Selamat Pagi Sayang

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 9 - Selamat Pagi Sayang


Mata Minah terbuka saat bunyi telefon seseorang menjengah telinganya. Dengan mata yang masih lagi separuh tertutup, dia menggosok matanya dan tangannya meraba ke atas meja di sebelah katil tempat dia berbaring. Otaknya yang masih dalam keadaan separuh sedar itu sedikit pun tak perasan yang Luhan tidur di sebelahnya.

Tangannya memegang telefon yang bergetar di meja kecil sebelah katil itu sebelum dia mematikan jam loceng yang telah disetkan dan kembali berbaring. Dia menghadap ke kiri sebelum hidungnya dapat menangkap bau asing yang wangi. Ni…Bau minyak wangi lelaki… Fikirnya. Matanya yang tertutup tadi dibuka perlahan-lahan sebelum dia lihat Luhan tidur dengan nyenyak menghadapnya. Nafasnya naik turun dengan perlahan. Rambutnya yang bewarna perang gelap itu menutup matanya. Tak pernah Minah lihat Luhan dalam serapat ini. Dia akui, Luhan memang kacak, tapi entah kenapa dia tak pernah rasa tertarik pun. Mungkin kerana perangainya yang kuat mengusik itu membuatkan hatinya tertutup untuk lelaki itu.

“Saya tau saya handsome. Janganlah tenung lama-lama. Saya tak pergi mana-mana lah.” Suara Luhan mengejutkannya. Mata Luhan yang tertutup tadi kini terbuka dengan segar memandang Minah dengan senyuman. Suaranya yang kedengaran serak itu betul-betul menggoda hati Minah.

Luhan bangun dari baringannya dan turun dari katil sebelum bercekak pinggang di tepi katil sambil memandang Minah dengan kening sebelah yang terangkat.

“So? Awak nak saya dukung awak pergi bilik mandi dan mandi sama-sama, or awak nak mandi sendiri?” Soal Luhan dalam nada mengusik. Telinga Minah terasa panas sebelum dia segera turun dari katil dan mengambil tuala yang tersangkut di tepi tandas.

Ketika kakinya baru sahaja mahu menjejak lantai tandas, dia berpaling ke belakang.

“Luhan.” Panggilnya.

Luhan yang sedang memandang skrin telefonnya itu mengangkat pandangannya. “Ya, saya?”

Mata Minah dikecilkan sebelum menunding jarinya pada baju tidur bewarna biru yang dipakainya, “Awak ke yang tukarkan baju saya malam tadi?” Soalnya. Seingatnya, dia tertidur dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mereka berjumpa dengan Yixing malam semalam.

Luhan menggeleng.

“Habis tu?”

Luhan tersenyum sebelum dia mendekati Minah. Jari telunjuknya diletakkan di dahi gadis itu.

“Betul kata abang awak. Awak ni, kalau dah tidur, bom jatuh tepi telinga pun tak sedar.” Usik Luhan sebelum dia membawa Minah menuju ke cermin panjang yang ada di dalam biliknya itu.

“Kalau saya yang tukarkan baju awak, awak takkan ada baju pun. In other words, you’ll wake up stark .” Usiknya lagi dengan kening yang diangkat-angkat.

Minah membulatkan biji matanya dan mengangkat tangannya untuk menyerang Luhan namun Luhan lebih pantas menangkap tangan Minah dengan ketawa yang terburai.

“Hahaha! Saya gurau jelah! Saya takdelah se tu! Hahaha!” Tawa Luhan. Nampaknya harinya dimulakan dengan sesi mengusik isterinya. Tak pernah dia rasa begini. Biasanya setiap pagi, sebelum ke sekolah dia akan mengemas rumahnya walaupun tak bersepah kemudian dia akan ke sekolah. Kadang-kadang dia naik basikal, kadang-kadang dia naik kereta. Ikut mood.

Minah menjuihkan bibirnya. Geram pula bila diusik. Dahlah lawak suaminya itu terlalu advance untuk dia yang masih 18 tahun. Tahulah Luhan tua setahun darinya, tapi tak perlulah buat lawak orang dewasa macam tu. Dia kalau boleh nak otaknya kekal innocent dan bersih.

“By the way, awak sendiri yang tukar baju awak. Saya dukung awak sampai atas, lepastu saya bawak keluar baju awak dan suruh awak pakai. Awak merengek tapi lepas saya pujuk, awak pakai jugak, dengan mata yang tertutup. Tu pasal baju yang awak pakai tu terbalik. Yang kat luar masuk dalam, yang kat dalam ke luar. Ada faham wahai isteriku yang comel dan innocent?” Terang Luhan dengan panjang lebar sebelum mencubit pipi Minah dengan lembut.

Minah memandang kebawah dan mukanya berubah merah bila kata-kata Luhan ternyata benar! Dia memang pakai baju terbalik. Aduh! Malunya! Jeritnya di dalam hati. Dia berlari ke tandas sambil menutup mukanya dengan tuala. Mukanya terasa berbahang menahan malu bila Luhan tersengih padanya.

Luhan hanya tersenyum melihat Minah kelam kabut berlari ke tandas. Biarpun rambut Minah kelihatan kembang seperti hantu kak limah ketika baru bangun tidur tadi, dia masih rasa Minah kelihatan comel. Ah! Angaunya memang sudah melampau! Kalau orang lain pasti takut melihat Minah yang baru bangun tadi.

Betul kata orang. Bila dah suka seseorang tu, semua pasal dia kita akan suka. Its because we accept her as she is. Fikir Luhan dengan senyuman sebelum dia duduk di atas katilnya sambil bermain dengan telefonnya. Senyumannya melebar bila group whatsapp keluarganya dipenuhi dengan gambar mereka ketika majlis perkahwinan mereka beberapa hari yang lepas. Minah betul-betul kelihatan manis berbaju gaun labuh dan berlengan panjang. Hatinya berbunga bila memikirkan dia berjaya memiliki gadis yang dicintainya. Tapi senyumanya mati bila memikirkan yang perkahwinan mereka atas dasar terpaksa. Biarpun dia rela, dia tahu Minah masih tak rela untuk bersamanya.

Tak apa Luhan. Kau pikat dia sampai dapat! Kau bukan orang yang suka mengalah! You can do it! Luhan memberi semangat pada dirinya sendiri.

Pintu tandas dibuka dan memandang ke arah lain. Bila dia pasti yang Minah pergi ke tempat yang tersorok untuk memakai baju baru dia bergegas ke tandas untuk mandi pula. Dan bila dia selesai dan keluar dari tandas, dia lihat Minah sudah tiad

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^