Broken Hearted

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 24 - Broken Hearted

 

“Luhan.” Kris memanggil Luhan yang sedang termenung sementara mereka menunggu masa untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Rasa berdebar sudah berkurang kerana hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan kemasukan Universiti sebelum kesemua pelajar senior menamatkan persekolahan mereka selepas majlis graduasi yang akan datang dalam masa 2 minggu.

Luhan mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Kris dengan pandangan yang kosong. Dia kelihatan seperti orang yang tak cukup tidur dan orang yang menangis sepanjang malam. Buku yang didepannya hanya dibuka dan tidak dibaca isinya. Kepalanya terlampau serabut dan jiwanya kacau. Biarpun Minah telah kembali ke rumah mereka beberapa hari yang lepas, dia masih tidak berpeluang untuk berbincang dengan isterinya itu tentang cara untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi mereka. Minah masih lagi tidak mahu mengaku yang dia sudah berlaku curang walaupun bukti sudah ada di depan mata. Gambar-gambar Minah yang keluar bersama Jimin dihantar ke rumah mereka ketika ketiadaan Minah dari orang yang tidak dikenali.

“Dahlah tu. Buat masa ni kau jangan fikir dulu masalah kau tu. Kau kena ingat yang peperiksaan ni menentukan masa depan kita.” Kris mengingatkan.

Luhan melepaskan keluhan yang berat dan bahunya dijatuhkan. Buku yang ada di depannya kembali dibaca dan dibelek untuk melalaikan dirinya sekaligus mengulangkaji semula topik peperiksaannya buat kali yang terakhir sebelum mereka masuk ke dalam dewan.

Telefonnya berbunyi dan dia lihat Minah menghantar mesej kakao padanya. Dia sudah separuh berharap yang Minah akan mengucapkan semoga berjaya padanya ataupun menghantar kata-kata semangat. Namun bila diingat kembali perang dingin yang sudah hampir masuk hari yang ke-5, dia membuang harapannya itu.

 

   My Wife <3 :


We need to talk

Saya ada benda nak bincang dengan awak memandangkan hari ni hari terakhir peperiksaan awak

I’ll be waiting at Moonlight Café in Gangnam

 

Apa yang dia nak cakap? Tolonglah jangan cakap dia nak minta cerai. Fikir Luhan sendiri.

“Para pelajar tahun akhir sudah boleh bergerak ke dewan peperiksaan sekarang. Pelajar hanya dibenarkan untuk membawa alat tulis dan air minuman sahaja. Sebarang buku mahupun kertas adalah dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Terima kasih dan semoga berjaya.” Pengawas peperiksaan membuat pengumuman sebelum kesemua pelajar senior berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing dengan membawa alatan tulis dan botol air masing-masing.

“Jomlah.” Ajak Kris dan membetulkan uniform sekolahnya. Blazer bewarna hitam yang wajib dipakai sewaktu peperiksaan dan hari-hari penting itu diluruskan semula.

Luhan membetulkan kolar bajunya dan juga tali leher. Tali kasut sekolahnya diikat bila ianya terasa longgar. Dia yang kini sudah sembuh dari kecederaannya merasa lega kerana dia tidak perlu lagi bergerak dengan bantuan tongkat besi yang berat lagi menyukarkan pergerakannya itu.

Hari ni hari yang terakhir. Lepas ni goodbye sekolah! Hanya itu yang difikirkan hampir kesemua pelajar senior yang sudah memenuhi dewan itu.

 

 

Jimin memegang gambar itu dekat di dadanya sebelum gambar itu ditenungnya semula. Sudah hampir 2 tahun dia tidak bertemu dengan gadis di dalam gambar itu. Pintu biliknya diketuk dan gambar itu kembali disimpan di dalam kotak kecil itu sebelum disorokkan di bawah katilnya.

“Jimin. Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau.” Kata Taehyung sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik sepupunya itu. Dia duduk di hujung katil Jimin sementara Jimin bersandar pada bingkai katil itu sambil bermain dengan telefonnya.

“Hm. Apa dia?” Suara Jimin kedengaran seperti dia sudah malas mahu mendengar kata-kata Taehyung.

“Ni pasal Kim Minah. Aku nak kau-“ Belum sempat kata-kata Taehyung dihabiskan, Jimin mengangkat tangannya mengisyaratkan pada Taehyung supaya ti

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^