bunyi . Jung Kook terdiam.

   “Jangan masuk campur dalam hal aku…balik kelas and gi belajar!” marah Jihyun dan berlalu pergi. Dia menuruni anak tangga dan terus mendekati Mrs Ahn yang sedang setia menunggu di sebelah kereta berwarna turquoise.

Jung Kook hanya memerhati dari jauh dengan wajah yang agak sugul. Kereta yang dinaiki dua beranak itu meluncur laju,keluar dari perkarangan sekolah. Bahu kanan Jung Kook tiba-tiba disentuh dari belakang dan kelihatan Sehun sedang tercungap-cungap mencari udara.

  “Mana Jihyun nak pergi?”Tanya Sehun dengan nada suara tersekat-sekat . Masih tidak dapat menenangkan jantungnya yang berdegup secara tidak stabil akibat larian pecut yang dibuatnya tadi sejurus sahaja cikgu Haha membenarkannya keluar untuk ke tandas,kononnya.

Jung Kook memandang Sehun dengan wajahnya yang masih sugul itu . Ditolaknya tangan Sehun dari bahunya sebelum berlalu pergi. Sehun memandang Jung Kook dengan dahi yang berkerut seribu. Dia kemudian memandang ke pagar sekolah. Tertanya-tanya kemana agaknya Jihyun pergi.

 

 

 

Mrs Kim yang membuka pintu terkaku apabila melihat bekas isteri suaminya itu muncul di hadapannya bersama dengan Jihyun,anak tiri kesayangannya. Jantungnya bagaikan ingin terlucut dari tempatnya.

Dengan selambanya,Mrs Ahn masuk tanpa sebarang rasa hormat kepada tuan rumahnya. Dia malah menolak Mrs Kim yang menghalang laluannya. Jihyun memandang ibu tirinya dengan perasaan serba salah.

  “Mummy,call appa..kata urgent ya…suruh dia balik secepat mungkin..”arah Jihyun sambil tersenyum manis kearah Mrs Kim yang masih terkaku. Dia melangkah masuk dan berlalu ke biliknya. Sempat lagi dia menjeling kearah ibu kandungnya yang sedang menilik album foto keluarganya.

   “Gambar kau tak akan pernah wujud kat situ”ujar Jihyun sebelum menaiki tangga ke bilik tidurnya. Mrs Ahn hanya tersenyum perit sebelum meletakkan semula album foto yang diambilnya ke tempat asal. Dia menelan air liurnya yang terasa perit dengan perlahan.

   “Jangan risau Chae Rin,aku yakin semua akan okay….”lelaki yang setia bersama Mrs Ahn itu cuba menenangkan wanita separuh umur itu. Mrs Ahn hanya tersenyum. “aku pun harap macam tu Zhou Mi ..”Lelaki itu atau namanya Zhou Mi hanya tersenyum . Riak wajahnya sungguh tenang.

Mrs Kim datang dan cuba tersenyum. Dia menghidangkan beberapa keping kek yang dibelinya pagi tadi di Secret Resipi dan 4 gelas air bandung. “Minumlah dulu sementara tunggu suami saya datang”pelawa Mrs Kim ramah.Mrs Ahn ataupun lebih baik dipanggil Chae Rin oleh kerana dia tiada hubungan lagi dengan suaminya hanya memandang benci kearah isteri baru bekas suaminya itu.

   “Mana anak saya ya Kim So Eun?”Tanya Chae Rin sengaja ingin menekankan perkataan ‘anak’ kepada wanita itu. Mrs Kim yang sedikit terasa itu hanya mampu memberikan senyuman tawarnya kepada kedua-dua tetamunya. “Nanti saya panggilkan..minumlah dulu”

 

Mr Ahn yang baru mendapat berita tentang kunjungan mengejut bekas isterinya itu segera pulang ke rumah. Segala meetingnya dibatalkan begitu sahaja kerana bimbang perkara buruk akan berlaku. Kereta mewahnya yang berwarna hitam itu dipandu selaju yang mungkin. Cepat sampai lebih bagus.

 

Jihyun turun ke ruang tamu sebaik sahaja ibu tirinya itu memanggil namanya. Dia duduk jauh daripada Chae Rin . Sesekali dia menjeling kearah lelaki tinggi yang telah menghancurkan kebahagiaan keluarganya.

  “Macam mana Jihyun selama ni?”Tanya Chae Rin memulakan topic perbualan mesra. Dia tersenyum manis kearah anak kandungnya itu. Pandangannya jelas menunjukkan dia begitu sayang akan Jihyun walaupun sudah bertahun lamanya mereka tidak berjumpa.

   “Aman tenteram dan damai ..semuanya bahagia dan ceria sebelum seorang wanita datang dan nak hancurkan hidup Jihyun kembali”tutur Jihyun sambil menghirup air bandung yang dibuat oleh ibu tirinya.

 Chae Rin menahan rasa sebaknya yang semakin menebal. Dia memandang kearah Zhou Mi  yang menyuruhnya supaya bertenang. “Nampaknya anak omma dah makin sihat hari demi hari kan”puji Chae Rin tulus dan ikhlas namun menerima jelingan maut daripada Jihyun yang menganggap ayatnya itu sebagai sindiran.

   “Ya,sihat kan? Sebelum seorang wanita bernama Chae Rin pergi, gadis ini sungguh kurus kering oleh kerana ommanya langsung tidak mengambil kisah fasal anak kandungnya”Jihyun tersenyum sinis kearah Chae Rin .

 

Flashback

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun memegang perutnya yang sedang berbunyi minta diisi.Memakai baju t-shirt hijau besertakan skirt pendek hitam . Rambutnya yang pendek lurus dan hitam paras bahu itu dihiasi dengan cekak rambut yang juga bewarna hijau. Badannya kecil  dan kurus,wajahnya pula kelihatan agak cengkung.

Dia mencari ibunya di seluruh sudut rumah agamnya yang besar itu namun masih tidak jumpa.Akhirnya,dia menuju ke dapur rumahnya dan peti sejuk yang besar jenama Toshiba itu dibuka sebelum menyelongkar makanan-makanan yang tersimpan di dalamnya. Apa yang dijumpanya hanyalah sekotak donut semalam dan sekotak susu jenama HL.

Jihyun,kanak-kanak perempuan tersebut tersenyum sebelum membawa keluar donut dan susu tersebut. Diletaknya donut dan susu itu di atas meja makan. Dia berlari ke singki dan membasuh tangannya. Kemudian,dia berlaari semula ke meja makan bagi mengisi perutnya yang begitu kosong itu.

Baru sahaja dia ingin menjamah makanan tersebut.Lonceng rumahnya berbunyi,dengan segera dia berlari untuk membuka pintu. Senyuman girang terukir di wajahnya yang comel lagi naif itu. Disangkanya ibunya yang telah kembali tetapi sebaik sahaja pintu dibuka ,kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang setahun tua darinya sedang tersenyum sambil memegang sebotol air gas dan sebungkus roti.

   “Hey,Jinie~”Jihyun hanya tersenyum sebelum memberikan ruang untuk kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam. “ Kau dah makan?aku ada bawak makanan ni”Tanya kanak-kanak lelaki tersebut ,dia berlalu ke ruang makan dan meletakkan makanan dan minuman yang dibawanya di sebelah donut dan susu yang ingin dijamah Jihyun sebentar tadi sebelum ketibaannya.

  “Gomawo Mark oppa~ Jinie pun baru nak makan tadi..”beritahu Jihyun dan duduk semula ke tempatnya. Susu yang berada di atas meja itu dicapainya dan baru sahaja dia ingin menogak minum,Mark,kanak-kanak lelaki it uterus merampas.

   “Markie!!”marah Jihyun apabila susunya tiba-tiba dirampas rakan karibnya . Mark mengendahkan Jihyun dan dia terus sahaja melihat tarikh luput yang ada pada kotak susu tersebut. Dia kemudian memandang Jihyun sebelum meminum sedikit susu tersebut.

   “Uweekk….susu ni dah basilah Jinie,tarikh luput dia tamat minggu lepas..cuailah kau ni,masam tau  tak! Kalau kau sakit macam mana? ..Minum air gas aku ni…jap aku pergi amik cawan”Mark mengelengkan kepalanya sebelum berlari ke dapur untuk mendapatkan cawan. Jihyun memerhatikan Mark yang sudah hilang dari pandangannya,susu kotak yang dikatakan sudah basi itu dicapai semula sebelum dia melihat tarikh luput yang berada di sudut tepi kotak susu tersebut.

Memang betul kata rakannya itu,tarikh luput susu tersebut sudah lama berakhir. Dia tersenyum sebak apabila terkenangkan betapa ambil beratnya rakan karibnya itu terhadapnya. Tidak kira di mana atau bila-bila masa sahaja,Mark pasti ada di  sisinya untuk menjaganya.Seperti hari ini dan yang lepasnya,Mark pasti datang ke rumahnya untuk memberikannya makanan supaya dia tidak lapar.

 Mark kembali dengan dua cawan gelas yang baru diambilnya . Air gas yang dibawanya dituang ke dalam cawan degan berhati –hati sebelum menyerahkannya kepada Jihyun. “Nah..minumlah..”ujar Mark sambil tersenyum manis. Jihyun mengangguk dan terus menogak air gas tersebut. Dia sememangnya sedang dahaga ketika itu.

  “Omma kau mana Jinie?keluar lagi ke?”Tanya Mark apabila menyedari rumah tersebut begitu sunyi. Jihyun hanya mengangguk lemah. Ibunya itu memang sering keluar rumah ,meninggalkannnya keseorang. Kalau ayahnya tidak keluar outstation di luar Negara pasti ayahnya akan sentiasa menemaninya tapi ibunya,pasti tidak akan pernah nak lekat kat rumah.

Mark mengangguk sambil mengunyah donut yang dikongsinya bersama Jihyun. Faham sangat dirinya tentang kehidupan Jihyun pada setiap hari,sebab itulah dia akan sentiasa datang ke rumah rakannya itu. Takut terjadi apa-apa terhadap orang yang dia sayang itu.

 

 

Mr Ahn  bergegas masuk ke dalam sejurus sahaja  sampai ke perkarangan rumahnya. Dia berlalu ke ruang tamu dan melihat bekas isterinya, anaknya dan seorang lelaki yang cukup dibenci sudah berada di situ. Suasana kekok mengelilingi mereka semua.

Mr Ahn berdehem kecil sebelum duduk di sebelah Jihyun. Dia menjeling kearah lelaki yang duduk di sebelah bekas isterinya itu. “Kau nak apa datang sini?bukanke aku dah beri amaran pada kau supaya jangan pernah jumpa anak aku!”Mr Ahn memandang bekas isterinya dengan pandangan dingin. Walaupun masih ada lagi rasa kasih sayang terhadap isterinya itu tapi dia tetap bertegas untuk tidak berbaik dengan wanita itu.

Chae Rin menarik nafas sedalam yang boleh sebelum dia mula menegakkan haknya yang sudah lama dia ingin tuntut. “Saya pun ada hak terhadap Jihyun buat pengetahuan abang..Jihyun ni anak saya,saya yang melahirkannnya..”beritahu Chae Rin dengan nada yang agak tenang. Jihyun hanya mendiamkan diri. Ya,dia tahu ibu kandungnya memang ada hak terhadapnya tapi dia tidak mahu tinggal dengannya.

Mr Ahn tersenyum sinis seebelum duduk menyilangkan kakinya dan berpeluk tubuh. “Sejak bila kau mula tahu tentang hak jagaan semua ni? …sejak bila jugak kau amik tahu fasal anak kau? Waktu budak ni kecil,kau biarkan dia sekarang budak ni dah besar ,pandai jaga diri baru kau nak kutip dia balik…apa muslihat kau sebenarnya hah!”marah Mr Ahn yang mula naik angin. Chae Rin masih lagi mengawal perasaannya.

   “Saya tak kira..perkara yang lepas tak perlulah nak diungkit lagi! Salahke saya nak tebus balik kesalahan yang lepas! Saya nak jaga dia selagi saya masih hidup..tolonglah beri saya peluang ni”Nada suara Chae Rin semakin merundum,dia kelihatan seperti merayu. Matanya juga sudah mula berkaca. Jihyun tidak sampai hati melihat keadaan ibunya. Dia memandang ayahnya yang masih dengan pandangan dingin memandang bekas isterinya.

   “Kita selesaikan di mahkamah!” Mr Ahn bangun setelah memberikan keputusan tegas. Dia berlalu menaiki tangga untuk ke biliknya. Chae Rin sudah mula berair mata. Wanita itu menekup wajahnya sambil menangis teresak-esak. Zhou Mi sedaya upaya cuba menenangkan wanita itu. Dia juga kasihan dengan nasib Chae Rin namun dia tiada hak untuk masuk campur.

Jihyun bangun dan ingin berlalu pergi sebelum ayat Chae Rin menghentikan langkahnya. “Kamu nak omma mati sebelum sempat jaga kamu kan?........sekurang-kurangnya,kamu tak nak ke jumpa dia?”Jihyun menoleh kearah ibu kandungnya . “Apa maksud kau?”Tanya Jihyun .. Jantungnya berdegup laju. Chae Rin bangun,mata serta hidungnya yang merah memandang anaknya sebelum tersenyum tawar.

   “Omma akan pastikan omma akan menang tak kira apa pun yang berlaku..”Dahi Jihyun dikucup lembut sebelum dia berlalu keluar dari rumah agam tersebut. Jihyun memegang dahinya yang terasa hangat. Sudah lama dia tidak dikucup oleh ibunya seperti pada masa dahulu. Dia sungguh merindui wanita yang bergelar ibu itu.

 

Jung Kook dan Sehun berlari mendapatkan Hyo Rin sejurus sahaja tamat waktu sekolah. “Hyo Rin sunbaenim!”panggil Jung Kook sambil cuba mendahului Sehun.Tidak mahu kalah,Sehun juga mencuba seluruh tenaga yang dia ada untuk mendahului Jung Kook yang begitu pantas itu.

Hyo Rin berhenti berjalan dan memandang 2 orang junior kacaknya yang sedang kehilangan tenaga. “Apa dia?”tanyanya . Jung Kook menarik nafas sedalamnya sebelum memulakan perbualan.

  “Ji-Jihyun dah lama balik sekolah,tadi ada perempuan separuh abad datang pastu bawak dia balik..”

  “Namanya Mrs Ahn!...dia omma kandung Jihyun”Sehun menyambung kata-kata Jung Kook yang terputus tadi. Hyo Rin diam sebelum dia berlalu pergi ke keretanya. Tanpa membuang masa,kereta yang dipandu pemandunya meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah meninggalkan 2 jejaka yang masih kepenatan itu.

Luhan dan Exo berjalan mendekati maknae mereka . “Kenapa korang kejar Hyorin-sshi tadi?”Tanya Kris sambil memandang kearah Sehun yang sedang melonggakan tali leher . “Ahh..tak ada apa-apa…betul tak Jung Kook?”Sehun mengerdipkan sebelah matanya kearah jungkook.

  “Erm,ya..okaylah..bye” ujar Jung Kook sebelum berlalu pergi. Exo hanya mengangkat bahu,malas ingin soal lebih lanjut. Mereka semua berjalan ke tempat letak motor. Menaiki motor masing-masing untuk pulang ke rumah. Luhan mendekati Sehun dan menarik lelaki tersebut ke tempat lebih jauh daripada rakan-rakannya yang lain.

  “Beritahu hyung sorang jer..”ujar Luhan yang terdesak ingin tahu. Dia tahu yang perkara ini pasti berkaitan dengan Jihyun. Lagipun  sewaktu rehat tadi,dia langsung tidak Nampak kelibat Jihyun di mana-mana.

  “Ma-mana ada apa-apa hyung..dahlah jom balik”Sehun masih lagi ingin melindungi hak asasi Jihyun. Dia cuba melepaskan diri tetapi Luhan terus memulas tangannya menyebabkan dia menjerit kesakitan. “Cepat beritahu…”tegas Luhan menyebabkan Sehun mengaku kalah.

      “Ok—okay..hyung lepaskan dulu..sakit..ahhh……”Luhan melepaskan pegangan mautnya sebelum memandang Sehun dengan riak wajah yang serius. “Omma kandung JiHyun datang sekolah then bawak Jihyun pergi..Mamat keropok tu cakap yang omma dia nak pindahkah Jihyun ke Busan..”beritahu Sehun perlahan . Dia mengeluh lemah sebelum berlalu pergi.

Luhan terdiam seketika . “Auntie masih hidup?”. Dengan langkah yang pantas, Luhan terus menunggang motorsikalnya menuju ke rumah seseorang. Rumah orang yang sudah lama dia tak kunjungngi . Sehun menggaru-garu kepalanya,pelik melihat perangai hyung nya. Tanpa sebarang rasa syak wasangka,dia menunggang motorsikalnya bersama rakan-rakannya yang lain. Keluar dari perkarangan sekolah.

 

*****

Luhan turun dari motornya. Keadaan rumah teres 2 tingkat itu masih sama . Persekitarannya masih dijaga dengan rapi. Dengan langkah yang perlahan,Sehun menekan lonceng rumah tersebut beberapa kali sebelum seorang lelaki tinggi keluar dari rumah tersebut dan terkejut dengan kehadiran anak saudaranya.

 

   “Minumlah”pelawa Zhou Mi sambil tersenyum. Rindu sungguh dia dengan anak saudara nya itu. Mereka sudah lama tidak berjumpa sejak Luhan mulai membencinya. Tiada apa yang dapat dia buat selain berserah sahaja. Berjumpa untuk kesekian lamanya merupakan suatu anugerah buatnya.

Luhan memandang pak cik saudaranya. “Kenapa pak su tak beritahu yang omma Jihyun masih hidup?kenapa perlu sembunyikan ?”Tanya Luhan terus ke tujuan utama dia ke situ. Zhou Mi  hanya tersenyum . Dia membetulkan duduknya .

  “Pak Su tak ada hak pun  nak masuk campur..Lagipun ni semua atas permintaan nuna Chae Rin..”Teh yang dibuatnya itu dihirup perlahan. Seperti biasa dia masih lagi tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

 

Flasback

Chae Rin menelan ubatnya secar a paksa. Dia memandang doktor peribadinya yang masih muda itu dengan pandangan sayu. “Maaflah Zhou Mi,nuna banyak susahkan kamu ..kan bagus kalau nuna mati ajer sekarang ni…tak perlulah nuna nak jelaskan penyakit nuna pada mereka” Chae Rin tersenyum nipis sambil memandang ke luar tingkap bilik doktor muda Zhou Mi itu.

   “Sampai bila nuna nak simpan penyakit nuna?lambat laun keluarga nuna akan tahu jugak”beritahu Zhou Mi yang tidak sanggup melihat keadaan Chae Rin yang makin lemah itu.

     “Tak…mereka tak akan tahu Zhou Mi kalau kita tak beritahu dia…sebab itulah nuna harap sangat kamu simpan rahsia ni,biar kita berdua sajer yang tahu”pinta Chae Rin yang masih bertegas tidak mahu suaminya serta anaknya yang masih kecil itu tahu.

Zhou Mi diam sebelum mengangguk setuju untuk menyimpan rahsia penyakit pesakitnya itu.

End flashback

 

  “Nampaknya pak su tak kahwin-kahwin lagi kan?”Soal Luhan apabila melihat langsung tiada tanda pak sunya itu sudah berkahwin. Zhou Mi tertawa kecil mendengar pertanyaan anak saudaranya. “Tak kahwin pun tak apa…pak su takut jer kalau kahwin nanti isteri pak su salah faham tentang pak su dengan Chae Rin” beritahu Zhou Mi.

    “Macam uncle Ahn dengan auntie Chae Rin ..”ujar Luhan perlahan.

 

*****

Ji Hyun membelek gambarnya bersama 2 orang rakannya. Wajahnya yang sedang tersenyum bersama dengan rakan karibnya yang bernama Mark ,manakala satu lagi wajah yang ada di dalam gambar tersebut sudah dicarik-carik. Tidak dapat melihat wajah siapakah itu.

Jihyun diam sebelum mengeluh lemah. Dia cuba mengingati siapakah lagi seorang rakannya itu. Tapi ia begitu sukar oleh kerana mereka bertiga sudah berpisah pada suatu masa yang agak lama. Kalaulah dia dapat berjumpa dengan 2 orang rakan karibnya itu,pasti hidupnya sudah cukup bahagia.

Hyorin berlari masuk ke dalam rumah dan terus mencari Jihyun . Sebaik sahaja ,dia Nampak kelibat JIhyun di koridor bilik adiknya itu,dia terus memeluk adik tirinya itu dari belakang. Jihyun yang agak terperanjat hanya membiarkan kakak tirinya itu memeluknya.

  “Jangan tinggalkan unnie…janganlah pindah…”rayu Hyorin sambil air matanya jatuh dari tubing mata. Memang selama ini,dia langsung tidak menghargai kemunculan berharga adiknya itu. Yang dia tahu adalah membenci adik tirinya itu .

   “Jihyun nak pindah mana..kan ni rumah Jihyun..”Hyorin melepaskan pelukannya dan berdiri menghadap adik tirinya itu. Air matanya dikesat menggunakan belakang tapak tangannya. “Betul ni?”Jihyun mengangguk perlahan. “Jangan risaulah…lagipun bukan unnie ngan Sun Mi unnie nak kuruskan Jihyun…mana Jihyun boleh lari selagi tak kurus”Jihyun cuba menenangkan Hyorin yang masih was-was dengannya.

 Hyorin akhirnya tersenyum. “Janji?”Jihyun terus terdiam. Dia tak mampu membuat apa-apa janji kerana dia takut yang dia tidak dapat menepati janji tersebut. “Unnie gi mandilah..busuk..”Jihyun menolak Hyorin supaya keluar dari biliknya. Sebaik sahaja Hyorin keluar dari biliknya. Dia mengeluh lemah .

 

 

 

Hi semua,jadi chapter ni agak boring dan conflict sikit ,tapi saya harap korang sume suka lah ya..hehehe..

btw,chapter seterusnya agak berperasaan dan lebih kepada karakter Luhan

imana,chapter seterusnya akan membongkar,masa silam,perasaan serta segalanya tentang Xi Luhan. 

Ia lebih kepada flashback jadi tolonglah jangang boring kalau baca,kalau tak suka baca flashback anda boleh skip jertak fahamlah tentang lelaki sejati bermata deer itu.. Kaitan dia dengan Luhan dan sebagainya . 

okay tu jer..b-bye ..chu~..oh ya,Mark juga ada kaitan dengan segalanya .

Ya,come and get in,Got'7 Mark bro!!..

 

Thanks pada pembaca,peng-upvote,peng-subcribe dan pengomen thank sbebanyak..

Ia saya semangat sebab sekarang ni,tinggal saya sorang jer yang buat,the true owner is having a trouble ridht now..

so please support me kalau nak citer ni kerap di-update,, T.T

 

Sincerely

exoticsNinspirit

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!